kerja kursus

4
4 of 7 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman SOALAN TUGASAN PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR : KOD KURSUS : MTE3110 NAMA KURSUS : Algebra Linear SEMESTER : 5 AMBILAN : Februari 2012 Tarikh Mula 22 Feb 2014 (Interaksi 2) Tarikh Hantar 26 Apr 2014 (Interaksi 5) Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear 2. Menggunakan konsep persamaan dan ketaksamaan linear untuk menyelesaikan masalah berkaitan 3. Menggunakan algebra matriks untuk menyelesaikan persamaan linear 4. Mengenal pasti set vektor yang diberi sebagai ruang vektor atau subruang vektor dalam R 2 atau R 3 5. Menentukan sifat vektor menggunakan hasil darab skalar (dot product) 6. Menentukan sama ada set vektor yang diberi membentuk basis dan mencari dimensi dan rank berkaitan basis tersebut 7. Mengintegrasikan pengetahuan algebra matriks dan ruang vektor dalam penggunaan seharian Kerja kursus projek ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 7. Objektif Kerja Kursus Di akhir kerja kursus ini, pelajar dapat 1. Menunjukkan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran tajuk-tajuk dalam kursus ini melalui dua kuiz pendek bertulis 2. Menjawab soalan-soalan latihan berkaitan tajuk-tajuk dalam kursus ini melalui siri latihan yang disempurnakan antara interaksi 3. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan aplikasi aljabar linear Komponen Penilaian Kursus Pelajar dalam kursus ini dinilai melalui komponen-komponen berikut: No. Komponen Penilaian Kursus Masa Wajaran untuk KK Wajaran Keseluruhan 1. Siri Latihan Antara Interaksi Selepas Interaksi 1, 2, 3, 4 60% 30% 2. Kuiz Pendek 1 & 2 Interaksi 3 & 5 20% 10% 3. Projek Kecil Selepas Interaksi 2 20% 10% 4. Peperiksaan Akhir Bulan Mei - 50%

Upload: jocelyn-cat

Post on 26-Nov-2015

73 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mte 3110

TRANSCRIPT

  • 4 of 7

    Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

    08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

    SOALAN TUGASAN

    PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR :

    KOD KURSUS : MTE3110

    NAMA KURSUS : Algebra Linear

    SEMESTER : 5

    AMBILAN : Februari 2012

    Tarikh

    Mula 22 Feb 2014 (Interaksi 2)

    Tarikh

    Hantar 26 Apr 2014 (Interaksi 5)

    Hasil Pembelajaran Kursus

    1. Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear

    2. Menggunakan konsep persamaan dan ketaksamaan linear untuk menyelesaikan masalah berkaitan

    3. Menggunakan algebra matriks untuk menyelesaikan persamaan linear

    4. Mengenal pasti set vektor yang diberi sebagai ruang vektor atau subruang vektor dalam R2 atau R3

    5. Menentukan sifat vektor menggunakan hasil darab skalar (dot product)

    6. Menentukan sama ada set vektor yang diberi membentuk basis dan mencari dimensi dan rank

    berkaitan basis tersebut

    7. Mengintegrasikan pengetahuan algebra matriks dan ruang vektor dalam penggunaan seharian

    Kerja kursus projek ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 7.

    Objektif Kerja Kursus

    Di akhir kerja kursus ini, pelajar dapat

    1. Menunjukkan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran tajuk-tajuk dalam kursus ini melalui

    dua kuiz pendek bertulis

    2. Menjawab soalan-soalan latihan berkaitan tajuk-tajuk dalam kursus ini melalui siri latihan yang

    disempurnakan antara interaksi

    3. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan aplikasi aljabar linear

    Komponen Penilaian Kursus

    Pelajar dalam kursus ini dinilai melalui komponen-komponen berikut:

