kepada yang berkenaan, - pis.edu.my diri/2017/panduan... · pegawai kehakiman dan ... rujuk buku...

Download KEPADA YANG BERKENAAN, - pis.edu.my diri/2017/PANDUAN... · Pegawai Kehakiman dan ... rujuk Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ... mendedahkan

If you can't read please download the document

Upload: hakhanh

Post on 08-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • Ruj. Kami : PIS/HEP/17/02/02 JLD. 31 (149)

    Tarikh : 21 MEI 2017

    KEPADA YANG BERKENAAN,

    Saudara / i,

    PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2017

    Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

    2. Pihak Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua

    pelajar baharu bagi Sesi Jun 2017. Bagi melancarkan urusan pendaftaran, saudara/i dikehendaki

    mengikut tatacara proses pendaftaran yang boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi PIS

    www.pis.edu.my.

    3. Sebarang masalah atau pertanyaan berhubung pendaftaran, boleh berhubung dengan Jabatan

    Hal Ehwal Pelajar di talian 07-261 2060 / 1070 / 1032. Segala perhatian serta kerjasama yang diberikan

    amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    t.t

    (ABU BAKAR BIN ABDUL HAMID )

    b.p Pengarah

    Politeknik Ibrahim Sultan

    POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN

    POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

    KM 10, Jalan Kong Kong

    81700 Pasir Gudang

    JOHOR, MALAYSIA.

    IBRAHIM SULTAN

    Tel : 07-261 2488/261 2404

    Faks : 07-2612402

    Laman Web : www.pis.edu.my

    Facebook : politeknik.edu.my KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

    CERTIFIED TO ISO 9001:2015 AR 4531

    http://www.pis.edu.my/

  • CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN

    Terima tawaran di www.politeknik.edu.my

    Muaturun surat tawaran, BJT dan borang BHEP 1 - 6, borang koperasi dan borang kolej kediaman

    Masuk ke website Politeknik Ibrahim Sultan di www.pis.edu.mydan muaturun panduan pendaftaran dan maklumat bayaran

    yuran di link Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2017

    Buat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan

    Log masuk ke portal SPMP di http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk

    membuat pendaftaran dalam talian SELEPAS 24 jam membuat pembayaran

    Cetak slip Pendaftaran Online Pelajar

    Pendaftaran Pelajar Baharu sesi Jun 2017 di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik

    Ibrahim Sultan

    Program Haluan Siswa akan berlangsung bermula 4.6.2017 sehingga 7.6.2017

  • PROGRAM PERINGKAT

    DIPLOMA DAN SIJIL KEMAHIRAN KHAS

    Disediakan oleh :

    Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor. Tel : 07 261 2488 Fax : 07 261 2963 http://www.pis.edu.my

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    SESI JUN 2017

    http://www.pis.edu.my/

  • PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)

    Kampus PIS terletak 30 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Sekiranya anda daripada susur keluar Skudai

    Lebuhraya Utara-Selatan teruskan perjalanan dan ambil simpang kiri ke Pasir Gudang. Jarak perjalanan daripada

    susur keluar Skudai ke PIS lebih kurang 35 km.

    Anda juga boleh menggunakan jalan alternatif daripada susur keluar Senai Lebuhraya Utara-Selatan (E22 Lebuhraya

    Senai-Desaru). Selepas tol Senai, ambil jalan simpang kiri Ulu Tiram / Pasir Gudang teruskan perjalanan sehingga

    Exit 2205A Persimpangan Cahaya Baru. Selepas tol Cahaya Baru ambil susur kiri Masai/Kong Kong dan teruskan

    perjalanan menghala ke Masai.

    1. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL / TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

    Kolej Kediaman Pelajar adalah DISEDIAKAN untuk semua pelajar baharu yang akan mendaftar. Adalah menjadi

    tanggungjawab pelajar untuk menjaga kemudahan yang diberikan dengan baik dan mengikuti semua peraturan

    dan rupadiri yang ditetapkan untuk pelajar tetap menduduki Kolej Kediaman Pelajar sehingga habis semester 1.

    Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman pelajar boleh menggunakan kemudahan Kafetaria yang terletak di

    kawasan kolej untuk membeli makanan yang dijual. Kos sara hidup ditanggung oleh pelajar sendiri.

    BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM

  • 2. BANTUAN KEWANGAN

    Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa / pinjaman pendidikan, pelajar diminta menyediakan

    keperluan-keperluan berikut:-

    2.1 PELAJAR PERINGKAT DIPLOMA PINJAMAN PTPTN

    i) Membuka akaun SSPN-i

    ii) Membuka Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

    iii) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

    Kad pengenalan pelajar

    Slip/Sijil keputusan peperiksaan SPM

    Surat tawaran kemasukan ke politeknik

    Sijil politeknik/kolej komuniti/mana-mana kolej berkaitan atau transkrip keputusan peperiksaan bagi

    pelajar lulusan sijil

    Penyata pendapatan @ slip gaji ibu/bapa/penjaga terkini

    Sijil kematian ibu/bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak dapat dikesan) sekiranya berkaitan

    sahaja.

    Buku Akaun atau penyata akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

    Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat

    iv) Maklumat mengenai pinjaman PTPTN sila rujuk laman web http://www.ptptn.gov.my

    2.2 PELAJAR PERINGKAT SIJIL KEMAHIRAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) BANTUAN

    KEWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

    i) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

    Salinan Kad pengenalan pelajar

    Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa

    Salinan Akaun Bank Islam Pemohon/Pelajar

    Salinan Keputusan SPM / Sijil Tamat Belajar Tingkatan 5

    Salinan Sijil PMR

    Surat Tawaran Pengajian di Politeknik

    Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Kesemua Salinan dokumen yang dinyatakan di atas hendaklah disahkan.

    Pegawai Yang Layak Mengesahkan Salinan Sijil Atau Dokumen

    1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A.

    2. Pegawai Kehakiman dan Perundangan, Hakim, Peguam , Majistret / Jaksa Pendamai dan semua Doktor

    yang bertugas di Pusat Kesihatan Kerajaan Sahaja.

    3. Pengetua Sekolah / Guru Besar.

    4. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas.

    5. Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas.

    http://www.ptptn.gov.my/

  • 6. Penguasa Penjara, Penguasa Bomba dan Penguasa Kastam.

    7. Wakil Rakyat / Senator.

    8. Pengurus Felda atau Pengurus Felcra.

    9. Penghulu / Penggawa / Pemanca / Ketua Kaum / Ketua Kampung.

    Senarai Biasiswa Dan Tajaaan Yang Lain.

    1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

    2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

    3. Biasiswa Sukan KPM

    4. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

    5. Lembaga Zakat Negeri

    6. Kuok Foundation Berhad

    7. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

    8. Yayasan Kelantan Darulnaim

    9. Kerajaan Negeri Selangor

    10. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

    11. Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak

    12. Kerajaan Negeri Perak

    13. Yayasan Negeri Sembilan

    14. Kerajaan Negeri Pulau Pinang

    15. Yayasan Terengganu

    16. Yayasan Pahang

    17. Yayasan Pelajaran Johor

    18. Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

    19. Yayasan Felcra

    20. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan

    21. FELDA

    22. MARA

    23. Yayasan Negeri Melaka

    24. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

    25. Yayasan Negeri Sarawak

    26. Baitulmal Negeri

    27. Dermasiswa KPM (OKU / PPK)

    Nota : Sebarang maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Biasiswa dan Tajaan, Jabatan Hal Ehwal

    Pelajar PIS

  • 3. RUPADIRI PELAJAR

    Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran

    (Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-

    pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan. Semua

    jenis pakaian yang menjolok mata dan tidak menepati peraturan Politeknik adalah dilarang sama sekali. Sila

    rujuk Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang

    akan diedarkan semasa pendaftaran.

    3.1 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR LELAKI (sepanjang pengajian)

    a. Pakaian Ke Kelas / Bengkel

    Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.

    Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif,

    lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T yang tidak berkolar TIDAK dibenarkan.

    Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

    Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.

    Pemakaian baju Kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan

    bersongkok hitam.

    Berseluar slack panjang dan seluar jeans TIDAK dibenarkan.

    Pelajar hendaklah memakai kasut yang yang sesuai semasa menghadiri kuliah, berurusan di pejabat

    dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas untuk kerja-kerja bengkel akan

    dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing.

    Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah.

    Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar berada

    dalam kampus PIS (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar).

    Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

    b. Rambut

    Rambut hendaklah sentiasa pendek, tidak berwarna dan kemas. Paras belakang tidak melebihi

    paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras

    dahi.

    Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.

    3.2 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN (sepanjang pengajian)

    a. Pakaian Ke Kelas / Bengkel

    Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.

    Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan

    mendedahkan mana-mana bahagian badan adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.

    Pakaian hendaklah berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan dan labuh baju sekurang-

    kurangnya menutupi paras punggung.

  • Pelajar TIDAK dibenarkan memakai skirt di atas paras lutut.

    Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif,

    lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T yang tidak berkolar TIDAK dibenarkan.

    Jika berseluar pastikan yang tidak ketat (longgar). Boleh memakai seluar slack panjang dan seluar

    jeans TIDAK dibenarkan.

    Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup penuh yang sesuai semasa menghadiri kuliah, berurusan

    di pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas untuk kerja-kerja

    bengkel akan dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing.

    Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah.

    Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal, kasut bertumit tinggi (yang runcing) serta kasut

    berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan semasa pelajar berada dalam kampus PIS

    (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar).

    b. Rambut

    Pelajar Islam WAJIB berpakaian yang menutup aurat (contoh bertudung) seperti yang disyariatkan

    Islam.

    Rambut hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.

    Rambut fesyen seperti afro, punk, berekor, diwarnakan atau seumpamanya adalah dilarang.

    c. Perhiasan

    TIDAK digalakkan memakai barang kemas dan solekan yang berlebihan.

    4. HAL-HAL LAIN

    Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan atau lain yang sesuai dan memenuhi rupadiri pelajar.

    Pelajar Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran dan pakaian bersolat yang lengkap.

    Sekiranya memiliki mesin kira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh diprogramkan.

    Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sektor awam atau swasta, sila bawa salinan Borang J (Cukai

    Pendapatan jika ada) untuk tujuan biasiswa/pinjaman pelajaran yang berkaitan.

  • 1. PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

    i) Melayari laman web www.pis.edu.my untuk mendapatkan maklumat PENDAFTARAN SESI JUN 2017.

    ii) Membuat bayaran yuran pendaftaran, yuran asrama dan bayaran pendaftaran dengan merujuk lampiran

    JADUAL BAYARAN SESI JUN 2017.

    Segala urusan pembayaran yuran perlu diselesaikan DUA(2) hari sebelum tarikh pendaftaran.

    Proses pengaktifan calon pelajar mengambil masa 24 jam sebaik sahaja data bayaran telah diterima

    daripada pihak Bank Islam Malaysia Berhad.

    iii) Log masuk ke portal SPMP di http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat

    pendaftaran dalam talian SELEPAS 24 jam membuat pembayaran. Pelajar perlu mencetak slip

    pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas pelajar.

    iv) Memuat turun (download) dan mencetak borang-borang yang perlu diisi.

    v) Melengkapkan semua Borang HEP di lampiran HEP 1 - 6.

    vi) Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan mengemukakan borang HEP 2 (Filem

    X-ray tidak perlu dibawa semasa pendaftaran).

    1.1 DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN

    i) 3 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

    ii) 3 salinan slip pendaftaran online (melalui portal SPMP).

    iii) 3 salinan Resit / Slip bayaran Bank Islam (simpanan pelajar).

    iv) Borang HEP1 HEP 6 yang telah lengkap diisi, borang asrama (kolej kediaman), borang koperasi.

    v) Surat asal tajaan yuran pengajian dan bayaran pendaftaran (jika berkaitan) seperti Majlis Agama Islam

    Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Yayasan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan lain-lain.

    vi) Gambar berukuran passport sebanyak 10 keping (Pelajar lelaki - bertali leher dan berambut pendek

    ketika bergambar. Pelajar perempuan berpakaian sopan dan bertudung (pelajar Islam).

