kerajaan-kerajaan melayu kepada negeri-negeri dalam malaysia

18
Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-Negeri Melayu | 28 UNIT 3 KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU KEPADA NEGERI- NEGERI MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: i- Memahami konsep perkembangan Kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. ii- Mengetahui bahawa kerajaan Melayu Melaka pernah menjadi kerajaan yang unggul suatu masa dulu. iii- Mengenalpasti faktor-faktor yang kebangkitan dan kejatuhan kerajaan Melaka. iv- Mengetahui latar belakang kerajaan-kerajaan di Malaysia. PENGENALAN Tahukah anda bahawa negeri-negeri di Malaysia dulu adalah kerajaan-kerajaan yang wujud secara berasingan? Kerajaan ini seperti Melaka, Johor, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Kerajaan-kerajaan ini telah bersatu dan membentuk negara Malaysia yang ada sekarang. Aspek ini penting kerana ia mempengaruhi dalam pembentukan kerajaan-kerajaan dan negeri-negeri yang ada di Malaysia sekarang ini. LATAR BELAKANG KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU Kerajaan Melayu Melaka Melaka yang pada asalnya sebuah kampung nelayan telah dibuka oleh seorang putera raja dari Palembang yang bernama Parameswara pada tahun 1400. Berasaskan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka. Melaka dengan cepat telah menjadi tumpuan pedagang– pedagang yang melintasi selat Melaka terutamanya pedagang–pedagang INFO Menurut Tom Pires dalam bukunya The Suma Oriental: 1. Terdapat lebih 4000 pedagang asing di Melaka. 2. Tempat tinggal berasingan disediakan untuk saudagar mengikut bangsa masing-masing. 3. Dengan demikian di Melaka kita boleh lihat nama- nama seperti perkampungan Cina, Keling dan Jawa

Upload: kay-chound

Post on 14-Dec-2014

128 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

.................

TRANSCRIPT

Page 1: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 28

UNIT 3

KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU KEPADA NEGERI-NEGERI MELAYU

HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat:

i- Memahami konsep perkembangan Kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.ii- Mengetahui bahawa kerajaan Melayu Melaka pernah menjadi kerajaan yang unggul

suatu masa dulu.iii- Mengenalpasti faktor-faktor yang kebangkitan dan kejatuhan kerajaan Melaka.iv- Mengetahui latar belakang kerajaan-kerajaan di Malaysia.

PENGENALANTahukah anda bahawa negeri-negeri di Malaysia dulu adalah kerajaan-kerajaan yang wujudsecara berasingan? Kerajaan ini seperti Melaka, Johor, Pahang, Perak, Selangor, NegeriSembilan, Terengganu, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Kerajaan-kerajaan ini telahbersatu dan membentuk negara Malaysia yang ada sekarang. Aspek ini penting kerana iamempengaruhi dalam pembentukan kerajaan-kerajaan dan negeri-negeri yang ada di Malaysiasekarang ini.

LATAR BELAKANG KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU

Kerajaan Melayu Melaka

Melaka yang pada asalnya sebuahkampung nelayan telah dibuka olehseorang putera raja dari Palembangyang bernama Parameswara padatahun 1400. Berasaskankedudukannya yang strategik di SelatMelaka. Melaka dengan cepat telahmenjadi tumpuan pedagang–pedagang yang melintasi selat Melakaterutamanya pedagang–pedagang

INFO

Menurut Tom Pires dalam bukunya The Suma Oriental:

1. Terdapat lebih 4000 pedagang asing di Melaka.2. Tempat tinggal berasingan disediakan untuk

saudagar mengikut bangsa masing-masing.3. Dengan demikian di Melaka kita boleh lihat nama-

nama seperti perkampungan Cina, Keling dan Jawa

Page 2: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 29

dari China dan India. Hasil daripada aktiviti perdagangan ini, ialah tersebarnya pengaruh Islamdi kalangan masyarakat Melayu Melaka. Ini sekaligus mempengaruhi sistem sosio-politik danhubungan etnik di kalangan masyarakat.

Kemunculan Kerajaan Melayu Melaka dan penerimaan Islam di kalangan orang Melayumengukuhkan lagi bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang terawal dan berasal dariNusantara. Keagungan Melaka dilihat sebagai pusat perdagangan , perkembangan agamaIslam, bahasa melayu menjadi lingua franca berserta tulisan jawi, keluasan tanah jajahan danmempunyai hubungan politik antarabangsa seperti dengan negeri China. Kesan daripadapenerimaan Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu menjadi bahasa lingua francakerajaan Melayu Melaka pada ketika itu, maka tidak diragukan lagi bahawa kerajaan pada hariini telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan bahasa melayu sebagai bahasakebangsaan yang diterima oleh semua kaum. Begitu juga dalam pemerintahan Melayu semasapembentukan Malaysia, ia turut dipengaruhi oleh empayar Melayu Melaka yang suatu ketikadahulu amat penting di Nusantara.

Selain dari itu, keadaan masyarakat pada ketika kerajaan Melayu Melaka juga terdiridaripada pelbagai kaum seperti Cina, India dan Arab, tetapi ini tidak memberi implikasi yangbesar kerana masyarakat pendatang pada ketika itu adalah sedikit dan mengikuti budaya orangMelayu seperti kaum Baba dan Nyonya serta India Muslim. Dari sinilah wujudnya masyarakatmajmuk dan hubungan etnik yang unik.

Hubungan etnik dan hubungan di antara bangsa-bangsa di Kepulauan Melayu telahwujud sejak awal tahun masehi lagi. Pada peringkat awal, hubungan ini terhad kepada

Gambar 3.1: Keluarga Baba dan Nyonya

Apakah yang anda fikirkan apabilamelihat kepada keluarga CinaPeranakan di Melaka dalam gambardi atas?

Page 3: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 30

hubungan orang Melayu dengan pedagang-pedagang dari benua kecil India sehingga pengaruhHindu menjadi begitu kuat di Kepulauan Melayu. Bagaimanapun hubungan etnik dan hubungandengan bangsa-bangsa yang lain menjadi semakin ketara apabila selat Melaka terdedahkepada perdagangan antarabangsa pada abad ke-13. Perkembangan perdagangan antarawilayah China, India, Semenanjung Arab dan Negara-negara Barat yang berasaskan keperluanrempah–ratus serta barang-barang dari Asia menyebabkan negeri-negeri di pesisir SelatMelaka satu demi satu cuba memainkan peranansebagai pelabuhan entrepot bermula dengan Perlak-Pasai, Melaka, Johor-Riau-Lingga dan seterusnyaAcheh.

