kerja kursus sejarah tingkatan 1

18
SMK LONG GAFAR NAMA :Muhammad Aiman b. ahmad TINGKATAN :1 MUSZAPHAR GURU PENILAI :PN. FATHIYATI BT. ABDUL GHANI

Upload: farcry95

Post on 11-Jun-2015

136.488 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

siapa2 yg mahu kerja kursus sya beri komen byk2....ok....sya ade byk lagi contoh kerja kursus semua subjek.....

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

SMK LONG GAFAR

NAMA :Muhammad Aiman b. ahmad

TINGKATAN :1 MUSZAPHAR

GURU PENILAI :PN. FATHIYATI BT. ABDUL GHANI

Page 2: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-

tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Puan Fathiyati Bt.

Abdul Ghani yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan

tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang

ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan, membuat

teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua

ibu bapa saya Mat Zaid B. Mat Zaid dan Che Fatimah B. Abu Bakar yang

turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka

mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana

kerja-kerja untuk menyiapkan Kerja Kursus ini memerlukan tenaga, buah

fikiran dan wang ringgit.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya seperti Raja

Muhammad Ikram, Zulhairie dan Afifuddin kerana telah membantu saya

untuk menyiapkan kajian ini. Mereka juga telah membetulkan kesalahan dan

ejaan dalam membuat kajian ini.

Page 3: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

Saya dapat mengetahui lebih banyak perkara tentang latar belakang

keluarga saya contohnya tarikh lahir, salasilah keluarga saya, salasilah

keluarga ibu saya, salasilah bapa saya dan sebagainya.

Di samping itu juga, saya dapat mewujudkan lebih komunikasi antara

saya dengan keluarga saya dengan lebih rapat dan lebih erat antara satu sama

lain. Saya juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saya

dengan ahli-ahli keluarga saya dengan lebih rapat dan menegur satu sama

lain.

Sedikit sebanyak saya juga dapat mengetahui sejarah mengenai

keluarga saya, asal-usul saya, keturunan saya dan sebagainya. Selain itu,

saya dapat menambah pengalaman dalam menyediakan dan membuat kerja

kursus ini yang diberi oleh guru saya.

Page 4: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

1. KAEDAH TEMUBUAL

Saya telah menemubual beberapa orang dalam ahli keluarga untuk

menceritakan denga lebih lanjut mengenai sejarah dan latar

belakang keluarga saya.

2. KAEDAH PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian dengan melihat foto-foto dari

album keluarga saya bagi mengenal pasti setiap ahli keluarga

saya.

3. KAEDAH MENGKAJI DOKUMEN

Melalui beberapa dokumen yang terdapat maklumat mengenai

sejarah keluarga saya terdapat dalam simpana keluarga

saya.

Page 5: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1
Page 6: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

Saya sangat menyanjungi ayah saya iaitu Mat Zaid Bin

Hussin. Ayah saya dilahirkan pada 15 April 1929 di Daerah Besut,

Terengganu.

Saya sangat menyanjunginya kerana beliau seorang yang

berwawasan dan sanggup mengajar anak-anaknya dengan pelbagai

cara untuk memastikan anak-anaknya berjaya di masa depan.

Beliau selalu membantu saya di saat saya dalam kesusahan dalam

pelajaran dan sebaginya. Dia sering menegur saya dan adik-beradik

saya supaya menjadi orang yang berguna di masa dan berbakti

kepada negara dan beliau juga sering memberi semangat kepada

saya dan adik-beradik saya untuk menjadi orang yang berjaya di

masa hadapan.

Page 7: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

Ibu bapa dan keluarga merupakan asas untuk membentuk modal

insan yang cemerlang. Keluarga haruslah mengajar anak mereka untuk

menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara(UP 1). Para

bakal modal insan juga haruslah menghargai dan mengamalkan tradisi

budaya dan bangsa(UP 1).

Keluarga juga haruslah menerapkan unsur-unsur cinta akan

bangsa dan negara(UP 2) supaya mereka bersyukur sebagai

warganegara Malysia(UP 2). Modal insan juga haruslah mempunyai nilai

seperti bertanggungjawab kepada bangsa dan negara(UP 2).

Masyarakat juga berperanan dalam membentuk modal insan

yang berbudi. Mereka haruslah hidup bersatu padu dan harmoni(UP 3).

Sikap bekerjasama dan tolong-menolong(UP 3) juga perlu dipupuk untuk

melahirkan modal insan yang bertolak-ansur dan bertoleransi(UP 3).

Modal insan juga haruslah berakhlak dan berbudi pekerti

mulia(UP 4) supaya berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah

tinggi(UP 4). Sikap rajin dan gigih(UP 5) dalam berusaha juga perlu

dipupuk supaya modal insan akan lebih tabah menghadapi cabaran(UP 5).

Page 8: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah mendapat

pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga yang selama ini belum

pernah saya ketahuinya. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengetahui

asal-usul dan salasilah keluarga saya. Dengan ini saya dapat mengetahui

sajarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

Selepas membuat kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli

keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan

lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.

Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah

membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan ahli keluarga

antara satu sama lain.

Kajian ini juga telah membuat saya menguasai kemahiran yang

berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul,

dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya.

Page 9: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

Kenangan manis sepanjang hidup saya selama ini ialah di saat saya

mendapat markah Ujian Penilaian Rendah Sekolah (UPSR). Saya telah

mendapat keputusan yang baik di dalam UPSR sebanyak 4A 1B. saya tidak

pernah mendapat markah yang baik sepanjang hidup saya. Tanpa usaha

yang gigih saya tentu akan gagal dalam UPSR.

Page 10: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga bercadang untuk

pulang ke kampung kerana sudah lama kami tidak melawat dengan nenek

dan datuk. Kami bertolak pada pukul 7.30 malam.

Lebih kurang empat puluh minit perjalanan dari rumah, kami tiba di

sebuah kampung yang tiada lampu jalan. Tiba-tiba seekor lembu melintas

jalan, ayah tidak sempat mengelak kereta lalu terlanggar lembu dan

menyebabkan lembu itu terjatuh.Kami semua terkejut. Adik saya menangis

kerana kepalanya terhantuk.

Ayah saya memberhentikan kereta lalu,keluar untuk memeriksa

kereta. Lembu yang dilanggar itu tidak cedera teruk cuma ia terperanjat

kerana dilanggar. Kereta ayah kemik di bahagian depan kereta. Selepas

memeriksa kereta, kami meneruskan perjalanan ke kampung.

Kami gembira tiba di kampung dengan selamat.Selepas kejadian itu,

ayah tidak lagi pulang ke kampung pada waktu malam, dan inilah kenangan

pahit yang tidak dapat saya lupakan.

Page 11: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

Mat Zaid B. Hussin, 49 tahun, Pt 420, Jalan 4, Desa Darul

Naim, 16150 Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang juruterbang. Saya

Page 12: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1

minat untuk menjadi juruterbang kerana saya sangat berminat untuk menjadi

seorang juruterbang.

Tujuan saya ingin menjadi seorang juruterbang adalah kerana

saya ingin sangat memandu kenderaan yang terbang di udara seperti kapal

terbang, pesawat pejuang dan banyak lagi. Apabila saya memandu kapal

terbang atau pesawat pejuang, saya akan berpeluang melihat keindahan

apabila terbang di angkasa.

Saya berharap cita-cita saya untuk menjadi seorang juruterbang

akan tercapai pada suatu hari nanti.

Page 13: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1
Page 14: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1