kepentingan kurikulum tersirat

Upload: nor-azizah

Post on 04-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    1/14

    KURIKULUM TERSIRAT

    1.0 PENGENALAN

    Kurikulum terbahagi kepada dua jenis, iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersirat.

    Kurikulum nyata (manifest curriculum) merujuk kepada kurikulum formal atau kurikulum

    rasmi, manakala kurikulum tersirat (latent curriculum) merupakan kurikulum tak formal

    yang digunakan untuk memupuk nilai, sikap, dan interaksi sosial yang positif melalui

    peniruan, permodelan, aktiviti kumpulan, aktiviti unit beruniform dan sebagainya.

    Istilah kurikulum tersirat juga disebut sebagai kurikulum tersembunyi, kurikulum

    terselindung atau kurikulum tersisip. Kurikulum tersirat merupakan pengalaman

    pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh murid-murid sekolah dan

    kesan ini adalah di luar kawalan guru. Kesan secara tidak langsung ini juga dikenali

    sebagai kesan sampingan kurikulum tersirat.

    Kurikulum dan sekolah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Setiap

    sekolah di Malaysia mengikut kurikulum sama yang dirancang oleh Pusat

    Perkembangan Kurikulum. Melalui kurikulum ini, pihak sekolah membekalkan ilmu dan

    pengalaman pembelajaran pada orang ramai. Antara ciri yang terdapat dalam kurikulum

    tersirat ialah merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di

    mana mereka belajar, boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasil pembelajarannya

    adalah bersifat relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif, merangkumi nilai-nilai

    yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri dan lain-lain lagi.

    Melalui Kurikulum tersirat, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berusaha

    membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan Budaya antara

    kaum. Pihak sekolah pula berusaha mengaplikasikan penerapan nilai Budaya

    masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya aktiviti Ko-Kurikulum.Pada masa sekarang, kurikulum tersirat telah diaplikasikan melalui aktiviti persatuan,

    kegiatan panitia dan aktiviti Kokurikulum.

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    2/14

    2.0 CIRI-CIRI KURIKULUM TERSIRAT DALAM USAHA MEMBENTUK BANGSA

    YANG BERSATU DAN SALING MENERIMA PERBEZAAN ANTARA KAUM DALAM

    KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH.

    Menurut A Dictionary of Sociology (2005), kurikulum tersirat merujuk kepada

    cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses pengajaran pembelajaran

    dan pengurusan organisasi sekolah. Kurikulum ini tidak dibuat secara formal, tetapi ia

    berlaku tanpa disedari oleh guru dan murid-murid. Pengalaman yang diterima itu

    sebenarnya boleh memberi panduan kepada masa hadapan murid-murid apabila

    mereka tamat belajar secara formal.

    Antara ciri-ciri kurikulum tersirat ialah kurikulum ini merangkumi semua pengalaman

    pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar. Kurikulum tersembunyi

    mempunyai pertalian yang rapat dengan pengalaman persekolahan individu. Individu

    yang mengikuti perjalanan sistem pendidikan yang diterjemahkan ke dalam pelbagai

    rekabentuk kurikulum memperoleh ilmu dan pengalaman persekolahan yang menjadi

    ingatan dan pegangan hidup sehingga mereka dewasa. Kanak-kanak mempunyai

    bebagai tanggapan,perasaan dan sikap pada sekolah. Alam persekolahan ialah suatu

    pengalaman murid yang menyeronokan, menakutkan dan tempat di mana kanak-kanak

    berjumpa dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa

    dan budaya. Realiti ini berlaku pada peringkat awal sistem persekolahan formal

    dipekenalkan dan semakin berubah apabila sistem pesekolahan formal terancang dan

    berterusan dilangsungkan.

    Kurikulum tersirat boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya

    adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif. Relatif meliputi ideologi,

    keyakinan,nilai budaya masyarakat yang mempengaruhi sekolah. Bermakna

    masyarakat yang menetapkan pengetahuan yang harus diwarisi dan yang tidak perludiwariskan pada generasi muda yang memimpin dan menerajui masyarakat. Perkara-

    perkara lain termasuk sistem pengurusan kelas,ruang kelas,aturan yang diterapkan

    serta pola pengelompokan pelajar. Semua perkara ini membawa implikasi pengaruh

    pada pelajar sepanjang persekolahan.

