kerajaan awal melayu

9
SEJARAH AWAL MALAYSIA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Upload: lydia-liu

Post on 17-Jan-2016

66 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kerajaan awal melayu

TRANSCRIPT

Page 1: kerajaan awal melayu

SEJARAH AWAL MALAYSIA

ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Page 2: kerajaan awal melayu

PENGENALAN

Zaman kesultanan Melayu Melaka adalah antara institusi kesultanan Melayu yang terawal di Tanah Melayu.

Kewujudan kesultanan ini menandakan bermulanya satu sistem politik Melayu yang dikenali sebagai kerajaan.

Sebelum Melaka, beberapa buah kerajaan Melayu telah muncul di Kepulauan Melayu seperti Langkasuka, Srivijaya, Gangga Negara, Palembang dan Temasik.

Namun, pengaruh kerajaan-kerajaan ini tidak dapat bertahan lama sehingga kemunculan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Page 3: kerajaan awal melayu

Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan tempat persembunyian lanun.

Penduduk terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat yang menyara kehidupan harian dengan menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan.

Melaka telah diasaskan oleh Parameswara (1400) yang berasal dari Palembang, Sumatera.

Baginda telah melarikan diri ke Temasik setelah Pelembang ditakluki Majapahit.

Baginda terpaksa melarikan diri ke Muar kerana diusir oleh tentera Siam, sebelum berpindah ke Melaka.

Page 4: kerajaan awal melayu

Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan menyebabkan Melaka berkembang dan muncul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka di Kepulauan Melayu.

Abad ke-15, kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat di Asia Tenggara.

Kemakmuran Melaka semakin bertambah apabila Parameswara memeluk Islam.

Langkah ini menarik lebih ramai pedagang Islam dari Timur Tengah untuk berdagang di Melaka.

Page 5: kerajaan awal melayu

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

1405- Melaka menjalin hubungan diplomatik dengan China.

Melaka terus berkembang pesat serta bebas dari ancaman dan serangan Siam.

Page 6: kerajaan awal melayu

Faktor Kegemilangan Melaka

Kedudukan Melaka yang strategik- jalan perdagangan antarq China dan India- jalan masuk yg sesuai utk kapal berlabuh krn pelabuhan yang dalam.

Strategik dari segi geografi- terlindung drpd angin monsun. Kestabilan politik dan sistem pentadbiran Melayu- baik,

teratur, menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Tindakan raja-raja Melaka memeluk Islam-menggalakkan

pedagangan. Kebijaksanaan Bendahara Melaka (Bendahara Tun Perak,

1456-1498) membolehkan Melaka meluaskan empayar.

Page 7: kerajaan awal melayu

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Setelah Melaka ditakluki oleh Portugis pada 1511, kerajaan Melaka tidak terus lenyap.

Sebaliknya tradisi ini diwarisi oleh kerajaan Kesultanan Johor Lama yang berkembang selepas tahun 1520-an.

Kewujudan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dianggap penting dalam sejarah awal Malaysia kerana disinilah bermulanya institusi kesultanan yg diwarisi oleh kerajaan-kerajaan Melayu yang muncul kemudian di negeri-negeri Melayu.

Page 8: kerajaan awal melayu
Page 9: kerajaan awal melayu

THANK YOU!!!