    2. SEMASA HARI PENDAFTARAN DAN SEPANJANG PROGRAM HALUAN SISWA (PHS)

    BAHAGIAN B : PANDUAN PENDAFTARAN

    Tarikh & Maklumat Pendaftaran Pelajar Baharu (Lepasan SPM 2014 dan ke atas) Adalah Seperti

    Berikut:

    Tarikh : 4 Jun 2017 (Ahad)

    Masa : 8.30 pagi 12.00 tengahari

    Tempat : Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan

    Tarikh & Maklumat Program Haluan Siswa (PHS) Pelajar adalah seperti berikut:

    Tarikh : 4 7 Jun 2017 (Ahad - Rabu)

    Tempat : Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan

    http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp

  • Berikut aliran pendaftaran pelajar semasa hari pendaftaran:

    i) Pelajar akan diberikan Fail Peribadi Pelajar (FPP) oleh petugas pendaftaran untuk diisi dan dilengkapkan

    oleh pelajar. Borang-borang yang disenaraikan di dalam senarai semak (seperti yang dinyatakan di dalam

    fail peribadi) perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja pendaftaran.

    ii) Perkara yang perlu ada di dalam FPP adalah BJT, surat tawaran, salinan IC, salinan SPM, salinan sijil ko

    kurikulum, salinan sijil berhenti sekolah, salinan keputusan Kolej Komuniti bagi pelajar yang berkaitan

    (kesemua ini adalah borang yang telah di poskan ke Politeknik Ibrahim Sultan), borang BHEP 1 6, gambar

    2 keping, salinan slip pendaftaran online, salinan resit bayaran.

    iii) Menerima Buku PHS, Buku Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik dan kad matrik sementara.

    iv) Menyerahkan 1 salinan slip pendaftaran online (SPMP) dimasukkan ke dalam FPP

    2.1 Rupadiri semasa hari pendaftaran

    Lelaki

    Kemeja Putih , bertali leher hitam / gelap , seluar slack hitam, berambut pendek dan tidak berwarna.

    Sebarang aksesori seperti rantai, gelang, anting-anting dan lain-lain tidak dibenarkan.

    Perempuan

    Muslim : Berbaju kurung putih, berkain warna hitam / gelap & bertudung hitam.

    Bukan Muslim : Berbaju kurung/blouse panjang putih, skirt labuh berwarna gelap, rambut tidak berwarna &

    kemas.

    2.2 Rupadiri semasa Program Haluan Siswa (PHS)

    i) Baju Kemeja putih berlengan panjang, bertali leher dan berseluar slack hitam bagi pelajar lelaki.

    ii) Baju kurung/blouse panjang berwarna putih, kain/skirt labuh berwarna hitam dan tudung hitam (pelajar

    Islam) bagi pelajar perempuan.

    iii) Track bottom dan kasut sukan.

    iv) Tshirt dan baju korporat (termasuk di dalam barangan yang akan diperolehi dari koperasi Politeknik

    Ibrahim Sultan).

    Tarikh & Maklumat Pendaftaran Pelajar Baharu (Lepasan SPM 2013 dan ke bawah dan selain

    Lepasan SPM) Adalah Seperti Berikut:

    Tarikh : 11 Jun 2017 (Ahad)