    No. Komponen Penilaian Kursus Masa

    Wajaran

    untuk KK

    Wajaran

    Keseluruhan

    1. Siri Latihan Antara Interaksi Selepas Interaksi 1, 2, 3, 4 60% 30%

    2. Kuiz Pendek 1 & 2 Interaksi 3 & 5 20% 10%

    3. Projek Kecil Selepas Interaksi 2 20% 10%

    4. Peperiksaan Akhir Bulan Mei - 50%

  • 5 of 7

    1. Siri Latihan Antara Interaksi (60%)

    Siri Latihan Antara Interaksi merupakan soalan-soalan yang menguji kefahaman konsep dan

    penguasaan kemahiran berkaitan dengan tajuk-tajuk utama dalam kursus ini. Ia dilaksanakan selepas

    setiap Interaksi 1 hingga 4 dan hasil kerja diserahkan pada sesi Interaksi berikutnya.

    Siri Soalan Tarikh Hantar

    1 Modul m/s 36, Aktiviti 1.2.4

    Modul m/s 24, Latihan 1.4

    Modul m/s 28, Latihan 1.5

    15/3/2014 (Interaksi 3)

    2 Lembaran Latihan Algebra Matriks (akan diemailkan) 12/4/2014 (Interaksi 4)

    3 Modul m/s 63, Latihan 3.2 26/4/2014 (Interaksi 5)

    2. Kuiz Pendek 1 & 2 (20%)

    Dua kuiz pendek akan diadakan selepas tajuk-tajuk berkaitan selesai dibincangkan, iaitu di hujung sesi

    Interaksi 3 dan sesi Interaksi 5. Masa menjawab ialah 10-15 minit. Soalan kuiz berbentuk betul/salah,

    aneka pilihan, atau soalan pendek.

    Kuiz Tajuk Tarikh

    1 Sistem Persamaan Linear & Algebra Matriks 15/3/2014 (Interaksi 3)

    2 Vektor 26/4/2014 (Interaksi 5)

    3. Projek Kecil (20%)

    Projek Kecil ini dilaksanakan selepas Interaksi 2 (22/2/2014) dan dihantar pada sesi Interaksi 3

    (15/3/2014). Komponen penilaian ini memerlukan anda mengkaji bagaimana Aljabar Linear digunakan

    untuk menyelesaikan masalah seharian dalam pelbagai bidang kegiatan manusia.

    Secara khusus,

    (a) Anda dikehendaki mengenalpasti satu contoh masalah seharian yang melibatkan sistem

    persamaan linear bagi setiap bidang berikut:

    aliran trafik atau aliran air

    litar elektrik

    persamaan kimia

    Anda boleh mencari dari Internet menggunakan kata kunci application of linear algebra atau

    seumpamanya.

    (b) Bagi setiap masalah di atas, anda dikehendaki

    (i) menerangkan teori atau hukum yang menghasilkan persamaan-persamaan linear yang

    diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu

    (ii) membentuk sistem persamaan linear tersebut, dan

    (d) menyelesaikannya dengan menggunakan mana-mana kaedah yang anda pelajari dalam

    kursus ini.

  • 6 of 7

    Panduan Pelaksanaan

    1. Semua tugasan adalah berbentuk individu. Anda boleh berbincang sesama rakan tetapi hasil

    kerja akhir hendaklah dibuat secara berasingan. Sebarang persamaan hasil kerja yang melebihi

    kebarangkalian kebetulan (probabilities of coincidence) akan dianggap telah melakukan

    kesalahan plagiarism. Kesemua pelajar yang terlibat akan diberi paling tinggi markah lulus

    sahaja.

    2. Semua hasil kerja dalam tugasan ini boleh ditaip menggunakan komputer atau ditulis dengan

    tangan. Jika ditulis tangan, sila pastikan tulisan adalah jelas dan mudah dibaca.

    3. Setiap tugasan hendaklah disempurnakan mengikut jadual yang ditetapkan. Sebarang kelewatan

    dari tarikh yang ditetapkan akan didenda 20% dari markah yang diperolehi, kecuali mendapat

    kebenaran terlebih dahulu.

