kerja kursus ict.docx

Upload: hzsoonarr

Post on 07-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

Penghargaan

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya kerana saya telah berjaya melaksanakan kerja kursus bagi kursus Guru dan Cabaran Semasa EDU3093 ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada selaku pensyarah bagi kursus ini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh kursus ini. Tidak dapat saya lupakan segaja tunjuk ajar beliau kerana ilmu yang telah diberikan dan yang telah diterapkan kerana ianya amatlah berguna untuk saya aplikasikan semasa bertugas disekolah pada masa hadapan. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah serta memberi kerjasama dalam memastikan bahawa kita semua akan berjaya bersama-sama. Sesungguhnya segala ilmu dan jasa yang telah diberikan amatlah berharga dan tidak dapat ditukar dengan wang ringgit dan akan dikenang sehingga akhir nyawa.

Sekian, terima kasih.

Pendahuluan

Profesion guru mencapai cabaran yang besar dalam membangunkan generasi bangsa Malaysia yang maju menjelang tahun 2020. Cabaran ini disebabkan peranan guru yang lebih pelbagai sehingga memerlukan mereka meningkatkan daya kreativiti, minda yang terbuka dan positif, dan peka terhadap permintaan pelajaran yang lebih canggih berbanding dahulu dalam setiap mata pelajaran. Mereka juga perlu lebih berdisiplin dan menjadikan profesion perguruan bukan sahaja tempat makan gaji, tetapi lebih bersifat luhur budi, serta menjadikan profesion ini sebagai tempat berbakti kepada anak bangsa. Seterusnya, mereka mesti mempunyai kekuatan mental dalam suasana yang lebih global disamping bersedia dengan pihak ibubapa yang semakin hari semakin agresif dan pelajar pula yang semakin kurang adab sopan serta tidak berterima kasih. Selain itu guru juga perlu bersabar dan berhemah kerana untuk mencerminkan bahawa mereka seorang yang muliadan berdedikasi tinggi. Guru juga perlu mmenunjukkan kepimpinan melalui teladan bukan memberi pelajaran kepada pelajar, tetapi juga merupakan pendidik dan profesion yang diiktiraf diperingkat antara bangsa. Justeru itu, kami telah ditugaskan untuk menjalankan satu sesi temubual bersama dengan gur cemerlang bagi mendapatkan tips dan sedikit sebanyak maklumat mengenai cabaran-cabaran semasa dalam dunia pendidikan yang semakin hari semakin mencabar ini. Perkongsian ini secara tidak lansung dapat memberikan satu input-input baru kepada saya berkenaan hal hal semasa dalam dunia pendidikan dan secara tidak lansung menimba sedikit sebanyak pengalaman dari guru-guru senior yang banyak pengalaman dalam bidang ini.

BAHAGIAN A2.0 Inovasi teknologi maklumat dalam membantu purid bermasalah pembelajaranSeseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar. Adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh belajar dan tidak akan dapat belajar. Mereka boleh belajar dan bijak seperti orang lain. Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara belajar yang berbeza dan tersendiri. Setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran , mereka masih tidak sama antara satu sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkulia bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam matematik. Ada di antara kanak-kanak diskalkulia yang mahir berbahasa, menulis dan membaca tetapi akan lemah apabila melibatkan nombor. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran matematik ini cuma mereka memerlukan jumlah masa yang mencukupi dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik serta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Kanak-kanak disleksia pula menghadapi masalah dalam mengenali huruf dan membaca perkataan. Tidak akan ada pada mereka yang mengalami disleksia persamaan di antara satu sama lain. Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan, sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf-huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila dibaca. Kanak-kanak disleksia kurang menghadapi masalah dalam nombor tetapi akan menghadapi masalah apabila wujudnya perkataan-perkataan dalam ayat matematik.Pembentukan keyakinan diri asas pendidikan disleksia dan diskaluliaBagi kanak-kanak disleksia mahupun diskalkulia, mereka memerlukan perhatian dan pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran. Kebanyakan kanak-kanak ini merasakan diri mereka lemah dan malas dalam pembelajaran apabila mereka tidak boleh menguasai proses pembelajaran tersebut. Apabila mereka menghadapi kesulitan yang berpanjangan baik dalam menulis, membaca maupun dalam pengiraan, ini akan mengakibatkan permasalahan yang lebih serius lagi. Mereka akan merasakan bahawa kebanyakan murid yang lain dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang masalah sedangkan mereka susah untuk memahaminya. Maka timbul persoalan bahawa adakah mereka ini lembam atau bodoh. Inilah kesimpulan yang sering dilakukan oleh setiap orang yang berhadapan dengan situasi yang sama.

