kepentingan seni lukis kepada kanak

Download Kepentingan seni lukis kepada kanak

If you can't read please download the document

Upload: mazri-muhammad

Post on 24-Apr-2015

10.448 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanakKanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikutfitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsisebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak. Kepentinganpengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada Aspek Kognitif,Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan Emosi. 6.1. Aspek Kognitif Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi dengan menunjukkan minat. 6.2. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas. 6.3. Aspek Kreativiti
  • 2. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untukmengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan senilukis mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.Ekspresi Kreativiti Kanak-KanakMelalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaanpancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatandan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk danobjek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkankepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat. Ini menyebabkanlukisan mereka sukar ditafsir tetapi yang lebih penting ialah mereka mampu melihatdunia menerusi kaca mata sendiri.6.5. Aspek Sosial dan EmosiMurid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapatmeningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yangdibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak jugaditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak- kanakmelukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individuyang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkanmelalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosikepada lukisan mereka. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepadabahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak bolehdipisahkan secara entiti. Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. kanak-kanaktidak mudah "tukar saluran" atau "menukar gear" untuk bergerak daripada matematikkepada pemikiran saintifik. pengetahuan dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusundengan rapi mengikut matapelajaran tertentu. Disebabkan itu, matematik dan sains,komunikasi dan seni bahasa, dan seni ekspresif adalah digambarkan dengan bulatan-bulatan yang bertindih. Pengalaman seperti memasak dan bermain adalah sangat
  • 3. dicadangkan kerana mereka merentasi dan melibatkan pengajian dalam banyak, daripada kawasan-kawasan kurikulum itu walaupun tidak semua. Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga secara holistik. Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosialPembelajaran kanak-kanak dalam Seni Lukis.Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. MengikutRobert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakanperubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasukperubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalamEducational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yangberlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yangsanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Kurikulum merujuk kepada semua pembelajaranyang diperolehi kanak-kanak di dalam program yang ditetapkan. Hal ini merujuk kepada,pembelajaran kanak-kanak yang dirancang secara khusus melalui pengalaman samada secaralangsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui konsep bermain.Kurikulum yang telah dibentuk adalah belajar sambil bermain. Pembelajaran yang diperolehikanak- kanak adalah pengalaman mereka sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Kanak-kanak belajar mengenai haiwan peliharaan dan diberi peluang melihat kucing, arnab danhamster. Dalam pembelajaran ini kanak-kanak menerima pembelajaran melalui pengalamanmereka bermain dengan haiwanhaiwan peliharaan itu.7.1. Pendekatan bertemaTema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapanmanusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai, keunikanciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalamkonteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadisuatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya Non-objective Art,
  • 4. Minimal Art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggupmenerima rintangan. Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancangmengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaranserta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untukmenghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinanbeberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-muriduntuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telahdirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema, guru haruslah mengambil kira beberapaaspek iaitu tema yang dipilih hendaklah berasaskan kepada kemahiran, pengalaman, sertapengetahuan sedia ada murid, tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Sumber-sumberpengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih, guru perlumempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih, dan guru perlu memastikan temapengajaran tersebut mempunyai peningkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebihmencabar. Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur,membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).7.2. PenghubungjalinanDengan adanya penghubungjalinan murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalamsesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkanperkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yangtersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektifmereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penggabungjalinan ini lebihberkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid- muridsendiri. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni lukis, murid-murid membuat modelkenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasimurid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi denganbebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda
  • 5. menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapatmewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalamaktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapatmembantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal danbukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskantema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebihmenyeronokkan. Matematik boleh di gunakan di dalam seni. Kanak-kanak selalunyamenjumlahkan bahan-bahan seni yang di gunakan. Mereka akan membandingkan alatan antarasatu sama lain. Misalnya mereka membeza saiz krayon, kuantiti warna, bilangan berus danbanyak lagi. Kanak-kanak juga selalu menjumlahkan sesuatu yang mereka cipta atau lukis.Misalnya mereka melukis lukisan potret orang. Mereka akan memastikan bilangan mata, jaridan bahagian anggota lain. Selain itu mereka juga boleh mengenalpasti bentuk-bentukgeometri di dalam seni. Sains boleh digunakan dalam seni apabila kanak-kanak melakukaneksperimen dengan alatan atau bahan seni mereka. Misalnya tanah liat yang keras bila di jemurdi tengah panas, krayon yang cair bila di tempat panas dan pemcampuran dua warna asaa yangmenghasilkan warna kedua yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga belajar tentang kepekatancecair dan daya tekanan. Seni memberi peluang kepada kanak-kanak memberitahu sesuatusamada secara nonverbal atau grafik. Dengan galakan juga, kanak-kanak akan menceritakankepada kita apa yang telah dicipta atau reka. Kanak-kanak membaca kerja seni mereka,sepertimana orang dewasa membaca buku. Dalam masa yang sama, kanak-kanak menikmatijalan cerita dan tajuk gambar mereka. Kanak- kanak digalakkan membacanya bersama-samaguru. Kanak-kanak yang lebih besar akan cenderung untuk mencetak perkataan sendiri sebagaijalan cerita. Mereka akan mencipta dan mengeja dengan salah. Ini yang sepatutnya terjadikerana ia adalah peringkat terpenting untuk kanak- kanakbermula untuk menulis danmembaca. Menconteng, membuat tanda, dan mengecat adalah peringkat terpenting dalamperkembangan mewarna dan menulis. Disebabkan seni adalah luahan tanpa suara, ia tidakmelibatkan bahasa dan tidak melibatkan kefahaman arahan pertuturan. Kanak-kanak bolehmenyelesaikannya sendiri dan membuat pemerhatian antara satu sama lain. Seni adalah masaterbaik untuk kanak-kanak mempertingkatkan penggunaan bahasa mereka. Seni juga memberi
  • 6. peluang kepada kanak-kanak untuk memperbanyakkan kosa kata mereka. Mereka dapatberbincang dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Guru dapat membantu kanak-kanakmenggunakan perkatan dengan betul.