kepentingan syaikh mursyid dalam thariqat naqsyabandi

Upload: jalalludin-ahmad-ar-rowi

Post on 07-Aug-2018

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    1/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 1

      t  Βω öκ u   ‰  ª! $#u   θ ßγ s  ùω t  G ôγ ßϑ ø9 $# (  ∅ t  Βu   ρö≅  Î= ôҠム  n  = s  ùy   ‰ Åg  r   B… çµ s  9$  |‹ Ï9u   ρ# Y‰ Ï©ó  ‘ ∆∩∪Sesiapa yang diberikan Hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang berjaya mencapai

    kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkannya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh

    sebarang penolong yang dapat menunjukkan jalan yang benar kepadanya. [18:17]

    åÌînäÐ× åÌînäÐ× åÌînäÐ×  رم خ خ مري خ مري ي

                                                                    K K K eeepppeeennntttiiinnnggg a  a  a nnn SSS y  y  y  a  a  a iiik k k hhh MMMuuur r r sss y  y  y iiiddd ddd a  a  a lll a  a  a mmm TTThhh a  a  a r r r iiiq  q  q   a  a  a ttt NNN a  a  a q  q  q  sss y  y  y  a  a  a bbb a  a  a nnndddiii 

    Karangan:

    JJoohh a  a nn GG..JJ.. TTeer r  HH a  a  a  a r r  

    Terjemahan:JJ a  a ll a  a lllluuddddiinn A  A hhmm a  a dd A  A r r --R R oo w  w ii 

    Terbitan Edaran:

    Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah HaditsMarkazi Khanqah Abul-Khaliliyyah Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah

     Akademi Khanqah Ruhani Bazi, Madrasah Ulul AzmiKampung Sepakat Jaya, Wira Damai, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

    1436H/2015M

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    2/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 2

    K K K eeepppeeennntttiiinnnggg a  a  a nnn SSS y  y  y  a  a  a iiik k k hhh MMMuuur r r sss y  y  y iiiddd ddd a  a  a lll a  a  a mmm TTThhh a  a  a r r r iiiq  q  q   a  a  a ttt NNN a  a  a q  q  q  sss y  y  y  a  a  a bbb a  a  a nnndddiii 

    ersoalan tentang apakah ciri-ciri tersendiri Thariqat Naqsyabandibiasanya dapat dijawab dalam dua cara. Pertama sekali perhatian adalahditarik kepada fakta bahawa keakuran dan kepatuhan kepada undang-

    undang Syari’at Islam adalah perkara yang paling penting dalam persaudaraanikhwan ini. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan Syari’at adalah tema yangberulang-ulang dalam pentakrifan yang banyak Para Masyaikh Naqsyabandi telahberikan dalam perjalanan Suluk mereka. Kedua, rujukan dibuat kepada sebelasprinsip yang diperkenalkan ke dalam persaudaraan ikhwan Para Shufi ini semasaabad ke-13 dan ke-14 Masihi. Lapan prinsip-prinsip yang pertama iaitu:  Hosy DarDam, Nazhar Bar Qadam, Shafar Dar Wathan, Khalwat Dar Anjuman, Yad Kard,

    Baz Gasyt, Nigah Dasyat  dan Yad Dasyat  adalah diperkenalkan oleh ‘Abdul-KhaliqGhujduwani (m.617-18H/1220-21M), yang telah mengaitkan empat prinsip pertamakepada Syaikh Mursyid beliau iaitu Abu Ya’qub Yusuf Hamadani (m.534H/1140M).Kemudian, Bahauddin Naqsyaband (m.791H/1389M) telah menambah tiga lagiprinsip iaitu Wuquf ‘Adadi, Wuquf Zamani dan Wuquf Qalbi.

    Bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri lain yang pada pandangan ParaNaqsyabandi sendiri juga sangat penting dalam Thariqat Shufi ini. Ciri-ciri ini,setakat mana yang asal-usulnya dan istilah-istilahnya berkait, adalah didapati jugadalam hampir setiap tradisi Thariqat Shufi dan tidak boleh dianggap sebagai

    semata-mata ciri bagi Thariqat Shufi Naqsyabandi. Walau bagaimanapun, ianyatelah mendapat kemasyhuran yang khas dengan Thariqat Nasqyabandi atau telahdisesuaikan ke jalan persaudaraan Shufi ini dan menyebabkannya terpahat sehinggake tahap bahawa ianya telah menjadi bahagian yang sangat penting dalam identitiThariqat ini. Cara Zikir yang diamalkan oleh Para Naqsyabandi adalah contoh yang

     jelas bagi ciri-ciri tersebut. Contoh yang lain adalah peranan penting panduanpembimbing Ruhani iaitu Syaikh, Pir, Mursyid yang terdapat dalam Thariqat ini.Kepentingan peranan ini diakui dalam setiap persaudaraan Shufi, tetapi ParaNaqsyabandi membangunkan dan menghuraikan tema universal ini dengan caramereka sendiri. Esei ini memberi tumpuan kepada dua aspek ini iaitu pembangunan

    dan penjelasannya.

