kerangka alternatif di kalangan pelajar aliran … filemencadangkan model pembelajaran generatif...

32

Upload: trinhtruc

Post on 07-Apr-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan
Page 2: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan
Page 3: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN SAINS

TINGKATAN EMPAT DALAM MEMAHAMI KONSEP ELEKTROKIMIA

NOOR AIDA BINTI HJ. SIDEK

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 4: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan
Page 5: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W

Setinggi-tinggi Penghargaan Buat :

Ayahanda dan Ibunda Tercinta,

Allahyarham Sidek bin Yunus dan Sabiah binti Ahmad

Terima Kasih Atas Segala Pengorbananmu,

Mengandung, Melahirkan, Menjaga Dan Mendidikku,

Sewaktu Aku Masih Kecil Hingga Dewasa Kini,

Doa Dan Restumu,

Tetap Menjadi Sumber Inspirasi Kejayaanku,

Buat Selama-lamanya.

Buat Seluruh Kekanda-Kekandaku,

Serta Adinda-Adindaku,

Hidup Ini Penuh Dengan Ranjau Yang Berliku,

Hanya Keimanan & Ketaqwaan Sebagai Bekalan,

Untuk Kalian Menempuh Segalanya.

Buat Pensyarah Teristimewa,

Khas Ku Tujukan Kepada Dr. Johari bin Surif,

Sekalung Budi Selaut Kasih,

Jasamu Akan Ku Kenang Sepanjang Masa,

Kerana Mendidik Diri Ini Menjadi Insan Berguna,

Untuk Agama, Bangsa Dan Negara.

Buat Teman Seperjuangan,

Mohd Faizal, Noor Azlina dan Norhazwani,

Hargailah Persahabatan Yang Telah Terjalin Antara Kita,

Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Dalam Diari Hati Ini,

Teruskan Perjuangan Kalian Sehingga Ke Akhir Hayat.

Page 6: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dengan lafaz Bismillah dan pujian bagi Tuhan Ar-Rahman semoga

dilimpahkan rahmat dan payungan keberkatan serta keredhaan yang kekal

berpanjangan. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan

pembawa sinar kegemerlapan, sahabat-sahabatnya dan seluruh pewaris pembawa

kebenaran.

Ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan tidak terhingga ditujukan kepada

Dr. Johari bin Surif selaku penyelia sekaligus guru, pembimbing dan murabbi yang

melimpahkan selautan ilmu untuk penyiapan projek sarjana muda ini, didikan,

bimbingan serta teladan ikutan. Sejuta penghargaan juga atas segala nasihat dan

tunjuk ajar yang mendewasakan dan mengenal diri selaku insan di bumi bertuah,

UTM ini. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada para pensyarah yang menjadi

penilai atas kesediaan berkongsi ilmu dan kepakaran.

Tidak lupa penghargaan buat keseluruhan pensyarah yang mengajar dan

memberikan curahan ilmu tanpa batasan dalam semua bidang yang dicurahkan. Juga

tidak lupa buat semua pengetua, guru dan pelajar yang bersedia meluangkan masa

dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Keseluruhan warga Fakulti

Pendidikan, Profesor, Profesor Madya, kakitangan akademik, tenaga pentadbiran dan

kakitangan sokongan yang banyak memberi galakan dan melibatkan diri sama ada

secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih tidak terhingga dan semoga segala bantuan dan pertolongan

yang diberikan akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi

Maha Pengasihani dengan rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat. Akhir sekali,

kemaafan jua dipohon atas segala kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan. Salam

hormat dan ribuan terima kasih.

Page 7: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kerangka alternatif pelajar

dalam memahami konsep elektrokimia. Kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan

menggunakan reka bentuk deskriptif. Set ujian kefahaman dibina sebagai instrumen.

Seramai seratus empat puluh empat orang pelajar tingkatan empat telah dipilih secara

rawak mudah di beberapa buah sekolah di Daerah Rembau. Data dianalisis dengan

menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk

kekerapan dan peratusan turut digunakan dalam tatacara analisis. Dapatan

menunjukkan wujud kerangka alternatif dalam kalangan pelajar dalam pembelajaran

konsep elektrokimia. Dapatan menunjukkan kerangka alternatif dalam elektrokimia

terbahagi kepada empat: dalam memahami konsep pengaliran arus dalam elektrod

dan elektrolit, penentuan anod dan katod, dalam mengenal pasti tindak balas yang

berlaku di anod dan katod serta konsep pengoksidaan dan penurunan. Kajian ini turut

mencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi

kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan memberikan implikasi

untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains

khususnya kimia dan pembentukan kurikulum yang lebih berkesan ke arah

pembangunan pendidikan sains negara.

Page 8: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the student alternative

frameworks in electrochemistry. The study was carried out by qualitative

with used descriptive design. A set of comprehension test was used as the

instrument. One-hundred-and-fourty-four (N=144) students in the district of

Rembau were randomly selected. Data were analyzed using content analysis

technique. The data were also presented in frequency and percentage.

