kerja kursus perlembagaan

15
1.0 Pengenalan. Kira-kira 1000 tahun yang lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke- 15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka. Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal colonial British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan Tanah Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campu rtangan dalam negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro- Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara 1

Upload: karen-kayny

Post on 24-May-2015

7.918 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kursus perlembagaan

1.0 Pengenalan.

Kira-kira 1000 tahun yang lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi

pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan

mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal

daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah,

Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke- 15,

Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk

daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat

Melaka.

Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain atau

dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas

seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal colonial British ini bertapak di

Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula

mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain.

Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk

mendapatkan Tanah Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah

seperti biji besi dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campu

rtangan dalam negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi

gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri

Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa

British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri

Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang

dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan

Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Di Borneo pula, Borneo Utara British

dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan

sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja

berbangsa Inggeris).

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan

untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union

selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem

yang pro- Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan

tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat

1

Page 2: Kerja kursus perlembagaan

status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung

Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa

penyertaan Singapura. Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada

16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara

(kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.

Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia

menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan

mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan

Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan

tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada

Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei 1969.

Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan

bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan sebuah

negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun 1963 dikenali

sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing tersebut meninggalkan

banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah mengubah sosio-politik

negara.

2

Page 3: Kerja kursus perlembagaan

2.0 Konsep Perlembagaan

Menurut K.C. Wheare dalam bukunya Modern Constitutions, perlembagaan

bermaksud.....ʺ the whole system of goverment of a country, the collection of rules which

establish and regulate or govern the goverment. These rules are partly legal...And partly

non-legal or extra-legal, taking the form of usages, understandings, customs, or

conventions.....ʺ

Manakala menurut S.A. De Smith dalam bukunya Constitutional and Administrative

Law mendefinisikan perlembangaan sebagai...ʺ Constitutions are primarily about political

authority, and power-the location, conferment, distribution, exercise and limitation of power

among the organs of State. They are concerned with matters of procedures as well as

subtance. More often than not they also include eplicit guarantees of the rights and

freedoms of individuals and sometimes they incorprate ideological pronouncements-

principles by which the state ought to be guided or to which it ought to aspire, and statement

of the citizensʺ....

Berdasarkan definisi diatas , perlembagaan adalah suatu dokumen yang mempunyai

keluhuran undang-undang khas yang menetapkan struktur, fungsi dan kuasa badan-badan

kerajaan. Perlembagaan juga adalah badan atau kumpulan kaedah-kaedah, dan amalan-

amalan yang menubuhkan dan mengawal badan-badan kerajaan serta mengawal.

perhubungan antara individu dengan negara. Perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip

asas yang mendasari sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti

yang termaktub, sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Dalam erti kata

lain, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi yang menubuhkan dan mengawal

kerajaan sesebuah negara. Perlembagaan juga merupakan satu undang-undang tertinggi

yang menjamin hak-hak dan kebebasan individu sebagai insan dan warganegara.

3

Page 4: Kerja kursus perlembagaan

3.0 PETA MINDA KONSEP PERLEMBAGAAN DAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM

PERLEMBAGAAN.

3.1 PETA MINDA KONSEP PERLEMBAGAAN

4

KONSEP

PERLEMBAGA

AN

Merupakan sumber undang-undang

tertinggi sesebuah Negara.

Berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.

Perlembangan Persekutuan mengandungi 131 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA, keistimewaan raja-raja ,Melayu dan hak orang bukan melayu, soal bahasa Melayu, agama, kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya

Bermatlamat untuk memberikan jaminan

dan perlindungan kepada rakyat.

Untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah Negara

Page 5: Kerja kursus perlembagaan

3.2 PETA MINDA UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN.

5

Unsur- unsur

Tradisi dalam

Perlembagaan

Malaysia

Bahasa Melayu

Perkara 152(1) Bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi,namun penggunaan dan

pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak

dihalang. Cth-penggunaan bahasa cina, tamil

dimedia cetak atau elektronik,disekolah-

sekolah- ada subjek bahasa iban,

kadazan,cina dan tamil di sekolah.

Agama Islam

Perkara 3 Islam sebagai Agama rasmi. Walaupun agama Islam dianggap sebagai

agama rasmi, namun agama-agama lain

boleh diamalkan secara bebas dalam

persekutuan Malaysia.

Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Hak ini meliputi pejawatan dalam

perkhidmatan awam,biasiswa, pendidikan,

permit dan lesen perniagaan, selain itu

berkaitan dengan perezaban tanah

perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika

mengakibatkan penarikan hak berkaitan

terhadap kaum lain. Etnik lain juga

diberikan ruang untuk terlibat dalam

perkara yang serupa dengan bilangan

yang minoriti.

Pemerintahan beraja

Perkara 32,38(4)

Kedudukan Raja-Raja

Melayu dalam sistem

pemerintahan negara,

Kewujudan institusi

ini adalah sebagai

simbol

kuasa,kestabilan

politik dan perpaduan

etnik.

Page 6: Kerja kursus perlembagaan

4.0 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Unsur-unsur tradisi ialah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia. dan

memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan

mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan

tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaran.. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah

wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun

1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal

Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia ini meliputi

4 aspek termasuklah bahasa Melayu, agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang

Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak dan pemerintahan beraja.

Keempat-empat unsur-unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada

kandungan penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia berperanan dalam

menstabilkan sistem politik negara. Unsur-unsur tradisi ini amat penting sekali sehingga

dilindungi di bawah Akta Hasutan 1971 dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang

daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan

permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa, agama Islam menjadi agama

Persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan. Perkara ini

merupakan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu

haruslah dikekalkan dan diperkukuhkan lagi. Pra-syarat ini merupakan mekanisme

penyelesaian masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu

pada ketika itu.

Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan yang pertama adalah kedudukan istimewa

orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak telah termaktub dalam Perkara 153

Perlembagaan Persekutuan. Hak keistimewaan ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan

awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Di

bawah peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara

kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak

serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan

Persekutuan, Perkara 160, membawa erti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim

bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di

Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdekadan ibu atau bapanya

6

Page 7: Kerja kursus perlembagaan

telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di

Persekutuan atau di Singapura, atau ialah zuriat seseorang yang demikian.

Bagi Perkara 161A untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu pertama untuk

Bumiputera Sarawak yang terdiri daripada mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan,

Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat,

Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau merupakan

keturunan campuran daripada kaum tersebut. Bagi Bumiputera Sabah pula, mestilah

tergolong daripada anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan

yang telah dilahirkan di Sabah barulah layak dikategorikan dalam Bumiputera Sabah.

Rasional Perkara 153 ini dalam Perlembagaan Malaysia telah menyebabkan orang

Melayu dan bukan Melayu telah memupuk semangat toleransi yang begitu tinggi dalam

kalangan Melayu dan bukan Melayu yang sanggup berkongsi kuasa. Pada masa itu juga

dalam Perkara 153 orang Melayu menerima prinsip jus soli yang merujuk kepada tempat

kelahiran mereka dan hak ini tidak boleh dipertikai oleh kaum lain.. Ini dibuat berasaskan

anggapan bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, dan tiada sesiapa pun semasa

itu mempersoalkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai

penduduk peribumi.

Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu

bekerja dengan kerajaan. Dalam Perkara 153 kerajaan fokus kepada keutamaan orang

Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak bekerja disektor awam kerana kekurangan

mereka dalam perkhidmatan awam ini. Pada masa itu orang Melayu banyak sebagai

pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu kerana majoriti orang Melayu

adalah miskin terutama yang tinggal diluar bandar. Mereka orang Melayu juga sangat naif

dalam menceburi bidang perniagaan dan ini menyebabkan mereka tidak berani untuk

menceburi perniagaan ini. Jadi mereka ini hendaklah dibantu dan dibimbing bagi

menaiktaraf hidup dan pencapaian ekonomi serta pendidikan kerana peratusan pelajar

Melayu dalam bidang sains masih lagi rendah dibandingkan dengan kaum lain terutamanya

kaum Cina dan India.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah

dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan

bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang

Ekonomi – Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran – Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu,

kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam

peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara

7

Page 8: Kerja kursus perlembagaan

8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan

pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh

dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Unsur tradisi seterusnya yang disentuh dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1957 melalui Perkara 152 adalah bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan

dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan digubal, istilah

"Malaysia" belum wujud. Pada tahun 1970 pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan

dan Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun dalam

Perkara 152, bahasa-bahasa lain adalah dilindungi dan seterusnya memperuntukan

bahawa tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain

daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Begitu juga

kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam

persekutuan.

