kerja kursus
DESCRIPTION
Bahasa MelayuTRANSCRIPT
1
1.0 PENDAHULUAN
Pembelajaran ialah proses untuk mendapat maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran, tabiat, pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran
ini berlaku sepanjang hayat. Pembelajaran bukan hanya merangkumi penguasaan
pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi juga merangkumi perkembangan emosi, sikap,
nilai estetika, kesenian serta ciri dalaman. Menurut Morris L. Bigge dalam Learning Teories
for Teachers, 1982, perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku
yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu. Ini bermakna,
pembelajaran juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada diri seseorang sama
ada perubahan kepada kebaikan ataupun keburukan.
Menurut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychlogy For teachers, pembelajaran
dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk
perkaitan baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas baru.
Pembelajaran adalah satu proses yang berterusan. Perubahan di dalam bidang pendidikan
menunjukkan, pelajaran kini semakin maju dan berkembang. Pembelajaran mestilah selari
dengan perubahan masa dan zaman supaya ia bersesuaian dengan arus pemodenan yang
berlaku.
Pelajar adalah satu aset yang sangat bernilai kepada masyarakat dan negara.
Pelajar-pelajar akan menjadi tonggak dalam menentukan arah tuju sesebuah negara di
masa akan datang. Guru pula adalah sebagai agen penggerak yang bertanggungjawab
dalam membentuk peribadi pelajar. Guru perlu memastikan pembelajaran yang
disampaikan hendaklah bertepatan dengan kehendak yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Guru juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan
pengetahuan dan pelajaran mengikut objektif dan kemahiran yang bersesuaian dengan
tahap pelajar-pelajar.
2
2.0 KEMAHIRAN BERBAHASA
Kemahiran berbahasa ialah kemahiran-kemahiran yang merangkumi kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran-kemahiran ini adalah saling
berkaitan antara satu sama lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kemahiran-kemahiran ini amat penting dikuasai supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta objektif pengajaran pada
hari tersebut tercapai.
Menurut Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan bahawa
mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif
terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam
sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu
meluas dalam kehidupan seharian. Ini bermakna mendengar melibatkan proses minda dan
pemikiran. Semakin banyak pelajar mendengar, semakin banyak mereka dapat memproses
maklumat yang diperolehi.
Kemahiran bertutur pula adalah berkait rapat dengan pendengaran. Ini kerana,
hubungan antara kemahiran bertutur dengan kemahiran mendengar adalah saling berkait
antara satu sama lain. Contohnya, dalam komunikasi lisan terdapat dua pihak, iaitu penutur
dan pendengar sebagai penerima komunikasi lisan. Oleh yang demikian, kemahiran bertutur
melibatkan penutur menyampaikan maklumat manakala pendengar menyimpan dan
memproses maklumat yang didengar. Bahasa pertuturan menekankan pelbagai aspek
seperti sebutan intonasi, , jeda, tekanan, mora dan sebagainya. Penutur juga
menggabungkan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Pelajar yang mempunyai kemahiran
bertutur yang baik akan menghasilkan cara interaksi dan komunikasi yang berkesan.
Kemahiran membaca adalah salah satu daripada kemahiran berbahasa dan ia
adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.
Melalui pembacaan pelajar dapat memperluaskan pemikiran dan idea serta daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca adalah proses menterjemahkan
kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi. Membaca juga adalah
satu proses menterjemahkan bahan bercetak kepada pertuturan. Ia meliputi keupayaan
memahami fakta, mengingati fakta, membaca dengan pantas, membuat interpretasi dan
analisis.
3
Menurut Pumfrey (1977), membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu
membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang
dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses
pemikiran yang membina. Ini bermakna, apabila seseorang itu membaca ia dapat membina
kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat dan berkesan.
Kemahiran membaca ini penting untuk pelajar membuat interprestasi pengetahuan yang
didapati khususnya dalam bentuk penulisan nanti.
Kemahiran menulis pula bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Lambang-lambang bunyi yang dilahirkan adalah sebagai alat untuk melahirkan apa yang
difikirkan dan perasaan seseorang itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat
1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur ,
pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran
dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang. Ini jelas
menunjukkan bahawa kemahiran menulis adalah salah satu proses penyaluran ilmu, idea
atau maklumat secara bersistem.