    P P  

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    3/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 3

    Yang pertama adalah bahawa banyak Para Naqsyabandi dilaporkan adalahsebagai Uwaysi, yang merupakan seseorang Ahli Shufi yang tidak hanya dibai’atdan dirawat oleh seorang Syaikh yang hidup dan hadir secara fizikal, tetapimungkin juga dengan kehadiran Ruhaniyyat seseorang Syaikh yang sudahmeninggal dunia atau dengan Nabi Khidir. Aspek yang kedua adalah keperluanbagi Murid yang baru untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan kukuhdengan seseorang Syaikh sebagai cara yang sangat diperlukan untuk kemajuan atas

     jalan Thariqat. Pada pandangan pertama, kedua-dua aspek tersebut mungkinkelihatan bercanggah antara satu sama lain, tetapi pada hakikatnya ianya adalahseperti dua permukaan pada satu syiling yang sama, kerana apa yang pentingdalam kedua-duanya adalah Ruh Syaikh Mursyid dan Ruhani tersebut tidak terhadkepada kehadiran tubuh badannya.

    Sebelum menyatakan kebenaran mengenai perkara ini, saya inginmenyatakan beberapa perkara mengenai sejarah Thariqat Naqsyabandi. Dari sudutpandangan terhadap identiti persaudaraan ikhwan ini dan cara ia berkembangboleh dibezakan kepada tiga tempoh yang berasingan. Tempoh pertama adalah apayang Hamid Algar nyatakan sebagai Pra-sejarah Thariqat ini. Ia mungkin lebih tepatuntuk menyebutnya sebagai tempoh Proto-sejarah Thariqat ini. Dalam tempoh ini,yang bermula dengan Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq dan berakhir denganKhwajah Abu ‘Ali Farmadi (m.478-79H/1085-86M), Thariqat ini belum menerimaidentiti tersendiri dan orang-orang yang tergolong dalam tempoh ini dan yangnamanya beraksi pada Silsilah Naqsyabandi tidak boleh dianggap sebagai pemiliksecara eksklusif kepada leluhur Thariqat Naqsyabandiyyah.

    Pada tempoh kedua, fasa formatif dalam sejarah Thariqat ini adalah fasa yangmemberikan Thariqat ini identitinya yang tersendiri. Bagi tempoh seterusnya initelah menjadi milik pertama sekali adalah seorang yang dikenali sebagai SarjanaKhwajagan, sekumpulan tujuh Masyaikh daripada Asia Tengah, yang pertamadaripada mereka ialah Khwajah Abu Ya’qub Yusuf Hamadani (m.1140M) dan yangterakhir daripada mereka ialah Khwajah Sayyid Amir Kulal (m.772H/1371M).Tokoh utama dalam tempoh ini bagaimanapun adalah sudah tentu BahauddinNaqsyaband.

    Hakikat bahawa Thariqat ini membawa namanya adalah suatu pengiktirafanyang sesuai terhadap kemasyhuran besar yang dinikmati dan pengaruh berkekalanyang beliau telah usahakan. Tempoh yang ketiga meliputi sejarah Thariqat ini dariBahauddin Naqsyaband hingga seterusnya. Dalam fasa ini menyaksikan antara lain,keluarnya cabangan dari Thariqat ini ke beberapa laluan, antaranya Mujaddidiyyahyang dinamakan sempena Syaikh Ahmad Sirhindi (m.1034H/1624M), yangmerupakan pembaharu alaf kedua dan digelar sebagai Mujaddid Alf Tsani, danKhalidiyyah dinamakan selepas Maulana Khalid Baghdadi (m.1243H/l827M).Mengikut kitaran masa bagi koleksi esei ini, artikel ini mengutamakan dengantempoh formatif. Kadang-kadang, rujukan dibuat terhadap tempoh Proto-sejarahdan juga tempoh Pasca-Naqsyabandi.

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    4/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 4

    Jalan UwaisiMenurut Khwajah Muhammad Parsa (m.822H/1420M), seorang dari

    pengikut Bahauddin Naqsyaband, ramai Para Masyaikh Naqsyabandi telah berjalanmenempuh perjalanan Thariqat secara Uwaisi. Istilah Uwaisi merujuk kepada Para

    Awliya Allah yang pada zahirnya tidak memerlukan Syaikh Mursyid sebagaipanduan, kerana Nabi Muhammad menghargai mereka dalam ruang persendiriandaripada kekurniaannya, tanpa perantaraan orang lain kerana dia menghargaiUwais Al-Qarani. Hanya dalam beberapa keadaan, definisi ini dapat dipegangmenurut takrifan bahasa. Menurut ‘Abdur-Rahman Jami, sebuah contohpengurniaan Bai’at secara langsung dengan Nabi Muhammad boleh didapatidalam kes Jalaluddin Abu Yazid Purani (m.861H/1457-58M). Syaikh AhmadSirhindi juga mendakwa telah dibai’atkan secara langsung dengan Allah. Dalamsalah satu suratnya, beliau menulis: “Walaupun dalam Thariqat NaqsyabandiGuru Mursyid pengajarku ialah ‘Abdul-Baqi Billah, namun seseorang yang telah

    memberikan Irsyad bimbingan kepadaku adalah Al-Baqi Yang Maha Kekal.” Selalunya bagaimanapun, istilah Uwaisi adalah merujuk kepada pembai’atan yangtidak dilakukan oleh Syaikh yang hadir secara fizikal, tetapi oleh Ruhaniyyat ataukehadiran Ruhani Syaikh Mursyid yang telah mati atau dengan kehadiran Khidir.