Findings of this study shows that there was an existance of an

alternative framework among students in learning of electrochemistry

concept. Findings show that an alternative framework took place in four

areas in electrochemistry: in understanding the concept of current flow in the

electrodes and the electrolyte, in determining anode and cathode, in

identifying reaction that occurs on anode and cathode as well as in the

concept of an alternative framework of oxidation and reduction. This study

also suggested that The Generative Learning Model should be used in

assisting students to overcome their alternative frameworks. The findings of

this research were hoped to highlight the implication as to increase the

effectiveness of teaching and learning process in science and shed come

lights on the formulation of authentic curriculum towards the development

of national science education.

Page 9: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Borang pengesahan status tesis

Pengesahan penyelia

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai jadual xii

Senarai rajah xiv

Senarai lampiran xv

Senarai singkatan xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

Page 10: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

viii

1.2.1 Kerangka Alternatif 4

1.2.2 Ciri - Ciri Kerangka Alternatif 5

1.2.3 Faktor Yang Mempengaruhi Kerangka

Alternatif 6

1.2.3.1 Pengajaran Guru Bersifat Tradisi 7

1.2.3.2 Masalah Dari Segi Bahasa dan

Pengalaman Harian 9

1.2.4 Implikasi Kerangka Alternatif Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran 10

1.3 Pernyataan Masalah 12

1.4 Objektif Kajian 13

1.5 Persoalan Kajian 13

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.7 Batasan Kajian 15

1.8 Definisi Operasi 15

1.8.1 Kerangka alternatif 15

1.8.2 Elektrolisis 16

1.8.3 Elektrod 16

1.8.4 Elektrolit 16

1.8.5 Sel Elektrolisis 16

1.8.6 Kimia 16

1.8.7 Konsep 17

1.8.8 Perubahan Konsep 17

1.9 Penutup 17

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 18

2.2 Kerangka Alternatif Dalam Kalangan Pelajar 19

Page 11: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

ix

2.3 Kerangka Alternatif di Kalangan Pelajar dalam

Memahami Konsep Elektrokimia 20

2.3.1 Kerangka alternatif pelajar dalam konsep

pengaliran arus dalam elektrod dan dalam

elektrolit 22

2.3.2 Kerangka alternatif pelajar dalam

menentukan anod dan katod 24

2.3.3 Kerangka alternatif pelajar dalam mengenal

pasti tindak balas yang berlaku di anod

dan katod 25

2.3.4 Kerangka alternatif pelajar dalam konsep

pengoksidaan dan penurunan 25

2.3.5 Kerangka alternatif pelajar dalam konsep

elektrolit 26

2.4 Penutup 27

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Lokasi Kajian 30

3.4 Sampel dan Populasi Kajian 31

3.5 Instrumentasi Kajian 33

3.5.1 Set Ujian Kefahaman 33

3.6 Jangka Masa Kajian 35

3.7 Kajian Rintis 35

3.8 Prosedur Kajian 36

3.9 Kaedah Analisis Data 37

3.10 Penutup 38

Page 12: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 40

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 40

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Bangsa 41

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Agama 41

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut Jenis

Sekolah 42

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut

Keputusan Peperiksaan Terkini Dalam

Mata Pelajaran Kimia 43

4.3 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Konsep Pengaliran

Arus Dalam Elektrod dan Dalam Elektrolit 44

4.4 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Menentukan

Anod dan Katod 47

4.5 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Mengenal Pasti

Tindak Balas Yang Berlaku Di Anod dan Katod 49

4.6 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Konsep

Pengoksidaan dan Penurunan 51

4.7 Penutup 54

Page 13: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Ringkasan Kajian 56

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 56

5.3.1 Latar Belakang Responden 57

5.3.2 Kerangka Alternatif Dalam Konsep

Pengaliran Arus Dalam Elektrod Dan

Dalam Elektrolit 58

5.3.3 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Menentukan

Anod dan Katod 59

5.3.4 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Mengenal Pasti

Tindak Balas Yang Berlaku Di Anod dan Katod 60

5.3.5 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Konsep

Pengoksidaan dan Penurunan 60

5.4 Rumusan Kajian 61

5.5 Implikasi Kajian 63

5.5.1 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 63

5.5.2 Pembentukan Kurikulum 66

5.5.3 Langkah Mengatasi Permasalahan

Kerangka Alternatif Pelajar 67

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.7 Penutup 71

RUJUKAN 72-81

LAMPIRAN 82-95

Page 14: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kerangka alternatif pelajar dalam elektrokimia

berdasarkan kajian Garnett dan Treagust 22

3.1 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V.

dan Morgan, D.W. 32

3.2 Latar belakang responden yang menjawab

Set Ujian Kefahaman 32

3.3 Taburan bahagian set ujian kefahaman 33

3.4 Taburan item mengikut aspek-aspek

kerangka alternatif pelajar dalam

memahami konsep elektrokimia 34

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar

mengikut jantina 40

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar

mengikut bangsa 41

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar

mengikut agama 42

Page 15: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

xiii

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar

mengikut jenis sekolah yang dipilih 42

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar mengikut

keputusan peperiksaan terkini dalam mata

pelajaran kimia 43

4.6 Pengkonsepan pelajar terhadap konsep pengaliran

arus dalam elektrod dan dalam elektrolit 44

4.7 Pengkonsepan pelajar dalam menentukan anod

dan katod 47

4.8 Pengkonsepan pelajar dalam mengenal pasti

tindak balas yang berlaku di anod dan katod 49

4.9 Pengkonsepan pelajar terhadap terhadap

konsep pengoksidaan dan penurunan 52

5.1 Kerangka alternatif pelajar dalam

memahami konsep elektrokimia tentang

sel elektrolisis dan sel kimia 62

5.2 Fasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Model Pembelajaran Generatif 64

Page 16: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pemikiran Pelbagai Aras Johnstone 20

