kerangka pintu

6
ASAS BINAAN BATA BBB20103 Laporan Projek TAJUK PROJEK : KERANGKA PINTU 1.0 Jenis Kerangka dan Pemasangan Alat Pengukuh Kerangka pintu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kerangka kayu dan juga kerangka aluminium. Dalam projek ini jenis kerangka yang digunakan ialah kerangka jenis kayu dengan dimensi 1230mm lebar dan ketinggian 2030mm. Saiz kayu yang digunakan pula ialah 4” x 2”. 1.1 Penyediaan dan Pemasangan Kerangka 1.1.1 Langkah-langkah keselamatan: Keselamatan Semasa Membuat Projek i. Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalam melakukan sesuatu projek yang berkaitan elektrik dan elektronik. ii. Semasa menjalankan kerja, para pelajar hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan semasa membuat projek. 1

Upload: cik-mia

Post on 02-Feb-2016

627 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Langkah Kerja Pembinaan Kerangka Pintu

TRANSCRIPT

Page 1: Kerangka pintu

ASAS BINAAN BATA BBB20103

Laporan Projek

TAJUK PROJEK : KERANGKA PINTU

1.0 Jenis Kerangka dan Pemasangan Alat Pengukuh

Kerangka pintu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kerangka kayu dan juga kerangka

aluminium. Dalam projek ini jenis kerangka yang digunakan ialah kerangka jenis kayu

dengan dimensi 1230mm lebar dan ketinggian 2030mm. Saiz kayu yang digunakan pula ialah

4” x 2”.

1.1 Penyediaan dan Pemasangan Kerangka

1.1.1 Langkah-langkah keselamatan:

Keselamatan Semasa Membuat Projek

i. Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalam

melakukan sesuatu projek yang berkaitan elektrik dan elektronik.

ii. Semasa menjalankan kerja, para pelajar hendaklah mematuhi langkah-langkah

keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun

kecederaan semasa membuat projek.

iii. Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak

bekerjasama kerana buruk padahnya nanti.

1

Page 2: Kerangka pintu

ASAS BINAAN BATA BBB20103

Keselamatan Diri Sendiri

i. Perlindugan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya, maka

kita perlulah memakai alat perlindugan mata.

ii. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, iaitu lengan baju yang panjang

mesti digulung hingga ke atas siku.

iii. Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam

bengkel.

iv. Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan

apabila bekerja dengan bahan kimia.

v. Elakkan berambut panjang, jika berambut panjang maka mestilah diikat atau

disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.

vi. Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti

jam,rantai emas, loket, cincin dan lain-lain lagi.

1.1.2 Bahan-bahan

Saiz Kayu : 4 inci X 2 inci

Kuantiti :

i. 1230mm panjang = dua batang

ii. 2030mm panjang = dua batang

Bahan Pengikat :

i. Paku

ii. Glu

2

Page 3: Kerangka pintu

ASAS BINAAN BATA BBB20103

1.1.3 Prosedur

i. Kayu yang ingin digunakan diketam sebelum dipotong menggunakan mesin.

ii. Proses ketaman dilakukan pada kesemua permukaan sehingga licin.

iii. Seterusnya, jarak yang dikehendaki ditanda pada bahagian kayu tersebut dan

dipotong menggunakan mesin gergaji lengan.

iv. Langkah seterusnya ialah membuat tanggam rencong pada bahagian atas

seperti yang ditunjukkan dalam kertas kerja (rujuk lampiran) dan dipaku.

v. Kerangka yang telah siap dipasang pada bukaan dinding seperti rajah di bawah

dengan disokong oleh kayu tambahan sebagai alat pengukuh.

3

Page 4: Kerangka pintu

ASAS BINAAN BATA BBB20103

1.2 Lintel Pada Kerangka

Dalam sektor pembinaan, penggunaan “lintel” adalah elemen penting bagi menambah

kekuatan pada permukaan struktur yang mempunyai bukaan seperti tingkap, pintu, dan

sebagainya. Antara jenis-jenis “lintel” adalah seperti berikut;

a. Timber lintels

b. Stone lintels

c. Brick lintels

d. Reinforced Brick lintels

e. Steel lintels

f. Reinforced cement concrete lintels

1.2.1 Langkah-langkah Kerja

4

Page 5: Kerangka pintu

ASAS BINAAN BATA BBB20103

i. Merujuk rajah di atas, lintel yang digunakan adalah dari jenis R.C.C Lintel.

ii. Kotak bentuk berbentuk bar dibuat dengan ukuran tebal bersamaan dengan

ketebalan dinding manakala panjang bar tersebut ialah 1530mm.

iii. Pemasangan dibuat pada bahagian atas kerangka pintu dengan jarak kiri

dan kanan sebanyak 150mm.

5