    Dalam tempoh Proto-sejarah Thariqat Naqsyabandi terdapat dua keadaanpembai’atan dengan secara kehadiran Ruhani Syaikh yang sudah meninggal dunia.Abu Yazid Bistami (m.261H/875M) dikatakan telah dibai’atkan menerusi kehadiranRuhani Ja’afar Ash-Shadiq, yang tarikh lahirnya diriwayatkan berbeza-bezamenurut sumber-sumber yang berbeza iaitu antara 80H/699M dan 86H/705M dan

    meninggal dunia pada 148H/765M. Contoh kedua ialah Khwajah Abul-HassanKharqani (352H/963M–420H/1029M), yang telah dibai’atkan oleh Abu YazidBistami. Dalam keadaan ini perhubungan Uwaisi digunakan untukmenghubungkan dua orang dengan tidak memerlukan perhubungan tubuh badan

     jasmani kerana Syaikh Mursyid telah meninggal dunia sebelum kelahiran murid itu.Dalam hal perhubungan antara Abu Yazid Bistami dan Abul-Hassan Kharqani,beberapa sumber mengatakan bahawa kedua-dua Syaikh tersebut sebenarnyapernah bertemu, tetapi pandangan umum yang diterima adalah bahawa Abu YazidBistami meninggal dunia pada 261H/875M dan oleh itu tidak boleh mempunyaipertemuan dengan Abul-Hassan Kharqani yang dilahirkan hampir satu abad

    sesudah beliau. Persoalannya bagaimanapun, mengapa motif Uwaisi digunakandalam kenyataan ini boleh dijawab hanya secara sebahagian darinya berbandingsecara umum, kerana sumber yang tersedia tidak menyediakan maklumat khususmengenai isu ini. Kita perlu menganggap bahawa orang-orang yang berada dalambulatan tengah idea perhubungan Ruhani ini mencapai kemajuan, fikirkan bahawaadalah sangat penting bahawa orang-orang seperti Ja’afar Ash-Shadiq, Abu YazidBistami dan Abul-Hassan Kharqani semuanya termasuk dalam keturunanRuhaniyyah daripada Silsilah Naqsyabandi. Setiap daripada mereka menampilkanciri-ciri khusus yang jelas telah diperbadankan dan dianggap berkaitan denganThariqat Naqsyabandi.

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    5/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 5

    Kerana, seperti yang telah disebut bahawa Ja’afar Ash-Shadiq, Abu YazidBistami dan Abul-Hassan Kharqani bukanlah milik eksklusif kepada silsilahketurunan persaudaraan ikhwan Thariqat ini, nilai-nilai ini tidak dapat dikenalpasti, sekurang-kurangnya tidak dalam istilah Naqsyabandi. Jenis pembai’atanUwaysi yang agak berbeza boleh didapati dalam tahun-tahun perubahan antaraProto-sejarah dan tempoh formatif sejarah Naqsyabandi, dalam hubungan antaraAbu ‘Ali Farmadi dan Khwajagan yang pertama, Abu Ya’qub Yusuf Hamadani.‘Abdul-Khaliq Ghujduwani menulis di dalam karangannya Risalah Shahibiyyahbahawa Abu Ya’qub Yusuf Hamadani, selepas kematian Syaikhnya, beliau berjayamemperolehi bantuan kehadiran Ruhaniyyah Abu ‘Ali Farmadi untuk mendapatkan

     jawaban bagi persoalan yang mengenai kedua-dua bidang undang-undang Syari’atIslam dan jalan Thariqat Tashawwuf. Abu Ya’qub Yusuf Hamadani merasakan perlumenyampaikan jawaban-jawaban ini kepada murid-muridnya yang baru, jadi diamemberitahu kepada pengikutnya iaitu ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani. Sama adabenar atau tidak bahawa Zikir secara senyap yang diperkenalkan oleh ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani menjadi amalan lazim dalam Thariqat Naqsyabandi yangdigambarkan dalam nasihatnya sebagai tidak begitu jelas kerana sumber yang adatidak begitu tepat mengenai pendirian Abu Ya’qub Yusuf Hamadani.

    Khwajah ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani telah menyediakan contoh teladanterkemuka dalam Thariqat Naqshbandi dengan pembai’atan dengan Khidir.Baginda Khidir bukan sahaja mengajar beliau Zikir senyap, tetapi juga merangsangbeliau untuk menyertai Abu Ya’qub Yusuf Hamadani. Bagaimanapun, terdapatbeberapa riwayat yang berbeza sama ada Khidir memberikan arahan kepada‘Abdul-Khaliq Ghujduwani secara langsung atau tidak langsung. Menurut ceritayang terkenal berkaitan perkara ini terdapat di dalam dua buah kitab yang berjudulNafahatul-Uns dan juga Rasyahat ‘Ainul-Hayat, bahawa ‘Abdul-Khaliq Ghujduwanitelah diberitahu oleh Khidir untuk membaca Zikir secara diam-diam, sambilmerendam dirinya ke dalam air. ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani sendiri, bagaimanapundilaporkan sebagai berkata bahawa Abu Ya’qub Yusuf Hamadani mengajar dirinyadengan Zikir Khafi melalui perintah daripada Khidir.