Membina self-esteem dan keyakinan diri.Sebaik manapun teknik pembelajaran seperti penggunaan phoneme, buku-buku yang menarik dan permainan yang melibatkan perkataan, perkara yang paling asas yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak ini ialah pembinaan keyakinan diri yang tinggi. Permasalahannya, disleksia dan diskalkulia tidak kelihatan secara fizikal. Jika seorang kanak-kanak yang tangannya patah, pertimbangan dan simpati akan diberikan. Sudah tentu dia tidak boleh menulis, tangannya patah. Tidak ada kaitan dengan kecerdasannya. Tetapi tidak ada sesiapa yang akan berkata, Sudah tentu dia tidak boleh menulis, dia telah mengalami brain circuit yang berbeza, tidak ada kaitan dengan kecerdasannya.Tanggapan kanak-kanak ini bahawa dirinya tidak pandai dan lembab adalah tidak tepat, ini perlu diperbetulkan terlebih dahulu jika kita ingin membina keyakinan diri dan meningkatkan semula self-esteem pada diri mereka agar lebih bersedia dan positif menerima pembelajaran yang seterusnya. Ini bukan sekadar memberitahu mereka bahawa mereka adalah bijak sepertimana kawan-kawan yang lain kerana usaha ini tidak akan memberi kesan. Mereka memerlukan bukti dan membina gambaran tentang diri sendiri. Hanya dengan cara ini, mereka akan melihat bahawa masalah pembelajaran mereka dapat di atasi dalam situasi yang sebenar, sama seperti kanak-kanak lain yang tidak mengalami masalah pembelajaran. Mereka juga ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri dalam bidang-bidang yang tertentu.Kebanyakkan kanak-kanak disleksia mempunyai kekuatan dalam bidang fizikal co-coordination, kreatif dan perasaan impati terhadap orang lain dan mereka akan dapati bahawa terdapat juga kanak-kanak biasa yang lemah dalam bidang yang sama. Salah satu cara yang mudah dan boleh dijalankan adalah dengan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak yang terlibat. Masa yang diperlukan adalah lebih kurang lima atau sepuluh minit untuk berbincang tentang apa yang disenaraikan. Aktiviti ini amat berkesan dan boleh dilakukan oleh guru ataupun ibu bapa. Sebagai contoh;Kekuatan saya Kelemahan sayaberenang membantu ibumelukis menyapu sampahmengemas meja menemani datukmenjaga adikmembantu kawanmembacamenulismengiraApabila kanak-kanak ini menulis sendiri kekuatan dan kelemahan dirinya mengikut fahaman mereka, dia akan menyedari bahawa terdapat banyak kekuatan lain yang mampu dilakukan dan ini membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kekuatan di bidang-bidang yang berbeza. Namun, kekuatan dan kelemahan ini perlu dibincangkan, kita tidak menghargai seseorang hanya kerana mereka pandai membaca atau pandai mengira, tetapi kita menghargai seseorang apabila mereka mempunyai kriteria-kriteria yang lain seperti suka membantu, rajin atau menghormati orang tua. Perbincangan ini boleh diteruskan sehingga kanak-kanak ini dapat melihat bahawa diri mereka juga seorang yang berjaya walaupun mengalami berbezaan dari segi pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain.Melihat diri mereka dalam satu cahaya yang baru akan menjadi satu titik permulaan bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia memupuk keyakinan diri dan self-esteem yang akan merangsang mereka untuk lebih bersedia menerima pembelajaran dalam membina kemahiran membaca atau menulis. Usaha ini memerlukan masa dan sokongan yang lain contohnya dari segi puji-pujian yang harus diberikan bagi kejayaan dalam bidang bukan akademik, memberi penghargaan kepada mereka yang berusaha dan sentiasa menfokuskan usaha-usaha yang telah dilakukan dan bukan hasilnya. Tidak semua kanak-kanak akan menghasilkan keputusan yang baik tetapi semua kanak-kanak boleh berbangga dengan ketekunan dan usaha gigih mereka serta menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang diberikan. Dengan mengutamakan etika kerja, kita mengajar kanak-kanak bahawa mencuba adalah lebih penting dari mendapat markah penuh dalam setiap peperiksaan.(B.W.,Tennessee).

Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkuliaKemajuan di dalam bidang komunikasi dan teknologi perkomputeran sebenarnya memberikan banyak kelebihan dan peluang kepada kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, atau mana-mana kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran untuk belajar seperti kanak-kanak normal lain. ICT mempunyai keupayaan untuk menambah faktor motivasi, menerap rasa ingin bersaing terhadap diri sendiri serta membina keyakinan diri (Thomas , 1992) dan Florian (2004) telah menyenaraikan enam kelebihan menggunakan ICT dalam persekitaran pembelajaran antaranya sebagai alat bantu mengajar, alat menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran, alat untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedah eksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudahcara. Kelebihan penggunaan ICT di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut disokong oleh Barnes dan Walter (2004) namun keseronokan yang dialami semasa penggunaan komputer dan peralatan ICT yang lain boleh mengambil alih nilai dan fungsi komponen ICT berkenaan sebagai alat bantu mengajar.

Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia tidak hanya termaktub kepada penggunaan komputer dan perisian khas sahaja bahkan pelbagai komponen ICT lain turut diguna sama. Komponen ICT yang lain termasuklah pembesar suara, mesin pencetak, projektor LCD, skrin putih, papan kekunci, joystick, capaian internet, alat pengimbas dan papan putih interaktif. Kebanyakan sekolah di Malaysia, malahan hampir semua telah menerima bekalan peralatan ICT hasil daripada pelaksanaan program PPSMI yang telah mula dilaksanakan secara rasmi pada tahun 2003. Namun begitu penggunaan alatan ICT ini hanya berpusatkan PPSMI, lalu keperluan ICT bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia terabai. Ini ditambah pula dengan ketidakupayaan guru atau personalia pendidikan yang lain mengenalpasti kanak-kanak bermasalah pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Mekanisme biasa yang dibuat oleh pihak sekolah adalah menubuhkan kelas pemulihan, iaitu sebuah kelas berasingan dari kelas biasa dan diajar oleh guru-guru sama ada yang mempunyai opsyen pendidikan khas atau guru biasa yang tiada asas mengajar murid pemulihan. Definisi program pemulihan khas yang ditakrifkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Edisi Percubaan (2008) oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.Namun begitu, perisian-perisian lain yang telah tersedia di dalam sesebuah komputer seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office Excell, Microsoft Office Paint dan Microsoft Office Power Point juga turut membolehkan kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Sebagai contoh, perisian yang paling mudah dan meninggalkan impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia adalah perisian Microsoft Office Power Point kerana perisian ini memberikan peluang kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi menarik.Kaedah kedua adalah menggunakan capaian internet yang secara langsung dapat menghubungkan guru atau tenaga pengajar mengakses sumber pengajaran dan pembelajaran melalui laman-laman sesawang di seluruh dunia. Melalui internet, banyak maklumat dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Terdapat laman-laman sesawang khusus untuk yang dibangunkan oleh individu berpengalaman atau persatuan disleksia dan diskalkulia untuk membantu menangani masalah pembelajaran. Kesimpulannya, ICT adalah pembangunan termaju yang dapat membantu menangani masalah pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia. Berikut merupakan beberapa perisian yang digunakan dalam membantu masalah disleksia dan diskalkulia dalam pembelajaran :VOCA VOCA boleh diprogram untukmenghasilkan pertuturan. Menggunakan PictureExchange CommunicationSystem (PECS) Dapat mengurangkan masalahtingkah laku Meningkatkan kemahirankomunikasi Memperbaiki interaksi social

Mouthstick and Slant Board Digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah dalam pergerakan tangan sama ada penggunaan lengan yang terhad ataupun tidak dapat menggerakkan tangan. Slant board tersebut boleh diubah kedudukan mengikutkesesuaian ketinggian pelajar dan keselesaan.Talking Word Processors Salah satu sokongan membaca kepada pelajar semasa merekamembaca mahupun menulis kerana program ini telah dirangka. Untuk membantu membunyikan huruf, membaca perkataan, ayat danperenggan. Program ini turut dapat membaca perkataan yang sedang ditulis.Portable Word Processor: AlphaSmart Diubahsuai sesuai dengan keperluan pelajar. Alat ini adalah senang di bawa kerana mempunyai saiz yang kecil sertaringan. Mempunyai sistem penstoran fail. Boleh dimuat turun kepada komputer menggunakan wayar dan jugaboleh terus untuk dicetak.

Positron Emission Tomography (PET) dan FuntionalMagnetic Resonance Imaging(fRMI). Berfungsi untuk melihat perbezaan di antara disleksia dan bukan disleksia.

Notetakers Pengguna notetaker Braille juga mempunyaipilihan untuk memasukkan maklumat kedalam alat ini, dan kemudian bolehmemindahkannya ke komputer yang lebihbesar memorinya. Ia direka khas kepada individu yangmempunyai masalah penglihatan Alat ini juga boleh menyediakan tugas-tugasasas organisasi, seperti kalendar dan merekajuga boleh digunakan untuk menghantar /menerima mesej e-mel