kerja kursus gbs1012

16
1 1.0) Pendahaluan Masyarakat Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kesantunannya. Terutama sekali bagi bangsa Melayu yang amat mementingkan dan menerapkan adat-adat dan budaya yang penuh dengan kesantunan dan lemah lembutnya. Walaubagaimanapun, perkara itu telah berubah akibat ekoran peredaran masadan zaman pun telah berubah. Masyarakat malaysia kini tidak begitu dipandang tinggi lagi dengan kespoanan dan kesantunannya. Perkara ini terbukti, apabila pada tahun 2006 majalah Reader Diges memaparkan mengenai tahap kesantunan antara 35 negara dan negara Malaysia telah pun berada di kedudukan 33. Melalui, kedudukan ini kita dapat mengetahui bahawa tahap kesopanan negara Malaysia adalah antara yang terendah. Hal ini demikian kerana, budaya melayu semakin hari semakin terhakis. Budaya Melayu yang dikenali dengan kesopanan dan kesantunan ini mula terhakis kerana salah satunya berpunca daripada pengaruh budaya barat yang telah merosakkan fikiran gologan belia. Kini, kebanyakkan gologan belia telah banyak terpengaruh dengan budaya barat yang dibawa melalui media mahupun multimedia sekarang. Nilai kesantunan dan kesopanan bukan setakat dipandang dengan aspek cara bertutur dan cara bergaul sahaja tatapi, kesopanan dan kesantunan di jalan raya merupakan antara aspek yang utama yang perlu kita perhatikan dan mengambil berat megenainya.

Upload: nurhidayahmostaffa

Post on 09-Sep-2015

42 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tugasan ini membincangkan mengenai kesantunan masyarakat malaysia

TRANSCRIPT

1.0) Pendahaluan

1.0) Pendahaluan

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kesantunannya. Terutama sekali bagi bangsa Melayu yang amat mementingkan dan menerapkan adat-adat dan budaya yang penuh dengan kesantunan dan lemah lembutnya. Walaubagaimanapun, perkara itu telah berubah akibat ekoran peredaran masadan zaman pun telah berubah. Masyarakat malaysia kini tidak begitu dipandang tinggi lagi dengan kespoanan dan kesantunannya. Perkara ini terbukti, apabila pada tahun 2006 majalah Reader Diges memaparkan mengenai tahap kesantunan antara 35 negara dan negara Malaysia telah pun berada di kedudukan 33. Melalui, kedudukan ini kita dapat mengetahui bahawa tahap kesopanan negara Malaysia adalah antara yang terendah. Hal ini demikian kerana, budaya melayu semakin hari semakin terhakis. Budaya Melayu yang dikenali dengan kesopanan dan kesantunan ini mula terhakis kerana salah satunya berpunca daripada pengaruh budaya barat yang telah merosakkan fikiran gologan belia. Kini, kebanyakkan gologan belia telah banyak terpengaruh dengan budaya barat yang dibawa melalui media mahupun multimedia sekarang. Nilai kesantunan dan kesopanan bukan setakat dipandang dengan aspek cara bertutur dan cara bergaul sahaja tatapi, kesopanan dan kesantunan di jalan raya merupakan antara aspek yang utama yang perlu kita perhatikan dan mengambil berat megenainya.

2.0) Kesantunan Dan Kemalagan Jalan Raya

Pemandu hendaklah mempunyai kesantunan yang tinggi terutamanya berada di jalan raya. Hal ini demikian kerana, sekiranya pemandu itu tidak mengamalkan nilai-nilai kesantunanan ketika memandu di jalan raya kemungiknan besar pemandu itu akan melanggar peraturan jalan raya dan secara tidak langsung perkara ini boleh mengakibatkan pemandu itu menghadapi kemalagan jalan raya. Isu kemalagan jalan raya merupakan isu yang sangat serius. Perkara ini boleh dibuktikan dengan data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, ketika 30 negara menunjukkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, hanya tiga negara merekodkan peningkatan. Paling menonjol di antara tiga negara itu ialah Malaysia yang menjadi tumpuan bersama Argentina dan Kemboja. Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kemalagan jalan raya ialah sikap pemandu yang tidak meberi signal, pemandu yang memandu melebihi had laju dan pemandu yang melanggar tanda lampu merah. Sikap-sikap seperti ini merupakan sikap yang termasuk dalam sikap orang yang tidak bersantun. Jelaslah bahawa kemalagan itu tidak akan berlaku sekiranya pemandu-pemandu jalan raya mengamalkan sikap yang bersopan santun seperti menghormati pemandu jalan raya yang lain dengan memberikan signal ketika ingin memotong dan sebagainya.