    Meskipun ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani banyak terhutang budi kepada Khidir,sama ada secara langsung atau tidak langsung, terdapat kenyataan yangmenghairankan dan juga cukup bukti yang menunjukkan sikap agak negatif kepadaKhidir di pihak Ghujduwani. Beliau dilaporkan telah menolak permintaan Khidiruntuk menikmati Shuhbat bersamanya dengan mengatakan: “Anda minum airkehidupan dan mencari kehidupan, tetapi saya masuk ke dunia kehancuran dansaya sedang mencari kehancuran, jadi bagaimana mungkin kita boleh bershuhbatantara satu sama lain?” Dalam sumber yang sama, ada satu lagi kejadian aneh telahdisebut. Ketika Khidir dalam sekali peristiwa, pada suatu hari di musim bunga,memakai jubah Khirqah yang ditanggalkan oleh ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani ketikadia sedang bekerja di kebunnya, beliau telah berkata dalam nada sindiran: “Adalahtidak wajar untuk mengambil pakaian saya dengan tangan yang sama kamu telahminum air kehidupan.”

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    6/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 6

    Dari sudut pandangan pembai’atan secara Ruhani, Bahauddin Naqsyaband(718-791H/1318-1389M) adalah murid yang sebenar dan pengganti ‘Abdul-KhaliqGhujduwani, walaupun mereka tidak pernah bertemu. Ini adalah contoh klasikdalam persaudaraan ikhwan Shufi Naqsyabandi yang mengambil langkah pertamaatas jalan keshufian dalam kehadiran fizikal seorang Syaikh yang hidup, tetapiberhutang pembai’atan sebenar kepada seorang Syaikh Mursyid pembimbingRuhani yang dia tidak pernah temui. Sumber-sumber Naqsyabandi bersetujubahawa Bahauddin Naqsyaband telah diperkenalkan ke jalan Shufi Khwajagan olehBaba Sammasi (m.755H/1354M), Khwajah yang keenam, dan kemudiannya olehpengganti beliau, Sayyid Amir Kulal. Sumber yang sama menambah bahawa diaadalah murid Sayyid Amir Kulal hanya pada rupa luaran dalam erti kata bahawabeliau menerima arahan berkenaan Adab-adab Thariqat daripada beliau. PadaHaqiqatnya walau bagaimanapun, beliau adalah seorang Uwaisi, iaitu beliaumenerima asuhan keshufian daripada kehadiran Ruhani ‘Abdul-KhaliqGhujduwani. Apa yang Bahauddin Naqsyaband telah terima dengan caraperhubungan Ruhani dengan ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani adalah perintah supayabertindak tegas beramal ‘Azhimat dan berterusan mengamalkan Zikir Khafi danmenahan diri dari melakukan Zikir Jihri secara terbuka.

     Jenis pembai’atan Uwaisi dalam hal ini adalah jelas merupakan faktorpenentu dalam pembangunan identiti Thariqat Naqsyabandi. Ia menerangkan aspekpengenalan berkenaan aspek-aspek utama identiti ini. Pada masa yang sama iamenyumbang dan mengesahkan fakta bahawa pengenalan aspek-aspek ini melaluihubungan keruhanian dengan seseorang Syaikh yang sudah meninggal duniamelibatkan sejumlah ketidak-setiaan kepada Syaikh sebenar yang masih hidup.Untuk mematuhi arahan ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani berkenaan persembahan Zikir,Bahauddin telah menyimpang dari kebiasaan Sayyid Amir Kulal yangmengamalkan Zikir Jihri. Dan oleh itu, ketika mana Sayyid Amir Kulal danpengikut-pengikutnya mengamalkan Zikir Jihri dengan mengeraskan suara,Bahauddin bangun dan meninggalkan majlis. Kelakuan ini sangat menyakitkan bagipengikut Sayyid Amir Kulal, tetapi Bahauddin menunjukkan tiada pertimbangan.Dan apabila para pengikut melaporkan secara tertutup kepada Syaikh merekatentang tingkah-laku Bahauddin, Sayyid Amir Kulal memperingatkan kepadamereka secara umum dengan mengatakan bahawa Allah selalu memandang dengankebaikan terhadap Bahauddin dan bahawa bukanlah kewajiban manusia untukmempersoalkan nikmat Allah. Di atas ranjang kemangkatannya, Sayyid Amir Kulaldilaporkan sebagai berkata berkaitan dengan isu yang sama, bahawa perbuatan-perbuatan Bahauddin Naqsyaband telah diilhamkan oleh Allah dan berdasarkankebijaksanaan Hikmat Ilahi, dan bahawa ianya tidak mempunyai apa-apa kaitandengan ikhtiar manusia. Seterusnya, Sayyid Amir Kulal menyatakan dengan jelasbahawa dia telah dapat membimbing muridnya hanya untuk tahap tertentu. Dengankebenaran autoriti daripada Baba Sammasi, beliau telah mengambil berat tentangdidikan Tarbiyyat terhadap Bahauddin dengan sebaik mungkin, namun, beliau telahmemberitahu kepada Bahauddin, “Murghi Himmati Shuma Buland Parwaz Uftada

     Ast”,  yang bererti burung Himmat kesungguhan anda telah keluar untuk terbanglebih tinggi.