Rasionalnya dalam Perkara 152, Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa

kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia. Ini adalah sangat penting dan mustahak

dalam menyatupadukan penduduk Semasa perlembagaaan sedang dirangka, pemimpin-

pemimpin kita telah memutuskan bahawa sebuah negeri Asia yang merdeka tidak dapat

terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi jika ia hendak menyatupadukan

penduduknya.Seperti yang kita sedia maklum, Tanah Melayu mula diduduki oleh orang

China dan India semasa zaman penjajahan Inggeris. Kemasukan mereka secara beramai-

ramai adalah sebagai buruh. Impak daripada perkara tersebut, masyarakat di sini menjadi

masyarakat yang pelbagai. Secara kolektifnya, bangsa-bangsa selain Melayu ini telah

mengalami sedikit sebanyak akomodasi atau penyesuaian terutama sekali dalam

perhubungan seharian. Mereka sudah mula memahami dan ada yang boleh bertutur dalam

bahasa Melayu. Jika dibandingkan dengan masyarakat Melayu, mereka tidak menguasai

bahasa Cina dan India. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat

digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum. Maka adalah rasional untuk

bahasa Melayu di jadikan bahasa rasmi negara.

Selain itu juga rasionalnya bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu telah menjadi

lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya terutama sekali dari segi

perdagangan. Ianya merupakan bahasa yang mudah dipelajari dan bersifat tekal dari segi

istilah dan sebutan berbanding bahasa lain. Bahasa Melayu digunakan secara meluas

untuk tujuan-tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat menyurat, penulisan minit

mesyuarat dan prosiding perundangan negeri-negeri Melayu dalam kebanyakan negeri

8

Page 9: Kerja kursus perlembagaan

Melayu terutamanya Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pada tahun 1914, Sultan Johor

pernah mengutus surat kepada Gabenor Singapura dalam bahasa Melayu. Begitu juga

dengan pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 95% jawatan kumpulan 1 perlu

mempelajari bahasa melayu, mengambil ujian dan dikehendaki lulus, barulah boleh

ditempatkan di Tanah Melayu pada ketika itu. Jadi jelaslah bahasa Melayu ini telah diterima

sebagai bahasa rasmi sejak sebelum dan semasa zaman penjajah.

Unsur tradisi dalam Perlembagaan yang seterusnya ialah menjadikan agama Islam

ialah agama Persekutuan. Agama Islam menjadi agama anutan orang Melayu sejak lebih

600 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan British,

orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Peralihan daripada satu kuasa

penjajah kepada satu kuasa penjajah yang lain tidak menjejaskan pegangan orang Melayu

terhadap agama Islam. Sungguhpun British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja

dalam semua urusan pemerintahan, tetapi mereka tidak menyentuh sama sekali agama

Islam dan adat istiadat Melayu.

Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi

persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalam

mana-mana bahagian Persekutuan. Ini telah dijelaskan dalam Perkara 3 bahawa bahawa

agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan bebas. Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi

Persekutuan, kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan

pentadbiran agama islam dan undang-undang Syariah. Penerimaan Islam sebagai agama

Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau negeri menubuh, menyelenggara dan

membantu pertubuhan-pertubuhan Islam. Pelbagai bantuan disediakan untuk tujuan ini

seperti peruntukan perbelanjaan bagi keperluan majlis-majlis keagamaan.

Perkara 181 iaitu Pemerintahan Beraja merupakan unsur-unsur tradisi dalam

Perlembagaan yang terakhir. Menurut perkara 181 ini menyatakan tentang kedaulatan, hak

kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-raja dan hak kedaulatan institusi beraja terus

dikekalkan di bawah konsep Raja Berpelembagaan. Raja Berpelembagaan ini akan

bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan. Dalam sistem pemerintahan Beraja ini pula

Raja tidak boleh berkuasa secara langsung dan peranan Raja hanya menjalankan tugas

secara simbolik sahaja. Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana

Menteri .Sistem beraja mutlak terus dimansuh dan digantikan dengan sistem raja

berpelembagaan. Di bawah sistem ini, raja-raja dikehendaki menerima nasihat anggota

Kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.

9

Page 10: Kerja kursus perlembagaan

5.0 SUMBANGAN UNSUR-UNSUR TRADISI

Unsur tradisi dianggap sebagai faktor penting dalam proses pembinan negara

bangsa serta kearah mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman bagi

mencapai perpaduan. Perkara-perkara ini menjadi punca keutuhan hubungan etnik di

Malaysia. Segala apa yang nampak berpihak diseimbangkan dengan hak yang sewajarnya.

Sebagai contoh; kedudukan Islam sebagai agama rasmi diseimbangkan dengan

peruntukan kebebasan menganut agama lain bagi yang bukan Islam. Ini menyebabkan

berlaku toleransi di kalangan warganegara dan tidak memaksa pihak yang lain. Di sinilah

hubungan etnik menjadi semakin utuh dan erat.