Kemahiran menulis juga adalah salah satu cabang bagaimana pelajar mengeluarkan
idea dari apa yang mereka pelajari dalam pelbagai bentuk penulisan.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, penulisan sangat penting kerana ia dapat
menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan idea pelajar. Menurut Ann Raimes
(1983 : 3) melalui bukunya Techniques In Teaching Writing, iaitu penulisan
merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan,
memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa,
memperluaskan pengatahuan, melahirkan idea, dan menggunakan seluruh anggota
mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran. Maka,
pelbagai pendekatan, strategi kaedah dan teknik yang sesuai dan bertepatan digunakan
oleh guru untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar semasa proses pembelajaran
berlangsung. Kemahiran menulis mestilah diajar dengan cara yang betul supaya pelajar
dapat menguasai kemahiran tersebut dengan lebih efektif. Contohnya, guru perlulah
menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar seperti kesalahan ejaan,
tanda bacaan dan imbuhan untuk mendapatkan hasil penulisan yang baik dan berkesan.
4
5
KEMAHIRAN BAHASA
KEMAHIRAN MENDENGAR
KEMAHIRAN MEMBACA
KEMAHIRAN MENULIS
KEMAHIRAN BERTUTUR
Beri maklum balas
Faham perkara yang didengar
Mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan.
Mendengar dengan teliti
Membaca ayat dengan lancar menggunakan
sebutan, intonasi dan jeda yang tepat.
Keupayaan untuk tulis perkataan dan ayat.
Tekankan aspek pemahaman dan
penaakulan
Berbual dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan
sopan
Pengucapan menggunakan
tatabahasa yang sesuai
Galakkan guna kreativiti untuk hasilkan bahan
berunsur pengetahuan dan imaginatif
Ayat gramatis
Tanda baca dan ejaan yang betul
Tulisan jelas, cantik dan kemas
3.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru
menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar yang
wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan
pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh
itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah
bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur
yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Maksud kaedah dapat
diringkaskan seperti di bawah:
3.1 KONSEP KAEDAH
6
3.2 FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KAEDAH YANG BAIK
3.3 KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur ialah:
7
1- Kaedah terus
2- Kaedah fonetik/ linguistik
3- Kaedah eklektik
4- Kaedah audio-lingual
5- Kaedah komunikatif
3.3.1 KAEDAH TERUSKaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa
pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan
terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar
dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang
digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, baju di ajarkan
dengan menunjukkan objek baju. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan
menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka
Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan
bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini
ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan
kerana murid-murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam
bahasa sasaran.
3.3.2 KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIKPengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran
kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan
dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina
berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini
tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [Əma?]
untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh
penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan
rumus-rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid –murid akan menulis karangan
berdasarkan apa yang didengar atau dibaca.
3.3.3 KAEDAH EKLEKTIKKaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan
menggabungkannya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri
8
yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik,
kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis,
memahami dan membaca. Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada
secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.
3.3.4 KAEDAH AUDIO –LINGUALKaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio)
dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu
belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring
hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan,
bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita,
sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi
sajak daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan
berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya
secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan
rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah
mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan
cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.
3.3.5 KAEDAH KOMUNIKATIFKaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang
melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan
bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan
bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai
makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat
tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan
guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui
aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna
dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang
saran, wawancara dan sebagainya.
3.4 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURTeknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk
mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik
dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan
9
adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang
dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru
bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-
muridnya.
Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
• Teknik soal jawab
• Teknik main peranan
• Teknik lakonan/drama
• Teknik permainan bahasa
• Teknik hafazan
• Teknik latih tubi
• Teknik perbincangan
• Teknik penyelesaian masalah
3.4.1 TEKNIK SOAL JAWABTeknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya
mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu
memberi tindak balas yang sewajarnya.
Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :
untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis
untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
3.4.2 TEKNIK MAIN PERANAN
KONSEP MAIN PERANAN
10
Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang
dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan
skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu
situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan murid-
murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran
masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada
murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem,
televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid
akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid
–murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.