    Masa : 8.30 pagi 12.00 tengahari

    Tempat : Dewan Kuliah Utama, Politeknik Ibrahim Sultan

  • 3. PENYEDIAAN KEPERLUAN DIRI DAN PERALATAN PEMBELAJARAN

    3.1 Adalah dinasihatkan semua calon pelajar menyediakan keperluan diri untuk dibawa sebagai bekalan

    sepanjang pengajian. Keperluan diri yang dicadangkan adalah seperti berikut:

    i) Pakaian Kuliah / Kelas (Formal)

    ii) Pakaian harian / sukan / riadah

    iii) Baju Melayu Johor (leher teluk Belanga berasaskan warna biru)

    iv) Baju Batik (untuk majlis-majlis rasmi)

    v) Kasut Hitam / kasut Sukan

    vi) Bekalan ubat-ubatan peribadi

    vii) Keperluan peribadi/kebersihan diri

    3.2 Keperluan di Kolej Kediaman Pelajar yang PERLU dibawa semasa pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar:

    i) Bantal berukuran standard. Bantal juga boleh dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.

    ii) Sehelai sejadah, senaskhah Al-Quran dan Surah Yassin bagi pelajar Islam

    iii) Pakaian sukan / riadah.

    iv) Cadar dan sarung bantal. Set ini juga boleh dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.

    v) Langsir bagi pelajar lelaki wajib dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.

    vi) Keperluan harian dan peribadi pelajar seperti baldi, gayung, sabun dan sebagainya. Semua keperluan

    ini juga boleh didapati di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.

    4. SENARAI DAN KOD PROGRAM MENGIKUT JABATAN

    Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses

    pendaftaran.

    PROGRAM KOD

    PROGRAM JABATAN (KOD)

    Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) DJK

    JABATAN KEJURUTERAAN

    ELEKTRIK (JKE) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) DEP

    Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik DEE

    Sijil Kemahiran Hotel Dan Katering KHK

    JABATAN PELANCONGAN

    DAN HOSPITALITI (JPH)

    Diploma Pengurusan Hotel DHM

    Diploma Pengurusan Pelancongan DUP

    Diploma Pengurusan Acara DEV

    Diploma Kejuruteraan Mekanikal DKM

    JABATAN KEJURUTERAAN

    MEKANIKAL (JKM) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) DTP

    Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) DMB

  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik DEM

    Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian KFP

    JABATAN REKABENTUK

    KOMUNIKASI DAN VISUAL

    (JRKV)

    Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik KRG

    Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian DFP

    Diploma Rekabentuk Grafik DRG

    Diploma Rekabentuk Industri DRI

    5. LAIN-LAIN BAYARAN JABATAN

    Pembelian peralatan pembelajaran berikut juga dicadangkan untuk disediakan sebelum calon pelajar menjalani

    pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan. ( Boleh dibeli melalui Koperasi atau diuruskan oleh jabatan masing-

    masing ) - Sila sediakan wang tunai secukupnya.

    Contoh : Jabatan JKE

    BIL ITEM JENAMA BILANGAN

    1 ANALOGUE MULTIMETER SANWA 1

    2 TEST PEN 240 V/AC PHILLIPS 1

    3 SCIENTIFIX CALCULATOR fx-570ms

    (atau yang setaraf dengannya)

    CASIO 1

    i) JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)

    (Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Kalkulator, Multimeter, dll )

    ii) JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)

    (Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Peralatan Lukisan, Peralatan

    Keselamatan Diri (PPE), dll )

    iii) JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI (JPH)

    (Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 300.00 seperti Baju Chef, Blazer, dll)

    iv) JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL (JRKV)

    (Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 250.00 seperti Peralatan Melukis, Alatan

    Jahitan,dll)

  • 1. Menjaga kebersihan bilik sepanjang masa dan ketika. Sentiasa bebas dari sampah sarap.

    2. Tidak menconteng dinding, bantal, tilam dan dinding tilam

    3. Tiada tampalan-tampalan yang merosakkan dinding bilik.

    4. Menjaga kebersihan kipas angin, tingkap, laci, meja tulis dan kaki lima.

    5. Tidak menyimpan, memiliki dan menghisap rokok di dalam bangunan Kolej Kediaman Pelajar. Tindakan buang Kolej

    Kediaman Pelajar serta merta akan dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah.

    6. Tidak membenarkan orang asing/pelawat menginap di dalam bilik Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan pesalah

    boleh diambil tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar jika melakukan kesalahan tersebut.