Perkembangan perdagangan menyebabkankemasukan pelbagai etnik dari Kepulauan Melayusendiri dan bangsa-bangsa dari negeri-negeri yangberdagang dengan negeri-negeri di pesisir SelatMelaka. Kemasukan pelbagai bangsa telahmenyebabkan semua negeri yang berkenaan sebagaipelabuhan entrepot tadi menjadi kota cosmopolitan.Kerajaan negeri-negeri tersebut telah mengambillangkah-langkah yang positif supaya wujud suasanaharmoni di antara etnik dan bangsa-bangsa yangdatang berdagang ke negeri mereka. Hubungan etnikdan antara bangsa-bangsa menjadi lebih rancak apabila pedagang-pedagang beragama Islamturut menyebarkan agama Islam di negeri-negeri di pesisir Selat Melaka. Perkembangan Islamdi pesisir Selat Melaka telah menyebabkan negeri-negeri tersebut menjadi tumpuan utamapedagang-pedagang Islam.

Berasaskan kedudukannya yang strategik, Melaka dengan cepat telah menjadi tumpuanpedagang-pedagang yang melintasi selat melaka terutama pedagang dari China dan India.Walaupun usia kerajaan Melaka hanya lebih kurang 115 tahun tetapi dalam tempoh itu iaberjaya mengasaskan satu tamadun Melayu-Islam yang kukuh hingga ke hari ini bukan sahajadi Semenanjung Tanah Melayu, tetapi juga di seluruh Selat Melaka, termasuk negeri-negeri diSumatera Timur yang pernah menjadi sebahagian daripada empayar Melaka seperti Aru,Rokan, Inderagiri, Kampar dan Siak.

Berdasarkan kepada sejarah Melaka yang banyak nostalgianya maka Melaka kinidikenali sebagai ’Bandaraya Bersejarah’ pada 15 April 1989. Walaupun Kesultanan Melakamerupakan pengasas kepada sistem Kesultanan Melayu, namun Melaka kini tidak lagimempunyai Sultan sebaliknya negeri Melaka diperintah oleh Tuan Yang Terutama (TYT) YangDipertua Negeri.

Gambar 3.2: Duit siling zamanSultan Muzaffar Syah

Page 4: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 31

Apakah hubungannya kerajaan Melaka dengan kewujudan masyarakat Cina Peranakan

di Melaka?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Kerajaan Melayu Johor

Kerajaan Johor adalah hasil kesinambungan kerajaan Melayu Melaka yang telah jatuh diserangoleh Portugis pada 24 Julai 1511 diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Sultan Mahmud Shahbersama anakandanya Sultan Ahmad Shah termasuk pengikut-pengikutnya telah melarikan dirike selatan. Usaha-usaha yang telah dibuat untuk cuba merampas Melaka semula menemuikebuntuan malahan mendesak pusat pentadbiran kerajaan Melayu di Johor berpindah randahakibat daripada serangan Portugis. Sultan yang bertanggung jawab mengasaskan KesultananMelayu Johor adalah Sultan Alauddin Riayat Shah II pada thun 1528 di Tanah Besar Johor atauUjong Tanah sementara pusat pentadbirannya adalah di hulu Sungai Johor. Baginda juga telahmembina Kota Kara sebagai pelindung keselamatan ibu negeri Johor. Oleh kerana bagindaadalah warisan daripada Kerajaan Melaka, baginda telah menjadikan negeri-negeri taklukanMelaka sebagai negeri taklukan Johor. Oleh itu, secara tidak langsung negeri-negeri taklukantersebut perlu menghantar askarnya jika Johor diserang dan dikehendaki menghantar baranganeksportnya ke Johor.

Portugis menyerang kerajaan Johor kerana Johor telah mengganggu perdaganganmereka di Melaka. Ini kerana Kerajaan Johor tidak pernah berputus asa dalam menawankembali Melaka dengan melakukan serangan demi serangan untuk memaksa Portugismenyerahkannya. Kemuncak serangan terbesar adalah pada tahun 1551 dengan bantuanPahang, Jawa dan Perak dan telah mengepung kota Melaka selama tiga bulan tetapi gagal. Iadisebabkan pertahanan kota Melaka merupakan kota yang kebal dan sukar untuk ditembusidisamping penggunaan peralatan senjata yang moden oleh tentera Portugis.

Dari segi pentadbiran kerajaan Melayu Johor tidak banyak bezanya dengan kerajaanMelayu Melaka memandangkan ia diasaskan oleh kerajaan Melayu Melaka. Bermula tahun1721, pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lagi berpindah dengan kerap. Antara tahun 1722hingga 1819 Riau menjadi pusat pentadbiran Johor.

Antara tahun 1718 hingga 1721 takhta kerajaan Johor telah dirampas oleh seorangputera raja Siak bernama Raja Kecil. Beliau mendakwa dirinya sebagai waris Sultan MahmudJohor (1685-1699) yang sah. Setelah menggulingkan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yangbertakhta waktu itu, Raja Kecik mengangkat dirinya sebagai Sultan Johor bergelar Sultan AbdulJalil Rahmat Shah. Dengan bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara (Daeng Perani, DaengMarewah, Daeng Kemasi, Daeng Chelak dan Daeng Menambun), Sultan Abdul Jalil Rahmat

Page 5: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 32

Syah (Raja Kecik) berjaya ditumpaskan lalu membolehkan Raja Sulaiman putera Sultan AbdulJalil Riayat Syah IV menjadi Sultan Johor ke-13 bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.Struktur kuasa kerajaan Johor juga berubah berikutan kewujudan jawatan Yamtuan Muda yangdikhaskan kepada keluarga Bugis kerana mengenangkan jasa mereka.

Rajah 3.1: Pengaruh Orang Bugis dalam pentadbiran di Johor

Selepas tahun 1722, hierarki status pentadbiran memperlihatkan terdapat tiga orangyang berkuasa dalam kerajaan negeri Johor iaitu Sultan, Yam Tuan Muda dan satu lagi jawatanyang dipegang oleh orang Bugis iaitu Raja Tua. Jemaah Pembesar Negeri (Orang Kaya) yangselama ini dipegang oleh suku Melayu seperti Bendahara, Temenggong dan Laksamanawalaupun masih wujud tidak mempunyai kuasa yang luas dan kurang pengaruh terhadappemerintahan negeri.

