kerja kursus bmm3103 toyep

17
1.0 Pengenalan Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid-muridnya. Oleh itu, guru perlu menjalankan penilaian untuk mengukur pencapaian murid melalui penilaian berterusan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pentaksiran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Taksonomi ini disediakan khusus untuk domain kognitif, iaitu memberi tumpuan khusus kepada pemikiran dan kefahaman murid. Domain Krathwolh juga digunakan dalam penilaian pendidikan yang khusus untuk domain afektif, iaitu melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid. 2.0 Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 2.1 Pentaksiran

Upload: tayep1234

Post on 23-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

1.0 Pengenalan

Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu

mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid-muridnya. Oleh itu, guru perlu

menjalankan penilaian untuk mengukur pencapaian murid melalui penilaian berterusan.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan

pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua

faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

Pengujian, pentaksiran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia

pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya,

ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya

mempunyai perbezaan.

Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk

menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan

yang melibatkan bidang-bidang seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Domain Kognitif

Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam

pentaksiran. Taksonomi ini disediakan khusus untuk domain kognitif, iaitu memberi tumpuan

khusus kepada pemikiran dan kefahaman murid. Domain Krathwolh juga digunakan dalam

penilaian pendidikan yang khusus untuk domain afektif, iaitu melibatkan perkembangan

sikap dan nilai murid.

2.0 Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Page 2: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

2.1 Pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan

tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperoleh seseorang individu. Pentaksiran juga

merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan

penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut termasuk hal-hal

berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan

dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai.

Pentaksiran bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang

prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai

aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan

maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru

untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru

dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik

bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau

sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta

melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan. pentaksiran merangkumi aktiviti

menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan pembelajaran seseorang

murid.

Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti keobjektifan iaitu

berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan, kebolehtadbiran

susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau

berasaskan sekolah, kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat

tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian

serta menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang

penting. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrumen, kumpulan yang ditaksir,

respons, kumpulan pentaksir dan skor.

Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran

iaitu seperti pemerhatian, lisan, penulisan, pertimbangan profesional dan portfolio.

Pentaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran

melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara

pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temu bual. Justeru, kita boleh

menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan

Page 3: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada

kaedah tersebut.

Pentaksiran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental

seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya.

Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang

tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90

tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45,

walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula

tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran

yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk

yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.

Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan

pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah

pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

2.2 Pengujian

Seterusnya, pengujian merujuk kepada satu teknik yang dilakukan untuk

mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang murid terhadap

pembelajarannya, sama ada dalam bidang kognitif, afektif atau psikomotor (Mok Soon Sang,

Lee Shok Mee, 1986: 360). Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan

untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam

sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur

penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan yang

berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap

penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya

dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Terdapat empat tujuan utama pengujian, iaitu mengesan hasil pembelajaran yang

telah dicapai, mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil

pembelajaran yang lain, ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan

sedia ada murid sebelum pengajaran serta ujian diagnostik akan menentukan punca

masalah pembelajaran dan dengan itu dapat membantu guru menentukan teknik pemulihan

yang perlu digunakan. Terdapat enam jenis ujian yang boleh dijalankan oleh guru, iaitu ujian

pencapaian, kecerdasan, prestasi, diagnostik, bakat dan personaliti.

Page 4: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai

“markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa

baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat

persediaan, diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan

skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-

pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan

guru.

Terdapat empat jenis ujian, iaitu Ujian Kemajuan, Ujian Pencapaian, Ujian

Kemahairan dan Ujian Bakat. Ujian Kemajuan kerap digunakan di dalam bilik darjah dan

bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai

bahan atau perkara-perkarayang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu. Ujian

Pencapian pula lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih

menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Kebanyakan

ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti UPSR.

Ujian Kemahiran dijalankan untuk menentukan sejauh mana kemahiran bahasa

seseorang pelajar dan bagaimana dia menggunakan kemahiran ini untuk menghadapi

sesuatu tugas tertentu seperti pelajaran lain atau bidang-bidang tertentu. Misalnya, ada ujian

lisan bahasa Malaysia pada peringkat UPSR, dan ada ujian untuk menguji kemahiran

pelajar dalam pertuturan. Seterusnya, Ujian Bakat merupakan ujian yang dibentuk untuk

mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu. Hal ini

disebabkan bukan semua orang mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malaysia.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk

mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah,

tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan

betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh

dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan

pengujian yang berkualiti.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat

melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik

darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama

pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Page 5: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

2.3 Penilaian

Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas (Ee Ah Meng, 1994: 202).

