kepentingan sistem respirasi

5
KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT Azrai | Luqman | Haziq | Wafi 3 Imtiyaz 2014

Upload: jane1997

Post on 17-Feb-2016

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

powerpoint

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Sistem Respirasi

KEPENTINGAN SISTEMRESPIRASI YANG SIHAT

Azrai | Luqman | Haziq | Wafi3 Imtiyaz 2014

Page 2: Kepentingan Sistem Respirasi

PERJELASAN TENTANG BAHAN CEMAR.

1. Asap rokok-Asap rokok yang mengandungi banyak bahan yang membahayakan dan memberi kesan besar kepada sistem respirasi manusia. 2. Karbon monoksida-Gas yang terhasil daripada asap kenderaan.Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. 3. Sulfur dioksida-Gas sulfur dioksida terhasil daripada asap kilang. Gas tersebut dikatakan beracun. 4. Jerebu-Jerebu terhasil daripada asap eksos kenderaan, pembakaran terbuka dan juga pembakaran hutan. 5. Toksin-Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, ekzos kenderaan, dan pembakaran bahan api.

Page 3: Kepentingan Sistem Respirasi

PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI- BronkitisBronkitis adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

- EmfisimeEmfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan.

-AsmaAsma adalah keadaan saluran nafas yang mengalami penyempitan kerana hiperaktiviti terhadap rangsangan tertentu, yang menyebabkan keradangan; penyempitan ini bersifat sementara.

-Kanser PeparuKanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

Page 4: Kepentingan Sistem Respirasi

AMALAN MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH•  1. Tidak melakukan pembakaran secara terbuka- Pembakaran secara terbuka boleh mengakibatkan pencemaran udara. Barangan seperti sampah boleh dibuang di tempat pembuangan sampah yg telah ditetapkan. Barangan yang boleh dikitar semula tidak perlu dibakar sebaliknya boleh dijual 2. Tidak merokok di tempat yang terbuka- Merokok di tempat yang terbuka boleh mengakibatkan asap udara tercemar. Asap rokok mengandungi pelbagai racun yang boleh membahayakan kesihatan manusia 3. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan -Kerajaan perlu melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara berterusan. Terdapat agensi yang bertanggungjawab mengawal kualiti udara dan pencamaran iaitu Jabatan Alam Sekitar. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas boleh membendung pencemaran udara.

4. Penggunaan minyak mesra alam- Kenderaan perlu menggunakan minyak mesra alam contohnya minyak tanpa plumbum bagi mengurangkan pencemaran udara yang diakibatkan oleh asap kenderaan

Page 5: Kepentingan Sistem Respirasi

CARA MEMPERBAIKI KUALITI UDARA

a) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asapPihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang. b) Gunakan petrol tanpa plumbumPenggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum.

 c) Tanam lebih banyak pokokUsaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.