2.1) Sikap tergesa-gesa ketika memandu

Pemandu yang suka memandu tergesa-gesa merupakan pemandu yang memandu melebihi had laju dan suka melanggar lampu isyarat warna merah. Had laju adalah satu bentuk peraturan jalan raya yang menetapkan kelajuan maksimum atau minimum yang selamat bagi pemanduan dijalan rayaataulebuh raya awam. Had laju ditetapkan oleh pihak berkuasa sabagai satu langkah bagi mencegahkemalangan jalan rayaakibat pemanduan yang terlalu laju atau terlalu perlahan sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Namun, kebanyakkan pemandu tidak suka mematuhi had laju ketika memandu. Seterusnya, lampu isyarat merupakan lampu yang diletakkan di jalan raya biasanya di tempat mepunyai banyak persimpagan dan iainya betujuan membantu kelancaran pemaduan di jalan raya dengan memaparka tiga jenis warna. Lampu isyarat warna hijau bermakna aman dan selamat untuk meneruskan pemanduan. Lampu kuning pula bermankna untuk persediaan untuk berhenti. Lampu merah pula bermakna berhenti atau tidak selamat unuk meneruskan pemanduan. Namun kebanyakkan pemandu salah mentafsir tanda isyarat yang dipaparkan lampu isyarat. Mereka menganggap bahawa tanda warna kuning bermakna tanda untuk bersedia memecut dan tanda merah merupakan tanda unuk memecut laju. Pemandu seperti merupakan pemandu yang tergolong dalam pemandu yang tergesa-gesa.Walaubagaimanapun, kebanyakkan pemandu masih tidak mahu mengikuti peraturan ini. Biasanya pemandu yang memandu dalam keadaan tergesa-gesa biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka. Antara sikapnya ialah sikap menunju-nunjuk yang merupakan satu penyakit pemandu yang kuran sopan. Pemandu yang suka menunju-nunjuk terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan ingin diperlihatkan oleh orang umum. Sikap ini terselah juga dari segi kebiasaan mereka memamsang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka mengubahsuai kereta kepada meraka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang bukan kebiasaan atau mongel. Peralkuan mereka seperti ini menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai. Malahan, senario di jalan raya kebanyakkan kereta yang membuka muzik yang kuat dan menggubah suai kereta mereka merupakan pemandu yang memandu melebih had laju. Sikap menunjuk-nunjuk ini merupakan salah satu sifat negatif dan sangat berkait dengan sikap keji seperti bongkak, sombong dan angkuh. Malahan, sikap seperti ini adalah berlawanan denagn sikap sopan santun.

Kemudian, kebanyakkan pemandu jalan raya yang memandu dalam tergesa-gesa ini mempunyai sikap tidak menghargai nyawa. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka seperti mempertaruhkan nyawanya dan nyawa pemandu lain. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi. Contoh kemalagan yang berlaku yang berpunca daripada sikap tergesa-gesa. Pada tahun 2011, satu kemalagan berlaku di Ipoh yang melibatkan seorang lelaki yang menunggang motorsikal mati diesebabkan melanggar lampu isyarat merah. 2.2) Pemandu yang cuai semasa memandu

Pemandu yang cuai boleh juga boleh dikatogorikan pemandu yang lalai. Memandu sambil buat kerja lainmerupakan satu bentuk kecuaian memandu dan merupakan perkara yang kurang sopan. Kerja-kerja yang biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok , membaca SMS, menulis SMS dan berselfie. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud boleh dilakukan semasa memandu kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenar penuh dengan perkara diluar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya perkara ini berlaku semasa anda membaca SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu.Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral. Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai dalam diri mereka. Dalam konteks ini, pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasan kesuntukkan masa bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai ekonomi di atas nilai keselematan.Memandu dalam keadaan mabukmemang jelas satu kecuaian besar dan merupakan perbuatan yang tidak sopan. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Dalam konteks tidak bertanggunjawab ini ialah pemandu yang memandu dalam keadaan yang mabuk boleh membunuh penumpang malahan pemandu jalan raya yang lain. Sebagai contoh, pada tahun 2012, sebuah kemelagan yang berlaku di Kota Kinabalu iaitu sebuahlori tiga tan dinaiki gadis terbabit bersama pemandu tidak dikenali berusia 30-an dirempuh lori pasir seberat 10 tan menyebabkan kedua-dua mereka parah dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).Kemalangan berpunca akibat pemandu lori pasir terbabit dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sebelum melakukan pusingan U dan dirempuh lori tiga tan dinaiki kedua-dua mangsa.

