sylvia kennedy s.si (ptmswk) - mardec.com.my mardec_ august 2017.pdfpertandingan “bola terong”...

12
Artikel disumbangkan oleh: Sylvia Kennedy S. Si • Md Sodiqin Md Salleh • Azira Ahmad Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-72, PT. Mardec Siger Way Kanan (PTMSWK) telah mengadakan Hari Sukan dan Hari Keluarga bersama pekerja pada 19 Ogos 2017. Majlis tersebut dihadiri oleh para kakitangan PTMSWK, pihak pengurusan dan juga ahli keluarga mereka. Pengarah dan pemegang saham, Puan Yuliana Suteja dan pemimpin komuniti turut memeriahkan majlis tersebut. Secara tidak langsung, majlis tersebut menjadi satu platform untuk mengeratkan silaturrahim sesama pihak pengurusan, kakitangan dan juga masyarakat desa setempat. Edisi Ogos 2017 Terdapat 10 acara sukan yang dipertandingkan termasuk: - 1. Pertandingan Larian dalam Guni (dewasa) 2. Pertandingan Larian dalam Guni (kanak-kanak) 3. Pertandingan “Perang Guling” 4. Pertandingan “Pindah Belut” 5. Pertandingan Pindah Air 6. Pertandingan Memasukkan Paku dalam Botol 7. Pertandingan “Bola Terong” 8. Pertandingan Makan Buah Epal 9. Pertandingan Menyanyi 10. Pertandingan Menghias Wajah Mata Tertutup • Sylvia Kennedy S.Si (PTMSWK)

Upload: dinhkhanh

Post on 28-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Artikel disumbangkan oleh:

Sylvia Kennedy S. Si • Md Sodiqin Md Salleh • Azira Ahmad

Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin

Bersempena dengan sambutan Hari

Kemerdekaan Indonesia ke-72, PT.

Mardec Siger Way Kanan (PTMSWK)

telah mengadakan Hari Sukan dan

Hari Keluarga bersama pekerja pada

19 Ogos 2017.

Majlis tersebut dihadiri oleh para

kakitangan PTMSWK, pihak

pengurusan dan juga ahli keluarga

mereka. Pengarah dan pemegang

saham, Puan Yuliana Suteja dan

pemimpin komuniti turut

memeriahkan majlis tersebut.

Secara tidak langsung, majlis

tersebut menjadi satu platform

untuk mengeratkan silaturrahim

sesama pihak pengurusan,

kakitangan dan juga masyarakat

desa setempat.

Edisi Ogos 2017

Terdapat 10 acara sukan yang

dipertandingkan termasuk: -

1. Pertandingan Larian dalam Guni

(dewasa)

2. Pertandingan Larian dalam Guni

(kanak-kanak)

3. Pertandingan “Perang Guling”

4. Pertandingan “Pindah Belut”

5. Pertandingan Pindah Air

6. Pertandingan Memasukkan Paku

dalam Botol

7. Pertandingan “Bola Terong”

8. Pertandingan Makan Buah Epal

9. Pertandingan Menyanyi

10. Pertandingan Menghias Wajah

Mata Tertutup

• Sylvia Kennedy S.Si (PTMSWK)

Mukasurat 2 dari 12

Gambar 1: Senamrobik turut diadakan

Gambar 5: Antara acara yang dipertandingkan

Gambar 3: Ucapan dari Encik Mohanasundram D,

“General Manager” PTMSWK

Gambar 2: Jawatankuasa Sukan PTMSWK

Gambar 4: Puan Yuliana Suteja turut hadir

memeriahkan majlis

Mukasurat 3 dari 12

Gambar 6: Antara acara yang dipertandingkan

Gambar 7: Sesi penyampaian hadiah kepada

para peserta

Mukasurat 4 dari 12

Pada 4 Ogos 2017, wakil dari pihak

Continental telah datang ke MPSB

Bota untuk menjalankan “Technical

Scouting” iaitu audit teknikal

terhadap operasi makmal dan juga

pemprosesan getah “Standard

Malaysian Rubber” (SMR).

Tujuan audit dilakukan adalah untuk

memastikan MPSB Bota mencapai

spesifikasi dan menghasilkan produk

berkualiti tinggi seperti yang

diperlukan oleh pihak Continental,

bebas dari sebarang pencemaran.

Wakil dari pihak Continental; Mr

Arnold Yeo dan Mr Kee Wee Cheng

menekankan aspek pemeriksaan

menyeluruh bermula dari

penerimaan getah sekerap,

“housekeeping” sekitar kawasan

kilang, penyelenggaraan peralatan

dan mesin serta keselamatan

pekerjaan.