3.1 Reka Bentuk Kajian 30

Page 17: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Ujian Kefahaman 82

B Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

Kementerian Pelajaran Malaysia 89

C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 90

D Surat Pengesahan Pelajar 91

E Surat Pengesahan Menjalankan Kajian 92

F Akuan Pengesahan Penyemakan Instrumen

Kajian Daripada Pakar 94

Page 18: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

xvi

SENARAI SINGKATAN

NAMA SINGKATAN NAMA PENUH

EPRD Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

Page 19: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan bermoral tinggi (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2001). Kerajaan telah mewujudkan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

untuk melahirkan warganegara yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sahsiah (JERIS) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Bermula dengan Kurikulum Kimia Tradisi

berubah kepada Kurikulum Kimia Moden (1972), seterusnya Kimia KBSM (1989)

dan yang terbaru Kimia KBSM baru (yang disemak semula, 2002). Perubahan ini

dilakukan untuk memenuhi inspirasi negara untuk menjadikan Malaysia negara maju

pada tahun 2020. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berusaha mencapai

taraf negara maju menjelang tahun 2020, telah meletakkan bidang sains dan

teknologi sebagai salah satu pra-syarat bagi mencapai hasrat tersebut (Azizi, 2006).

Pengajaran dan pembelajaran sains amat penting untuk mewujudkan

masyarakat yang berfikiran saintifik kerana melalui cara ini pelajar dapat lebih

memahami fenomena harian dan menilai kejadian alam secara saintifik. Tetapi pada

masa kini, ramai pelajar di peringkat menengah tinggi enggan mengambil jurusan

sains tulen kerana bagi mereka mata pelajaran seperti kimia, fizik dan biologi

Page 20: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

2

dianggap terlalu susah dipelajari dan untuk lulus dengan cemerlang (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1996). Penyataan ini amat membimbangkan dan boleh

memandulkan hasrat Negara untuk merealisasikan Wawasan 2020. Maka pada tahun

1999-2000, kurikulum sains KBSM disemak semula setelah lebih 10 tahun digubal.

Penyemakan ini dilaksanakan bagi memastikan kurikulum yang digunakan dapat

memenuhi keperluan negara yang memerlukan tenaga kerja yang berpengalaman

serta mahir. Kurikulum sains bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi serta mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara saintifik dalam kehidupan

harian (PPK 1996).

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, konsep merupakan asas

yang perlu difahami, dibina dan dikuasai oleh pelajar. Konsep sains terbentuk dalam

diri pelajar secara beransur-ansur melalui pengalaman mereka sebagai pelajar dan

melalui interaksi terhadap alam persekitarannya. Tanpa pembinaan konsep yang

sebenar, perbincangan guru dan pelajar hanya terhad kepada perolehan fakta dan

penjelasan kejadian secara tersendiri tanpa menyedari kewujudan kerangka alternatif

dalam kalangan pelajar (Sharifah Alwiah, 1987). Pembinaan konsep merupakan

pendekatan yang semakin diterima oleh penyelidik dan pendidik sains bagi

menjelaskan bagaimana pelajar mempelajari sains. Satu kajian telah membuktikan

bahawa minda pelajar tidak seperti tin kosong sehinggakan ilmu pengetahuan sains

dapat dipindahkan secara langsung oleh guru kepada pelajar tetapi pembinaan

konsep tersendiri ini adalah hasil daripada pelbagai interaksi pelajar dengan

persekitaran, rakan sebaya, media begitu juga dengan budaya dan bahasa setempat

yang kesemua faktor ini boleh mewujudkan kerangka alternatif (Mohd Yusof,

1998). Kerangka alternatif diberikan pelbagai istilah seperti prakonsepsi, idea,

tanggapan, kepercayaan, intuisi, intuitif, teori mini, sains kanak-kanak, salah

konsepsi, kerangka alternatif, konsep alternatif dan sebagainya (Abimbola, 1996).

Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, istilah kerangka alternatif akan digunakan.

Page 21: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara umumnya kaedah sains merangkumi beberapa proses yang kompleks,

iaitu, mengenal pasti masalah, mengkaji dan mengenali faktor-faktor yang terlibat

dengan permasalahan, membuat jangkaan (hipotesis), memilih hipotesis, merangka

kaedah untuk mengumpul maklumat, menguji hipotesis, mengumpul data,

menganalisis data dan membuat keputusan serta kesimpulan. Hasil kajian telah

dijalankan mendapati masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada

kesukaran memahami konsep, kurang kecekapan dalam penulisan persamaan, kurang

kemahiran penyelesaian masalah dan melukis gambarajah untuk mewakili sesuatu

radas dan konsep. Pendapat sedemikian disokong oleh kajian yang telah dibuat oleh

Sutton (1977) yang menyatakan bahawa Kimia merupakan salah satu matapelajaran

yang susah dikuasai oleh pelajar kerana kurang pengetahuan asas dan lemah dalam

penguasaan konsep yang terlibat dalam sesuatu topik Kimia. Kaedah tradisi yang

mengutamakan guru bertindak sebagai penyampai pengetahuan tidak berkesan bagi

mengubah konsepsi pelajar dari idea yang salah kepada konsep yang diterima oleh

ahli sains.