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    7/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 7

    Oleh itu beliau memberi keizinan kepada Bahauddin meninggalkannya danbeliau menasihatkannya supaya jangan menjadi lalai dalam usahanya mencari jenisbimbingan Thariqat yang sesuai dengan kesungguhan aspirasi Ruhaninya. Sesudahitu Bahauddin berkhidmat selama tujuh tahun dengan ‘Arif Dig Karani, seorangpengikut Sayyid Amir Kulal, dan seterusnya menyertai Qutsum Syaikh dan KhalilAta, yang tergolong ke garisan Silsilah Thariqat Yasawi. Dengan Khalil Ata, beliautelah mendampinginya selama dua belas tahun.

    Bahauddin Naqsyaband bukan sahaja contoh yang paling ketara tentang caramengaplikasikan pembai’atan secara Uwaysi yang telah digunakan bagi ThariqatNaqsyabandi. Beliau juga merupakan orang yang telah menjelaskan idea ini sedikitsebanyak ke dalam bentuk teori atau lebih tepat, seorang yang telah membangunkanidea ini dalam teorinya tentang kehidupan Shufi. Menurut teori ini, kehadiranRuhaniyyat Syaikh yang sudah meninggal dunia adalah suatu kuasa yang bolehditimbulkan oleh seseorang Shufi. Bahauddin mentakrifkan tumpuan Tawajjuh keatas kehadiran Ruhani seseorang Syaikh yang sudah meninggal sebagai suatu stesenMaqamat, iaitu suatu peringkat atas jalan Thariqat yang mana Salik boleh mencapaidengan usahanya sendiri. Maqam ini, jelas beliau adalah sebahagian daripada jenispersiaran menempuh perjalanan Thariqat Shufiyyah yang dinamakan sebagaikemajuan Suluk yang lawannya adalah tarikan Jazbah. Dalam Jazbah, Shufi ditarikoleh Allah atau tertarik kepada Allah dengan hampir secara pasif, tetapi dalamkemajuan Suluk ia adalah Shufi yang mengambil langkah pertama dan menetapkanmatlamatnya untuk Allah. Dalam keadaan ini orang yang dalam perjalanankemajuan Suluk mungkin dipandu oleh Arwah Para Masyaikh yang sudahmeninggal dunia yang bertindak sebagai Wasaith iaitu orang tengah. Dalamkeadaan Jazbah pula adalah sebaliknya iaitu tanpa ada Wasaith pengantaraan orangtengah. Bahauddin Naqsyaband menggambarkan teorinya dengan dua contoh. Yangpertama ialah Abul-Qasim Gurgani (m.469-70H/1076-77M), yang pada awalperjalanan Thariqatnya memberikan sepenuh tumpuan Tawajjuh terhadapkehadiran Ruhaniyyah seseorang Syaikh yang tidak kurangnya seperti Uwais Al-Qarani. Beliau selalu membaca menyebut nama Uwais ini tidak henti-henti sebagaisuatu jenis Zikir. Konsentrasi menumpukan kehadiran Ruhani Uwais Al-Qaranimembawa Gurgani kepada memutuskan sepenuh perhubungan dan pengundurandari benda-benda duniawi dan pemutusan dengan segala hubungan, baik yangnampak dan yang tidak kelihatan, yang mana manusia terikat kepada duniamaterial. Contoh kedua disediakan oleh Bahauddin sendiri, yang tertumpu kepadakeruhanian Muhammad Ibni ‘Ali Al-Hakim Al-Tirmidzi (m.295H/908M). Hasilnyaialah hal keadaan tanpa apa-apa sifat atau ciri.

    Menurut Bahauddin Naqsyaband, hal keadaan ini memaparkan tahaptertinggi pengalaman Shufi yang boleh dicapai oleh Para Aw1iya Allah. Para AwliyaAllah sebagai Rakan Tuhan boleh disifatkan misalnya dengan ciri-ciri pengenalanMa’rifat atau cinta Mahabbat, tetapi tahap yang paling tinggi ialah keadaan tanpamana-mana cirri daripada ciri-ciri tersebut. Walaupun tahap ini adalah menjadi

    milik kepada Nabi Muhammad , ia juga boleh dicapai oleh Para Rakan Tuhan.