Campurtangan British memainkan peranan yang penting dalam pembentukan negeriJohor Darul Takzim. Kepentingan Johor kepada British adalah untuk mengimbangi kedudukankuasa Belanda di Asia Tenggara. Perlantikan Sir Stamford Raffles sebagai gebenor diBengkulu, Sumatera mempunyai tugas yang besar iaitu untuk mencari penempatan baru untukBritish. Pada 29 Januari 1819 beliau telah tiba di Singapura dan menjumpai perkampunganMelayu yang dikuasai oleh seorang Temenggung Johor. Perebutan kuasa antara raja Johoriaitu Tengku Abdul Rahman Muazzam Shah dengan abangnya, Tengku Hussein digunakansebaiknya oleh Raffles untuk campurtangan di negeri Johor. Bantuan dihulurkan kepadaTengku Hussein untuk merebut kembali takhta kerajaan Johor. Sebagai balasannya Britishdibenarkan membuka pelabuhan di Singapura dan pihak British akan membayar wang tahunankepada Tengku Hussein sebagaimana termaktub dalam perjanjian pada 6 Februari 1819.Tengku Hussein menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Hussein Shah dan telahmemerintah dari tahun 1819 hingga 1835. Kemudiannya, dengan termaktub pula perjanjianInggeris-Belanda 1824, Belanda terpaksa mengakui bahawa Singapura menjadi milik Britishdan ini menyebabkan Kesultanan Johor terbahagi kepada dua iaitu Johor moden danKesultanan Riau (dikuasai oleh Bugis) yang baru. Walaupun Tengku Hussein adalah SultanJohor tetapi Temenggung menguasai Johor.

Orang Bugisdan RajaSulaiman

BerjayamenyingkirkanRaja Kecil

Kesan:

Raja Sulaiman menaiki takhta. Orang Bugis:

Daeng Marewah sebagai Yamtuan MudaRiau. Daeng Menampok dikurniakan gelaranRaja Tua.

Page 6: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 33

Rajah 3.2: Punca permasalahan perwarisan takhta Johor

Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar telah dilantik menjadi Sultan Johor dengandiberi gelaran Seri Maharaja Johor. Baginda telah menamakan Bandar Tanjung Puteri diselatan Johor sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar yang juga dikenali sebagai ”BapaPemodenan Johor” telah memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuahpentadbiran yang cekap dan berkesan. Di bawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomiyang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkanpembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai.

Sultan Johor sekarang ini adalah Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj yang mula dilantikpada tahun 1981 hingga sekarang. Baginda telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong pada1984 hinggalah 1989. Sultan Iskandar turut dibantu oleh menteri besarnya iaitu Abdul GhaniOthman. Dibawah kepimpinan baginda negeri Johor menjadi antara negeri termaju di Malaysia.

Johor berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga 1914. Bagaimanakah pemimpin

Johor berjaya mengekalkan situasi ini?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Sultan Mahmud III

Mangkat Pada tahun 1812

Tengku Hussein

Putera sulung. Tidak ditabal sebagai sultan kerana

tidak hadir upacara pengebumianayahandanya. Ditabal sebagai sultan oleh British.

Tengku Abdul Rahman

Putera bongsu. Ditabal sebagai Sultan melalui sokongan

Bugis. Mendapat sokongan daripada pihak

Belanda.

Page 7: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 34

Kerajaan Melayu Pahang

Kerajaan Pahang juga adalah salah satu daripada Kerajaan Melayu Tua yang telah wujudsemenjak zaman pra sejarah lagi. Terdapat banyak penempatan manusia zaman pra sejarah dinegeri Pahang antaranya Kota Tongkat, Kota Gelanggi dekat Jerantut, Gua Kecil, Raub;Gunung Senyum; Bukit Chintamanis, Karak; Sungai Lembing, Tersang, Kuala Lipis, SungaiSelising, Sungai Tui, Nyong, Teluk Lubuk Puai, Batu Pasir Garam, Bukit Jong dan Kg. Padi dipersimpangan Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang.

Selepas mengalami zaman pra sejarah, Pahang mengalami pula zaman yang lebihmoden. Pada zaman ini, orang Pahang menjalani kehidupan dengan melombong bijih timah,emas dan besi serta menanam padi dan sebahagian besar dari mereka telah membuatpenempatan di tebing sungai Tembeling, sungai Pahang dan lain-lain.

Kemudian, hasil bumi pahang yang kaya dengan bijih timah dan emas ini telah menarikpula kuasa-kuasa luar untuk memiliki negeri Pahang. Kerajaan paling awal dapat menaklukiPahang adalah kerajaan Srivijaya. Tetapi menurut Nagarakertagama (1365), Pahang adalahsalah sebuah negeri di bawah naungan Majapahit kerana terpaksa menghantar ufti kepadanyasetiap tahun. Namun demikian, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya pada kira-kira tahun 1000,Pahang telah dituntut mula-mulanya oleh kuasa Siam dan kemudiannya oleh KesultananMelaka. Pada abad ke-16, pahang turut diserang oleh pihak-pihak Portugis, Belanda, Johor danjuga Aceh. Kemudiannya pada tahun 1896, Pahang bersama-sama dengan negeri Selangor,Perak dan Negeri Sembilan telah bergabung untuk menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutuyang kemudiannya membawa kepada penubuhan persekutuan Malaysia pada 1963.

Kerajaan Melayu Perak

Kerajaan Perak merupakan kerajaan Melayu Tua yangtelah wujud sejak sekian lama sejak zaman pra sejarah lagi.Adalah dipercayai bahawa negeri Perak telah diduduki olehmanusia sejak zaman batu lama iaitu 400,000 hingga 8,000tahun sebelum masihi lagi. Penemuan-penemuan ahliarkeologi telah membuktikannya seperti penemuanmanusia zaman Logam yang dijumpai di Changkat Menteridi Perak, peralatan batu jenis ‘hoabinh’ pada zamanPaleolitik ditemui di bukit Jawa, Lenggong, Perak dankubur-kubur batu kepingan yang ditemui di ChangkatMenteri dan Batu Ubin di Perak. Malah, terdapat jugapenemuan suatu rangka fosil di perak yang digelar sebagaiPerak Man.

Di dalam buku ‘Sejarah Melayu’, ada disebut bahawa Kerajaan perak pada zamandahulu dikenali sebagai Gangga Negara yang terletak di Dinding. Gangga Negara dikatakantelah wujud pada abad ke-5 dan ke-6 lagi berdasarkan kepada penemuan-penemuan patung

INFO

Sultan Muhammad Syah bakalditabal menjadi Sultan Melakatetapi baginda membunuh anakBendahara Tun Perak kerana bolaraga yang disepak terkenabaginda. Sebagai hukumanbaginda dirajakan di Pahang.

Page 8: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 35

agama Buddha dan Hindu yang ditemui di situ. Kerajaan Gangga Negara ini telah ditakluki olehRaja Rajendra I dari Koromandel pada tahun 1025.

Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka telah wujud pula kerajaan-kerajaan Manjungdan Beruas di tempat yang sama. Setelah ditakluki oleh kerajaan Melaka, kawasan-kawasantersebut serta kawasan di Sungai Perak dikehendaki menghantar ufti kepada Melaka di dalambentuk kaleng emas. Manjung dikehendaki membayar sebanyak 8,000 kaleng emas, manakalBeruas dikehendaki membayar sebanyak 6,000 kaleng emas dan sungai Perak puladikehendaki membayar sebanyak 4,000 kaleng emas.

Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah I (sultan Melaka yang pertama) di Kamparpada tahun 1528, salah seorang puteranya telah memerintah negeri di Johor dengan gelaranSultan Alauddin Riayat Shah II, manakala seorang lagi putera baginda, Raja Muzaffar Shahtelah dijemput ke Perak. Ini adalah kerana sebelum itu, Tun Saban yang memerintah kawasanHulu Sungai Perak bersama-sama dengan Nakhoda Kassim telah pergi mengadap SultanMahmud Shah di negeri Kampar untuk memohon agar seorang putera baginda menjadi SultanPerak.

Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telahmenitahkan putera baginda, Raja Muzaffar supaya berangkat ke Perak dengan dikurniakansegala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka iaitu sebilah pedang yang dikenalisebagai Cura Si Manjakini (Pedang yang kononnya pernah digunakan oleh IskandarZulkarnain), sebilah Keris, sebuah Cap (Cap Kayu Kempa) yang berlorek perkataan ‘SultanMahmud Shah Dzil Allah Fil-Alam’, serta Nobat dan Surat Chiri. Maka dengan itu, pada tahun1528 Raja Muzaffar telah menjadi sultan Perak yang mengasaskan Kesultanan Perak dengandiberi gelaran Sultan Muzaffar Shah (1528-1549)

Sistem pewarisan takhta di negeri Perak tidak mengikut hak putera sulung tetapipenggantian ini berdasarkan kepada konsep ‘Waris Negeri’. Konsep Waris Negeri adalahmerujuk kepada putera sultan yang mangkat, saudara baginda dan semua anak raja yangmempunyai hubungan yang rapat dengan baginda. Negeri Perak mengamalkan sistem giliransemasa pemilihan sultan yang baru iaitu dinamakan sistem giliran hierarki. Mengikut sistem ini,seseorang yang bakal menjadi sultan Perak hendaklah terlebih dahulu menyandang jawatanRaja di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan akhirnya barulah akan dilantik menjadi sultan.

Rajah 3.3: Proses Pemilihan dan Pelantikan Sultan di Perak

Oleh kerana pengasas kerajaan Perak adalah dari keturunan Kesultanan MelayuMelaka maka konsep ataupun corak pemerintahan kerajaan Perak masih bersifatkan ciri-cirikerajaan Melaka yang mengamalkan sistem demokrasi. Namun, terdapat sedikit perubahanyang disesuaikan dengan keadaan negeri dan masyarakat Perak pada masa itu. SistemPembesar Empat Lipatan juga masih mewarisi Kesultanan Melaka tetapi gelaran Pembesar

Raja Dihilir Raja Bendahara Raja Muda Sultan Perak

Page 9: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 36

Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enambelas dan Pembesar Tiga Puluh Dua ini telahdiubah mengikut kesesuian zaman dan masyarakat. Negeri Perak kini diperintah oleh SultanPerak yang ke-34 iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan jawatan Menteri Besar Perak pulasekarang ini disandang oleh Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali.

Kerajaan Melayu Selangor

Adalah dipercayai bahawa orang Bugis telah mula membuat penempatan di Selangorterutamanya di Kelang (dikenali sebagai Klang pada masa sekarang) dan Kuala Selangor sejakkurun ke-17 lagi. Namun, pada masa itu kedua-dua kawasan tersebut masih berada di bawahjajahan negeri Johor. Menurut sejarah, pada tahun 1682 terdapat seorang putera daripadaKedah yang ingin mendapatkan bantuan daripada orang Bugis yang ingin mendapatkanbantuan daripada orang Bugis yang pada ketika itu sedang menetap di Kelang untukmenyerang kekandanya. Ini membuktikan bahawa pada tahun itu sudah terdapat orang Bugisyang menetap di Kelang.

Pada kurun ke-17, Kelang telah diletakkan di bawah kuasa Orang Besar Kelang iaituTok Engku Kelang yang merupakan seorang saudara kepada Sultan Abdul Jalil dari Johor.Pada tahun 1700 semasa kerajaan Johor menjadi semakin lemah, Tok Engku Kelang telahmengurniakan cop mohor kuasa kepada Yamtuan Selangor supaya dapat mentadbir kawasansungai Selangor.

Dalam tahun 1717 telah berlaku satu peperangan antara orang Bugis dan Raja Kecildari Minangkabau disebabkan oleh Raja Kecil yang memungkiri janjinya kepada orang Bugissemasa menakluk kerajaan Johor. Orang Bugis dikatakan telah dapat menghalau Raja Kecildaripada Riau dengan bantuan Selangor yang telah memberikannya bantuan 30 buah kapalpada tahaun1721. Kemudian, pada tahun 1722 Orang Bugis telah melantik Sultan Sulaimansebagai Sultan Johor-Riau dengan perjanjian bahawa baginda akan mencipta satu jawatanYamtuan Muda (Yam diPertuan Muda) dan akan melantik salah seorang daripada orang Bugisuntuk menyandang jawatan tersebut. Maka, dengan itu Daeng Merewah telah dilantik sebagaiYamtuan Muda I bagi Johor-Riau-Lingga dan dengan itu kuasa orang Bugis telah beralihdaripada Selangor ke Riau.

Dalam tahun 1730 terdapat orang Bugis yang bernama Daeng Mateko yang telahberkahwin dengan balu Daeng Parani yang bernama Engku Tengah. Kemudian akibat telahberkelahi dengan orang Bugis di Selangor, beliau telah melarikan diri ke Siak dan cubamenjalinkan persahabatan dengan raja kerajaan Siak. Kemudian, pada tahun berikutnya beliaudengan Raja Kecil daripada Siak telah cuba mendapatkan kembali isterinya tetapi ditolakwalaupun telah meminta maaf.

Tidak lama kemudian iaitu dalam tahun 1740, Daeng Celak iaitu Yamtuan Muda IIbersama-sama dengan Sultan Sulaiman telah datang ke Selangor dan mengalahkan angkatanSiak yang dipimpin oleh Daeng Mateko dan Putera Raja Kecil. Sejak daripada peristiwa itu,Daeng Celak sentiasa berulang alik dari Riau ke Kuala Selangor. Daeng Celak telah mangkat

Page 10: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 37

pada 19 Mei 1945 dengan meninggalkan dua orang anak lelaki yang diberi nama SultanSalahuddin Shah atau dikenali dengan Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor yang pertamadan Raja Haji yang syahid menentang Belanda di Teluk Ketapang di Melaka.