AKTIVITI MAIN PERANAN
3.4.3 TEKNIK LAKONAN/DRAMA
KONSEP LAKONAN/DRAMA
11
Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran
bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada,
intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam
sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan
merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang
dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.
3.4.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan.
Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik
ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan
konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.12
3.4.5 TEKNIK HAFAZANTeknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah
2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang
tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru
atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati
atau guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan
tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa
atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa
diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama
dan perbincangan.
3.4.6 TEKNIK LATIH TUBITeknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik
ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya.
Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan
mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta
13
tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan
kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
Aspek kebolehan menggunakan bahasa
Huraian
Sebutan (accent) menyebut perkataan atau suku
kata dengan betul termasuk intonasi
yang membawa makna dalam sesuatu
situasi
Tatabahasa (grammar) penggunaan bahasa yang tepat
berdasarkan hukum-hukum bahasa
daripada semua aspek
Perbendaharaan kata (vocabulary) meluaskannnya dengan
penggunaan imbuhan yang sesuai
berdasarkan konteksnya dalam situasi
tertentu
Kefasihan (fluency) menggunakan perkataan dan
lain-lain dengan cara spontan tanpa
menitikberatkan maksudnya
Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan
mengemukakan jawapan yang wajar
14
3.4.7 TEKNIK PERBINCANGANTeknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat
tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan
dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan
seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :
1. Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
2 Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang
ketua.
3. Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama
mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan
tersebut supaya terarah.
4. Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.
3.4.8 TEKNIK PENYELESAIAN MASALAHTeknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki,
silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip
atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.
Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan
mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang
sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian.
Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
teknik ini :
1- Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu
pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.
2- Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan
lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.
3- Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-
murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.
4- Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah.
5- Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan
masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir
agak lambat secara individu.
15
16
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYSIA TAHUN 4
Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
Kelas 4 Bestari
Tarikh (Hari) 12 Mac 2015 ( Khamis )
Bilangan Murid 30 orang
Masa (...minit) 8.50 – 9.50 ( 60 minit )
Tema Amalan Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk* Kaedah Memberus Gigi
Standard Kandungan
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan,
soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
Standard Pembelajaran
1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respon dengan arahan yang
betul.
Objektif
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
i. menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada empat kaedah memberus gigi
dengan betul
ii. membaca ayat mudah yang diberi dengan intonasi dan sebutan yang betul
Sistem BahasaTatabahasa: imbuhan apitan ( penjagaan, menggunakan)
Kosa Kata: risiko, gusi
Pengisian Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum Ilmu: Pendidikan Kesihatan, Muzik
Nilai: Kebersihan Fizikal, berdisiplin dan prihatin
Teknologi Maklumat: Belajar melalui TMK
Kreativiti: Pergerakan memberus gigi
Kepelbagaian Sumber Bahan (KSB)
Bil Bahan Jumlah Catatan
1 Komputer riba 1 Peribadi
2 LCD 1 Sekolah
3 Peta pemikiran-carta pelbagai alir 6
4 Kad Ayat 4
5 Gambar 1
6 Model gigi 1 Sekolah
Pengetahuan Sedia Ada (PSA)
Murid telah biasa mengamalkan kebersihan diri dalam kehidupan seharian
mereka
LANGKAH/ ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN17
MASADAN PEMBELAJARAN
Induksi Set(5 minit)
08.50-08.55 pagi
1. Menyanyi lagu “Bangun
Pagi Gosok Gigi “
Jangkaan jawapan:
1. Mandi, berus gigi, makan,
sikat rambut
Teknik Nyanyian
1. Guru memainkan lagu
mengunakan komputer
dan LCD.
2. Murid mendengar lagu
yang dimainkan.
3. Guru membimbing
murid menyanyi.
4. Murid menyanyi
bersama-sama guru.
5. Guru menyoal
beberapa soalan
kepada murid berkaitan
lirik yang dinyanyikan.
Soalan:
1. Apakah perkara yang
kamu lakukan di waktu
pagi sebelum datang ke
sekolah?
2. Siapa yang berus gigi
setiap hari?