Kaedah pengajaran sains di Malaysia masih bersifat tradisi yang

mengutamakan pengajaran berpusatkan guru. Kegiatan pembelajaran pula biasanya

menekan pengetahuan fakta untuk lulus peperiksaan dan menggalakkan penerimaan

maklumat secara pasif. Guru dan pelajar jarang soal-menyoal tentang apa yang

sedang dipelajari. Nilai tradisi timur menyebabkan pelajar berpegang kepada apa

yang dicurah oleh guru tanpa menyoal dan mereka menganggap guru mengetahui

semua perkara. Telah ditegaskan di atas bahawa kaedah mengajar yang hanya

memberitahu pelajar tentang fakta atau konsep yang betul tidak mampu untuk

melenyapkan salah konsepsi di kalangan pelajar atau membetulkan konsepsi awal.

Perubahan konsep akan berlaku dengan pendekatan khusus terhadap sasaran salah

konsepsi tertentu. Untuk mencapai matlamat, kurikulum perlu pertimbangkan idea

yang dibawa oleh pelajar ke dalam situasi pembelajaran. Guru pula perlu dilengkapi

dengan idea dan strategi mengatasinya. Kurikulum perlu diubah suai supaya guru

mempunyai masa melaksanakan strategi tersebut atau memilih pembelajaran konsep.

Page 22: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

4

Pendekatan mengajar dan pembelajaran telah disemadikan dalam dua bentuk iaitu

pengajaran berorientasi penyampaian ilmu dan pembelajaran berorientasi hafalan dan

peperiksaan. Budaya ini harus digunakan sebagai latar belakang bagi membentuk

sesuatu inovasi. Begitu juga untuk penyelesaian perlaksanaan sesuatu inovasi. Pelajar

perlu berusaha untuk membina konsep sains dengan tepat dalam mempelajari

matapelajaran sains. Ia melibatkan usaha menyelesaikan masalah, membina

keputusan, berfikir secara kritis dan kreatif. Melalui usaha tersebut, pelajar berharap

dapat menguasai dan memahami kimia dengan berkesan. Malangnya wujud pelbagai

kerangka alternatif yang menghalang penguasaan pelajar.

1.2.1 Kerangka Alternatif

Kerangka alternatif ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang melibatkan

pengetahuan dan konsep pelajar tidak setara atau tidak sama dengan fakta dan

konsep saintifik yang biasa diterima dan tidak berupaya untuk menerangkan

fenomena saintifik (Cho, Kahle dan Nordland, 1985; Bodner, 1986). Fisher dan

Lipson (1986) pula menerangkan bahawa kerangka alternatif ini boleh

diklasifikasikan kepada beberapa dimensi seperti (1) mempunyai hubungan yang

salah antara konsep, (2) kekurangan hubungan penting antara konsep, (3)

mempunyai pemahaman yang salah terhadap sesuatu konsep, (4) kekurangan konsep

yang penting dan sebagainya. Kerangka alternatif dalam kajian ini ditakrifkan

sebagai suatu keadaan yang menyebabkan pelajar memegang pengetahuan dan

konsep yang dipengaruhi oleh pengalaman kehidupan seharian yang mengakibatkan

konsep dan pengetahuan ini adalah tidak setara atau tidak sama dengan fakta dan

konsep saintifik dalam menerangkan fenomena saintifik.

Istilah prakonsepsi digunakan untuk menamakan kerangka alternatif yang

dipunyai oleh kanak-kanak sebelum mengikut pengajaran formal. Selain daripada

istilah prakonsepsi, istilah lain juga digunakan seperti konsepsi alternatif, salah

konsep, miskonsepsi, kerangka alternatif dan sains kanak-kanak untuk menamakan

tanggapan salah pelajar itu. Pelajar sejak kecil lagi telah berinteraksi dengan alam

Page 23: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

5

keliling dan melalui interaksi itu mereka telah membentuk kerangka alternatif

mengenai fenomena alam, walaupun belum lagi menerima pendidikan atau diajar

secara formal. Kanak-kanak sudah mula membentuk idea-idea atau kerangka

alternatif tentang konsep sains melalui interaksi mereka dengan alam kehidupan

seharian. Mereka telah memperolehi secara tidak formal konsepsi sains, yang disebut

sebagai prakonsep, bagi menerangkan fenomena sekeliling dunia mereka. Ini

bermakna kanak-kanak, apabila memasuki sekolah akan membawa masuk bersama

mereka kerangka alternatif tersebut. Yang menjadi masalah adalah penerangan yang

diberi itu biasanya berbeza daripada apa yang diterima oleh saintis. Kebanyakan idea

mereka adalah kerangka alternatif, berbeza dengan konsep saintifik. Bilangan

penyelidikan mengenai kerangka alternatif dan kerangka kerja konseptual dalam

sains telah meningkat dengan mendadak kebelakangan ini dan subjek ini merupakan

satu bidang inkuiri yang masih berkembang. Dalam kebanyakan kajian, isu utama

adalah untuk mengenal pasti kewujudan kerangka alternatif (Griffith et. al 1988).