2.3) Pemandu yang mengambil peraturan sebagai perkara remeh-temeh

Peraturan jalan raya merupakan sesuatu peraturan yang wajib dipatuhi kerana peraturan jalan raya berfungsi untuk menyelematkan nyawa dan memberikan kebaikan kepada orang yang berada di jalan raya. Walaubagaimanpun, ramai pemandu di Malaysia mengambil peraturan ini sebagai perkara yang remeh temeh ataupun dalam kata yang lain mereka degil untuk mematuhi peraturan. Peraturan dalam konteks perbincagan ini ialah lebih kepada peraturan yang merangkumi perkara yang kecil. Seperti ramai pemandu dan penumpang tidak memakai tali pinggang kalender. Mereka mengaggap bahawa penggunaan tali pinggang kalender hanyalah perkara yang menyusahkan. Kemudian, ramai pemandu jalan raya di Malaysia tidak mengamalkan memberikan signal ketika memotong, membelok ke kiri atau ke kanan, memasuki simpang dan keluar daripada simpang. Malahahan, sikap pemandu yang suka membuat potogan U pada tempat yang bukan sepatutnya. Tanpa mereka sedari perbuatan mereka ini sangat membahayakan pemandu jalan raya yang lain kerana iannya merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kadar kemalagan menigkat. Perbuatan ini adalah kurang bersopan kerana iainya seperti tidak menghormati hak orang lain dan boleh menimbulkan kemarahan orang yang lain.

3.0) Sikap pemandu masyarakat Jepun

Masyarakat Jepun dikenali oleh semua buah negara di muka bumi ini sebagai negara yang mengamalkan dan mempunyai sikap sopan santun yang tinggi. Sikap sopan mereka merupkanan amalan kehidupan seharian mereka termasuklah ketika mereka memandu di jalan raya. Mereka mematuhi peraturan jalan raya sehingga kadar kemalagn jalan raya di Jepun dalam kadar yang antara yang terendah. Hal ini demikian kerana, sikap mereka yang penuh bersopan santun, berdisiplin dan saling hormat menghormati.Antara sikap pemandu orang Jepun iaitu ketika mereka ingin memotong, mereka akan tunduk dan mengangkat tangan yang menunujukkan bahawa mereka inigin memotong kemudia apabila mereka sudah dapat memotong mereka akan menekan butang hazard light yang menunjukkan terima kasih kerana memberi ruang untuk mereka. Kemudian, mereka selalu menggunakan tali pinggang kalender dan kepada anak yang bawah sekolah renda akan menggunakan tempat duduk yang dikhaskan kepada anak-anak. Serta, had alkohol darah undang-undang di Jepun adalah sifar. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat jepun tidak akan memandu ketika berada dalam keadaan yang mabuk. Mereka juga amat mengikuti lampu isyarat iaitu apabila tanda warna kuning mereka akan mula memperlahankan kereta mereka dan berhenti pada lampu bertanda merah. Jelaslah sikap pemandu masyarakat jepun amat berbeza dengan sikap pemandu masyarakat di Malaysia. 4.0) KesimpulanSecara tuntasnya, mengamalkan sikap bersopan santun ketika memandu merupakan budaya yang tinggi nilainya. Malahan, budaya ini merupakan budaya yang harus ada kepada masyrakatn agar dapat mengurangkan kadar kemalagan jalan raya serta menjadikan negara sebagai sebuah negara yang membangun. Seperti apa yang dikatakan oleh pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Dalam usaha kita ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, negara telah mengalami kepesatan pembangunan sosial, ekonomi, teknologi dan demografi. Pembangunan ini juga menyumbang kepada peningkatan bilangan kenderaan yang didaftarkan setiap tahun. Justeru, cabaran terhadap tanggungjawab utama kerajaan dalam usahanya untuk mengurangkan kadar kematian dan kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya di Malaysia juga kian meningkat. Seperti Negara Jepun yang merupakan salah satu negara yang maju, dan masyarakat mereka amatlah mengalamakan sikap bersopan santun dalam kehidupan seharian mereka terutamanya di jalan raya. Oleh sebab itu, masyarakat Malaysia perlu sedar akan kepentingan mematuhi peraturan dan mengamalkan sikap hormat-menghormati sewaktu memandu. Pelabagai usaha kerajaan telah dilakukan dalam usaha unuk mengurangkan kadar kemalagan. Antaranya ialah pada tahun 2004 kerajaan telah menumbuhkan Jabatan Keselamat Jalan Raya. JKJR adalah komited untuk menjadi peneraju dalam mempromosikan pendidikan dan kempen-kempen kesedaran keselamatan jalan raya. Pelbagai kempen advokasi keselamatan jalan raya telah dilaksanakan di peringkat kebangsaan dan negeri mencakupi semua lapisan pengguna jalan raya serta pihak-pihak yang berkepentingan. Harapan JKJR semoga impak daripada pendidikan dan kempen-kempen keselamatan yang dilaksanakan memberi kesan positif yang besar kepada semua pihak dengan peningkatan tahap keselamatan jalan raya pada setiap tahun. Namun usaha kerajaan ini tidak akan berhasil sekiranya pemandu jalan raya itu sendiri tidak mahu untuk mngubah sikapnya yang besifat kurang sopan ketika memandu di jalan raya. 5.0) Rujukan