    4. Anda boleh berbincang dengan pensyarah mengenai masalah atau kemusykilan yang dihadapi

    semasa melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini. Walau bagaimanapun, penilaian betul atau

    salah tidak akan dibuat terhadap hasil kerja atau jawapan anda. Penilaian hanya akan dibuat

    selepas hasil kerja diserahkan.

    Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus

    Semua kuiz dan tugasan dalam kerja kursus ini akan dinilai berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik

    penilaian yang disediakan.

    Disediakan oleh:

    (DR. NG KOK FU)

    Penyelaras Kursus

    Disemak oleh:

    (CIK TEOH SOOI KIM)

    Pakar Bidang (SME) Matematik

    Disahkan oleh:

    (PN. HJH NORHANA ABU BAKAR)

    Ketua Jabatan Matematik

  • 7 of 7

    Rubrik Penilaian

    MTE3110 Algebra Linear

    Projek Kecil

    Skala Deskriptor

    Amat Cemerlang 90 100 (A+)

    Kandungan - menunjukkan pengetahuan matematik yang amat luas dan tepat - kandungan menepati semua keperluan tugasan - organisasi maklumat yang amat sistematik

    Kamahiran Penyelesaian Masalah - penerangan teori dan hukum yang amat jelas dan tepat - pembentukan sistem persamaan linear yang amat tepat - penyelesaian sistem persamaan yang amat tepat tanpa sebarang kesilapan

    Kualiti Sumber - kemahiran carian internet dan bibliografi sangat baik - kepelbagaian dan kualiti sumber amat baik

    Cemerlang 75 89 (A, A)

    Kandungan - menunjukkan pengetahuan matematik yang luas dan tepat - kandungan menepati semua keperluan tugasan - organisasi maklumat yang sistematik

    Kamahiran Penyelesaian Masalah - penerangan teori dan hukum yang jelas dan tepat - pembentukan sistem persamaan linear yang tepat - penyelesaian sistem persamaan yang tepat

    Kualiti Sumber - kemahiran carian internet dan bibliografi baik - kepelbagaian dan kualiti sumber baik

    Kepujian 60 74 (B+, B, B)

    Kandungan - menunjukkan pengetahuan matematik yang memuaskan - kandungan menepati keperluan tugasan - organisasi maklumat yang sistematik

    Kamahiran Penyelesaian Masalah - penerangan teori dan hukum yang agak jelas dan tepat - pembentukan sistem persamaan linear yang tepat - penyelesaian sistem persamaan dengan sedikit kesilapan

    Kualiti Sumber - kemahiran carian internet dan bibliografi memuaskan - kepelbagaian dan kualiti sumber memuaskan

    Lulus 50 59 (C+, C)

    Kandungan - menunjukkan pengetahuan matematik yang terhad - kandungan menepati sebahagian keperluan tugasan - organisasi maklumat yang kurang sistematik

    Kamahiran Penyelesaian Masalah - penerangan teori dan hukum yang kurang jelas dan kurang tepat - pembentukan sistem persamaan linear yang kurang tepat - penyelesaian sistem persamaan mengandungi banyak kesilapan

    Kualiti Sumber - kemahiran carian internet dan bibliografi kurang baik - kepelbagaian dan kualiti sumber kurang baik

    Gagal 0 49 (C, D+, D, F)

    Kandungan - menunjukkan pengetahuan matematik yang rendah - kandungan kurang lengkap dan tidak menepati keperluan tugasan - organisasi maklumat yang tidak sistematik

    Kamahiran Penyelesaian Masalah - penerangan teori dan hukum yang tidak jelas - pembentukan sistem persamaan linear yang tidak tepat - penyelesaian sistem persamaan mengandungi banyak kesilapan

    Kualiti Sumber - kemahiran carian internet dan bibliografi tidak baik - tiada kepelbagaian, dan kualiti sumber tidak baik