1.2.2 Ciri - Ciri Kerangka Alternatif

Menurut Gunstone (1995) kerangka alternatif yang dimiliki oleh pelajar

merupakan idea dan kepercayaan yang berbeza dengan pandangan ahli sains,

dipegang dengan kukuh dan menjadi batu penghalang dalam proses pembelajaran

dan pengajaran. Kebiasaannya, pelajar seringkali telah mempunyai pemahaman yang

tersendiri mengenai sesuatu konsep sains walaupun belum mengikuti sesuatu

pembelajaran formal. Kesannya, bukan sahaja akan menyukarkan penerimaan

pengajaran semasa pembelajaran, bahkan amat sukar untuk mengubahnya secara

pengajaran sains. Osborne dan Freyberg (1985) meringkaskan sifat-sifat kerangka

alternatif pelajar dalam sains seperti berikut:

i. Sebelum sebarang pengajaran dan pembelajaran sains formal, pelajar

telah membentuk makna-makna tersendiri terhadap kebanyakan konsep

sains yang berbeza daripada pandangan ahli sains.

Page 24: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

6

ii. Pandangan pelajar mengenai fenomena alam akan dipegang teguh oleh

mereka.

iii. Kerangka alternatif bersifat kukuh dan amat sukar untuk diubahsuai atau

dibuang daripada pemikiran pelajar. Penggunaannya yang berterusan dan

berulang-ulang, akan menyebabkan tanggapan awal yang dibina dalam

minda pelajar semakin kukuh serta berlawanan dengan konsep sains

sebenar.

iv. Akhirnya, ia akan membentuk suatu benteng atau tembok penghalang

proses kognitif dalam pembelajaran pelajar. Kajian yang dilakukan turut

mengesahkan keupayaan kerangka alternatif sebagai penghalang

penerimaan pelajar terhadap sesuatu penerangan saintifik yang

disampaikan dalam kuliah apabila konsep sebenar tersebut berlawanan

dengan konsep alternatif yang ditanggapi pelajar sebelum itu.

1.2.3 Faktor Yang Mempengaruhi Kerangka Alternatif

Kerangka alternatif yang wujud dalam kalangan pelajar merupakan konsep

yang bertentangan dengan ahli sains. Perbezaan pandangan antara pelajar-pelajar

dengan ahli sains mengenai sesuatu fenomena alam telah menimbulkan pelbagai

masalah dan kesulitan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Menurut Johnstone

(1991, 1993), antara faktor-faktor yang menyebabkan kerangka alternatif berlaku

adalah kaedah pengajaran guru, penggunaan bahasa dan pengalaman harian. Maka, ia

akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran. Osborne, Bell dan Gillbert

(1983) telah meringkaskan faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan pandangan

antara pelajar dengan ahli sains. Ini disebabkan oleh:

i. Pandangan berpusatkan diri dan insan. Pelajar-pelajar menganggapkan

benda atau situasi sebagai pengalaman manusia dan nilai-nilai yang

berkaitan. Persepsi berpusatkan insan agak berbeza sedikit daripada

Page 25: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

7

pandangan sains yang dianggapkan lebih bersifat analitis dan jarang

dipengaruhi sebarang perasaan.

ii. Menyifatkan sesuatu benda dengan ciri manusia atau haiwan. Pelajar

menyifatkan sesuatu benda itu sebagai objek yang mempunyai

perasaan, daya dan tujuan.

iii. Benda yang tidak terlihat maka ia tidak wujud. Pelajar tidak

menganggapkan sesuatu kuantiti fizikal wujud dalam sesuatu

keadaaan sekiranya kesan kuantiti tersebut tidak boleh dilihat. Sebagai

contoh apabila tidak lagi terlihat cecair (air) bertukar kepada gas

(stim), pelajar selalunya akan menjelaskan bahawa gas (wap air) yang

terhasil mengandungi bahan yang tidak kelihatan juga seperti gas

hidrogen dan gas oksigen.

Seterusnya, beberapa penulisan yang berkaitan telah mencadangkan faktor-

faktor yang menyebabkan wujudnya kerangka alternatif adalah seperti berikut:

1.2.3.1 Pengajaran Guru Bersifat Tradisi

Menurut Helm (1980), menyatakan bahawa guru menjadi faktor utama yang

menyebabkan kerangka alternatif yang berlaku di kalangan pelajar di samping

kandungan buku teks dan kertas peperiksaan sebagai penyumbang yang memberi

kesan yang sama. Sehubungan itu, ia juga disebabkan oleh perkembangan intelek

pelajar yang tidak sepadan dengan isi kandungan kursus yang diikuti. Ivowi (1984)

menegaskan bahawa kerangka alternatif di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh

kaedah pengajaran guru dan kandungan buku teks. Pelajar juga akan kehilangan

minat dan akhirnya merasakan bahawa pembelajaran sains amat membosankan

(Hudson, 1990; Screen, 1986 dan Tobin, 1986).

Hal ini bukanlah disebabkan oleh jenis sekolah yang pelajar-pelajar hadir.