Ilmu:Muzik
Nilai:- Kebersihan fizikal
- Bertanggungjawab
KSB- Komputer dan lcd
KB - Menghubungkait
BCB- Memproses
maklumat
Pembelajaran Konstektual
- Menghubung
kait dengan
pengalaman
dalam
kehidupan
18
Langkah 1(20 minit)
08.55-09.15 pagi
Teknik Soal Jawab dan
Simulasi
1. Murid dan guru
bersoaljawab
mengenai benda yang
ditunjukkan .
2. Murid dipertontonkan
kaedah memberus gigi
dengan betul.
3. Murid bersoaljawab
tentang aktiviti tadi
4. Murid diminta oleh guru
menyatakan empat
kaedah memberus gigi.
5. Murid diminta
mengayakan kaedah
memberus gigi dengan
betul mengikut arahan
guru.
Soalan
1. Apakah nama benda
yang sedang cikgu pegang
sekarang?
2. Bagaimanakah cara
kamu memberus gigi?
3. Sebutkan cara
memberus gigi yang betul
Ilmu:- Pendidikan
Kesihatan
Nilai:- Kebersihan gigi
- Bertanggungjawab
KSB- Berus gigi
- Ubat gigi
- Gambar
- Model gigi
EMKKreativiti dan Inovasi
KKTKemahiran Berfikir,
KBAT, Didik Hibur,
Kecerdasan
Pelbagai (verbal
linguistik, kinestatik )
19
4. Condongkan berus gigi ke bahagian hadapan gigi dan berusla bahagian dalam
3. Beruslah bahagian dalam gigi menggunakan cara yang sama seperti pada langkah yang
2. Gerakkan berus dengan tangan kamu sambil memberus bahagian luar gigi secara
1. Letakkan berus gigi pada sepanjang garisan gusi.Berus hendaklah mengenai gigi dan gusi tersebut.
Langkah 2(15 minit)
09.15-09.30 pagi
Kad ayat beserta gambar.
Contoh:
Teknik Permainan:
Memerhati dan Mengingat
1. Guru melekatkan kad –
kad ayat beserta gambar
secara rawak.
2. Murid diminta menyusun
kad-kad tersebut dengan
urutan yang betul.
3. Murid membaca
bersama-sama kaedah
memberus gigi
dengan intonasi dan
sebutan yang betul.
4. Murid bersoal jawab
tentang kaedah memberus
gigi dengan betul.
Nilai:- Kebersihan fizikal
- Bertanggungjawab
KSBKad ayat dan
gambar
EMKKreativiti dan Inovasi
(Imaginasi)
KKTVerbal linguistik
Kinestatik
Langkah 3(15 minit)
09.30-09.45 pagi
Peta carta alir pelbagai
Sebab Akibat
Teknik perbincangan
1.Guru memaparkan peta
carta alir pelbagai di
papan putih.
2. Guru bersoaljawab
tentang sebab dan akibat
tidak memberus gigi.
3.Murid dibimbing
membuat kesimpulan
kepentingan menjaga
kebersihan gigi.
Nilai:- Kebersihan fizikal
- Bertanggungjawab
KSBPeta carta alir
pelbagai
KKTVerbal linguistik
Kinestatik
20
Berus gigi
Penutup(5 minit)
09.45-09.50 pagi
RumusanKognitif
1. Cara memberus gigi yang
betul
2. Kepentingan memberus
gigi
Sosial
1. Pujian atas kerjasama
yang diberikan.
1. Rumusan mengenai
kepentingan memberus
gigi dengan betul.
2. Guru memberi pujian
kepada murid kerana
menjaga kebersihan
diri dengan baik.