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    8/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 8

    Mereka ini dapat mencapai dengan lebih tepat akan bahagian yang ada padatahap ini sebagai orang-orang yang memungut tangkai padi dari tuaian nasibkebaikan Nabi Muhammad . Idea perkongsian ini dalam pencapaian keruhanianNabi Muhammad telah dibangunkan semula kira-kira dua abad kemudian olehSyaikh Ahmad Sirhindi yang telah menjadikannya sebagai batu asas pemikiranThariqat Tashawwufnya. Beliau juga telah menyebutkan dalam sebuah surat kepadaSyaikh Mursyidnya, Muhammad Baqi Billah (m.1012H/1603M) berkenaanRuhaniyyat Para Masyaikh sebagai pengantara.

    Ikatan Antara Mursyid Dan MuridTumpuan ke atas keruhanian seseorang Syaikh yang sudah meninggal duniabagaimanapun tidaklah sebagaimana bimbingan seseorang Syaikh yang tinggalberjauhan. Yang satu tidak mengecualikan yang lain, bahkan mereka melengkapiantara satu sama lain. Apa yang penting adalah untuk mencari Mursyid yang cekap

    dan kompeten tidak selalunya mudah. Muhammad Parsa menjelaskan bahawasebelum ini terdapat banyak Para Masyaikh yang cekap, tetapi sejak kebelakanganini bilangan mereka telah jatuh dengan ketara hingga ke tahap bahawa mereka telahmenjadi suatu fenomena yang luar biasa, bahkan lebih bernilai dari belerang merahKibrit Ahmar.

    Dalam usaha untuk menerangkan kehendak tersebut, seseorang Syaikh yangbenar perlu mematuhi sumber-sumber Naqsyabandi yang mempunyai rujukanutama untuk kata sifat “Kamil”  bererti yang sempurna dan “Mukammil, Mukmil”  bererti yang menyempurnakan. Syaikh sebenar hendaklah telah mencapai tahap

    kesempurnaan dan membawa orang lain menuju kesempurnaan yang diistilahkansebagai  Martabat Kamal Wa Ikmal Takmil. Menurut Bahauddin Naqsyaband,mereka yang telah sampai ke akhir perjalanan keruhanian mereka iaitu Para Kamilinyakni orang-orang yang sempurna dan Para Washilin yang telah merasai kesatuandengan Tuhan, boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertamaterdiri dari orang-orang yang telah mencapai tahap kesempurnaan tetapi tidakdipertanggung-jawabkan dengan kewajiban memimpin orang lain kepadakesempurnaan. Sebabnya ialah kerana mereka tenggelam dalam lautan penyatuanBahar Jam’   dan hilang sepenuhnya dalam perut ikan yang Fana. Oleh keranamereka itu tidak sedar pun mengenai diri mereka sendiri, maka bagaimana mereka

    patut mengambil penjagaan terhadap orang lain? Kumpulan kedua terdiri dariorang-orang yang Kamil Mukammilin iaitu sempurna dan menyempurnakan.Mereka mampu untuk memimpin orang lain untuk menyempurnakan mereka,selepas lemas di laut dalam Kesatuan, mereka telah dibebaskan dari perut ikan yangFana dan mencapai pantai perpisahan dan medan berkekalan. Mereka mempunyaisaham dalam Nubuwwat Kenabian sebagai tahap tertinggi pengalaman keruhanian,manakala kumpulan pertama mendapati diri mereka pada tahap keruhanian yanglebih rendah daripada Rakan-rakan Tuhan yang mencapai Wilayat Kewalian.Ya’qub Charkhi (m.1447M), seorang daripada murid Bahauddin menggambarkanSyaikh Mursyid sebagai pembimbing Ruhani yang bukan hanya menyempurnakan

    dirinya tetapi juga mampu membimbing orang-orang lain mencapai kesempurnaansebagai Nurani dan Nurbakhsy iaitu orang yang diterangi dan dapat menerangi.

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    9/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 9

    Manakala Syaikh yang sempurna, oleh kerana dia telah mencapai tahapkesempurnaan maka dia memiliki Nurani tetapi tidak mencapai tahap Nurbakhsy.Beliau membezakan lagi dengan sejenis Syaikh pembimbing yang dipanggil sebagaiKamil Muqallid, iaitu Syaikh yang memiliki kedua-dua ciri kesempurnaan danmenyempurnakan tetapi dia hanya mampu memimpin orang lain untukkesempurnaan dalam meniru seseorang Syaikh yang benar-benar sempurna danmenyempurnakan. Tugas pembimbing Ruhani terhadap murid baru dalam ThariqatNaqsyabandi kerap hampir setiap kali, digambarkan sebagai suatu proses didikanTarbiyyat. Syaikh juga bertanggungjawab dengan arahan pengajaran Ta’lim, tetapitumpuan utama adalah pada didikan Tarbiyyat. Ini mencerminkan perubahandalam penekanan mengenai tugas Syaikh yang boleh dikesan dalam sejarahTashawwuf secara umum, peralihan dari sudut memberikan arahan kepadapendidikan Tarbiyyat.