Sekarang Selangor diperintah oleh sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Al-Marhum SultanSalehuddin Abdul Aziz Shah iaitu sultan yang ke lapan dalam salasilah pemerintahan negeriSelangor. Sejak abad ke-15 lagi negeri Johor pernah berada di bawah jajahan taklukKesultanan Melaka, Portugis, Johor, Acheh dan Siam. Seterusnya, keadaan huru-hara dankucar-kacir yang melanda Selangor memberikan peluang kepada British untuk bertapak diSelangor. Kemudiannya Selangor telah digabungkan bersama-sama dengan Negeri Sembilan,Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Kuala Lumpursebagai ibu negeri Selangor. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini kemudiannya dibentukmenjadi Persekutuan Malaya pada tahun 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia padatahun 1963. pada tahun 1974 pula, Selangor telah melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaanpersekutuan untuk dijadikan sebagai ibu negara Malaysia. Selangor sekarang ini telah menjadisebuah negeri yang termaju di Malaysia

Kerajaan Melayu Negeri Sembilan

Negeri Sembilan yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia adalah merupakangabungan beberapa buah wilayah kecil di dalam satu negeri. Negeri Sembilan terdiri daripada 9daerah atau luak iaitu:

i. Sungai Ujongii. Jelebuiii. Joholiv. Inasv. Rembauvi. Jempolvii. Ulu Muarviii. Terachiix. Gunung Pasir

Suasana yang tidak aman semasa kejatuhan Melaka d tangan Portugis, kekuatanpengaruh Bugis di Johor serta bermulanya kesultanan Bugis di Selangor menyebabkankeadaan Negeri Sembilan tidak aman. Keadaan ini menyebabkan penghulu-penghulu NegeriSembilan Memohon seorang putera Raja untuk mentadbir. Justeru, Raja Melewar dari PagarRuyong telah dijempun untuk memerintah Negeri Sembilan. Dengan demikian, beliau telahditabalkan pada tahun 1773. Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong ini tamat selepasRaja Lenggeng menjadi Yamtuan Besar.

Kehadiran orang-orang Minangkabau pada abad ke-14 memberikan impak yang besarkepada struktur masyarakat di Negeri Sembilan. Kelahiran suku Biduanda dikaitkan denganperkahwinan campur antara orang Minangkabau dengan suku Orang Asli Negeri Sembilan.Suku Biduanda dikaitkan dengan golongan pemimpin yang memimpin Negeri Sembilan dan

Page 11: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 38

pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Udang.Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan adat perpatih.

Kerajaan Melayu Terengganu

Kesultanan negeri Terengganu diasaskan oleh Tun Zainal Abidin I iaitu putera kepada TunHabib Abdul Majid (pernah menjadi Bendahara Johor) dan adinda kepada Sultan Abdul Jalilyang pernah menjadi Sultan Johor. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Terengganu yangpertama pada tahun 1708 dengan memakai gelaran Sultan Zainal Abidin I (1708-1733). SultanZainal Abidin juga dikenali dengan nama ‘Bendahara Padang Saujana’ dan juga digelar‘Paduka Maharaja’ oleh kekandanya iaitu Sultan Abdul Jalil. Terdapat dua sumber yangmenjelaskan mengenai pertabalan baginda. Sumber yang pertama datangnya daripada buku‘Tuhfat al-Nafis’ iaitu karangan Raja Ali Haji (seorang sejarawan Bugis) yang menyebut bahawaTun Zainal Abidin telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atauRaja Tua di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu putera Sultan AbdulJalil.

Sumber yang ke dua pula menyatakan bahawa Tun Zainal Abidin telah ditabalkan olehPhra Chau Yang (sesetengah buku menyebut Nan Cayang) iaitu Raja Pattani. Menurut hikayatJohor dan Pahang, Tun Zainal Abidin telah datang ke ke Pattani setelah Paduka RajaLaksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu pada sekitar tahun 1688. semasaberada di situ Raja Pattani telah menjadikan Tun Zainal Abidin sebagai anak angkat beliau.Kemudian, Tun Zainal Abidin telah berkahwin dengan sepupu Phra Chau Yang dan mempunyaiempat orang ank iaitu Ku Tana Wangsa, Ku Tana Ali, Ku Tana Ismail dan Ku Tana Mansur atauTun Dalam.

Tun Zainal Abidin dikatakan telah mengasaskan kerajaan Terengganu pada tahun 1708berdasarkan kepada penemuan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama SultanZainal Abidin dan tahun 1120 hijrah yang bersamaan dengan tahun 1708. pada awalnya, pusatpentadbiran baginda adalah di Tanjung Baru, Kuala Berang. Kemudian, baginda berpindah keKota Bahang, Langgar, Pulau Manis, Chabang Tiga (di Kuala Terengganu) dan akhirnyabaginda bersemayam di Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).

Oleh kerana perlantikkan Tun Zainal Abidin ada perkaitannya dengan kerajaan Johormaka sistem pentadbirannya ada perkaitan dengan sistem pentadbiran kerajaan Johormisalnya terdapat para pembesar yang merupakan mufti dan kadi yang memainkan peranandalam memberikan nasihat berkaitan dengan agama Islam.

Di bawah sistem pemerintahan Malaysia Negeri Terengganu kini diperintah di bawahSultan Mizan Zainal Abidin iaitu putera kepada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yangmenaiki takhta pada 1998.

Page 12: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 39

Kerajaan Melayu Kedah

Kerajaan Kedah awal dikenali dengan nama Kerajaan Kedah Tua dan wujud lebih awaldaripada kerajaan Melaka lagi iaitu sekitar abad ke-5 dan berakhir pada abad ke-13.Kedudukannya yang strategik iaitu di utara semenanjung menjadikannya sebagai laluan utamasama ada dari utara atau dari selatan. Penemuan-penemuan arkeologi di gua-gua batu kapur didaerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling serta di Guar Kepah membuktikan kawasan-kawasan tersebut didiami oleh manusia di zaman batu baru.