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara merupakan satu pilihan yang

tepat apabila aspek sejarah dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu

telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986) sebagai contoh pada

zaman penjajah lagi bahasa melayu telah dijadikan bahasa rasmi. Matlamat menjadikan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan pelbagai kaum

ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama

digunakan oleh semua lapisan rakyat. Di samping itu, bahasa ibunda kaum lain di negara

kita ini tidak akan tergugat. Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakan

bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara

tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan

kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan

kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing.

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses

pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Agama Islam telah

ditetapkan sebagai agama Persekutuan atau agama Rasmi Malaysia kerana Islam telah

lama bertapak di Tanah Melayu semenjak daripada dahulu lagi. Kerajaan Melayu Melaka

yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun

memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun

undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian

besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara

sivil dan jenayah. Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi

agama Pesekutuan.Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa

pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang

berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan

10

Page 11: Kerja kursus perlembagaan

atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan

permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama.

Rasionalnya kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan sarawak di beri

keistimewaan dan dipelihara oleh Yang di-Pertuan Agong ialah kerana mereka merupakan

penduduk pribumi negara ini. Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah

bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara

persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera

dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan

keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan

khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.

Keistimewaan kouta Melayu ini juga adalah bagi membantu masyarakat Melayu dan

bumiputera untuk membaiki taraf hidup mereka yang telah jauh ketinggalan daripada kaum

lain. Kerana kita dapat lihat dengan jelas sekarang walau bagaimanapun, atas sebab apa

pun, masyarakat Melayu masih lagi di belakang kaum bukan Melayu terutamanya dalam

aspek kedudukan ekonomi.

Dalam bidang pendidikan pula, walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan

Melayu dan bumiputera diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah

diwujudkan dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil. Setiap kaum mempunyai

institusi pendidikan tinggi mereka: Melayu – UiTM, Cina - KTAR, India – Kolej Tafe.

Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan diberikan kepada

semua kaum menerusi PTPTN untuk membiayai kos pendidikan mereka. Selain itu,

keistimewaan ini adalah bagi menyeimbangkan peratusan golongan profesional bumiputera

dan bukan bumiputera.

Pemerintahan beraja adalah rasional masih dikekalkan di Malaysia pada hari ini.

Seperti yang kita ketahui Raja kita memerintah di negeri masing-masing mengikut Sistem

Raja Berpelembagaan. Raja pada masa sekarang tidak berkuasa mutlak tetapi mereka

berkuasa berlunaskan konsep Raja Berpelembagaan. Hal ini kerana Raja Melayu

merupakan simbol perpaduan dan keharmonian negara. Sistem beraja di Malaysia menjadi

naungan dan simbol taat setia rakyat jelata. Tanpa raja, rakyat dan pemimpin menjadi

sama. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal Negara Malaysia. Ia melambangkan

kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah

negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang

mendasari bentuk dan menyediakan isu kepada upacara rasmi negara dan seterusnya

memupuk perpaduan dikalangan semua kaum di Malaysi

11

Page 12: Kerja kursus perlembagaan

6.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan diwujudkan atas beberapa tujuan. Pertama taraf, maksudnya ialah

untuk mencapai taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Untuk mencapai cita-cita mestilah

mempunyai cara-cara yang diperlukan. Perlembagaan ini dapatlah disifatkan sebagai satu

undang-undang yang diperlukan bagi menjayakan keutuhan sesebuah negara.

Kedua, menyelesaikan masalah. Dengan adanya perlembagaan pihak-pihak yang

sering bertentangan agak sukar untuk wujud. Keadaan tidak akan menjdi terlalu tegang

atau huru-hara kerana rakyat di negara itu diwajibkan menurut apa yang tercatat di dalam

perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh dibicarakan dengan tenang. Berlandaskan

undang-undang yang telah tersedia di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang

tidak begitu bersefahaman dapat membincangkan masalah mereka sacara bersama, maka

masalah yang mungkin timbul tentulah tidak begitu sukar dan ketara. Oleh itu dengan

adanya perlembagaan kita dapat menyelesaikan konflik-konflik yang berlaku di dalam

sesebuah negara dengan lebih mudah.

