kerja kursus biologi

9
1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN DI MALAYSIA Pemprosesan makanan di Malaysia kini semakin berkembang. Peta alir di bawah menunjukkan perkembangan teknologi pemprosesan makanan di Malaysia dari permulaan sehingga ke hari ini. 2

Upload: muhammad-hazwan-rahman

Post on 15-Nov-2015

107 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bab 6- NutrisiContoh Kerja Kursus Biologi untuk bab 6 nutrisi tingkatan 4. Semoga mendapat manfaat bersama ... :)

TRANSCRIPT

1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN DI MALAYSIAPemprosesan makanan di Malaysia kini semakin berkembang. Peta alir di bawah menunjukkan perkembangan teknologi pemprosesan makanan di Malaysia dari permulaan sehingga ke hari ini.

Makanan yang didapati tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang lama.

Dahulu, makanan yang segar boleh didapati dengan segera

Cara memproses makanan diinovasikan oleh manusia dengan menggunakan serta mengolah pelbagai cara memproses makanan.

Manusia hanya menggunakan teknik tertentu untuk menyimpan makanan tetapi tidak lama.

Pelbagai teknik pemprosesan makanan ada pada masa kini dengan menggunakan alat teknologi yang mampu memanjangkan jangka masa makanan.

Zaman kian berubah dan muncul pelbagai alatan serta mesin memproses makanan.

Kini, kebanyakan makanan mempunyai jangka masa yang panjang untuk rosak.

Makanan dapat diproses menjadi suatu makanan lain.

PETA ALIR : Perkembangan Teknologi Pemprosesan Makanan di Malaysia

Susu yang diperolehi tidak boleh disimpan dengan lama kerana cepat basi.

Susu boleh didapati daripada lembu.

Susu hanya disimpan di dalam bekas tertutup ataupun bekas aluminium untuk disimpan pada jangka masa yang tidak begitu lama

Cara menyimpan susu telah diinovasikan oleh manusia

Pelbagai teknik pemprosesan susu ada pada masa kini dengan menggunakan alat teknologi yang mampu memanjangkan jangka masa makanan.

Zaman kian berubah dan muncul pelbagai alatan serta mesin memproses makanan.

Kini, kebanyakan makanan mempunyai jangka masa yang panjang untuk rosak.Susu dapat dipasteur, ditinkan dan disejukkan.n

PETA ALIR : Perkembangan Pemprosesan Susu Mengikut Perkembangan Teknologi

2. KAEDAH PEMPROSESAN MAKANAN DAN HUBUNGKAIT DENGAN FAKTOR YANG MEROSAKKAN MAKANANPada masa kini, terdapat pelbagai kaedah memproses makanan. Peta buih berikutmenunjukkan beberapa kaedah memproses makanan.

MemasakPengetinan atau pembotolanPenapaian

MelilinMenambah gula, garam atau cuka

KAEDAH MEMPROSES MAKANAN

Menyejukbe-ku

Pempasteur-anPengeringan

PETA BUIH : Kaedah-kaedah Memproses MakananKAEDAH 1 - Pempasteuran- Kaedah ini berfungsi untuk memusnahkan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit.- Kaedah ini mampu mengekalkan rasa asli suatu makanan atau minuman.

Terdapat dua kaedah untuk mempasteur susu: Susu dipanaskan sehingga 63 selama 30 minit diikuti dengan penyejukan segera. Susu dipanaskan sehingga 72 selama 15 saat diikuti dengan penyejukan serta-merta sehingga 10 atau kurang.

GAMBAR 1: Susu yang dipasteur GAMBAR 2: Mesin Pasteur susu

KEBURUKAN Walaupun kaedah ini membunuh kebanyakan mikroorganisma, tetapi proses ini tidak dapat membunuh spora bakteria Oleh itu, apabila makanan terpasteur terdedah kepada keadaan yang sesuai, spora di dalamnya akan membiak dan merosakkan makanan. Makanan terpasteur hanya boleh disimpan untuk tempoh masa yang singkat dan dalam keadaan sejuk pada suhu 4C.

KAEDAH 2 - Pengetinan atau Pembotolan- Kaedah ini berfungsi untuk memusnahkan mikroorganisma dan spora.- Makanan dibungkus dalam tin dan dikukus pada suhu yang tinggi untuk membuang udara daripada tin.- Tin makanan ditutup rapat semasa penyejukan dilakukan - Vakum yang terhasil dalam tin menghentikan pertumbuhan mikroorganisma.

GAMBAR 3: Makanan dalam tin GAMBAR 4: Mesin membotol makanan

KEBURUKAN Makanan boleh berubah rasa dan kehilangan nutrient. Sekiranya berlaku kerosakan pada tin makanan, mikroorganisma luar dapat membiak di dalam makanan. Makanan terpasteur hanya boleh disimpan untuk tempoh masa yang singkat dan dalam keadaan sejuk pada suhu 4C.

KAEDAH 3 - Memasak- Kaedah ini berfungsi untuk membunuh mikroorganisma dan menyahaslikan enzim-enzim yang menguraikan makanan.- Kaedah ini mampu mengekalkan rasa asli suatu makanan dan juga mampu menambah rasa lazat suatu makanan.

GAMBAR 5: Orang memasak

KEBURUKAN Kaedah ini merumitkan dari segi penyediaan bahan masakan serta membazirkan tenaga manusia. Makanan yang dimasak tidak dapat disimpan dalam jangka masa yang panjang kerana makanan yang dimasak mudah terdedah kepada mikroorganisma.

KAEDAH 4 - Menyejukbeku - Kaedah ini merupakan kaedah paling biasa digunakan untuk menyimpan makanan lebih lama- Makanan disimpan pada suhu lebih rendah daripada 0.- Kaedah ini mampu menghalang pertumbuhan bakteria dan spora.

GAMBAR 6: Makanan yang disejukbeku GAMBAR 7: Mesin penyejukbeku (peti ais)

KEBURUKAN Kaedah ini hanya mampu menghalang pertumbuhan spora dan bakteria tetapi tidak dimusnahkan.4