. Anak nahas dalam lori remuk. My Metro. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anaknahasdalamloriremuk/Article/index_html. Memandu melebihi had laju punca kemalagan. Borneo Post Online.

http://www.theborneopost.com/2013/05/31/memandu-melebihi-had-laju-punca-kemalangan/

Abu Bakar Bin Yang. Pemanduan Berhemah Satu Kewajiban. http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/7518-pemanduan-berhemah-satu-kewajiban

DatoDr.Tam Weng Wah.(2013). Perutusan Ketua Pengarah. http://www.jkjr.gov.my/ms/mengenai_kami/perutusan.html Japan Info Swap. Driving in Japan,

http://japaninfoswap.com/driving-in-japan/

Jabatan Penerangan. Malaysia Pegang Rekod Kematian Jalan Raya

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/keselamatan/7591-malaysia-pegang-rekod-kematian-jalan-raya.html

Winkipedia. Salah Laku Jalan Raya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Salah_laku_jalan_raya

6.0) Refleksi

Pertama sekali saya hendak menyatakan kesyukuran kepada Tuhan, kerana telah memberikan nikmatkesihatan dari segi akal fikiran dan fizikal. Melalui nikmat yang diberikan oleh Tuhan yang maha esa saya dapat melakukan kerja kursus ini dan menghantar pada waktu yang ditetapkan. Saya juga ingin megucap dan memberikan penghargaan kepada Encik Derrick Warren Anak Saging yang merupkan pensyarah yang mengajar dan membinbing kami dalam membuat kerja kursus ini. Saya juga hendak mengucap ribuan terima kasih kepada kawan sekelas saya dan ahli kumpulan saya yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya semasa melakukan kerja kursus ini. Saya juga ingin memebrikan penghargaan kepada diri saya sendiri untuk berusaha sedaya upaya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Melalui kerja kursus ini, saya menghadapi beberapa masalah yang dapat saya selesaikan masalah yang utama ialah masalah dalam pengurusan masa. Saya mengakui bahawa saya merupakan seorang yang tidak pandai mengurus masa sendiri. Semasa saya melalkukan kerja kursus ini, ada kerja kursus yang lain yang perlu disapkan pada waktu yang sama seperti kerja kursus kedua SJH 1034.Dalam situasi ini saya perlu pandai mengurs masa dengan sebaik mungkin. Namun, diri saya ini masih baru dalam alam belajar di tempat kampus. Oleh sebab itu, saya seperti masih terpinga-pingga untuk menguruskan masa. Saya masih begitu keliru dan tidak tahu untuk membahagi masa saya. Saya terikat dengan kelas, terikat dengan akitiviti maktab dan akitiviti bersama kawan. Oleh sebab itu, saya merasakan bahawa masa saya amatlah terhad. Kekagan masa ini membuat diri saya untuk terpaksa menjaga malam bagi menyiapkan kerja kursus saya yang tidak pernah berhenti. Apabila saya telah menjejaskan masa tidur saya secara tidak langsung saya akan hilang tumpuan yang sepenuhnya apabila pensyarah yang memberikan ilmu di hadapan bilik kuliah. Selain itu, punca daripada kelalaian saya sendiri kerana saya mudah terpengaruh dengan kawan saya terutama apabila kawan saya mengajak saya untuk melakukan aktiviti yang merupakan hobi saya iaitu seperti bermain badminton. Kawasan persekitaran saya juga mempengaruhi saya untuk melakukan kerja kursus dengan lebih berkesan dan efektif. Orang yang berada di sebelah bilik saya selalu membuka lagu dalam kadar suara yang sangat besar. Apabila perkara ini berlaku, tumpuan saya untuk membuat kerja kursus akan hilang. Secara tidakl langsung saya akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan kerja kursus. Berlakunya pembaziran masa saya untuk melakukan kerja kursus ini. Saya juga mengamalkan sikap menagguh kerja. Soalan bagi setiap kerja kursus telah diberi oleh pensyarah pada aawal sebelum cuti raya, pada waktu cuti itu saya lebih menggunakan masa saya untuk menyabut perayaan hari Raya tanpa mengingati kerja kusus yang diberi oleh pensyarah.

