kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

14
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 1

Upload: mansorembong

Post on 03-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah

Jabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

1

Page 2: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

2

Pengenalan

Kepelbagaian makna :

Sinonim

Antonim

Homonim

Polisemi

Hiponim

Homofon

Page 3: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

3

Sinonim-kesamaan makna

1 Kesamaan makna /sinonim

Contoh: tiba – sampai

Bila dia tiba?

Bila dia sampai

Sampai bila keadaannya begitu?

Tiba bila keadaannya begitu?

Page 4: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

4

Kata –kata sama makna itu selalunya

terdiri daripada pasangan kata yang

dipinjam dengan perkataan asal yang

ada dalam bahasa tersebut.

Contoh:

jemput(an) - undang(an)

Kereta - motokar

Page 5: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

5

Kata yang datang dari dialek yang berlainan

Pepatung – cikcibau (dialek Perak).

Batas - jalan (Kedah).

Penggunaan Bahasa berdasarkan konteks

1. Mangkat, wafat, mati, mampus, kojol, tamat riwayat dsb.

2. Penyanyi – biduan, pelakon – seniman.

Page 6: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

6

Antonim- pertentangan makna Kata adjektif

sejuk – panas tinggi – rendah hitam - putih

Kata kerja

menolak – menerima menangis – ketawa bangun – tidur membeli – menjual kerat - sambung

Kata nama

langit – bumi kakak - abang

Pertentangan yang sukar

* berjalan - berlari - berdiam duduk - berdiri - berbaring memasak – mandi, parang, bakul, tali dsb.

Page 7: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

7

Antonim daripada awalan

Progresif - regresif

Prolog - epilog

Prefiks - sifiks

Ekspresi - impresi

Induktif - deduktif

Page 8: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

8

Antonim dari akhiran

Seniman – Seniwati

Olahragawan – Olahragawati

Pemuda- Pemudi

Siswa – Siswi

Page 9: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

9

Ragam antonim

a. Antonim komplementar (saling melengkapi)

jahat - baik miskin – kaya hidup - mati

b. Antonim berperingkat (pasangan yang berperingkat)

lebih besar - kurang kecil

lebih tinggi – lebih rendah

c. Antonim Relasional (makna simetrikal)

guru - murid penyuruh - pesuruh

pengajar – pelajar employer - employee

d. Antonim resiprokal ( pasangan yang bertentangan)

memberi - menerima membina - meruntuh

Page 10: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

10

Taringan, 1985:37

Kajian tentang antonim ini adalah satu cara yang efektif juga untuk meningkatkan perbendaharaan kata serta memperkembangkan atau meluaskan kosa kata kita.

Dengan menggolongkan antonim-antonim, membantu kita berfikir dalam istilah-istilah yang memperbezakan atau konsep-konsep serta pernyataan yang bertentangan.

Page 11: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

11

1. Hiponim (Kekeluargaan)- perkataan yang mempunyai hubungan inklusif atau pengelompokan di dalam satu jenis atau himpunan golongan perkataan.

a. Kenderaan – kereta, lori, bas, basikal,

kereta api dll.

b. Serangga - lalat, lipas, semut dll.

2. Polisem ( mempunyai dua atau lebih makna. Bunyi dan ejaannya sama tetapi berbeza makna mengikut konteks tetapi mempunyai pertalian).

a. badan - tubuh, lembaga

b. luka - cedera, tersinggung

Ahli semantik tradisional mengatakan kaki manusia, kaki langit, kaki judi, kaki wayang adalah tidak sama, sebaliknya mempunyai makna yang berkaitan. Contoh dalam bahasa Inggeris- flash – pancaran cahaya, sekilas, berita kilat (newsflash) jalur warna.

Page 12: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

12

Contoh lain - telur.

3.Homonim – (dua kata yang ejaannya dan sebutannya

sama/ entri yang maknanya tidak ada sangkut pautnya, daripada dua kata yang berlainan)

– daki, kaki, pokok

* Dalam kamus, polisemi, segala makna akan

disenaraikan sebagai satu kata masukan sahaja, sedangkan kata-kata yang homonim diletakkan sebagai kata-kata masukan yang berlainan.

4. Homograf – perang – perang semak – semak

sepak - sepak selak - selak

rendang-rendang

5. Homofon - massa - masa, wat –wad, blue - blew

6. Mironim (hubungan sebahagian daripada)-

atap, bumbung, dinding, lantai - rumah

Page 13: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

13

Latihan

Senaraikan ragam antonim dan berikan 5 contoh setiap satu.

Terangkan maksud istilah dan berikan 5 contoh bagi setiap satu:

a. Homonim

b. Homofon

c. Homograf

d. Hiponim

e. Polisemi

Apakah maksud akronim?

Page 14: Kepelbagaian_makna_dan_makna_perkataan.pdf

14

Sekian, terima kasih…