    Perhubungan antara seorang Syaikh Mursyid dan murid yang baruadakalanya digambarkan sebagai perhubungan antara seorang bapa dan anak.Ya’qub Charkhi dengan jelas menyatakan bahawa Para Khwajagan selalunyamenganggap murid baru mereka seperti anak-anak angkat. Oleh itu, merekamengikuti jejak langkah Nabi Muhammad yang telah mengambil Zaid IbniHaritsah sebagai anak angkat Baginda . Contoh terdahulu adat kebiasaan ini dapatdijumpai dalam hubungan antara Abul-Qasim Gurgani dan Abu ‘Ali Farmadi. Abu‘Ali Farmadi dilaporkan berkata bahawa Abul-Qasim Gurgani telah menganggapdirinya sebagai anak beliau. Contoh lain adalah ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani danBahauddin Naqsyaband yang dilaporkan telah menjadi anak-anak angkat kepadaKhidir dan Baba Sammasi.

    Syaikh Mursyid sebagai pembimbing Ruhani bukan sahaja seperti bapakepada murid baru, tetapi dia juga mempunyai suatu peranan sebagai ibu. TugasSyaikh adakalanya disamakan dengan penyusuan dan juga dengan ibarat penetasantelur. Sayyid Amir Kulal pernah mengatakan kepada Bahauddin Naqsyaband:“Saya telah perah payudara saya untuk anda.”  Dalam peristiwa lain adalahdikatakan bahawa berterima-kasih kepada pemeliharaan seseorang Syaikh Mursyidyang membimbing Ruhani kerana menerusinya anak burung Ruhaniyyat seseorangmurid dapat muncul daripada telur kemanusiaan Basyariyyat.

    Penekanan ke atas tugas Syaikh, khususnya pada aspek pendidikan tugas ini juga terpapar dalam adat-adat atau teknik-teknik tertentu berdasarkan pemusatankonsentrasi kedua-dua belah pihak iaitu Syaikh pada murid baru dan di pihakmurid terhadap Syaikh Mursyidnya. Walaupun teknik ini tidak digunakan semata-mata oleh Para Shufi Thariqat Naqsyabandi, nampaknya ia telah mendapatpopulariti yang istimewa dengan persaudaraan ikhwan silsilah ini. Yang palingpenting dari teknik ini adalah Tawajjuh dan Rabithah. Untuk penilaian yang betulberkenaan peranan teknik-teknik ini yang diamalkan di dalam ThariqatNaqsyabandi, adalah penting untuk menyedari bahawa mereka telah menjalanipembangunan tertentu dengan mengambil kira dua perkara iaitu kandunganmereka dan terminologi istilah-istilah yang mereka gunakan.

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    10/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 10

    Dalam sumber Naqsyabandi sejak awal abad ke-16, Rabithah bermaknamurid baru hendaklah sentiasa menyimpan wajah Syaikh di dalam fikirannya,untuk mencapai bukan sahaja jumlah penyerahan kepada kehendak Syaikh, tetapi

     juga sejenis pengenalan dengannya. Murid baru akan kehilangan dirinyasepenuhnya dalam Syaikh dan dengan itu mencapai tahap Fana terasa penghapusandiri dalam Syaikh yang diistilahkan sebagai Fana Fi Syaikh, yang akan pastimembawanya untuk mencapai Fana penghapusan diri dalam Allah iaitu Fana Fillah.Sumber dari abad kemudian mencadangkan bahawa generasi para pengikutNaqsyabandi meneruskan amalan Rabithah tanpa sebarang perubahan. IstilahTawajjuh walau bagaimanapun, mengambil pengertian makna yang baru atausekurang-kurangnya terdapat makna kedua. Menurut sumber-sumber Naqsyabanditersebut dari abad ke-16, ia bermakna bahawa murid menggambarkan nama Allahsedang terukir dalam hatinya dan terus meletakkan tumpuan fikirannyaterhadapNya, sebagai satu cara untuk berada dalam kehadiran Hudhur Tuhan.Kemudian istilah Tawajjuh yang digunakan untuk menunjukkan penumpuankonsentrasi di pihak Syaikh pada para murid yang baru sebagai satu cara untukmemindahkan Zikir untuk mereka. Syaikh Mursyid pembimbing Ruhani,menghadapi murid baru dalam apa-apa cara yang hati mereka adalah dibayangkanbetul-betul berada bertentangan antara satu sama lain, kemudian berdoa kepadaAllah supaya cahaya Zikir yang beliau pernah menerima daripada Syaikh sendiri,kini boleh dipindahkan kepada murid baru beliau. Syaikh kemudiannya memberitumpuan kepada apa yang dikenali sebagai Lathaif iaitu organ halus supaya Zikirmenembusi seluruh kewujudan para murid.

