kepanduan sepintas lalu

5
KEPANDUAN SEPINTAS LALU Latar Belakang PPPM Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia. PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang- undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli : Boleh dipercayai o Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersahabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersopan santun

Upload: zqemma

Post on 25-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PPT

TRANSCRIPT

Page 1: Kepanduan Sepintas Lalu

KEPANDUAN SEPINTAS LALU

Latar Belakang PPPM

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.

PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

Boleh dipercayai o Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersahabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersopan santun Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Page 2: Kepanduan Sepintas Lalu

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.

PROGRAM KEPANDUAN juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.

RANCANGAN KEPANDUAN yang bersesuaian disediakan di semua peringkat – pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.

Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan

Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin

Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan

sekali Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS).

Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah “Duke of Edinburgh’s Award” atau kini dikenali sebagai “International Award Association”.

 

Page 3: Kepanduan Sepintas Lalu

KATEGORI KEAHLIAN(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diluluskan oleh Mesyuarat

Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 9 Jun 2006)

Kategori

Keahlian setiap Pasukan / Guild

Umur BahagianTempat Penubuhan /

Nota

Ahli Aktif / Tidak Aktif

MinimumMaksimum

Pasukan 12 36 Di bawah 6 tahun

Pandu Puteri Kelip-Kelip

Pra-sekolah Ahli Aktif

12 36 6 – 12 Pandu Puteri Tunas

Sekolah Rendah

16 36 12 – 15 Pandu Puteri Remaja

Sekolah Menengah Rendah

08 36 15 – 18 Pandu Puteri Renjer

Sekolah Menengah Atas

08 50 18 ke atas

Pandu Puteri Kadet

Institut Perguruan

08 50 18 ke atas

Pandu Puteri Siswi

Institut Pengajian Tinggi

08 50 18 ke atas

Pandu Puteri Dewasa

Taman Perumahan, Tempat Kerja, Daerah, Negeri, Kebangsaan

    18 ke atas

Penolong Pemimpin

21 ke atas

Pemimpin

24 ke atas

Bakal Jurulatih

Page 4: Kepanduan Sepintas Lalu

24 ke atas

Jurulatih

24 ke atas

Pesuruhjaya

Guild Bebas 18 ke atas

Guild Trefoil Bekas ahli Pandu Puteri

Bebas 18 ke atas

Pandu Puteri Raja

Untuk Pandu Puteri Raja

Bebas 18 ke atas

Mantan Ketua Pesuruhjaya

Untuk mantan Ketua Pesuruhjaya, Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Ketua Pesuruhjaya Cawangan

Pasukan 08 50 18 ke atas

Sahabat Pandu Puteri

Wanita berumur 18 tahun ke atas

Ahli Tidak Aktif

08 50 18 ke atas

Sukarelawan Pandu Puteri

Lelaki & wanita berumur 18 tahun ke atas