Semasa awal kebangkitannya iaitu di sekitar abad ke-5 hingga ke-11 Kerajaan KedahTua ini telah berkembang sebagai sebuah pusat perdagangan maritim yang terkenal.Perdagangan maritim adalah bermaksud pusat pengumpulan dan pengedaran bahan mentahseperti hasil-hasil hutan, rempah ratus dan ubat-ubatan. Kerajaan maritim berperanan sebagaiorang tengah dalam urusan perdagangan dengan penduduk-penduduk di kawasan pedalaman.Pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan yang utama kerana mempunyai pelbagai barang-barang tempatan untuk diperdagangkan seperti tembikar, lada hitam, beras, sutera, kaca, bijihtimah, rotan, damar dan manik yang mendapat permintaan tinggi daripada pedagang luar.Selain itu, Kerajaan Kedah Tua juga berperanan sebagai tempat pertukaran barang, tempatpersinggahan dan membaiki kapal. Kerajaan Kedah Tua juga turut dikenali sebagai pusatkegiatan agama Buddha dan Hindu yang termashur dengan penemuan artifal-artifak di LembahBujang seperti arca, kuil dan candi.

Kerajaan Kedah telah memulakan sistem pemerintahan berajanya sejak 1200 tahundahulu lagi dengan kemunculan pengaruh Hindu-Buddha. Kemudiannya, digantikan denganIslam pada tahun 1136 masihi. Keturunan Kesultanan ini tidak terputus sehingga ke hari ini danKebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah sultanyang ke-27 yang memerintah Kedah.

Kerajaan Melayu Perlis

Pada masa dahulu Perlis ini adalah sebahagian daripada negeri Kedah. Pembentukan negeriPerlis dikatakan telah bermula selepas kemangkatan Sultan Abdullah Mukarram Shah II iaituSultan ke-20 yang memerintah negeri Kedah pada ketika itu. Baginda telah meninggalkanseorang putera yang bernama Tunku Ahmad Tajudin yang masih kecil. Disebabkan hal itu,adinda Sultan Abdullah iaitu Tunku Ziauddin telah dilantik menjadi pemangku negeri Kedahdengan gelaran Sultan Ziauddin Mukarram Shah. Semasa pemerintahannya, baginda telahmengahwinkan seorang puterinya yang bernama Tunku Safiah dengan Syed Harun Jamalullail.Baginda juga turut mengurniakan Syed Harun dengan satu kawasan yang bernama Arau dan disitulah Syed Harun membina kampung halamannya.

Apabila Tunku Ahmad Tajuddin Halim Shah telah menaiki takhta kerajaan Kedah, pihakSiam telah bertindak menyerang negeri tersebut pada tahun 1821. Akibatnya, Sultan AhmadTajuddin terpaksa berundur ke Pulau Pinang dan akhirnya ke Melaka. Semasa pendudkanSiam di negeri Kedah, kerajaan Siam menghadapi kesukaran memerintah disebabkan oleh

Page 13: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 40

sikap rakyat di negeri ini yang masih kukuh berpegang teguh dan setia kepada KesultananKedah. Malah, rakyat Kedah juga tidak suka dengan cara pemerintahan Siam yang kejam.

Akhirnya, Siam terpaksa berkompromi dengan keadaan itu dan telah membahagikannegeri Kedah dan jajahannya kepada empat kawasan iaitu Kedah, Kubang Pasu, Setul danPerlis dan keempat-empat kawasan itu diletakkan di bawah pentadbiran gabenor masing-masing. Siam akhirnya terpaksa mengundur disebabkan oleh serangan dan tindakbalaspenduduk tempatan secara besar-besaran, dan juga bantuan yang dihulurkan oleh TunkuAnum Paduka Raja Jambangan, Tunku Bisnu mentadbir Setul dan Syed Husein pula telahmentadbir kawasan Perlis sebagai timbalan Gabenor. Gabenor yang dilantik di negeri Perlisadalah Raja Long Krok (Paduka Seri Maharaja Lela). Detik ini merupakan detik bersejarah bagiNegeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status jajahan kepada status sebuahnegeri.

Kerajaan Melayu Kelantan

Kerajaan Kelantan awal merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan besar serta mempunyaihubungan perdagangan dengan negara di Champa, Parsi, Arab dan India. Kerajaan Kelantanmenerima pengaruh Hindu-Buddha yang kuat terutama semasa penjajahan kerajaan Srivijaya.Dikatakan Kelantan pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Srivijaya sebelum berpindah keSumatera Utara. Kemudian, pada abad ke-13 dan 14 kerajaan Kelantan telah menjadi negerinaungan bagi empayar Majapahit dan seterunya menjadi jajahan takluk Melaka pada tahun1499. Penjajahan Melaka ke atas Kelantan membawa kepada perkembangan Islam diKelantan.

Dipercayai bahawa pada tahun 1411 masihi negeri Kelantan pernah ditadbir olehseorang Raja Islam yang bernama Raja Kumar. Raja Kumar telah menjalinkan hubungan yangbaik dengan Maharaja China. Selepas pemerintahan Raja Kumar, Kelantan diperintah pula olehSultan Iskandar dan diikuti oleh putera baginda Sultan Mansur. Di bawah pemerintahanbaginda, negeri Kelantan menjadi semakin masyhur dan mendapat nama di merata-ratatempat. Oleh itu, pada 1477 masihi Sultan Mahmud Shah yang sedang memerintah kerajaanMelaka ketika itu telah menyerang dan menakluk negeri Kelantan. Kemudiannya, salah seorangputeri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening telah dikahwini oleh baginda. Sementara itu,Raja Gombak iaitu Putera Sultan Mansur telah menaiki takhta kerajaan Kelantan setelahkemangkatan baginda pada tahun 1521 dan menerima gelaran Sultan Gombak. Pemerintrahanini kemudiannya disusuli oleh Raja Ahmad (1527-1547) dengan gelaran Sultan Mansur.

Pada ketika itu, Kelantan telah ditakluk oleh Pattani yang telah mengenakan ufti dancukai yang tinggi ke atas negeri itu. Raja Pattani juga turut mencampuri urusan pentadbirankerajaan Kelantan dengan melantik seorang gabenor yang digelar sebagai ‘Datu’ untukmemerintah bersama-sama dengan Raja Kelantan. Semasa zaman pemerintahan SultanMansur baginda telah memberontak kerana ingin membebaskan negerinyadaripadacengkaman Raja Pattani. Setelah bebas daripada Pattani dalam kira-kira tahun 1554, bagindatelah mula mengunakan elaran ‘Sultan’ dan setelah baginda mangkat pada taun 1561, Sultan

Page 14: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 41

Ibrahim (1561-1597) pula menaiki takhta dan kemudiannya disusuli oleh Sultan Muhammad(1597-1602). Dinasti keturunan baginda telah berakhir di sini disebabkan baginda tidakmempunyai waris untuk menggantiknnya.