Penilaian merupakan proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat

yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Penilaian adalah konsep yang telah

digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat

tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran,

sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat

dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.

Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya,

dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat

yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dalam

kalangan murid sekolah rendah.

Terdapat beberapa tujuan penilaian di dalam bilik darjah, iaitu diagnosis,

pencapaian, pemilihan dan penempatan serta bimbingan dan kaunseling. Bagi tujuan

diagnosis, penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan

maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan

kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas

tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat

mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat

memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cergas,

yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti

pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi

pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan pelajar.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan

memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan

pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah

yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru

akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan oleh guru

untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya

masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan

terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam

pembelajaran.

Seterusnya, bagi tujuan pencapaian pula, penilaian yang dijalankan pada akhir sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para

Page 6: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain

itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6

(UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan

gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih

bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian

ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti

cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan

keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam

peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

Bagi tujuan pemilihan dan penempatan, penilaian adalah penting sebelum

pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-

pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar.

Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli

bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah

mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini

penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian

untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu

kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza,

guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan

seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang

berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan

menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain

memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan menempatkan

pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata

pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut

kecenderungan seseorang murid berkenaan.

Tujuan bimbingan dan kaunseling pula, penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan

bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya

mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi

daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin

mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan

seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi

yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi

Page 7: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada

guru/guru besar.

Tujuan lain penilaian ialah membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan

pelajar, membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang

berkenaan, membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar

terhadap pembelajaran, membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah

pengajaran mereka, melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha

meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka serta pelajar berpeluang mengetahui

kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penilaian merupakan satu proses untuk

menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan dan kemahiran serta

kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam program

KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian, iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian

mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian.

Penilaian mengesan penguasaan dijalankan semasa guru berada di bilik darjah.

Tujuannya adalah untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu

kemahiran yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta-

merta. Penilaian mengesan kemajuan pula dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam

sesuatu topik telah diajar. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang

kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat menentukan siapa yang

memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Penilaian mengesan pencapaian dijalankan

selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dijalankan dalam tempoh

satu penggal. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa

topik pelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam sesuatu kumpulan.

Berdasarkan KSSR pula, pentaksiran bagi pengajaran dan pembelajaran dijalankan

secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam

pembelajaran. Justeru, pelbagai kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik

digunakan.

Terdapat dua jenis penilaian, termasuklah penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan

pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab,

latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan. Penilaian sumatif pula sering digunakan

Page 8: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

pada peringkat akhir sesuatu topik pengajaran. Tujuan utama penilaian ini dilaksanakan

adalah bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau

kumpulan.Penilaian yang digunakan juga adalah berbentuk permarkahan yang

mengutamakan aras gred atau diberikan pangkat kepada pencapaian yang dikuasai oleh

pelajar. Ujian rujukan kriteria dan rujukan norma sering digunakan dalam ujian jenis ini.

Penilaian rujukan norma digunakan untuk membandingkan pretasi murid dengan

prestasi murid lain. Melalui penilaian ini, guru boleh mentafsir kemajuan prestasi murid

dalam satu-satu ujian dan ia berupaya membandingkan keputusan dalam kalangan murid

terhadap satu kelas ataupun kumpulan. Kaedah ini sering digunakan oleh guru untuk

menentukan gred yang diperoleh oleh murid dalam satu-satu ujian. Penilaian rujukan kriteria

pula digunakan untuk membandingkan murid dengan kriteria tertentu. Penilaian ini

digunakan untuk menilai tahap prestasi kemajuan murid-murid. Keputusan yang diperolehi

tidak akan dibandingkan dengan prestasi murid-murid lain.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan

dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Secara

menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan

pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam

keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui

ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut

dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain

menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data

berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temu bual.