Setelah mengetahui masalah ini dan mendapati punca-puca yang mempengaruhi cara saya dalam mengurus masa, saya telah belajar untuk cara-cara untuk mengurus masa. Anatara langkah yang perlu saya lakukan iaitu membuat jadual. Jadual itu hendaklah disusun mengikut aktiviti seharian saya di sini. Sebagai contoh, pada pagi iaitu pada pukul 7.30 pagi hingga petang iaitu pada pukul 4.15 petang, saya tahu masa yang sesuai untuk belajar adalah pada waktu malam bukan setakat itu sahaja, saya hendaklah memfokuskan jenis-jenis kursus yang saya akan lakukan. Sebagai contoh, malam ini saya membuat kerja kursus SJH1034 dan malam kemudiannya saya akan melakuakn kerja kusus GSB 1012.

Saya juga telah mengetahui langkah-lankah yang patut saya lakukan iaitu yang pertamanya saya akan hindarkan dari melakukan semua perkara saya merupakan seorang individu cenderung untuk melaksanakan semua tugasan dan kerja yang adakerana saya merasa begitu cemas dan hendak melakukan semua tugasan dengan kadar yang cepat agar kerja saya siap saya akan berasa lega tetapi perlu diingat jika beban kerja melebihi kemampuan saya maka hasilnya tidak akan berkesan. Saya sendiri tidak akan berpuas hati terhadap hasil yang tidak berkualiti yang saya telah usahakan. Hasil kerja yang baik datangnya dari usaha yang teliti dan berfokus. Pengurusan masa yang baik memerlukan saya menumpukan kepada tugas penting dan sedikit dalam masa yang telah ditetapkan. Pengurusan masa yang buruk berlaku apabila saya menumpukan terlalu banyak kerja yang kurang penting dalam masa yang tidak menentu.

Kemudian, kebaikan yang saya perolehi daripada melakukan kerja kursus ini ialah saya menyedari bahawa masalah-masalah sosial dan cara kehidupan pada zaman sekarang yang lebih tertumpu untuk mencari kesenagan dan kepuasan hawa nafsu menjadikan akhlak, budaya dan agama tergugat. Apabila saya menyedari perkara ini saya akan cuba mencari penyelesaian agar diri saya tidak terlalu hanyut dengan pencarian kesyeronokkan ini. Saya akan berusaha untuk mencari ilmu dan menjadi orang yang dapat memberikan kebaikan kepada masyrakat mahupun negara sendiri. Walaupun usaha saya hanyalah dapat menyumbang mendidik anak bangsa. Saya tetap bangga kerana, apabila saya mendidi generasi akan datang bermakana saya telah mendidik pemimpin akan datang.

Seterunya, saya juga dapat kebaikan dan pengalaman yang susah dibeli. Pengalam itu ialah, saya berusaha dengan rakan sekumpulan saya bagi menyiapakan kerja kumpulan. Melalui aktiviti kumpulan ini iannya dapat memebantu saya meningkatkan kemahiran interpersonal saya. Iaitu kemahiran saya untuk berkomunikasi dengan orang lain secara kumpulan. Iannya memerlukan aspek empati dan tanggunjawab kepada ahli kumpulan kita bagi menjayakan diri kami untuk mencapai target kumpulan kami iaitu dapat melakukan dengan bersungguh-sungguh dan hantar pada masa yang ditetapkan.

Kesimpulannya, kerja kursus kesantunan masyarakat malaysia amatlah memberikan kesan dan faedah yang besar kepada saya. Ianya membantu saya untuk mengurus masa, setiap topik yang dibincangkan dalam kursus ini benar-benar menguji cara saya untuk berfikir dan menjadikan fikiran saya untuk lebih terbuka dan lebih mengetahui isu-isu mengenai kesantunan yang dapat dijadikan panduan kepada saya untuk menjadi insan yang bersopan santun terutama untuk menjadi seorang guru yang bersopan santun.

7.0) Lampiran

Gambar 1. Pemandu Masyarakat Jepun menunjukkan terima kasih (menekan butang hazard)

Gambar 2. Pemandu Masyarakat Malaysia yang tidak memberikan signal ketika memeotong