Seterusnya, pemerintahan kerajaan Kelantan digantikan pula oleh Raja Loyor iaituputera kepada Datu Nik Jamaluddin dan memerintah Kelantan dari tahun 1602 hingga 1605dengan gelaran Sultan Adiluddin. Setelah baginda mangkat, takhta pemerintahan digantikanpula oleh puteranya yang bernama Sultan Samiruddin (1605-1616) dan seterusnya digantikanpula oleh Sultan Abdul Kadir (1616-1632). Di bawah pemerintahan baginda inilah, negeriKelantan terpaksa digabungkan di bawah persekutuan Pattani disebabkan desakan dari RajaPattani. Setelah kemangkatan baginda, takhta pemerintahan digantikan oleh puteranya iaituRaja Sakti I. Namun, struktur pemerintahan telah dirampas oleh pamannya iaitu Raja Abdullah.Raja Abdullah telah berjaya membebaskan Kelantan dari Pattani dan memerintah Kelantan darikota Jelasin dengan gelaran Sultan Abdullah sementara Raja Sakti I pula memerintah Kelantandi Pangkalan Datu. Kerana masih mendapat sokongan, kerajaan Kelantan pada masa itudiperintah oleh dua orang Raja.

Kerajaan Kelantan kini dikenali dengan panggilan negeri Kelantan Darul Naim danpernah menjadi jajahan takluk Pattani. Kehadiran British sebagai penjajah telah menyebabkanwilayah-wilayah Pattani dipecahkan kepada Yala, Narathiwat, Patani dan Songkhla. Di bawahperjanjian British-Siam pada tahun 1948, demografi pemerintahan selatan Siam telahdipisahkan dan negeri Kelantan telah diletakkan di bawah kerajaan Malaysia dan negeri-negeriPattani pula di bawah Tahailand. Seterusnya, Kelantan telah digabungkan ke dalamPersekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan mendapat kemerdekaan sama dengannegeri-negeri lain pada 31 Ogos 1957. Kemudiannya, pada 16 september 1963 secararasminya Kelantan menjadi salah satu negeri di Malaysia.

Kerajaan Sabah

Sejarah awal negeri Sabah adalah dikaitkan denganKesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Kawasanpersisir Sabah sejak abad ke-17 lagi dikuasai olehKesultanan Brunei. Tetapi pada 1704, Sultan Bruneiiaitu Sultan Muhyiddin telah menyerahkan kawasandi timur laut Sabah kepada Sultan Sulu sebagaisuatu pemberian hadiah kepada Sultan Sulu keranatelah memberikan bantuan apabila Bruneimenghadapi masalah perebutan kuasa pada tahun1662 hingga 1674.

Namun, negeri Sabah sentiasa berada dalamkeadaan yang aman kerana tidak pernah berlakupeperangan antara dua kuasa besar tersebut keranamereka mengutamakan keamanan. Namun begitu,

Kawasan pantai barat Sabahberada bawah pengaruh Brunei. Kawasan pantai timur dan utara

Sabah berada di bawahpengaruh Kesultanan Sulu. Pada tahun 1704, sultan Brunei

telah menyerahkan pantai timurdan utara Sabah kepada SultanSulu kerana membantu bagindamembantah pemberontakan diSabah.

INFO

Page 15: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 42

selepas tahun 1674 negeri Sabah telah berpecah kepada tiga bahagian iaitu:

i- Kawasan pantai antara Pandasan hingga Kimanis berada di bawah kekuasaanKesultanan Brunei.

ii- Kawasan pantai antara Teluk Merudu hingga Sungai Sibuku berada di bawahKesultanan Sulu.

iii- Kawasan pantai antara Pandasan hingga Teluk Marudu yang berada di bawahkekuasaan para pembesar bebas yang digelar sebagai ‘Syarif’ serta kawasanpedalaman yang dikuasai sendiri oleh kaum pribumi Sabah.

Keamanan yang dikecapi oleh penduduk Sabah di bawah tiga kuasa berikut tidak dapatbertahan lama setelah kedatangan Inggeris di Sabah. Namun sebelum kedatangan InggerisSabah terkenal dengan pusat perdagangan dari pedagang China. Ini adalah kerana lokasinyayang sesuai dan sumber ekonominya yang mewah seperti mutiara, arang batu dan emas telahmenjadi tarikan kepada kuasa asing khasnya Inggeris untuk datang dan menakluk Sabah.

Selepas negeri Sabah diperintah oleh syarikat Borneo Utara British (SBUB), maka iatelah menggalakkan penduduk tempatan untuk memungut hasil hutan seperti rotan, sagu dansarang burung. SBUB sememangnya bijak mengambil peluang dan mengeksploitasi kekayaanhasil bumi Sabah dan penduduknya. Walaupun SBUB mendapat banyak keuntungan keranahasil keluaran tradisional Sabah meningkat, namun keuntungan sedemikian tidak dapatdikecapi oleh penduduk tempatan Sabah. Pada masa itu, mereka banyak dikenakan pelbagaijenis cukai seperti cukai kepala, cukai tanah dan lesen senjata. Selain itu, perdagangan diSabah dilakukan melalui berjual beli di Pasar Tamu. Pasar Tamu adalah tempat berdagangbagi pelbagai penduduk etnik tempatan yang dilakukan secara bertukar barang.

Mengikut sejarah, negeri Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 selepasdiberikan kemerdekaan oleh British selepas bergabung dengan Malaysia. Dari segipemerintahan negeri Sabah ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan JemaahMenteri/Kabinet Negeri. Dewan Undangan Negeri adalah merupakan kuasa tertinggi dalammenetapkan polisi dalam negeri Sabah. Sabah diketuai oleh Yang Di Pertua Negeri Sabah yangdilantik oleh Yang Dipertua Agong. Jawatan Yang Di Pertua Negeri Sabah kini adalahdisandang oleh Tun Ahmadshsh Abdullah.

Kerajaan Sarawak

Sejarah awal Sarawak dikaitkan juga dengan penaklukan oleh kerajaan Srivijaya pada kurunke-10 hingga kurun ke-13. Keadaan ini memberikan peluang kepada Orang Melayu untukmembuka penempatan mereka di sana. Kemudian, pada kurun ke-13 negeri Sarawak dikuasaipula oleh kerajaan Majapahit yang semakin berkembang empayarnya setelah kejatuhankerajaan Srivijaya.

Selepas era penguasaan empayar Majapahit negeri Sarawak dikuasai pula olehKesultanan Brunei. di bawah Kesultanan Brunei. Negeri Sarawak ditadbir oleh seorang ketua

Page 16: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 43

tempatan yang dilantik oleh Sultan Brunei untuk memerintah sesuatu kawasan. Ketua tempatanyang dilantik adalah dalam kalangan orang Melayu dan orang Dayak dengan menggunakanbeberapa gelaran seperti Orang Kaya, Temenggung dan Menteri Darat yang berperananmelaksanakan perintah Sultan Brunei dan memungut cukai di kawasan pentadbirannya.

