kerja kumpulan

5
ULASAN KRITIS Topik yang dipilih oleh kumpulan kami ialah krisis alam sekitar berdasarkan buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) oleh Mohd Razimi Husin. Dua buku telah digunakan untuk menjadi rujukan dalam ulasan ini. Pertama, buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) oleh Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Raudhah Ali, Mohd Hilmi Rozali, dan Mahdi Shuid. Kedua, buku Tamadun Islam & Tamadun Asia oleh Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, dan Farahwahida Mohd Yusof. KEKUATAN Setelah saya mengulas sebahagian dalam buku Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TITAS) oleh Mohd Razimi Husin yang berkaitan dengan tajuk krisis alam sekitar saya dapati bahawa penulis telah menerangkan tentang keadaan alam sekitar di Malaysia yang semakin tercemar. Dalam buku TITAS yang satu lagi itu, Abdullah Zhidi Omar juga terdapat kelemahan dan kekuatan yang dari segi kandungan isi, persembahan dan bahasa. Saya juga memilih satu subtopik iaitu krisis alam sekitar. Jika kita lihat dari segi kandungan buku, penulis Abdullah Z hidi Omar telah membincangkan tentang pencemaran alam yang berlaku di segenap pelosok negara tidak kira sama ada di desa terpencil, di bandar yang hiruk-pikuk, di lautan dalam, di daratan yang terbentang luas. Tambahan pula penulis telah memberi penerangan yang mudah difahami oleh pembaca dengan menyatakan bahawa krisis kehilangan sumber biodiversiti adalah pada tahap yang amat membimbangkan. Seterusnya penulis Abdullah Zhidi Omar juga telah memilih tajuk buku yang sesuai dengan isi kandungan yang ingin disampaikannya. Gambar laut dan tamadun yang dipersembahkan pada kulit muka depan

Upload: hemahnaidu

Post on 15-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ULASAN KRITIS Topik yang dipilih oleh kumpulan kami ialah krisis alam sekitar berdasarkan buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) oleh Mohd Razimi Husin. Dua buku telah digunakan untuk menjadi rujukan dalam ulasan ini. Pertama, buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) oleh Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Raudhah Ali, Mohd Hilmi Rozali, dan Mahdi Shuid. Kedua, buku Tamadun Islam & Tamadun Asia oleh Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, dan Farahwahida Mohd Yusof.

KEKUATANSetelah saya mengulas sebahagian dalam buku Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TITAS) oleh Mohd Razimi Husin yang berkaitan dengan tajuk krisis alam sekitar saya dapati bahawa penulis telah menerangkan tentang keadaan alam sekitar di Malaysia yang semakin tercemar. Dalam buku TITAS yang satu lagi itu, Abdullah Zhidi Omar juga terdapat kelemahan dan kekuatan yang dari segi kandungan isi, persembahan dan bahasa. Saya juga memilih satu subtopik iaitu krisis alam sekitar.Jika kita lihat dari segi kandungan buku, penulis Abdullah Z hidi Omar telah membincangkan tentang pencemaran alam yang berlaku di segenap pelosok negara tidak kira sama ada di desa terpencil, di bandar yang hiruk-pikuk, di lautan dalam, di daratan yang terbentang luas. Tambahan pula penulis telah memberi penerangan yang mudah difahami oleh pembaca dengan menyatakan bahawa krisis kehilangan sumber biodiversiti adalah pada tahap yang amat membimbangkan.Seterusnya penulis Abdullah Zhidi Omar juga telah memilih tajuk buku yang sesuai dengan isi kandungan yang ingin disampaikannya. Gambar laut dan tamadun yang dipersembahkan pada kulit muka depan adalah bertepatan dengan tajuk kerana untuk menjadi orang yang bertamadun kita perlu mengharungi pelbagai rintangan dan godaan yang melaut banyaknya. Selain itu, grafik dan warna pada tulisannya adalah menarik yang mana ia telah menarik perhatian saya untuk membeli buku tersebut. Saya yakin, pembaca juga akan tertarik dengan persembahan kulit buku tersebut yang mempunyai auranya tersendiri dan terus untuk memilikinya.Sementelahan pula, bahasa yang digunakan dalam buku ini juga mudah difahami oleh pembaca dan memberi makna yang cukup jelas. Oleh sebab itu, buku ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Sumbangan buku ini wajar dibacaoleh semua umat manusia jka mereka ingin menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Bagi pembaca yang telah mengamalkan nilai kebersihan dan kecintaan terhadap alam sekitar, ia adalah sebagai mempraktikkan ilmu dan bagi mereka yang baru untuk mengamalkan adalah digalakkan untuk membaca buku ini kerana banyak panduan dan cadangan untuk menjaga alam sekeliling yang telah disampaikan oleh penulis.Daripada tajuk-tajuk yang dibincangkan, para pembaca juga tidak akan menghadapi sebarang masalah kerana penulis telah menulis dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan mudah difahami. Penulis juga telah menyelitkan beberapa bukti seperti teori tokoh dan pendapat mereka bagi menguatkan lagi isi yang telah disampaikan supaya pembaca boleh mengamalkan kebersihan alam sekitar bagi mengelakkan krisis dan pencemaran alam.Buku ini juga wajar dibaca oleh semua golongan masyarakat terutama golongan kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa dan golongan orang tua. Penulis juga telah menyampaikan isi kandungan tulisannya dengan terperinci di mana dengan membaca buku ini sahaja, jika kita mengamalkannya, ia telah menjadikan kita sebagai hamba alam dengan menjaga kebersihan alam dan mempraktikkan diri kita menjadi orang seperti pencinta alam. Penulis telah berjaya menerangkan bagaimana usaha-usaha yang perlu dilaksanakan dengan cadangan yang relevan dan juga mudah difahami sebagai contoh dalam buku ini, peranan media massa seperti surat khabar, majalah, televisyen dan radio juga perlu diketengahkan supaya pendidikan alam sekitar kepada alam sekitar kepada masyarakat umum dapat disampaikan. Melalui penyampaian idea sebegini maka pembaca dapat menerapkan amalan tersebut serta cuba untuk mengamalkan cadangan-cadangan tersebut supaya dapat melindungi dan menjaga alam sekeliling.Melalui buku ini, penulis telah berjaya menginsafkan para pembaca terutama sekali adalah saya sendiri kerana dengan membaca buku ini saya telah mendapati bahawa saya masih lagi kekurangan dalam ilmu alam sekitar dan banyak usaha dan cadangan saya akan laksanakan untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam dengan sedaya upayanya. Dengan membaca buku ini juga ia telah sedikit sebanyak menginsafkan saya tentang perlunya saya mengamalkan pendidikan alam sekitar yang sepatutnya diamalkan oleh setiap umat manusia agar melindungi negara kita dari krisis alam sekitar.Akhirnya, penulis telah menulis buku TITAS ini dengan baik dan juga mempunyai kekuatan. Persembahan dan bahasa, kandungan buku yang menyeluruh adalah menarik orang ramai untuk turut membacanya. Buku ini juga dapat mengolahkan ayat dan idea serta pandangan penulis dengan cukup jelas. Secara tidak langsung, pembaca dapat maklumat yang diperlukan dengan terperinci. Maka di sini bolehlah kita konklusikan sebagai buku ini adalah memberi pemahaman dan penerangan yang betul dari segi kandungan, persembahan dan bahasa.

