kerja kursus mtsc2203 manisah_tengku

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : (DPLI SM) - KDC - SABK – MATEMATIK AMBILAN NOVEMBER 2013 NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS MTSC2203 : PENDEKATAN DAN PEDAGOGI MATEMATIK II SEMESTER / TAHUN : II /2014 TARIKH MULA : 4 JUN 2014 TARIKH HANTAR : 14 September 2014 Hasil Pembelajaran : 1. Menguasai konsep dan mengaplikasi pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran dalam bidang algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik. 2. Menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik dan juga dalam kehidupan seharian. 3. Mengenal pasti serta membetulkan miskonsepsi dalam pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik. 4. Menguasai kemahiran pengajaran dalam sesi pengajaran mikro dan makro. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 Objektif Projek: Pada akhir projek, pelajar boleh: 1. Menganalisis dan membuat perkaitan antara pengetahuan konsep matematik dalam pengajaran dan pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik dan juga dalam kehidupan seharian. 2. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat menerangkan perkembangan kefahaman dan mengukuhkan konsep matematik berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi mengikut

Upload: kamariah-sahalihudin

Post on 15-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

kerja khusus

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : (DPLI SM) - KDC - SABK MATEMATIK

AMBILAN NOVEMBER 2013NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS MTSC2203 :PENDEKATAN DAN PEDAGOGI

MATEMATIK IISEMESTER / TAHUN : II /2014TARIKH MULA :

4 JUN 2014TARIKH HANTAR :14 September 2014

Hasil Pembelajaran

:1. Menguasai konsep dan mengaplikasi pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran dalam bidang algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik.

2. Menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik dan juga dalam kehidupan seharian.

3. Mengenal pasti serta membetulkan miskonsepsi dalam pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik. 4. Menguasai kemahiran pengajaran dalam sesi pengajaran mikro dan makro.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Projek:

Pada akhir projek, pelajar boleh:

1. Menganalisis dan membuat perkaitan antara pengetahuan konsep matematik dalam pengajaran dan pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik dan juga dalam kehidupan seharian.

2. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat menerangkan perkembangan kefahaman dan mengukuhkan konsep matematik berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi mengikut topik algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik dan juga dalam kehidupan seharian.

3. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi topik algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik melalui pengajaran mikro dan makro.

4. Menghasilkan satu ulasan kritis serta membuat verifikasi bagi miskonsepsi dalam pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik.

Tugasan Projek 100%Kerja kursus projek ini memberi peluang dan pendedahan kepada guru pelatih menguasai pengetahuan kandungan dan pedagogi kandungan bagi pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan dalam bidang algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik. Ia meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan konsep matematik, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta membina bahan bantu belajar bagi topik algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik.

Bagi projek ini, pelajar dikehendaki merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai beserta dengan bahan bantu belajar yang kreatif serta inovatif kemudian membentang tugasan mereka melalui sesi pengajaran mikro dan melaksanakan pengajaran makro di sekolah.Daripada tugasan di atas, pelajar dikehendaki mengenal pasti miskonsepsi yang timbul dan membuat verifikasi daripada miskonsepsi ini .Penghasilan Produk dan Laporan Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran 1.Rancangan aktiviti PdP beserta Laporan Aktiviti (80%)1. Bina carta alir bagi perkembangan pengetahuan konsep matematik dalam pengajaran dan pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik dan juga dalam kehidupan seharian.

2. Rancang satu aktivit pengajaran dan pembelajaran bagi setiap tajuk algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik. Laksanakan keempat-empat aktiviti berdasarkan tajuk yang disediakan dalam pengajaran mikro dan makro.2. Ulasan kritis (20%)Kenal pasti miskonsepsi dalam pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik. Buat verifikasi bagi miskonsepsi tersebut.Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini dilaksanakan secara Individu.2. Pelajar akan melaksanakan empat rancangan aktiviti bagi topik algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik membuat laporan aktiviti yang lengkap bersama dengan bahan bantu mengajar. 3. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam laporan anda.

4. Format penulisan laporan adalah seperti berikut:

i. Muka depan hendaklah templat terkini

ii. Fon Arial, saiz 11

iii. Langkau 1.5 barisiv. Rujukan mesti disertakan dan dicatatkan mengikut format APA. 5. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

6. Panjang ulasan kritis adalah 1500 patah perkataan. 7. Anda WAJIB sertakan Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan dan sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP ( Ulasan kritis) sebagai muka surat ke-2 dan sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP ( Rancangan Aktiviti ) sebagai muka surat ke-3 dalam laporan anda.

8. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.9. Hantar laporan projek bersama dengan gambarfoto aktiviti dan gambarfoto bahan bantu mengajar.10. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:1.Rancangan aktiviti PdP beserta Laporan Aktiviti

- Bina carta alir bagi perkembangan pengetahuan konsep matematik dalam pengajaran dan pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik

-aktiviti yang menarik dan berkesan - BBB yang berkualiti, kreatif, inovasi dan versatil

-persembahan laporan yang baik

-rujukan kepada sumber akademik yang luas

-soalan dalam tugasan amali dijawab dengan baik

-illustrasi /gambarfoto yang dapat meningkatkan kualiti persembahan idea.

2.Ulasan kritis- Kenal pasti miskonsepsi dalam pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik. Buat verifikasi bagi miskonsepsi tersebut.

3.Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koherenKriteria PentaksiranKerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP

(Ulasan kritis) dan Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP ( Rancangan Aktiviti ).Disediakan oleh:

Disemak oleh :

....................................................

.........................................................(TENGKU NOOR ZIMA TUAN JAFFAR) (PARIMALARANI A/P SIVASUBRAMANIAM ) Penyelaras Kursus MTE 3109

Pakar Bidang (SME) MTE3109

Jabatan Matematik

Jabatan Matematik

IPGKPT

IPGKPT

Tarikh

Tarikh

Disahkan oleh Ketua Jabatan:

.............................................( Pn Wan Noor Adzmin Bt Mohd Sabri )

Ketua JabatanJabatan Matematik

IPGKPT

Tarikh