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    3/14

    Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana

    kurikulum itu sendiri samada guru dan murid atau pengajar.Nilai ini akan dipelajari oleh

    murid tetapi secara tidak langsung misalnya, tingkahlaku dan akhlak seseorang guru itu

    sendiri iaitu bagaimana cara guru itu berpakaian,berkomunikasi dan menyampaikan

    ilmu.Nilai ini secara tidak langsung dapat diterapkan ke dalam diri murid-murid

    sepanjang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran sebagai contoh guru

    menerapkan sifat kerjasama dalam aktivit berkumpulan.Kurikulum tersembunyi

    mempunyai pengaruh dan peranan yang besar dalam membentuk nilai dan budaya

    masyarakat. Amalan dan kebiasaan tradisi ini menjadi pewaris kanak-kanak

    sehinggalah membentuk suatu kebiasaan. Ia seterusnya dapat membawa implikasi

    kestabilan dan harmoni dalam masyarakat.

    Kewujudan bagi kurikulum tersirat adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi,

    persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum. Kurikulum tersirat boleh

    menyatukan murid pelbagai kaum dengan adanya aktiviti kokurikulum. Sebagai

    contoh,dengan mengadakan pertandingan permainan tradisional ataupun karnival

    permainan tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan cara ini

    murid-murid dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing dan secara

    tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.

    Kurikulum tersembunyi terdiri daripada jenis atau pengkategoriannya yang berbeza-

    beza mengikut tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.Oleh itu,

    kurikulum tersembunyi sama-sama berperanan dalam membentuk perubahan fungsi

    sosial pendidikan. Apabila guru mengadakan aktiviti kelas secara berkumpulan, guru

    harus membahagikan kumpulan berdasarkan prinsip menggalakkan interaksi antara

    murid yang berlainan kaum. Guru boleh menyemaikan perasaan menerima dan

    menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain melalui aktivitiyang dijalankan.

    Apabila dalam kelas bahasa Cina, semua murid tidak mengira kaum akan bercakap

    dalam bahasa Cina dan apabila dalam kelas bahasa Melayu, semua murid pula akan

    bertutur dalam bahasa Melayu. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan

    antara pelbagai kaum pelajar malah dapat meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar

    dalam pelbagai dialek.

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    4/14

    Justeru, jelas dilihat bahawa kurikulum tersirat sangat penting dalam menghasilkan

    suasana pembelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek kepelbagaian sosio-

    budaya dan ini secara tidak langsung memberikan implikasi kepada murid tanpa

    mengira kaum. Sebagai kesimpulannya, kurikulum tersirat perlu menjadi salah satu

    agenda utama dalam usaha mempertingkatkan kualiti kurikulum negara

    3.0 IMPLIKASI KURIKULUM TERSIRAT TERHADAP KEPELBAGAIAN

    SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

    Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia

    tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat

    perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran

    paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Majoriti tokoh

    pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang

    dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan bukanlah setakat kandungan yang tercatat

    dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua

    pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. Inilah yang

    dikatakan sebagai Kurikulum Tersirat.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Mantan

    Perdana Menteri kita yang kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, kepelbagaian

    murid di sekolah memberi implikasi yang besar kepada guru.

    kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat

    untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai

    (Tun Abdullah Ahmad Badawi,Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 m/s

    38)

    3.1 Kesan kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan

    murid sekolah rendah

    Rajah 2

    Mendisiplinkan

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    5/14

    murid

    Pembentukkan kendiri murid dapat

    dilaksanakan

    Menggalakkan penggunaan bahasa standard

    Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan

    menyeronokkan

    Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku

    negatif

    Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik

    darjah

    3.1.1 Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah

    Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan

    oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Melalui

    interaksi, murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain tidak kira berbeza agama,

    bangsa, budaya, mahupun jantina. Interaksi adalah salah satu medium perantaraan

    bagi setiap individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak semestinya hanya

    berinteraksi untuk tujuan pembelajaran, malah mereka perlu berinteraksi untuk

    keperluan sosialisasi mereka sendiri. Secara tidak langsung, interaksi antara murid

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    6/14

    akan berlaku secara meluas di dalam sesebuah kelas. Justeru, interaksi antara murid

    ini memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam

    kalangan murid. Tuntasnya, kurikulum tersirat dapat menggalakkan persekitaran yang

    mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah.

    3.1.2 Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku

    negatif

    Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi :

    Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193,guru adalah model bagi

    pelajarnya. Kelakuan, tutur kata dan budi bicara akan mempengaruhi sikap dan tabiat

    pelajar, kerana Bandura berpendapat, pelajar juga akan belajar melalui proses

    peniruan. Maka jelaslah bahawa, tingkah laku negatif murid sudah pasti dapat

    dikurangkan jika seseorang guru mampu menjadi teladan yang terbaik kepada anak

    muridnya. Justeru, seseorang guru perlu memastikan setiap yang dilakukannya adalah

    perkara yang mendatangkan tingkah laku positif terhadap murid.

