kerja kursus

1
Tugasan 1 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Tajuk : Pecahan Tahun 4 Pengenalan Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bidang matematik perlu sesuai mengikut topik yang diajarkan. Pecahan merupakan salah satu tajuk di bawah bidang nombor dan operasi yang sering menjadi topik yang bermasalah bagi murid-murid untuk fahamkan. Aplikasi Kaedah induktif Kaedah induktif merupakan satu strategi di mana murid mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Guru pula bertindak sebagai pemerhati dengan memberikan beberapa contoh khusus yang mempunyai prinsip yang sama, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi. Kaedah ini lebih sesuai digunakan bagi murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Bagi mengaplikasikan kaedah ini dalam tajuk pecahan, guru boleh membawakan contoh yang sesuai serta membawa alatan yang maujud. Contohnya penggunaan kertas serta kad. Daripada kertas itu, guru dapat mengarahkan murid agar membuat lipatan yang sesuai bagi mewakilkan terhadap nilai pecahan yang dikehendaki. Kemudian murid akan diberikan galakan agar memberikan satu contoh yang serupa.

Upload: edmodo

Post on 19-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

lolah.

TRANSCRIPT

Tugasan 1 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Tajuk : Pecahan Tahun 4

Pengenalan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bidang matematik perlu sesuai mengikut topik yang diajarkan. Pecahan merupakan salah satu tajuk di bawah bidang nombor dan operasi yang sering menjadi topik yang bermasalah bagi murid-murid untuk fahamkan.

Aplikasi

Kaedah induktif

Kaedah induktif merupakan satu strategi di mana murid mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Guru pula bertindak sebagai pemerhati dengan memberikan beberapa contoh khusus yang mempunyai prinsip yang sama, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi.

Kaedah ini lebih sesuai digunakan bagi murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik.

Bagi mengaplikasikan kaedah ini dalam tajuk pecahan, guru boleh membawakan contoh yang sesuai serta membawa alatan yang maujud. Contohnya penggunaan kertas serta kad. Daripada kertas itu, guru dapat mengarahkan murid agar membuat lipatan yang sesuai bagi mewakilkan terhadap nilai pecahan yang dikehendaki. Kemudian murid akan diberikan galakan agar memberikan satu contoh yang serupa.