kepentingan menyertai kokurikulum.docx

8
KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM Pendahuluan Semua pejajar di setiap sekolah diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang atau pun pada sebelah pagi bagi pelajar sesi petang. Para pelajar wajib menyertai tiga aktiviti yang dijalankan, iaitu kelab dan persatuan, unit beruniform dan aktiviti permainan. Kini kegiatan kokurikulum dilihat sama penting dengan bidang akedemik, malahan ada yang berpendapat kokurikulum lebih berkesan dalam membentuk EQ seseorang pelajar. Isi 1 Melalui aktiviti ini, terutamanya aktiviti sukan dan permainan tubuh badan akan menjadi sihat dan minda pun cerdas. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya badan kita akan mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui peluh. Apabila kita sihat, mudahlah untuk kita mengikuti pelajaran dan yang pasti kita dapat hadir ke sekolah. Sebaliknya, jika seseorang itu malas menghadiri aktiviti kokurikulum dia akan menjadi pasif dan mudah mendapat penyakit. Jika tubuh badan kita tidak sihat, kita akan menjadi cepat keletihan, badan lesu dan tidak bermaya seterusnya minat untuk belajar pun luntur. Isi 2

Upload: aan-samad

Post on 02-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kokurikulum

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM.docx

KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM

Pendahuluan

Semua pejajar di setiap sekolah diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang atau pun pada sebelah pagi bagi pelajar sesi petang. Para pelajar wajib menyertai tiga aktiviti yang dijalankan, iaitu kelab dan persatuan, unit beruniform dan aktiviti permainan. Kini kegiatan kokurikulum dilihat sama penting dengan bidang akedemik, malahan ada yang berpendapat kokurikulum lebih berkesan dalam membentuk EQ seseorang pelajar.

Isi 1

Melalui aktiviti ini, terutamanya aktiviti sukan dan permainan tubuh badan akan menjadi sihat dan minda pun cerdas. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya badan kita akan mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui peluh. Apabila kita sihat, mudahlah untuk kita mengikuti pelajaran dan yang pasti kita dapat hadir ke sekolah. Sebaliknya, jika seseorang itu malas menghadiri aktiviti kokurikulum dia akan menjadi pasif dan mudah mendapat penyakit. Jika tubuh badan kita tidak sihat, kita akan menjadi cepat keletihan, badan lesu dan tidak bermaya seterusnya minat untuk belajar pun luntur.

Isi 2

Selain itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar dapat memanfaatkan masa lapang dengan bijak. Sekiranya pelajar tidak menyertai aktiviti kokurikulum, masa yang terluang pasti akan digunakan untuk menonton televisyen, bermain permaiinan video, melayari internet dan berkemungkinan akan mengikut rakan-rakannya berpeleseran di pusat beli-belah, akhirnya boleh terlibat dengan pennyalahgunaan dadah dan jenayah, atau sekurang-kurangnya boleh terjebak menjadi perokok. Jelaslah bahawa, aktiviti kokurikulum ini dapat mengelakkan megeka daripada terjerumus ke dalam kancah masalah sosial, seperti jenayah, merempit, meragut, menagih dadah, mengedar dadah dan banyak lagi.

Page 2: KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM.docx

Isi 3

Apabila menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar juga boleh menambah kenalan. Hal ini dikatakan demikian kerana penyertaan dalam persatuan mahupun aktiviti sukan adalah tidak mengira dari kelas mana, ataupun apakah bangsa dan warna kulit seseorang pelajar itu? Jadi, apabila ramai kenalan para pelajar tidak akan berasa bosan dan dapat berbincang tentang pelajaran dengan rakan –rakan. Apabila para pelajar di sesebuah sekolah kenal-mengenali maka wujudlah perpaduan dan persefahaman antara mereka sekaligus dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Aktiviti kokurukulum juga diisi dengan aktiviti yang berbentuk pertandingan, sama ada pertandingan di peringkat sekolah, zon, daerah, peringkat negeri, malahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui pertandingan dalam aktiviti kokurikulum tersebut seorang pelajar boleh mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah sekiranya dia atau pasukannya memenangi kejohanan yang disertai. Jika pada peringkat sekolah, para pelajar ini sudah berjaya mengharumkan nama sekolah, apabila dewasa kelak, tidak mustahil para pelajar ini juga boleh mengharumkan nama Negara.