KELEMAHAN Dalam buku oleh Mohd Razimi Husin, pengenalan dan isi bagi topik krisis alam sekitar tidak bersifat globalisasi. Pengarang hanya menekankan pencemaran di Malaysia. Sebagai contohnya, pengarang menyatakan keadaan alam sekitar di Malaysia dan mengaitkan topik dengan Laporan Kualiti Alam Sekitar. Sebaliknya, pengarang Zulkiflee Haron et al. dapat menunjukkan pengenalan yang bersifat globalisasi. Pengarang-pengarang memperkenalkan konsep environmentalisme dan menjelaskan kesannya terhadap isu alam sekitar. Pengarang Abdullah Zhidi Omar et al. pula dapat memberi contoh-contoh mengenai punca pencemaran secara global. Misalnya, pengarang-pengarang menyatakan penggunaan bom atom telah menghancurkan Hiroshima, Jepun dalam perang dunia kedua (halaman:250).Kandungan buku oleh Mohd Razimi Husin adalah kurang padat. Pengarang tidak memberi penekanan kepada setiap jenis pencemaran semasa membincangkan pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Terdapat tiga jenis pencemaran yang dibincangkan oleh pengarang. Namun, pengarang tidak dapat memberi maklumat dari aspek punca pencemaran secara keseluruhannya. Contohnya, walaupun pengarang telah menyatakan punca-punca pencemaran udara dan tanah, pengarang tiada memberi maklumat tentang punca pencemaran air. Dalam buku oleh Zulkiflee Haron et al., setiap jenis pencemaran telah diberi punca-punca dan kesan-kesannya. Dengan itu, pembaca dapat lebih memahami tentang setiap jenis pencemaran. Selain itu, pengarang Mohd Razimi Husin hanya menekankan pencemaran air, udara dan tanah tetapi tidak memberi penjelasan terhadap pencemaran bunyi. Misalnya, pengarang Zulkiflee Haron et al. memberi penjelasan kepada keempat-empat jenis pencemaran.PersembahanCara persembahan dalam buku Mohd Razimi Husin adalah kurang sistematik. Isi kandungan tidak disusun dan dibahagikan di bawah subtema. Dalam buku Abdullah Zhidi Omar et al., jenis pencemaran disusun dan dibahagikan di bawah subtema. Ini dapat memudahkan pembaca untuk membaca dan mengurangkan kekeliruan pembaca terhadap isi kandungan tersebut.