Sikap peribadi guru memberi ke atas kesukaran pelajar menyelesaikan masalah

kimia. Biasanya kerangka alternatif kerangka alternatif berlaku apabila dipindahkan

Page 26: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

8

daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Ini menunjukkan jika kerangka

alternatif dipegang oleh guru, ia akan disampaikan kepada tanpa disedari. Guru

sebagai penyampai maklumat utama konsep sains di sekolah maka pemahaman

konsep sains oleh guru sangat penting supaya tidak menyampaikan pengajaran yang

salah kepada pelajar. Selain itu, guru perlu bersedia merancang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai supaya pengajaran lebih berkesan dengan mengadakan

pelbagai strategi dan pendekatan. Guru juga perlu memilih isi pengajaran dengan

mengadakan aktiviti yang bersesuaian (Abu Hassan, 2003). Keadaan ini diperlukan

kerana terdapat segelintir guru tidak bersedia untuk mengajar contohnya sikap malas

guru untuk membuat rujukan yang lebih lanjut dan cara pengajaran yang kurang

efektif akan membuat pelajar tidak minat untuk belajar. Ini secara tidak langsung

menyebabkan kekurangan penumpuan pelajar terhadap pengajaran guru seterusnya

akan menjejaskan pencapaian seseorang pelajar.

Di samping itu, pengajaran guru yang berkesan adalah bergantung kepada

bagaimana seseorang guru menggunakan kaedah dan teknik pengaran. Ini kerana

teknik pengajaran merupakan salah satu punca pelajar lemah dalam menyelesaikan

masalah kimia. Guru perlu memenuhi sekurang-kurangnya tiga bidang pengetahuan.

Pertama, guru perlu memiliki pengetahuan asas yang kompeten mengenai mata

pelajaran yang diajar serta kefahaman yang baik mengenai struktur subjek, konsep,

fakta dan kesimpulan umum yang saling berkaitan. Kedua, guru perlu memberi

perhatian kepada pertumbuhan intelektual pelajar dan tahap kefahaman serta

pengetahuan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, guru

mestilah memahami pelbagai prinsip psikologi. Oleh itu, tindakan yang sesuai yang

diambil oleh guru adalah untuk membantu dan mengukuhkan lagi kefahaman pelajar.

Pengajaran kimia yang berkesan diperlukan dan ia bergantung kepada bagaimana

sesuatu konsep disampaikan oleh guru supaya menjadi kekal sebagai konsep yang

tersusun dalam minda pelajar (Mohd. Noor, 1993). Ini disebabkan apabila guru

memperkenalkan sesuatu konsep sains yang berbeza dengan kerangka alternatif

pelajar, masalah kekeliruan dan sukar menerima maklumat tersebut akan timbul.

Maka, menjadi cabaran utama dan tanggungjawab kepada guru untuk mengenal pasti

kerangka alternatif yang terbentuk dan mencari jalan penyelesaiannya.

Page 27: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

9

1.2.3.2 Masalah Dari Segi Bahasa dan Pengalaman Harian

Proses penyampaian yang sangat luas dalam kehidupan manusia ialah melalui

komunikasi. Bahasa ialah alat komunikasi yang penting dalam pembelajaran.

Komunikasi yang berkesan ialah ransangan yang diusahakan dan disasarkan oleh

pengirim atau penerima. Guru kimia di sekolah menengah haruslah menggunakan

bahasa sains yang mudah dan tepat agar sesuatu konsep yang hendak disampaikan

oleh pengajarannya mudah diterima dan dicapai oleh pelajar. Ini secara tidak

langsung dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep

sains. Dalam pembelajaran di sekolah, pelajar yang mempelajari subjek sains seperti

kimia, konsep dan idea sains adalah dinyatakan dalam bahasa saintifik. Bahasa

saintifik ini mempunyai istilah yang akan membawa maksud tertentu yang tepat.

Menurut Bergquist dan Heikkinen (1990), suatu perkataan akan digunakan dalam

setiap bahasa, tetapi mempunyai maksud yang berlainan. Oleh itu, masalah yang

selalu dihadapi oleh pelajar dalam menguasai mata pelajaran kimia ialah kesukaran

untuk memahami istilah kimia yang berbeza dengan bahasa harian pelajar. Maka,

pada masa yang singkat untuk mendedahkan terlalu banyak istilah saintifik yang baru

kepada pelajar akan mengakibatkan pelajar tidak dapat memahami tentang konsep

yang dibawa oleh istilah tersebut semasa pengajaran guru.

Di samping itu, bahasa adalah sesuatu yang abstrak. Menurut Ayas dan

Demirbas (1997), menyatakan bahawa terdapat konsep dalam kimia yang berbeza

daripada maksud dalam kehidupan harian dan abstrak dan ini membawa kesukaran

kepada pelajar memahami bahasa dalam kimia. Dengan kebanyakan konsep yang

dipelajari dalam kimia tidak mempunyai contoh–contoh yang boleh dilihat maka ia

akan dipelajari melalui definisi sahaja. Oleh itu, maka tidak hairanlah bahawa pelajar

tidak dapat menguasai konsep dengan baik dan tepat. Pemahaman terhadap sesuatu

konsep adalah di peringkat luaran sahaja dan tidak melibatkan pengertian yang

sebenar. Seterusnya, Head (1986) pula menyatakan bahawa kerangka alternatif

wujud di kalangan pelajar berpunca daripada pengalaman dan pemerhatian,

pengeliruan tentang analogi, penggunaan metafora, kebudayaan, rakan sebaya dan

sumber idea asal.