Manakala yang ketiga, menjamin riwayat sesebuah negara. Tanpa perlembagaan

rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam

menghasilkan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme juga tidak

wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan tentang negara mereka. Apabila semangat

ini tidak terdapat di dalam diri seorang rakyat, mereka tidak akan cuba untuk

menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara, maka dengan ini negara akan menjadi

lemah. Apabila sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh dan pemerintahan

yang kuat, musuh dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahannya.

Jadi, dengan adanya perlembagaan, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang

yang pasti dan mereka akan menyatupadukan tenaga bagi mewujudkan sebuah negara

yang kuat dan berpanjangan.

Kepentingan yang keempat pula, mengekalkan keamanan walaupun terdapat

pindaan. Pindaan yang dilakukan di dalam sesebuah negara mestilah berdasarkan kepada

perlembagaan. Ini bermaksud pindaan dalam negara tidak boleh dilakukan dengan

sewenang-wenangnya. Jika pindaan dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak

pemimpin, ia menghasilkan satu keadaan yang kucar -kacir di mana pemimpin itu mungkin

bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa

perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara.

12

Page 13: Kerja kursus perlembagaan

Kelima, perjalanan kerajaan dapat dipastikan. Dengan adanya perlembagaan, segala

tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak tanduk

mereka mestilah berdasarkan pada perlembagaan yang telah dicatatkan. Oleh itu, pihak

pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada

perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agak pihak pemerintah tidak

menyalahgunakan kuasa.

Keenam, mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar. Pertukaran

pemimpin juga tidak akan mengakibatkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak

pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang

sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara dengan

tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin yang terdahulu memerintah. Oleh itu,

walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar dari

maksud rakyat.

Ketujuh, perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara. Ini memanglah tidak

dapat dinafikan kerana bukti-bukti atau sebab-sebab yang nyata. Dengan adanya

perlembagaan rakyat dapat berpegang kepada satu matlamat dalam mengutuhkan negara

kerana dengan adanya perlembagaan jugalah segala masalah yang timbul dapat

diselesaikan dengan lebih mudah.

13

Page 14: Kerja kursus perlembagaan

7.0 REFLEKSI KENDIRI

Pada 23 Februari 2013 yang lalu, kami pelajar semester tiga telah diberi satu

tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran WAJ3106, Hubungan Etnik. Kami diberi

masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak

singkat itu, kami dikehendaki untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan konsep

perlembagaan, unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan, sumbangan unsur-unsur tradisi

dalam hubungan etnik dan kepentingannya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

kami iaitu En. John anak Brodi kerana menjadi hala tuju kepada kami untuk menyiapkan

tugasan ini. Beliau telah memberikan banyak pandangan dan idea bagi menyiapkan

tugasan ini. Sebelum memulakan tugasan, En. John Brodi telah memberikan penerangan

yang terperinci mengenai tugasan yang diberikan ini dan tugasan ini dilakukan secara

individu.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa

supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Saya

terpaksa berbuat begitu untuk mengelakkan diri daripada menghadapi masalah kekangan

masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai perlembagaan dalam nota pembelajaran saya

jadi ini dapat memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini pada waktunya. Saya telah

berusaha untuk mendapatkan maklumat berkenaan tugasan ini dengan membeli beberapa

buah buku. Selain itu, sumber internet juga telah membantu saya untuk mendapatkan

beberapa maklumat tambahan berkaitan tugasan.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah tenang

dan sabar, perbincangan dengan rakan-rakan lain serta rujukan pada pensyarah yang

berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. bagi saya untuk

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin

Tuhan, saya akan mempraktikkan sebaik mungkin nanti. Setelah membuat banyak

pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.

Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang definisi konsep perlembagaan, sejarah

penggubalan perlembagaan dan kaitannya dengan perpaduan dengan lebih mendalam.

Saya juga dapat mengetahui kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di

sesebuah negara dan unsur-unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan. Saya akan

14

Page 15: Kerja kursus perlembagaan

berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan perpaduan yang wujud antara masyarakat

pelbagai kaum di negara Malaysia yang gemilang ini.

Walaupun menghadapi sedikit masalah, saya telah berjaya menyiapkan tugasan

kerja kursus pendek yang diberikan ini dengan sempurna dalam tempoh masa yang

ditetapkan. Ini adalah berkat kesungguhan, kerjasama dan muafakat antara semua pihak.

Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai

pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh arena

perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang.

Akhirnya, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih

kepada pensyarah, rakan-rakan, keluarga dan insan-insan yang membantu saya secara

langsung dan tidak langsung untuk menjayakan tugasan kerja kursus pendek ini.

15