kepekaan nombor.docx
TRANSCRIPT
KEPEKAAN NOMBOR
Kepekaan nombor bermaksud celik akal terhadap nombor serta hubungan dalam
nombor. Individu yang memiliki kepekaan nombor yang baik biasanya mempamerkan ciri-ciri
berikut semasa melakukan pengiraan secara mental, keupayaan berfikir secara logik,
keupayaan merancang dan megawal, fleksibal dan kemahiran mengadaptasi secara wajar.
Kemahiran di atas sangat penting dan harus dikuasai oleh setiap individu bagi membolehkan
mereka menyelesaikan masalah-masalah nombor dalam kehidupan harian mereka.
Pada tahap awal penguasaan matematik diperoleh kanak-kanak melalui kepekaan
terhadap nombor. Konsep nombor ialah suatu idea abstrak mengenai ukuran yang meliputi
ruang lingkup luas dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai keadaan. Contohnya, nombor
empat: empat meter, jam empat petang, empat ringgit, empat rakaat dalam sembahyang,empat
harakat dalam sebutan tajwid dan sebagainya. Kepelbagaian bentuk ukuran yang boleh
digambarkan melalui konsep nombor menjadikan ia suatu konsep sesuai bagi menggambarkan
perkara di sekeliling kita. Kanak-kanak kecil mula memperoleh kepekaan nombor melalui
pengalaman mereka mendengar perkataan berkaitan nombor dan bilangan, melihat simbol
berkaitan nombor (contohnya duit, jam dan sebagainya). Pengalaman semasa membuat
perbandingan antara yang banyak dengan yang sedikit contohnya. Kepekaan terhadap bentuk
geometri seperti segi empat, segi tiga, kiub dan piramid juga memberikan mereka kepekaan
awal terhadap objek matematik. Kepekaan inilah yang dibawa mereka ke alam persekolahan.
Kanak-kanak yang mempunyai kepekaan nombor lebih mudah menyesuaikan diri
dengan pelajaran matematik yang diajar di sekolah. Kajian juga ada menunjukkan bahawa
kemahiran menggunakan nombor dan menjalankan operasi menggunakan nombor (contoh
yang paling asas ialah menambah, menolak, mendarab dan membahagi) merupakan asas
penting dalam pendidikan matematik tahap lebih tinggi. Konsep nombor juga menyediakan
suatu sistem yang berupaya membentuk minda kanak-kanak untuk berfikir secara sistematik
menggunakan disiplin logik. Contohnya, kita ingin membuat perbandingan di antara dua batang
kayu, satu panjang dan pendek. Panjang dan pendek boleh diukur secara kasar dan
memberikan ukuran berbentuk kualitif. Jika digunakan konsep nombor, saiz kayu itu boleh
diberikan nilai tertentu.