Proses audit yang dilakukan ini turut

merangkumi lawatan ke makmal

Bota bagi melihat proses ujian yang

dijalankan termasuk pemeriksaan

umum peralatan makmal dan

keputusan ujian. Bermula bulan

September 2017, MPSB Bota mula

membekalkan SMR 10 kepada pihak

Continental.

Gambar 8: Mr Arnold Yeo dan Mr Wee Kee Cheng

dibawa melihat persekitaran kilang oleh

Encik Zamhari dan Encik Shahir

Gambar 9: “Purchaser”, Encik Guna menerangkan

proses pembelian “raw material” di MPSB Bota

Gambar 10: Encik Shahir menunjukkan cara

pemilihan “cup lump” sebelum diproses.

• Azira Ahmad (Ibu Pejabat)

Mukasurat 5 dari 12

Gambar 12: Proses menguji “blanket

thickness” menggunakan “caliper”

Gambar 13: Mr Teoh menerangkan

operasi kilang kepada Mr Kee

Gambar 11: Mr Kee melihat buku

catatan di proses “drying”

Gambar 14: Pihak pengurusan MARDEC

diketuai oleh Deputy CEO, Mr Karu bersama

Pengarah Urusan Continental, Mr Renzo

Gonzalez dan Mr Arnold Yeo, Pengurus

Kanan Bahagian Pembelian Global

Mukasurat 6 dari 12

Pertolongan cemas boleh

didefinisikan sebagai; “rawatan

yang diberikan kepada kasualiti di

tempat kejadian oleh orang yang

mempunyai pengetahuan dan

kemahiran dengan peralatan terhad

sebelum kehadiran pihak perubatan

atau ambulans”.

Mereka ini mungkin ahli keluarga,

rakan, orang asing atau ANDA

sendiri yang kebetulan berada di

tempat kejadian. Rawatan yang

diberikan ini mempunyai makna

yang besar di antara hidup atau

mati.

Pada bulan Ogos yang lalu, MARDEC

Berhad telah mengadakan latihan

pertolongan cemas “First Aider” bagi

Pasukan Tindakan Kecemasan

(ERT) di peringkat kilang.

Berdasarkan Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994;

“Setiap majikan wajib menyediakan

satu (1) anggota pertolongan cemas

“First Aider” bagi setiap 20 orang

pekerja di dalam satu kawasan

tempat kerja”.

Kursus yang dikendalikan oleh

Jabatan Sumber Manusia dengan

kerjasama Persatuan Bulan Sabit

Merah (PBSM) negeri Perak telah

diadakan pada 31 Julai 2017 di

MPSB Bota. Seramai 5 orang peserta

yang telah dipilih oleh pihak

pengurusan kilang bagi wakil MPSB

Bota, MPSB Baling dan MIL Tapah

dan jumlah keseluruhan peserta

seramai 15 orang.

• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)

Gambar 15: Teknik CPR pada orang dewasa

Gambar 16: Teknik CPR pada bayi

Mukasurat 7 dari 12

Pada 7 dan 8 Ogos 2017 seramai 20

orang menyertai kursus yang sama

yang terdiri dari wakil Ibu Pejabat,

MIL Ulu Ara, MPSB Kuala Berang dan

MPSB Mentakab yang diadakan di

MPSB Mentakab selama 2 hari yang

dikendalikan oleh pihak PBSM negeri

Pahang. Diharapkan kursus yang

dijalankan ini memberi panduan

kepada kakitangan dalam

menangani kes-kes kecemasan.

Tanggungjawab Anggota Pertolongan Cemas: -

1. Memastikan tiada bahaya

2. Mencari punca kesakitan

3. Memberi rawatan mengikut keutamaan

4. Mendapatkan bantuan perubatan

Gambar 17: Peserta diajar membalut luka di

bahagian kepala menggunakan kain anduh

Gambar 18: Cara menyelamatkan mangsa

yang tercekik

Gambar 19: Peserta diajar cara

menggunakan “stretcher”

Mukasurat 8 dari 12

Pada hari Khamis, 17 Ogos 2017,

pihak pengurusan MPSB Mentakab

telah mengadakan Latihan

Pengungsian dan Latihan Kebakaran

Bersama Pihak Bomba cawangan

Mentakab, Pahang.

Objektif latihan adalah:-

• Untuk melatih petugas-

petugas kebakaran yang

dilantik menjalankan tugas-

tugas yang diberikan dengan

sempurna dan mengikut

prosedur

• Supaya dapat menguji

keupayaan bertindak serta

keberkesanan peralatan

kebombaan pada sesebuah

bangunan

Mengikut Akta Bomba 1988

Seksyen 5 (1) adalah menjadi

peranan Jabatan Perkhidmatan

BOMBA dalam mengambil langkah-

langkah:

a) Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.

b) Melindungi nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran.

c) Menentukan adanya jalan keluar

apabila berlaku sebarang

kebakaran, penyelenggaraan

dan pengawalseliaan yang

sempurna.

• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)

Gambar 20: Pekerja berkumpul di tempat

yang disediakan

Mukasurat 2 dari 12

Gambar 21: Encik Yazid, Pengurus Kilang

memadam punca api menggunakan alat

pemadam api jenis “ABC Powder”

Gambar 22: Pekerja diajar menggunakan

selimut atau peralatan lain sekiranya tiada

alat pemadam api

Gambar 23: Penerangan mengenai

jenis-jenis alat pemadam api

Mukasurat 3 dari 12

International Rubber Study Group (IRSG) adalah organisasi antarabangsa

yang terdiri daripada pihak berkepentingan (stakeholder) yang menghasilkan dan

menggunakan getah asli.

IRSG telah membangunkan Sustainable Natural Rubber Initiative (SNR-i)

sebagai projek sukarela dan kerjasama industri untuk memastikan industri getah

dapat membina amalan terbaiknya (best practice) sendiri serta mempromosinya di

sepanjang rantaian nilai (value chain) getah asli, meliputi upstream, midstream

dan downstream.

Objektif SNR-i adalah untuk melindungi ekonomi getah asli global yang mampan

serta memberikan faedah di seluruh rantaian nilai getah asli, melalui:

1. Menggalakkan pembangunan amalan kemampanan terbaik dalam sektor getah

asli di peringkat global.

2. Menyokong peningkatan produktiviti ladang getah asli.

3. Meningkatkan kualiti getah asli.

4. Menyokong kelestarian hutan melalui perlindungan / pemuliharaan kawasan

terlindung.

5. Menunjukkan pengurusan air yang sesuai.

6. Menunjukkan penghormatan tertinggi bagi hak manusia dan buruh

Sustainable Natural

Rubber Initiative (SNR-i)• Muhammad Hamizan Abu Hassan (Ibu Pejabat)

Mukasurat 4 dari 12

Berikut adalah 5 kriteria Sustainable Natural Rubber Inintiative (SNR-i):

Kriteria 1: Menyokong peningkatan produktiviti

KPI 1.1: Mengoptimumkan penanaman klon yang disyorkan

KPI 1.2: Mengoptimumkan ketumpatan penanaman

KPI 1.3: Mengoptimumkan baja dan penggunaan kimia

Kriteria 2: Meningkatkan kualiti Getah Asli

KPI 2.1: Komitmen terhadap kualiti getah asli

KPI 2.2: Mematuhi ujian dan penggredan

Kriteria 3: Menyokong kelestarian hutan

KPI 3.1: Mematuhi keperluan undang-undang tempatan yang berkaitan

KPI 3.2: Perlindungan / pemuliharaan kawasan dilindungi

Kriteria 4: Pengurusan air

KPI 4.1: Mematuhi keperluan undang-undang tempatan dan hak penggunaan air

tempatan yang relevan

KPI 4.2: Rawatan air sisa industri

Kriteria 5: Hormati hak manusia dan buruh

KPI 5.1: Buruh kanak-kanak dan umur minimum untuk pekerja

KPI 5.2: Buruh paksa

KPI 5.3: Kebebasan persatuan dan tawar-menawar kolektif

Antara organisasi besar yang telah menyertai SNR-i adalah pengguna utama getah

asli seperti Goodyear, Continental, Pirelli dan Ansell. Pematuhan MARDEC

Berhad kepada kriteria-kriteria SNR-i mendatangkan manfaat yang berikut:

1. Akses kepada amalan terbaik mengenai aspek pertanian, alam sekitar dan

sosial.

2. Peningkatan kecekapan dan produktiviti dengan amalan getah semula jadi

lestari.

3. Membuat kesan positif terhadap isu-isu alam sekitar dan sosial secara kolektif.

4. Akses ke Pasaran Getah Asli Antarabangsa.

5. Pastikan masa depan yang lebih lestari dan selamat untuk getah asli.

6. Platform strategik untuk membuat & mempengaruhi dasar dan keputusan

penting.

7. Membina perkongsian dan hubungan yang kukuh di seluruh sektor awam,

swasta dan sukarela.

Mukasurat 1 dari 12

Ucapan takziah dari pihak kumpulan MARDEC kepada Encik Atan Bin

Abdul Rahman (Chargeman, MPSB Mentakab) yang telah kehilangan

kedua-dua anak kembar beliau pada 8 Ogos 2017 yang terlibat di dalam

satu kemalangan di hadapan pintu masuk kilang MPSB Mentakab.

Semoga beliau dan keluarga diberi ketabahan atas ujian ini dan arwah

ditempatkan bersama orang-orang beriman.

AL-FATIHAH