    3.1.3 Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan

    Bilik darjah yang telah diterapkan dengan amalan mesra budaya dapat memastikan

    semua ahli kelas sentiasa berada dalam keadaan bersedia setiap kali p&p dijalankan.

    Perhatian dan fokus murid merangsang mereka untuk memberi kerjasama kepada guru

    dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam

    bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman

    70, ransangan yang berkesan akan wujud apabila guru dapat menarik minat murid

    untuk melihat, memberi tumpuan, mendengar, mencatat, menyoal, menjawab dan

    bertindak balas terhadap aktiviti yang dikelola guru. Hal ini sudah pasti banyak

    membantu guru terhadap p&p yang dilaksanakan, objektif p&p akan mudah tercapai

    malah murid akan merasakan aktiviti yang dilalui sangat menyeronokkan. Oleh itu,

    jelaslah bahawa persekitaran yang mesra budaya di dalam sesebuah bilik darjah itu,

    sangat membantu bagi memastikan sesuatu p&p yang dijalankan guru berlaku dalam

    keadaan ceria dan Menggalakkan penggunaan bahasa standard menyeronokkan.

    3.1.4 Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    7/14

    Salah satu strategi kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan

    budaya di Negara ini adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

    perantaraan di sekolah. Di dalam bilik darjah, semua murid diwajibkan menggunakan

    bahasa Melayu ketika berinteraksi semasa pengajaran dan pembelajaran (p&p)

    dilaksanakan. Hal ini sudah pasti dapat mengelakkan penggunaan unsur-unsur dialek

    mengikut kaum semasa mereka berinteraksi. Pengunaan laras bahasa yang tepat yang

    diamalkan dalam situasi yang sesuai serta aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan

    bahasa yang disertai murid mampu meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid

    terhadap bahasa standard. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid

    mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Justeru, murid dapat mempraktikkan

    serta mengamalkan bahasa standard secara tepat dengan adanya bantuan daripada

    guru.

    3.1.5 Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan

    Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan

    Didaktik Untuk Guru pada halaman 193 ada menyatakan, Ibn Maskawaih berpendapat

    akhlak itu dapat dibentuk dan dibina dalam diri manusia. Institusi pendidikan seperti

    sekolah dapat dijadikan saluran penting pembinaan dan pengukuhan akhlak.

    Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa pembentukkan kendiri murid dapat disemai

    oleh seorang guru di sekolah. Melalui tindakan yang berhemah serta dibaluti perasaan

    kasih sayang, seseorang guru dapat memberi peluang yang terbaik untuk

    mengembangkan potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.

    Guru yang sentiasa membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah

    memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada

    sebelumnya, mampu menarik perhatian murid untuk sentiasa melakukan perubahan

    positif terhadap diri mereka. Tindakan seseorang guru yang tidak mepertikaikankepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid berupaya

    menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses

    sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama dapat dikembangkan sekali gus

    proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    8/14

    3.1.6 Mendisiplinkan murid

    Sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai organisasi yang tertentu. Di sini, seseorang

    guru sebenarnya telah mengaplikasikan empowerment .Ahmad Rafaai Ayudin di

    dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada

    halaman 194, menyatakan empowerment ialah menurunkan kuasa pendisiplin dan

    pengurus bilik darjah kepada pelajar dengan memberi mereka tanggungjawab untuk

    memastikan kebersihan, menyediakan jadual tugasan, mengganti sebarang bentuk

    bahan-bahan bagi papan kenyataan bilik darjah dan sebagainya. Berdasarkan

    pernyataan ini, jelas membuktikan bilik darjah yang mesra budaya mampu menjadikan

    seseorang murid lebih berdisiplin, amanah serta bertanggungjawab terhadap tugas

    yang dipegangnya. Guru dapat membimbing murid untuk menjadi lebih berdisiplin

    dengan mengamalkan peneguhan positif terhadap hasil tugas murid.

    3.2 Saranan aktiviti yang boleh dijalankan melalui pengajaran dan pembelajaran (p&p)

    dalam konteks kurikulum tersirat untuk pembentukan interaksi sosial serta pemupukkan

    nilai-nilai murni dalam kalangan murid berbilang kaum.

    Saranan aktiviti dalam (p&p)

    Meransang intuisi murid melalui set

    induksi

    Penerapan nilai melalui pengajaran

    afektif

    Penilaian dan penambahbaikan P&P secara

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    9/14

    berterusan.

    Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh.