3. Guru memberi pujian
kepada murid kerana
memberi kerjasama
ketika aktiviti
dijalankan
4. Murid menyanyi lagu
“Bangun Pagi Gosok
Gigi”
Ilmu:Pendidikan
Kesihatan
Nilai:- Kebersihan fizikal
- Kesyukuran
- Kerjasama
- Bertanggungjawab
KKT: Kemahiran
Berfikir, Didik Hibur,
Kecerdasan
Pelbagai (verbal
linguistik, muzik)
KSBgambar
Refleksi
Kekuatan:
Kelemahan:
Penambahbaikan:
- gunakan borang penilaian – skala: 3: Baik 2: Memuaskan 1: Lemah
Kriteria 3 2 1
Idea
Sebutan jelas
Intonasi betul
Pertautan idea
Jumlah
21
JUSTIFIKASI PEMILIHAN TEKNIK DAN BAHAN SUMBER YANG DIGUNAKAN
Pemilihan kemahiran berbahasa yang betul semasa membuat Rancangan Pelajaran
Harian adalah amat penting untuk memastikan pembelajaran pada hari tersebut mencapai
objektif yang disasarkan. Saya telah menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai fokus utama semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
Kemahiran tersebut ialah kemahiran 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons
terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. Bertemakan
‘Amalan Kesihatan dan Kebersihan dengan tajuk ‘Kaedah Memberus Gigi, saya
berpendapat kemahiran mendengar bertutur iaitu mendengar dan memberi respon terhadap
sesuatu arahan adalah amat sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut.
Murid-murid juga telah menggunakan pendengaran secara aktif. Tindakbalas yang
positif juga berlaku di mana murid membuat gerakan-gerakan memberus gigi dengan
mengikut cara yang ditunukkan oleh guru. Tindak balas dalam pertuturan juga berlaku
apabila guru bertanyakan mengenai aktiviti-aktiviti yang murid lakukan. Melalui aktiviti
simulasi yang dilakukan oleh guru, ia dapat memberangsangkan emosi murid untuk
mendengar, memahami dan bertindak terhadap apa yang mereka dengar.
Kemahiran mendengar dan bertutur ini juga dapat mengasah tindakan positif murid.
Murid secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka semasa sesi soal
jawab antara guru dan murid mengenai kepentingan memberus gigi. Pengalaman sedia ada
pada murid mengenai kesedaran menjaga kebersihan juga menggalakkan murid memberi
tindak balas spontan semasa sesi soal jawab berlangsung. Ini juga dapat memberikan
tindak balas positif antara guru dan murid.
Kemahiran sampingan yang saya pilih ialah kemahiran membaca. Pada langkah 2,
kad-kad ayat ditampal di papan putih. Murid dikehendaki membaca ayat-ayat tersebut dan
menyusun semula langkah-langkah memberus gigi dengan betul. Seperti mana yang kita
ketahui, kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti
mendengar dan bertutur maka pembacaan akan mengukuhkan ingatan murid-murid
terhadap pelajaran yang mereka pelajari. Membaca juga dapat membantu mengembangkan
pemikiran dan idea murid-murid. Ia juga dapat meningkatkan daya kreativiti murid-murid
dalam pelbagai bidang.
22
Kemahiran membaca pada langkah 2 tersebut, bacaan mekanis iaitu membaca
secara kuat boleh meningkatkan daya ingatan murid-murid di mana semasa membaca
murid akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama
mereka akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran dan ingatan jangka panjang.
Dalam situasi ini, semasa proses membaca, murid-murid akan mula itu berfikir, cuba untuk
merasai dan mereka akan membayangkan maklumat yang dibaca tadi. Ini seterusnya ,
dapat meningkatkan pemahaman dan ingatan jangka panjang murid-murid terhadap apa
yang telah dibaca. Murid-murid dapat menyusun kad-kad ayat dengan betul setelah
membaca dan memahami empat langkahmemberus gigi.
Bacaan secara intensif pada langkah 2 ini membolehkan murid memperkembangkan
kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir apa yang telah mereka baca. Bacaan intensif
ini dapat memperkembangkan pembelajaran bahasa murid. Murid-murid juga dapat
membaca kuat dan pantas dengan rasa gembira dan yakin kerana kad-kad perkataan
tersebut diserta dengan kad-kad bergambar. Pengalaman mendengar dan bertutur murid
juga mempengaruhi bacaan murid untuk menambah keyakinan mereka.
