keperluan terapi dalam pengajaran dan pembelajaran

4
Keperluan Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas oleh DR. HAJJAH YASMIN BINTI HUSSAIN Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagaipendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi danseterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimumPengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka. Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang- kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak inimencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi. Keperluan Terapi Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran.

Upload: ezzah-ahmad-tarmizi

Post on 30-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

keperluan terapi dalam pengajaran dan pembelajaran murid bekeperluan khas

TRANSCRIPT

Page 1: Keperluan Terapi Dalam Pengajaran Dan pembelajaran

Keperluan Terapi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas

oleh

DR. HAJJAH YASMIN BINTI HUSSAIN

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai

pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagaipendidik,

guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri

dengan pelbagai strategi danseterusnya kreatif dalam pengajaran bagi

membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani

kehidupan secara optimumPengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu

menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan

sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai

(Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu

kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial

dan kemahiran motor mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang

mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor,

sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak inimencapai

potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh

dijalankan oleh guru-guru ialah terapi.

Keperluan Terapi

Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak

balas terhadap aktiviti atau kemahiran.

“Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang

penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan

bertujuan menyebabkankefungsian badan secara normal” (Kamus Perubatan

Mosley, 2001)

Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu

individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif,

emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan

digunakan dalam pengajaran danpembelajaran.

Page 2: Keperluan Terapi Dalam Pengajaran Dan pembelajaran

Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid,

meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran

serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor

mereka. Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-

murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan

kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).

Terapi-terapi yang boleh dilaksanakan ialah:

i) terapi fisio

ii) terapi kuda

iii) terapi cara kerja

iv) terapi pertuturan

v) terapi muzik dan pergerakan kreatif

vi) terapi seni

vii) terapi air/hidro

viii) terapi pasir

ix) terapi main

x) terapi alternative

Contoh

Seorang kanak-kanak sindrom down yang mempunyai masalah pergerakan

serta mempunyai masalah pertuturan dan pengamatan.

Aktiviti terapi:

Terapi motor kasar – berjalan, berlari, gallop dan lompat di garisan lurus, di

garisan bengkok dan menggunakan alatan seperti bangku.

Terapi pengamatan (visual, auditori dan tactile) – melihat gambar bertindih,

mencari benda tersembunyi dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan

menyentuh/merasa jenis permukaan

Terapi motor halus – memegang pensel dan menconteng atas kertas

Terapi kuda – menunggang kuda serta membetul postur badan dan

perkembangan emosi.

Terapi pasir – meramas pasir, menconteng atas pasir, bermain dengan

pasir untuk kemahiran motor halus.

Page 3: Keperluan Terapi Dalam Pengajaran Dan pembelajaran

Terapi air – bermain dengan bola dalam air bagi pengukuhan pergerakan

dan perkembangan otot.

Pada kesimpulannya, guru-guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi

memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid

berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah atau di luar

premis sekolah secara kumpulan atau individu bagi meningkatkan keupayaan

kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

Posted by ppiba   at 2:47 AM No comments:  

Retrieved from http://istimewapendidikankhas.blogspot.com/