Intihanya, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum memberi manfaat yang banyak kepada kita. Oleh itu, para pelajar, mesti memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya menjadi pelajar pintar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan, tetapi tubuh badannya tidak bermaya, lebih buruk lagi jika dia hidup dalam kesepian kerana tidak mempunyai kawan.

Page 3: KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM.docx

FAKTA “Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum kepada Pelajar”

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar jadual waktu belajar. Kegiatan kokurikulum terbahagi pada tiga komponen iaitu kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit pakaian seragam.

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat memantapkan pengetahuan mengenai sesuatu kegiatan. Para pelajar mendapat ilmu mengenai kemahiran tertentu seperti berkhemah atau meningkatkan kemahiran dalam sukan yang diikuti.

Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin yang tinggi dalam diri. Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan pelajar patuh kepada peraturan. Ini dapat menyemai jati diri dan menjadi pelajar yang bertanggungjawab.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Para pelajar dapat belajar bagaimana untuk bekerjasama dan mempunyai semangat setia kawan. Setiap aktiviti yang dijalankan dapat menjadikan para pelajar bersatu padu dan membuat aktiviti dalam suasana harmonis.

Seterusnya, bakat para pelajar dapat dicungkil melalui kegiatan kokurikulum. Bakat yang terpendam dapat dipupuk dan dikembangkan untuk kebaikan pelajar . Para pelajar dapat menggunakan bakat yang ada untuk mencorak kerjaya pada masa hadapan.

Oleh itu, para pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan kokurikulum. Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah kepada pelajar.

Page 4: KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM.docx

SYARAHAN

“Kebaikan Bersukan”

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Tajuk syarahan saya ialah “Faedah Bersukan”. Bersukan merupakan aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah seperti bermain bola sepak, bola jarring dan sebagainya,

Hadirin yang dihormati,

Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu mengandungi bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan.

Selain mendapat badan yang sihat , kita dapat juga mencerdaskan otak. Dengan bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak. Otak yang cerdas membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Hadiri yang dihormati,

Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau merapatkan hubungan dengan kawan. Apabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan kita seorang yang aktif. Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti bersukan banyak memberi faedah kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak berlalu dengan sia-sia apabila kita bersukan.

Saya menyeru kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan yang ternyata banyak memberi faedah kepada kita. Sekian saya syaraha saya kali ini, terima kasih.

Page 5: KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM.docx

CERAMAH

“Cara-cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit”

Salam sejahtera diucapkan kepada Guru Besar, guru-guru, dan murid-murid yang dihormati. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah ini kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah saya pada pagi ini ialah “Cara-cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit”.

Hadirin yang dihormati,

Negara kita sering dilanda wabak penyakit berjangkit yang berbahaya seperti demam denggi, demam kepialu, dan taun. Penyakit-penyakit ini jika tidak dikawal akan memudaratkan malahan membawa maut kepada penghidapnya. Oleh itu, kita semua berperanan penting dalam mengawal penyakit ini daripada merebak.

Perkara utama yang perlu kita ambil berat ialah kebersihan diri sendiri. Kita harus memastikan badan kita sentiasa bersih dan sihat. Jadikan membasuh tangan sebelum makan sebagai amalan. Elakkan makan di luar kerana makanan yang dimasak itu belum tentu bersih dan selamat untuk dimakan.

Hadirin yang dikasihi,

Persekitaran rumah kita juga perlu diberi perhatian. Usah biarkan sampah-sarap bertaburan atau berlonggok sehingga dihurungi lalat. Parit dan longkang hendaklah dibersihkan untuk mengelakkan air bertakung. Tin-tin kosong, botol-botol minuman, dan tayar-tayar lama perlu ditanam atau dibbuang di tempat yang disediakan. Ini penting untuk mengelakkan pembiakan nyamuk yang membawa penyakit.

Selain itu, penduduk sesebuah kawasan baik di kampung atau di taman perumahan harus bergotong-royong membersihkan kawasan masing-masing. Kawasan yang bersih menjamin keselamatan penduduk daripada dihinggapi nyamuk yang membawa penyakit. Kita hendaklah bekerjasama dalam menangani masalah penyakit berjangkit ini.

Page 6: KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM.docx

Saya menyeru kepada hadirin agar mengambil berat akan kebersihan diri dan persekitaran Saya akhiri dengan kata-kata cegahlah sebelum parah. Sekian, terima kasih.