Namun begitu, pada tahun 1930 an Sultan Brunei telah melantik seorang wakil Brunei diSarawak yang bernama Pangeran Indera Mahkota yang dipertanggung jawabkan untukmemerintah daerah Kuching walaupun pada ketika itu bandar Kuching telahpun mempunyaipentadbir tempatan iaitu Datu Patinggi Ali. Sepanjang pemerintahan Datu Patinggi Mahkotanegeri Sarawak telah mengalami huru hara yang berpanjangan akibat pemberontakan yangsering berlaku berpunca daripada kezaliman Pangeran Indera Mahkota. Pangeran InderaMahkota telah merampas kuasa pembesar tempatan, memerintah dengan zalim dan telahmengenakan cukai yang tinggi serta tidak membayar upah kepada orang Bidayuh yangmelombong di kawasannya. Kesannya, pemberontakan yang dipimpin oleh para pembesar danpenduduk tempatan telah berlaku dipimpin oleh Datu Patinggi Ali. Sultan Brunei telahmenghantar Pangeran Muda Hashim ke Sarawak untuk menyelesaikan masalah ini tetapi gagalmententeramkan keadaan.

Peluang ini digunakan sebaik yang mungkin oleh penjajah asing iaitu James Brookeyang sedang mencari kawasan untuk dijadikan pusat perdagangan di rantau ini. KedatanganBrooke pada 15 Ogos 1839 di Sarawak dan mendapati Sarawak adalah kawasan yang kayadengan hasil bumi adalah pilihan yang tepat dan berhasrat untuk memilikinya. KedatanganBrooke disambut baik oleh Pangeran Muda Hashim kerana memerlukan bantuannya bagimenamatkan pemberontakan dan huru hara yang berlaku diSarawak. Sebagai balasannya,Pangeran Muda Hashim berjanji untuk melantik Brooke sebagai ‘Raja Sarawak’ sekiranyabeliau berjaya. Ini merupakan peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh James Brooke.Kekuatan ketenteraan yang dimiliki oleh James Brooke telah berjaya menamatkan huru haradan pemberontakan tersebut. Pangeran Muda Hashim terpaksa mengotakan janjinya danmelantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak dengan gelaran ‘Raja Sarawak’ pada 2September 1841 dan seterusnya sebagai ‘Raja’ pada 18 Ogos 1842.

Dinasti Brooke telah memerintah Sarawak selama 100 tahun dan di bawahpemerintahan James Brooke dan diikuti oleh Charles Brooke dan akhirnya Charles VynerBrooke wilayah Brooke telah diperluaskan dengan pantas. Pemerintahan dinasti Brooke telahmencapai kemasyhuran sebagai ‘Raja Putih’ atau ‘White Rajahs’ dan diberikan taraf yangserupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Tahun Pemerintah1841-1868 James brooke1868-1917 Charles Brooke1917-1941 Charles Vyner

Rajah 3.4: Pemerintahan Raja Putih di Sarawak

Page 17: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 44

Negeri Sarawak kini telah menjadi sebahagian dari Malaysia dan telah dimerdekakanoleh British sekali dengan Sabah setelah menyertai gagasan Malaysia. Negeri Sarawak kiniditadbir oleh seorang Yang Di Pertua Negeri iaitu Tun Datuk Patinggi Abang Haji MuhammadSalahuddin manakal jawatan Ketua Menterinya adalah disandang oleh Y.A.B. Datuk PatinggiTan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Kerajaan negeri Sarawak ditadbir oleh Dewan UndanganNegeri dan juga Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) di mana Dewan Undangan Negerimempunyai kuasa yang tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Ia diketuai olehYang Di Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong Malaysia.

RUMUSAN

Pembentukan Malaysia merupakan satu proses yang panjang yang terangkum sejarah yangmenarik untuk ditelusuri. Setiap negeri mempunyai sejarah dan latar belakang yang perludiketahui oleh pelajar atau warganegara Malaysia. Secara jelas penyatuan kerajaan-kerajaanMelayu inilah yang telah menyumbangkan kepada pembentukan pembinaan negara bangsaMalaysia. Kesanggupan kerajaan-kerajaan Melayu yang ada di Semenanjung Tanah Melayutelah membuka jalan penting kepada pembentukan Tanah Melayu yang seterusnya membukalembaran yang lebih besar lagi dengan melancarkan gagasan pembentukan Malaysia yangpada asasnya melibatkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada1963. Namun begitu, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia kemudiannya pada 1965disebabkan untuk mempertahankan kemerdekaan negara ini yang telah terbentuk. Justeru,pembentukan Malaysia yang ada sekarang adalah legasi daripada kerajaan Melayu yang adabermula dari kerajaan Melayu Melaka dan lain-lain kerajaan Melayu bersama kerajaan-kerajaandi Sabah dan Sarawak.

KATA KUNCI

1. Kepulauan Melayu 5. Cop mohor

2. Campur tangan 6. Sistem pembesar

3. Lingua franca 7. Pelabuhan entreport

4. Pentadbiran 8. Kesultanan

LATIHAN

1. Kupaskan secara terperinci pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Melayu Melakadalam abad ke-15.

2. Sistem pemerintahan yang macam manakah diamalkan oleh negeri-negeri Melayu.

Page 18: Kerajaan-kerajaan Melayu Kepada Negeri-negeri Dalam Malaysia

K e r a j a a n - k e r a j a a n M e l a y u K e p a d a N e g e r i - N e g e r i M e l a y u | 45

3. Buatkan perbandingan antara pemerintahan kerajaan Melayu Melaka dengan sistempemerintahan sekarang.

4. Bincangkan sistem pemerintahan yang dijalankan di Negeri-negeri Melayu.

5. Melaka pernah dianggap sebagai ‘The Venice of The East’. Apakah yang dimaksudkandengan kenyataan tersebut? Jelaskan.

RUJUKAN

Abu Hassan Sham. (1977). Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distribution.

Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:Universiti Putra Malaysia.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andy (1983). Sejarah Malaysia. Selangor: MacmillanPublishing (M) Sdn.Bhd.

Cheah Boon Cheng (1998). Sejarah Melayu : The Malay Annals. Malaysia: The MalaysianBranch of The Royal Asiatic Society.

Lotfi Ismail. (1975). Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication &Distributors.

Muhammad Yusoff Hashim. (1990). Kesultanan Melayu Melaka :Kajian Beberapa AspekTentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-18 dalam Sejarah Malaysia. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Qasim Ahmad. (1993). Kekerasan dalam Sejarah : Masyarakat dan Pemerintah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tajuddin Hussein. Cetakan Pertama (2007). Malaysia Negara Kita. MDC Publishers Sdn. Bhd.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid. (1996). Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.