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian

Penilaian

Pentaksiran

Pengujian

Page 9: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, dan pentaksiran

adalah di dalam penilaian. Oleh yang demikian, untuk mendalami konsep penilaian,

pemahaman konsep pengujian, dan pentaksiran adalah amat penting sekali. Penilaian

mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur

penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti

rajah 2 berikut.

Berdasarkan kepada rajah 2 di atas, pengujian merupakan aktiviti-aktiviti utama

dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih dahulu

melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap pencapaian

muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh menjalankan

penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah, sederhana, baik

ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan untuk membantu

murid-muridnya meningkat prestasi mereka.

Persediaan Ujian

Pentadbiran Ujian

Pemeriksaan dan

PengukuranAnalisis Interpretasi

dan Tindakan

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian

Rajah 2: Prosedur Penilaian

Page 10: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

3.0 Banding Beza

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan

organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamus Dewan

Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa

digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-

objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti kognitif, afektif dan psikomotor.

Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan

pemikiran pelajar di mana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian,

dan keterampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan,

emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya

adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Sehubungan itu, konsep domain mempunyai kaitan dengan pembinaan objektif pengajaran

dan penyediaan soalan untuk tujuan pentaksiran, pengujian dan penilaian.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai

elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada

tahun 1956. Taksonomi Bloom disediakan khusus untuk domain kognitif, iaitu memberi

tumpuan khusus kepada pemikiran dan kefahaman murid. Seterusnya, Bloom bekerjasama

dengan Karthwalh dan Betram B. Masia lalu menghasilkan Domain Krathwolh yang khusus

untuk domain afektif, iaitu melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid. Taksonomi

Page 11: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

Bloom telah membahagikan domain kognitif ini kepada enam peringkat yang bercorak

hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sintesis dan penilaian. Namun begitu, Domain Krathwohl pula dibahagikan kepada

lima peringkat, iaitu penerimaan, gerak balas, penilaian, organisasi dan perwatakan.

Peringkat-peringkat yang terdapat dalam Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl agak

berbeza.

Dalam Taksonomi Bloom, elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras

taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk

mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Aras pengetahuan merujuk

kepada mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh,

peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan

dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid

memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Murid dapat mengubah kefahaman daripada

satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri,

menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf dalam aras ini. Istilah

atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula. Ciri-ciri

soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan

bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk

yang baru. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah

seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar

menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid

benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan

aras aplikasi memerlukan murid menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk

menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula seperti

membina graf daripada data dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan

bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengehendaki murid untuk

memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian

antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur – unsur

dan struktur. Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan

fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur

organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,

memastikan dan memilih.. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan

Page 12: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan

memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid

untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas Murid akan cuba menyepadukan,

mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat

ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah

membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan. Kategori soalan bagi aras

sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi di mana

murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain.

Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk

menyampaikan buah fikiran, membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan

dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid

menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat

pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau

sebagainya. Murid membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan

dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Pertimbangan dibuat dengan piawaian

tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras

penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea,

kaedah bagi sesuatu tujuan. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah

memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan. Perkataan yang sering

digunakan dalam soalan bagi aras penilaian ialah pilih, berikan alasan, kritikan dan buktikan.

Bagi Domain Krathwohl pula, elemen pertama ialah penerimaan iaitu berhubung

dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian dan kesediaan murid untuk menerima

sesuatu yang ingin disampaikan. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau

perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan

domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar,

menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Elemen kedua ialah gerak balas yang membawa maksud murid-murid bertindak

balas terhadap rangsangan yang diterima kerana mempunyai tujuan tersendiri untuk berbuat

demikian. Perasaan ingin tahu menyebabkan murid-murid bertindak balas terhadap

rangsangan yang diterima dan tindak balas ini akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan

dalam diri murid-murid. Pada peringkat awal, gerak balas ini mungkin berlaku disebabkan

oleh arahan orang lain tetapi setelah murid-murid mempunyai tujuan tersendiri, dia akan

Page 13: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

bertindak balas secara sendiri. Misalnya, murid-murid yang berminat terhadap aktiviti

berpantun akan berlatih berpantun dengan bersungguh-sungguh demi kepuasan diri

mereka.

