kerja kursus

3
ngat ye pelajar....Laporan mesti ditulis tangan menggunakan kertas A4 yang tidak bergaris. Cadangan Penyediaan Pelaporan Kerja amal A: Tajuk Aktiviti Contoh: Sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya Kerja amal di Pusat Perlindungan Haiwan SPCA Ampang Gotong royong membersihkan bilik darjah Lawatan ke Rumah Anak Yatim Wawasan, Ampang Nyatakan tujuan utama diadakan aktiviti tersebut. Pelajar disarankan menyediakan sekurang-kurangnya 2 matlamat C: Objektif Nyatakan objektif yang hendak dicapai daripada kerja amal tersebut D: Tarikh dan masa Nyatakan tarikh dan masa kerja amal itu dilaksanakan E: Peserta Nyatakan orang lain yang terlibat dalam kerja amal tersebut. Contoh Guru rakan ibu/bapa/ahli keluarga yang lain pengurus pusat perlindungan penyelia rumah kebajikan F: Peranan anda Ceritakan semua kerja yang anda lakukan dari mula hingga tamat aktiviti tersebut

Upload: md-azhar-ali

Post on 10-Aug-2015

1.418 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kursus

ngat ye pelajar....Laporan mesti ditulis tangan menggunakan kertas A4 yang tidak bergaris.

Cadangan Penyediaan Pelaporan Kerja amal

A: Tajuk Aktiviti

Contoh:

Sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya

Kerja amal di Pusat Perlindungan Haiwan SPCA Ampang

Gotong royong membersihkan bilik darjah

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Wawasan, Ampang

Nyatakan tujuan utama diadakan aktiviti tersebut. Pelajar disarankan menyediakan sekurang-kurangnya 2 matlamat

C: ObjektifNyatakan objektif yang hendak dicapai daripada kerja amal tersebut

D: Tarikh dan masaNyatakan tarikh dan masa kerja amal itu dilaksanakan

E: PesertaNyatakan orang lain yang terlibat dalam kerja amal tersebut.

Contoh Guru

rakan

ibu/bapa/ahli keluarga yang lain

pengurus pusat perlindungan

penyelia rumah kebajikan

F: Peranan andaCeritakan semua kerja yang anda lakukan dari mula hingga tamat aktiviti tersebut

G: KesanPelajar mesti nyatakan kesan kerja amal tersebut terhadap dirinya setelah menyelesaikan kerja amal tersebut dengan menggunakan mana-mana satu perkataan di

Page 2: Kerja kursus

bawah.

sedar/kesedaran

insaf

iktibar

perubahan sikap

BAHAGIAN B

Cadangan kerja amal

Bidang Perkembangan Diri  (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)Pelajar boleh buat kerja amal ini di mana-mana sahaja yang berkenaan

Nilai kerajinan:

Semua jenis kerja amal, tak kira di mana.. Asal sahaja pelajar buat kerja amal, ini bermakna pelajar telah jalankan kerja amal berkaitan nilai kerajinan

Nilai kasih sayang

Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu ahli keluarga

Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu haiwan (beri makan, mandikan, grooming, selamatkan, bersihkan tempat tinggal

Nilai bertanggungjawab/berdikari Membersihkan bilik sendiri

Membasuh pakaian, kasut, stokin sendiri

Mengemas buku, peralatan sekolah sendiri

Nilai kepercayaan kepada Tuhan Membuat apa sahaja kerja amal di rumah ibadat (aktiviti bersembahyang tidak

dikira sebagai kerja amal)

Bidang Kekeluargaan  (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah ahli keluarga dan di tempat-tempat yang berkenaan 

Kasih sayang terhadap keluarga

beri adik/ahli keluarga yang uzu makan

mandikan adik/ahli keluarga yang uzukeluarga

pakaikan adik/ahli keluarga yang uzur pakaian

rawat ahli keluarga yang sakit

bimbing adik/ahli keluarga belajar/buat kerja sekolah

mengendalikan sambutan hari istimewa ahli keluarga

Tanggungjawab terhadap keluarga

Page 3: Kerja kursus

bantu ahli keluarga buat kerja-kerja di rumah

bantu ahli keluarga membuat persiapan sambutan hari istimewa keluarga (aktiviti sambutan hari istimewa tidak dikira sebagai kerja amal)

bantu ibu bapa (cuci kereta, kemas rumah, memasak, membasuh, menyapu dll)

bantu ibu bapa bawa barang ketika membeli barang keperluan/membeli belah

Bidang Alam Sekitar  (pelajar perlu jalankan 2 aktiviti)Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah, sekolah, rumah anak yatim, rumah orang tua, zoo, rumah ibadat dll.

Apa sahaja kerja amal membersihkan 

menyapu (bilik darjah, rumah, halaman, kawasan rumah, kawasan luar rumah)

membersihkan (bilik darjah, rumah, sungai, pantai, kawasan rekreasi)

menanam pokok