Page 28: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

10

Bahasa harian yang merupakan medium komunikasi adalah salah satu faktor

yang membentuk kerangka alternatif. Contohnya, perkataan zarah dalam sains

selalunya dirujuk kepada satu atom, molekul atau ion, tetapi dalam sebutan biasa, ia

merujuk kepada bahan seni yang tidak kelihatan. Istilah sains seperti kerja, daya,

zarah, tenaga, binatang dan lain-lain lagi seringkali mempunyai makna dalam bahasa

harian. Mohammad Yusof (1998), Mohammad Yusof, et al. (2002) turut

menerangkan bahawa faktor bahasa dan budaya turut memainkan peranan yang

utama dalam membentuk kerangka alternatif pelajar seperti kaedah fizik diterangkan

sebagai kaedah untuk memisahkan sesuatu campuran di United Kingdom tetapi di

Malaysia ianya dianggap oleh pelajar sebagai kaedah yang mudah. Memandangkan

kebanyakan istilah sains dipinjam daripada Bahasa Inggeris, kerangka alternatif

berkaitan faktor bahasa dan budaya menjadi sesuatu yang penting.

1.2.4 Implikasi Kerangka Alternatif Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran

Sesetengah pelajar didapati mempunyai pengetahuan sedia ada dalam konsep

yang telah diajar tetapi kebanyakan idea itu tidak selaras dengan pendapat saintis.

Beberapa kerangka alternatif itu telah diperolehi sebelum mereka menerima

pendidikan formal di sekolah. Mereka sudah membentuk idea tentang konsep sains

hasil daripada pengalaman kehidupan seharian. Pembelajaran hasil interaksi mereka

dengan alam sekeliling telah menghasilkan tanggapan konsep yang berbeza daripada

penerangan konsep yang dipegang oleh saintis atau pandangan saintifik yang

diterima. Beberapa kajian telah menunjukkan sebahagian besar konsep awal atau

kerangka alternatif itu disimpan kekal dalam kognitif pelajar dan tidak mudah

dinyahkan walaupun mereka didedahkan konsepsi atau penerangan konsep yang

betul dalam pendidikan secara formal. Pelajar masih menggunakan kerangka

alternatif sebagai alternatif untuk menerangkan fenomena sains.

Page 29: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

11

Hasil kajian menunjukkan bahawa kerangka alternatif yang ada pada murid-

murid dan pelajar menjadi penghalang kepada pembelajaran konsep sains yang

diterima pakai oleh saintis seperti yang diajar oleh guru di sekolah dan universiti.

Mereka secara sedar atau tidak lebih cenderung menggunakan kerangka alternatif

yang telah lama wujud dalam kerangka kognitif mereka. Adakala mereka mengekal

konsep baru yang diajar oleh guru bersama dengan kerangka alternatif. Mereka

saling menggunakan kedua-dua konsep. Mereka mungkin dapat menjawab soalan

peperiksaan akhir tahun, yang tidak mencabar dengan menggunakan konsep baru

yang betul dan menukar semua kepada kerangka alternatif dalam keadaan lain. Oleh

sebab kerangka alternatif lebih kukuh, konsep baru mungkin mudah padam dari

ingatan. Kerangka alternatif akan terus kekal, jika tidak diperbetulkan walaupun

pelajar telah menamatkan pelajaran mereka di peringkat tinggi.

Sejak awal 1980-an hingga tahun 1990-an, banyak penyelidikan

menunjukkan fenomena itu menjadi penghalang kepada pembelajaran konsep sains

yang diajar di sekolah dan peringkat tinggi. Pelajar sekolah tidak mudah melepaskan

kerangka alternatif, walaupun guru telah mengajar konsep yang diguna oleh saintis.

Pelajar lebih cenderung menggunakan kerangka alternatif walaupun mereka telah

didedahkan kepada konsep saintifik seperti diajar oleh guru. Pelajar tidak selesa

dengan konsep saintifik sebab lebih selesa dengan kerangka alternatif yang telah

dibentuk lama dengan lebih kukuh dalam kognitif. Kerangka alternatif tidak mudah

dinyahkan dan didapati akan terus kekal walaupun hingga ke peringkat pendidikan

tinggi.