Elemen ketiga ialah penilaian. Penilaian bermaksud murid-murid memahami nilai

sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Pada peringkat ini perlakuan

adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi

kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang

berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikkan.

Elemen keempat ialah organisasi yang membawa maksud membentuk sesuatu

sistem nilai atau menyusun semua nilai yang diterima menjadi satu sistem yang lebih

praktikal. Sehubungan itu, penyusunan nilai-nilai ini dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu

mengkonseptualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya serta menyusun

nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai atau kepercayaan. Sebagai contoh, murid-

murid dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya mengawal diri berdasarkan

peraturan tersebut. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan

beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di

antara nilai-nilainya.

Elemen terakhir ialah perwatakan. Perwatakan bermaksud murid-murid mematuhi

sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai cara hidup. Pada peringkat ini,

murid-murid akan memperlihatkan perwatakannya berlandaskan nilai tertentu, misalnya

membuat keputusan mengikut keadaan tanpa dipengaruhi perasaan. Selain itu, murid-murid

akan mempunyai sistem nilai tersendiri, iaitu mempunyai prinsip hidup tersendiri. Sebagai

contoh, seorang muris yang dimarahi oleh guru kerana tidak membuat kerja rumah akan

segera membetulkan kesalahannya dengan menyiapkan semua kerja rumah. Pada

kebiasaannya, murid-murid akan kekal memegang sistem nilai berkenaan.

Page 14: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep
Page 15: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

4.0 Rumusan

Kesimpulannya pentaksiran, pengujian dan penilaian yang tepat dan berkesan yang

dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam

memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar. Pentaksiran,

pengujian dan penilaian amat penting dijalankan untuk membantu guru membimbing setiap

pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran, membekalkan murid dan ibu

bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses

pembelajaran. Selain itu, ia juga mengesahkan suatu paras pencapaian pelajar,

membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk

membimbing pelajar secara individu serta dapat membantu guru menentukan cara

pengajaran kumpulan efisien dan efektif.

Page 16: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

5.0 BIBLIOGRAFI

BUKU:

Azman Wan Chik. (1994). Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu Edisi Kedua. Selangor:

Citra Publishing Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi III Edisi Kedua (Semester III). Shah Alam: Penerbit Fajar

Bakti. Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1994). Perkembangan dan Pelaksanaan Kurikulum. Shah Alam: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Institut Bahasa. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Isahak Haron, Koh Boh Boon. (1983). Asas-asas dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Asas KBSR 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mok Soon Sang, Lee Shok Mee. (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah ‘Tahap 1’.

Petaling Jaya: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Perak Darul Ridzuan: Penerbit Multimedia. Sdn. Bhd.

Jurnal:

Mohd Nazri Abdul Rahman, Rosman Ishak, Juhara Ayob. (2014). Transformasi bentuk

pentaksiran dan penilaian dalam buku teks: aplikasi Interprative Structural Modelling

(ISM). Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 2, Artikel 2. Diakses pada

11/8/2014 http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=76790

Page 17: Kerja Kursus Bmm3103 Toyep

Veloo, Arsaythamby. (2011). Keupayaan teori dan pelaksanaan pentaksiran dalam

pembelajaran. Journal of Governance and Development. 7, 8-15. Diakses pada

12/8/2014 http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=72000

Internet:

Konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian

http://cikguamirul.files.wordpress.com/2011/09/pengujian_pengukuran_penilaian.pdf

diakses pada 10/8/2014

Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/BMM3103_Pentak

siran_Bahasa_Melayu_SR.pdf diakses pada 13/8/2014

Pengurkuran dan Penilaian dalam Pendidikan.

http://www.ipda.edu.my/OUMazman/Topic3.pdf diakses pada 20/8/2014

Taksonomi Bloom dan domain Krathwohl http://www.slideshare.net/haidah/taksonomi-

bloom-dan-domain-krathwohl diakses pada 16/8/2014

Taksonomi Bloom dan domain Krathwohl http://www.slideshare.net/nsmm/taksonomi-bloom-

dan-domain-krathwohl-14448763 diakses pada 18/8/2014

Taksonomi Bloom, Taksonomi Solo dan Domain Krathwohl

http://www.slideshare.net/Aurakaya6966/3-taksonomi-bloom?related=1 diakses pada

20/8/2014