Teknik nyanyian digunakan guru sebagai unsur didik hibur semasa dalam set
induksi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan audio-visual dapat menarik minat murid
untuk mengikuti sesi pembelajaran pada hari tersebut. Pengabungjalinan didik hibur ini
memberikan suasana dan pengalaman yang berbeza kepada murid-murid. Semasa
menyanyi murid-murid melepaskan rasa tekanan yang terdapat di dalam diri mereka. Ini
menjadikan suasana pembelajaran menadi lebih santai dan gembira
Selepas nyanyian soalan diajukan berdasarkan lirik lagu tersebut. Murid- murid yang
masih berada dalam suasana gembira semestinya dapat mengingati kandungan lirik lagu
dan dapat menjawab soalan dengan spontan.apabila mereka menyanyi. Murid-murid juga
didedahkan dengan aktiviti kreatif di mana mereka boleh membuat gaya dengan cara
mereka sendiri semasa menyanyikan lagu. Ini dapat membentuk daya kreativiti dan
imaginasi positif murid. Objektif pelajaran juga mudah tercapai jika murid mudah menguasai
kemahiran yang dipelajari menjadi lebih santai dan ceria.
Teknik soal jawab juga diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
Contohnya semasa guru bertanyakan turutan langkah-langkah memberus gigi dan
kepentingan memberus gigi. Sesi soal jawab semasa set induksi juga dapat memberi ruang
murid-murid menyediakan pengetahuan sedia ada yang terdapat dalam lirik lagu dan
digabungjalinkan dengan pembelajaran yang seterusnya. Murid-murid juga dapat
menggunakan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada mereka semasa mereka
membuat gaya cara memberus gigi dengan betul.
23
Soal jawab tentang pengajaran yang terdapat di dalam setiap langkah dan penutup
juga dapat mencetuskan idea-idea baru murid dan memeri pemahaman terhadap perkara
yang buruk dan baik dari apa yang telah mereka pelajari.
Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru memerlukan murid-murid berfikir di
samping ianya dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru. Murid akan sentiasa
berwaspada dan seterusnya akan memastikan diri mereka dalam keadaan bersedia untuk di
tanya oleh guru. Di samping itu juga ia menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif,
kritis, logik dan inovatif. Teknik ini juga boleh mendorong murid-murid menyusun dan dan
menghuraikan bahan yang diajar contohnya seperti langkah 2 iaitu membaca dan menyusun
langkah-langkah memberus gigi dengan betul.
KESIMPULAN
Kemahiran berbahasa dan variasi teknik-teknik yang telah digunakan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran sangat memberi kesan dan impak yang sangat
mendalam kepada murid-murid. Setiap guru perlulah menitikberatkan pemilihan kemahiran
dan teknik yang sesuai dan tepat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah
kerana, pemilihan kemahiran yang tepat pada tajuk yang hendak di ajar memainkan
peranan penting untuk mencapai objektif yang disasarkan.
Penggabungjalinan teknik yang digunakan akan memberi impak yang besar kepada
murid-murid. Penggunaan teknik yang betul dan sesuai akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Penjanaan idea dan pendapat boleh
didapati daripada murid apabila teknik-teknik yang tepat digunakan. Kolaborasi antara guru
dan murid atau murid dengan murid akan wujud. Kemahiran berbahasa dan teknik yang
guru gunakan juga dapat meningkatkan keyakinan diri di dalam diri murid-murid.
Peningkatan keyakinan diri ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di dalam
kelas. Di samping itu juga, murid-murid dapat menonjolkan daya kreativiti mereka semasa
sesi pembelajaran.
Interaksi yang baik antara guru dengan murid dan murid dengan murid dapat
berlangsung dengan baik semasa sesi pembelajaran yang menyeronokkan berlangsung.
Murid akan lebih mudah faham dan dapat menguasai kemahiran yang telah diajar dalam
topik tersebut dan akhirnya objektif pelajaran pada hari tersebut dapat dicapai dengan
jayanya.
24
25
REFLEKSI
1. SEBELUM
Pada peringkat awal mendapat tugasan ini, saya telah nampak ada masalah yang
akan saya hadapi. Ini adalah kerana saya tidak pernah mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dengan itu saya tidak tahu bagaimana untuk menyediakan RPH Bahasa Melayu.