     Jalan keshufian Thariqat Khwajagan berkenaan dengan amalan Tawajjuh danRabithah nampaknya tidaklah memainkan peranan yang begitu penting. DalamRisalah Shahibiyyah oleh ‘Abdul-Khaliq Ghujduwani dan Maqamat Khwajah‘Abdul-Khaliq Ghujduwani, perkara-perkara ini tidak disebut sama sekali. Perkarayang sama dinyatakan dalam risalah berkenaan adab menempuhi jalan yang SulukThariqat Tashawwuf, yang ditulis oleh Khwajah ‘Ali Ramitani (m.715-16H/1315-16M atau 721H/1321M). Bahauddin Naqsyaband, di sisi lain memberikan konsepTawajjuh terhadap keruhanian Ruhaniyyat Syaikh yang sudah meninggal dengansuatu kedudukan yang adil dalam teori kehidupan keruhanian, seperti yang telahdisebutkan. Beliau juga sudah membiasakan diri dengan Tawajjuh sebagaikonsentrasi pada pihak Syaikh yang hidup ke atas murid baru dan juga denganRabithah. Kita diberitahu bahawa beliau pernah melakukan Tawajjuh kepadaBurhanuddin, putera Sayyid Amir Kulal. Kesan penguasaan Ruhani dapat dilihatserta-merta, menurut sumber tersebut. Menurut cerita lain yang diberitahu oleh‘Abdur-Rahman Jami, bahawa Bahauddin Naqsyaband pernah mengajarkan Zikiryang kepada salah seorang murid baru dan seterusnya beliau berangkat ke Makkah.Sekembalinya, beliau telah diberitahu bahawa murid baru itu telah mengamalkanzikirnya hanya beberapa kali sahaja. Apabila Bahauddin mendapat tahu,bagaimanapun bahawa murid baru beliau telah melihat beliau dalam mimpinya, diatelah diyakinkan. Pada pandangan Jami, ini adalah suatu keterangan yang jelas

    berkenaan Rabithah, walaupun dia sebenarnya tidak meletakkan istilah ini ke dalammulut Bahauddin.

  • 8/20/2019 Kepentingan Syaikh Mursyid Dalam Thariqat Naqsyabandi

    11/11

    Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi 

    © 1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 11

    Dalam satu lagi cerita kita diberitahu bahawa Bahauddin sekali pernahmenasihatkan salah seorang murid baru untuk menumpukan perhatian kepadabeliau, iaitu memanggil ingatan terhadap wajah Syaikh dan berkata: “Ia bukan saya,ia adalah Khwajah.”  Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Khwajah‘Alauddin ‘Atthar (m.803H/1400M), iaitu seorang murid Bahauddin Naqsyabandyang sangat menonjol, telah melakukan Tawajjuh ke atas Syaikhnya untukmendapatkan bahagian yang penting dalam laluan Naqsyabandi. Dua karya risalahyang ditulis oleh Hassan ‘Atthar, anak sulung ‘Alauddin dan ‘Abdullah ImamiIsfahani, seorang daripada muridnya dengan jelas menyatakan bahawa murid barudalam Thariqat Naqsyabandi pertama sekali haruslah ingat wajah Syaikh Mursyidyang menjadi pembimbing Ruhaninya.

    Kedua karya ini menyatakan bahawa tumpuan konsentrasi ke atas Syaikhadalah suatu kebiasaan yang dijadikan contoh teladan Para Naqsyabandi yangmengikuti garis ‘Alauddin yang dikenali sebagai Thaifah ‘Alaiyyah. Perananpenting beliau adalah diiktiraf oleh Bahauddin Naqsyaband, yang telahmengamanahkan latihan Tarbiyyat kebanyakan dari para pengikutnya kepada‘Alauddin. Teknik Rabithah dan Tawajjuh seperti yang difahami oleh generasiNaqsyabandi terkemudian, muncul sebagai huraian dan penghalusan ideamengenai Tawajjuh, yang telah diketengahkan oleh Bahauddin Naqsyaband danpengikutnya ‘Alauddin ‘Atthar.

    Bagaimanapun, penjelasan dan perbaikan ini juga melibatkan sejenis jentera,yang mana kuasa Syaikh telah dianggap sebagai beroperasi secara tertentu hampirsecara kejenteraan. Manakala ‘Alauddin ‘Atthar memberi amaran bahawa Tawajjuhdi pihak Syaikh tanpa usaha di pihak murid baru akan pudar kehilangan kuasanya.Syaikh Naqsyabandi abad ke-19M, Syah Abu Sa’id Dehlawi (m.1240-41H/1824-25M)mengatakan bahawa kelajuan seseorang Shufi berjalan menempuh perjalanankeruhanian adalah bergantung terutamanya kepada Tawajjuh daripada Syaikhnyadan hanya pada tahap yang sangat kecil dengan bakat beliau sendiri. Beliaumemetik kenyataan Muhammad Ma’shum, putera dan pengganti Syaikh AhmadSirhindi bahawa kesan berzikir tanpa Rabithah adalah sia-sia, Rabithah sahajaadalah jalan yang sangat cekap tanpa membazirkan tenaga. Pada sudut yang lain,seseorang itu perlu berhati-hati untuk tidak membuat kesimpulan umum dengankenyataan dasar yang sedikit ini. Seseorang perlu sentiasa ingat bahawa apa yangterletak di bahagian dasar fenomena ini telah disentuh dalam artikel ini, ianyaadalah kesedaran bahawa faktor penentu dalam perhubungan antara SyaikhMursyid dan murid baru itu adalah Ruhaniyyat Syaikh yang merupakan suatukuasa yang tidak terhad kepada kehadiran tubuh badannya sahaja.