    Motivasi yang

    bervariasi

    Mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam

    p&p

    3.2.1 Meransang intuisi murid melalui set induksi

    Intuisi dalam kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan pada halaman 339 bererti naluri,

    gerak hati, rasa hati, firasat, atau rasa-rasa. Justeru, meransang intuisi murid melalui

    set induksi bererti meransang sifat ingin tahu murid dalam langkah set induksi pada

    setiap permulaan p&p. Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku

    Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 101-102, menggariskan lima caramembina aliran fikiran murid dalam langkah set induksi. Pertama, menarik perhatian

    murid agar mereka betul-betul bersedia terhadap p&p yang bakal disampaikan. Kedua,

    orientasi, yakni menggunakan suatu situasi, objek, proses, atau alat untuk merangsang

    minat murid. Ketiga, mewujudkan motivasi dengan cara menunjukkan kemesraan dan

    semangat terhadap perkara yang bakal dipelajari. Keempat, struktur bererti set induksi

    beasaskan tugasan, dan yang kelima ialah membuat perkaitan kepada judul utama

    p&p. Kedua-dua penulis buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan ini juga ada

    menyarankan contoh aktiviti bagi langkah set induksi. Antaranya, memulakan pelajaran

    dengan sesuatu yang luar biasa atau dengan rentak dan irama. Memulakan pelajaran

    dengan satu set arahan atau melalui satu pengumuman, Memberikan soalan

    mencabar, menggunakan kiasan, atau aliran mengejutkan. Apabila murid sudah

    bersedia dan mendapat gambaran tentang p&p yang bakal dijalankan, maka guru

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    10/14

    mampu mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua murid untuk melakukan

    aktiviti seterusnya dalam proses p&p.

    3.2.2 Penerapan nilai melalui pengajaran afektif

    ...Sepertimana kualiti kognitif dan psikomotor, kualiti afektif juga perlu ditekankan oleh

    guru dalam pengajarannya dengan cara menerapkan perubahan sikap ke atas pelajar

    melalui gerak kerja dan aktiviti yang dikelolakan dalam bilik darjah

    (Ahmad Rafaai Ayudin, Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru,

    halaman:193)

    Pernyataan oleh Ahmad Rafaai Ayudin membuktikan bahawa penerapan nilai menerusi

    pengajaran afektif sangat penting dalam memastikan perubahan sikap murid yang

    negatif kepada positif. Dalam penyampaian isi pelajaran, nilai-nilai murni hendaklah

    diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam

    proses pengajaran. Guru perlu menanamkan asas sosialisasi yang positif agar

    wujudnya semangat setiakawan, penerimaan, menghormati orang lain, mematuhi

    arahan dan peraturan, serta menggunakan bahasa yang baik dalam pertuturan mereka.

    Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran afektif, usaha untuk membentuk

    perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak dalam kalangan murid yang

    tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara berkesan oleh seseorang

    guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi sosial sekali gus

    menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang kaum.

    3.2.3 Mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam p&p

    Pengukuhan menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku

    Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 108, ialah suatu kemahiran yang

    digunakanoleh guru bagi mengubah tingkah laku murid dengan sempurna. Murid yang

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    11/14

    dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian seperti yang dijangkakan perlu diberi

    pujian atau bentuk-bentuk penghargaan lain. Ini dapat mendorong mereka untuk terus

    belajar dan menyukai pelajaran tersebut. Tujuannya ialah untuk menarik dan

    mengekalkan perhatian murid dalam satu-satu masa pengajaran. Guru hendaklah

    sentiasa mengukuhkan tindak balas positif yang ditunjukkan murid agar perbuatan itu

    akan terlazim dan menjadi satu kebiasaan. Peneguhan yang dilakukan hendaklah sama

    rata antara murid terutama jika murid terdiri daripada berbilang kaum. Terdapat empat

    bentuk peneguhan yang digariskan oleh Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd

    Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan iaitu dengan galakan secara lisan,

    galakan secara gerak-geri dan gerak isyarat, galakan dengan cara menggunakan

    jawapan murid, dan galakan dengan cara ganjaran. Guru bertanggungjawab menyekat

    aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum atau pembentukan

    kumpulan berdasarkan etnik semasa p&p dijalankan. Penghapusan perilaku negatif

    seperti ini perlu dilakukan agar tindakan murid ini tidak sampai sehingga meniupkan api

    perkauman mereka. Oleh itu, kemahiran pengukuhan, penghapusan, dan pelaziman

    dalam p&p sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid

    sekolah rendah.