Saya merasakan satu kesukaran sebagai seorang guru sains untuk membuat RPH dalam
Bahasa Melayu. Sebelum ini saya pernah menghasilkan RPH Bahasa Melayu untuk
semester lepas,tetapi rancangan pelajaran yang saya perlu buat adalah berbeza dengan
RPH terdahulu. Ini kerana saya perlu membuat RPH yang menggunakan hanya kemahiran
mendengar dan bertutur sahaja. Pada mulanya timbul banyak halangan apabila ingin
menyiapkan RPH ini. Walau bagaimanpun saya bernasib baik kerana guru-guru yang
mengajar Bahasa Melayu khususnya tahun 4 sudi membantu saya. Saya banyak merujuk
kepada mereka untuk memastikan saya betul-betul memahami RPH yang ingin saya
hasilkan dari segi aktiviti dan susunan langkah pengajaran. RPH kali ini juga menggunakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menyebabkan saya perlu membuat rujukan
terlebih dahulu untuk memastikan RPH saya menepati kriteria yang diperlukan. Ini
merupakan pengalaman berharga buat saya. Sebenarnya,saya merasakan satu kesukaran
sebagai seorang guru sains untuk membuat RPH dalam Bahasa Melayu.
2. SEMASABahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan statusnya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Sebagai bahasa utama atau
bahasa rasmi, Bahasa Melayu sepatutnya dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Ini adalah
seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang menyatakan bahawa
pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan
Falsafah Pendidikan Negara.. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata
pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Sistem pendidikan di negara kita sentiasa ada perubahan dan penambahbaikan
dengan tujuan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing di abad ke-21. Pada bulan
September 2013, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin telah melancarkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025.
26
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga mensasarkan murid dapat
menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa
memberikan banyak kelebihan kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan
bacaan dalam pelbagai bahasa golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain
dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah dua bahasa yang sehausnya dikuasai
oleh murid ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, iaitu bahasa
antarabangsa. Dalam merealisasikan hasrat ini, guru yan relektif akan merancang dan
bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip. Guru perlu membuat
penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa refleksi. Contohnya
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Ingeris murid-murid. Guru sebagai
penyelidik boleh meneroka secara sistematik isu amalan bilik darah, membuat inkuiri untuk
menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi.
Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa
secar saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti dan data yang sahih. Oleh itu, guru
dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panitia, dapat membuat penyelidikan untuk
membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris di kalangan murid-murid.Tidak dinafikan, tugas dan tanggungjawab guru adalah
berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani
segala perubahan dan tuntutan masa. Oleh itu, iltizam, semangat dan sikap yang positif
sahaja yang mampu melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM.
3. SELEPAS
Selepas saya menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan baru yang saya perolehi
terutamanya mengenai kemahiran berbahasa, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran
mendengar dan bertutur. Selain itu, saya juga dapat menghasilkan RPH bahasa Melayu
seperti yan dikehendaki denan bantuan rakan-rakan guru di sekolah berdasarkan format
yang telah diberikan.
Saya juga telah memilih bahan pengajaran yang bersesuaian dengan teknik
kemahiran mendengar dan bertutur. Pemilihan bahan pengajaran yang dipilih bertujuan
untuk menguji aspek kreativiti serta inovasi P&P daripada seorang guru untuk menarik
minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran berbentuk formal dan tidak formal
bergantung kepada kreativiti dan peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Inilah
transformasi negara yang perlu dimanfaatkan dalam sistem pendidikan negara.
27
Melalui tugasan ini juga saya dapat mengetahui bahawa pemilihan teknik yang
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah mampu
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan, meningkatkan
kefahaman murid tentang isi pelajaran yang dipelajari, menjadikan pengajaran guru lebih
menarik, bermakna dan memberi kesan yang maksimum serta meningkatkan pencapaian
objektif pembelajaran.
28
RUJUKAN:
1. Siti Hajar, Siti Sarah, Rahmat (2013). Buku Teks Bahasa Malaysia KSSR Tahun 4.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Abdul Aziz Abd. Talib, (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan
Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications
3. Idris Mohd. Radzi dan Dahlia Janan, (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu:
Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
4. http://husniupsi680.blogspot.com/2012/11/strategi-pendekatan-kaedah-dan-
teknik.html
5. http://catatannota.blogspot.com/2012/02/tajuk-3-kaedah-teknik-pengajaran.html
6. http://tulisapaapasaja.blogspot.com/2012/04/kemahiran-berbahasa.html
29
30