Page 30: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

12

1.3 Pernyataan Masalah

Proses pembelajaran dan pengajaran sains seringkali dihalang oleh pelbagai

punca yang menjejaskan usaha-usaha untuk menguasainya. Kerangka alternatif

dikenalpasti oleh kebanyakan pengkaji sebagai punca yang menghalang proses

pembelajaran dan pengajaran sains (Gilbert, et al., 1982; Driver, et al., 1985;

Anderson, 1990; Jones, 1984; Mohammad Yusof, 1995, 1998, 2000, 2001; Johari,

2003, 2004). Idea awal yang dipegang oleh pelajar adalah kukuh dan sukar diubah

walaupun telah dikemukakan dengan konsep saintifik. Menurut Gunstone (1995),

kerangka alternatif yang dipegang pelajar adalah kukuh dan akan menghambat

proses pengajaran dan pembelajaran. Jika kerangka alternatif pelajar diabaikan atau

tidak ditangani dengan baik, kerangka alternatif ini akan tetap kekal walaupun dalam

peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

Oleh itu, sebelum pembelajaran formal diadakan, para guru seharusnya mengenal

pasti kerangka alternatif yang mungkin wujud di kalangan pelajar supaya kerangka

alternatif ini dapat diubah kepada konsep saintifik selepas proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

Hasil kajian lepas telah menunjukkan bahawa pelajar sering membina teori

mereka tentang fenomena alam semula jadi sebelum pembelajaran formal

didedahkan. Konsep yang dibina oleh pelajar yang tidak selari dengan konsep yang

dimaksudkan oleh ahli sains ini diberikan pelbagai istilah antaranya adalah

prakonsepsi (Novak, 1977), miskonsepsi (Helm, 1980), konsepsi alternatif (Gilbert

dan Swift, 1985; Abimbola, 1988), kerangka alternatif (Driver, 1981; Palmer, 1993),

sains kanak-kanak (Gilbert et al., 1982) dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bagi

mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam memahami topik elektrokimia.

Pelajar didapati sukar memahami dan mempelajari konsep sains di semua peringkat

persekolahan. Masalah ini telah menjadi serius dan pada tahap yang amat

membimbangkan (Hillar Saus dan Eve Kikas, 2003). Masalah ini disebabkan oleh

kewujudan kerangka alternatif dalam pengkonsepan pelajar. Kerangka alternatif

tersebut menyebabkan para pelajar sukar menguasai ketiga-tiga aras pengkonsepan

kimia iaitu aras makroskopik, mikroskopik dan simbolik bagi memahami dan

Page 31: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

13

menguasai konsep elektrokimia. Berasaskan kepada keadaan inilah pengkaji telah

membuat penyelidikan yang bertujuan untuk mengenal pasti kerangka alternatif

pelajar dalam memahami konsep elektrokimia. Melalui kajian ini, kewujudan

kerangka alternatif yang dialami oleh pelajar dapat diketahui dengan lebih

mendalam.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kerangka alternatif

pelajar dalam memahami konsep elektrokimia. Secara khusus kajian ini bertujuan

untuk mengkaji:-

i. Kerangka alternatif pelajar dalam konsep pengaliran arus dalam

elektrod dan dalam elektrolit

ii. Kerangka alternatif pelajar dalam menentukan anod dan katod

iii. Kerangka alternatif pelajar dalam mengenal pasti tindak balas yang

berlaku di anod dan katod

iv. Kerangka alternatif pelajar dalam konsep pengoksidaan dan

penurunan

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam penyelidikan ini ialah:

i. Apakah kerangka alternatif pelajar dalam konsep pengaliran arus dalam

elektrod dan dalam elektrolit?

ii. Apakah kerangka alternatif pelajar dalam menentukan anod dan katod?

Page 32: KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN … filemencadangkan Model Pembelajaran Generatif bagi membantu pelajar mengatasi kewujudan kerangka alternatif. Penyelidikan ini diharapkan

14

iii. Apakah kerangka alternatif pelajar dalam mengenal pasti tindak balas yang

berlaku di anod dan katod?

iv. Apakah kerangka alternatif pelajar dalam konsep pengoksidaan dan

penurunan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kerangka alternatif yang sering

dilakukan oleh pelajar dalam topik elektrokimia. Dalam kajian ini, konsep

elektrokimia dipilih memandangkan terdapat kajian yang menyatakan wujud

kerangka alternatif di kalangan pelajar yang mempelajari topik elektrokimia. Kajian

yang dijalankan oleh Garnet dan Treagust (1992) di salah sebuah sekolah tinggi di

Australia mendapati bahawa pelajar menghadapi kerangka alternatif dalam meramal

hasil elektrolisis dan menentukan elektrod lengai atau elektrod tidak lengai. Selain

itu, hasil pemerhatian ke atas pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM di

Malaysia, mendapati bahawa wujud kerangka alternatif di kalangan pelajar apabila

ingin menentukan nyahcas di elektrod sebagai ion H+ dan OH

-.

Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada para guru kimia

dalam mengenal pasti kerangka alternatif yang mungkin wujud dan mengatasi

masalah kerangka alternatif dalam kalangan pelajar. Berdasarkan hasil yang

diperolehi, ia dapat mencetuskan suatu pendekatan yang mantap dan berkesan bagi

menangani permasalahan pelajar dalam memahami konsep elektrokimia. Di samping

itu, guru-guru kimia diharap agar dapat mencari satu kaedah atau pendekatan terbaik

serta merancang strategi pembelajaran yang berkesan agar dapat mengelakkan

kerangka alternatif terus kekal dalam pemikiran pelajar. Selain itu, pengajaran guru

yang bersesuaian secara tidak langsung dapat mengubah konsep yang sedia ada pada

pelajar kepada konsep yang lebih saintifik supaya tidak timbul lagi percanggahan

idea yang membawa kesan negatif terhadap pembelajaran kimia di sekolah.