    3.2.4 Motivasi yang bervariasi

    Motivasi menurut menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam

    buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 106, bertujuan merangsangkan

    minat murid kea rah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru. Oleh yang demikian,

    guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemen-elemen motivasi. Bagi

    memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang p&p, beberapa

    komponen penting motivasi telah digariskan oleh Ahmad Rafaai Ayudin iaitu dayapenampilan guru, pergerakan guru dan intonasi suara, alihan arah deria serta

    melibatkan murid. Kesemua komponen ini perlu ada dalam diri guru kerana murid

    sentiasa memerhatikan tindakan semasa p&p. Komponen seperti alihan arah deria dan

    melibatkan murid juga perlu dikuasai guru agar murid tidak hilang fokus dan lebih aktif

    semasa p&p berlangsung sekali gus termotivasi.

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    12/14

    3.2.5 Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh.

    Pemilihan sumber yang dimaksudkan ialah penggunaan alat abntu mengajar (ABM).

    ABM berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan

    murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid. ABM mampu memudahkan murid

    membentuk konsep dengan betul dan menerima pejaran dengan cepat. Dalam konteks

    kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan sesuatu ABM yang dipilih sesuai

    dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh

    berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan ABM serta BBM yang digunakan

    sesuai untuk semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis kepada mana-

    mana murid. Hal ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas kerana ini mungkin

    dapat mendatngkan implikasi negatif kepada individu murid. Begitu juga dengan

    penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru digalakkan menggunakan

    contoh yang kokrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh yang boleh mendatangkan isu

    perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan penggunaannya agar murid

    tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain.

    3.2.6 Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

    Melalui penilaian, guru dapat menentukan sama ada berjaya atau tidak muridnya

    menyerap maklumat yang disampaiakan. Memandangkan pengajaran kurikulum tersirat

    tidak dapat dijui melalui ujian kertas dan pensil, maka pemerhatian dapat dianggap

    teknik yang bertepatan bagi mengukur keupayaan, kemahiran serta perubahan tingkah

    laku yang ditunjukkan oleh murid. Seseorang guru perlu mencatat kemajuan dan

    kelemahan setiap individu murid untuk membuat pengubahsuaian bagi p&p seterusnya.

    Sekiranya seseorang guru mendapati p&p yang dijalankan tidak mencapai objektif yang

    sepatutunya, pentaksiran perlu dilakukan serta tindakan susulan perlu diambil.

    Penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid perlu dinilai dan direkodkan agarguru dapat melihat perkembangan afektif muridnya dan boleh melakukan sesuatu untuk

    menggalakkan perubahan ke arah kebaikkan sekali gus dapat membentuk kendiri murid

    yang positif.

    4.0 RUMUSAN

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    13/14

    Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia memberikan

    kesan kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan suasana

    pembelajaran secara khasnya. Secara keseluruhannya, kurikulum tersirat boleh

    dikatakan sebagai pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung

    oleh murid-murid sekolah dan kesan ini adalah di luar kawalan guru.Majoriti tokoh

    pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang

    dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan bukanlah setakat kandungan yang tercatat

    dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua

    pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. Inilah yang

    dikatakan sebagai Kurikulum Tersirat.

    Antara ciri-ciri kurikulum tersirat ialah merangkumi semua pengalaman pembelajaran

    yang murid peroleh di mana mereka belajar. Selain itu, kurikulum tersirat juga, boleh

    menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan

    agak sukar diukur secara kuantitatif. Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang

    dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri samada guru dan murid atau

    pengajar. Kewujudan bagi kurikulum tersirat adalah berbeza-beza bergantung kepada

    lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum. Di samping itu, Kurikulum

    tersembunyi terdiri daripada jenis atau pengkategoriannya yang berbeza-beza mengikut

    tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.

    Terdapat banyak implikasi kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosio budaya

    dalam kalangan murid sekolah rendah. Antaranya ialah, menggalakkan interaksi antara

    murid secara meluas di dalam bilik darjah, membangunkan pencapaian murid bagi

    mengurangkan tingkah laku negative mereka, murid dapat belajar dalam keadaan ceria

    dan menyeronokkan, pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan, dan dapat

    mendisiplinkan murid.

    Aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan di dalam p&p untuk pembentukan interaksi sosial

    serta pemupukkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid berbilang kaum ialah dengan

    meransang intuisi murid melalui set induksi, memootivasi murid dengan bervariasi,

    mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam p&p. Selain

    itu, pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh, serta

  • 7/31/2019 kEPENTiNGAN KURIKULUM TERSIRAT

    14/14

    penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan juga antara aktiviti yang boleh

    diterapkan kurikulum tesirat.

    ahli2 kumpulan: 90,FAREAST, ARE U, IKA, TIKA