    7. Tidak membawa peralatan elektrik (kecuali komputer dan lampu study) dan tidak masak di dalam bilik.

    8. Mesti menghormati waktu senyap Kolej Kediaman Pelajar iaitu mulai 8.30 malam hingga 8.00 pagi.

    9. Dilarang mengubah atau mengalih sebarang peralatan di dalam bilik. Contoh seperti katil, tilam, bantal, meja tulis dan

    kerusi, jangan dikeluarkan dari bilik anda.

    10. Semua penghuni Kolej Kediaman Pelajar dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 7.00 malam dan tidak

    dibenarkan keluar kampus pada waktu tersebut.

    11. Semua pelajar mesti berada di blok Kolej Kediaman Pelajar masing-masing pada jam 11.00 malam.

    12. Memadamkan lampu bilik selepas jam 12.00 tengah malam dan gunakan lampu study selepas waktu itu atau belajar

    di Bilik Rekreasi blok masing-masing.

    13. Tilam hendaklah sentiasa kelihatan kemas dan bersarungkan cadar yang bersih.

    14. Bantal sentiasa bersarung dan bersih serta tidak mengambilnya di akhir semester.

    15. Lampu bilik tidak bersalut kertas warna.

    16. Tidak menyidai sebarang pakaian di railing, di tingkap bilik, di kipas angin siling pada setiap masa dan ketika. Pakaian

    hendaklah sentiasa digantung dalam almari dengan kemas.

    17. Sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama untuk didatangi oleh staf atau warden bagi tujuan spot check dari masa

    ke semasa.

    18. Kunci hendaklah dijaga dengan baik dan dikembalikan pada penghujung semester dalam keadaan baik dan bertag.

    19. Semua warga Kolej Kediaman Pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan lucah seperti gambar, buku, majalah, CD dsb.

    20. Pemakaian seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali pada bila-bila masa bagi pelajar lelaki dan perempuan.

    21. Pemakaian jeans dan pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali bukan sahaja di Kolej Kediaman Pelajar

    tetapi di seluruh kawasan kampus PIS.

    22. Pertemuan antara dua jantina yang berlainan (berdua-duaan) adalah dilarang pada setiap masa.

    23. Tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan bermotor di Kolej Kediaman Pelajar dan persekitarannya.

    24. Dilarang meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar atau bermalam di luar Kolej Kediaman Pelajar tanpa kebenaran.

    BAHAGIAN C : PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

  • 25. Dilarang sepenuhnya meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar ketika grounded.

    26. Dilarang mengambil barang yang bukan hak dan merosakkan apa jua kemudahan yang diberikan.

    27. Dilarang melanggar peraturan Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan tindakan akan diambil bagi pelajar yang

    didapati bersalah, termasuk tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar.

    Jika peraturan di atas tidak sesuai dengan kehendak dan jiwa anda, anda tidak layak menghuni Kolej Kediaman Pelajar PIS ini.

    Segala peraturan ini bertujuan untuk memastikan pelajar Politeknik yang menghuni Kolej Kediaman Pelajar bukan sahaja

    berdisiplin, tetapi juga sentiasa kelihatan berdisiplin.

    Notis ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kekal sepanjang masa, dan hendaklah ditampalkan di belakang

    pintu bilik anda. Kegagalan anda menjaga notis ini dan mengikutnya akan menyebabkan anda disingkirkan dari kediaman Kolej

    Kediaman Pelajar PIS dengan serta merta. Pihak Pengurusan Arama tidak akan berkrompomi dalam hal ini.

    PENGETUA

    KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

  • 1. Bayaran bagi pelajar baharu Politeknik Malaysia terdiri dari tiga jenis bayaran iaitu

    a. Yuran Pengajian

    b. Yuran Kolej Kediaman (Asrama)

    c. Bayaran Pendaftaran.

    2. Pelajar boleh membuat bayaran Yuran Pengajian & Yuran Kolej Kediaman (Asrama) di

    mana-mana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) menerusi CDM, ATM

    atau Perbankan Internet BIMB-BIMB sahaja mulai 25 Mei 2017 (Khamis) sehingga 9 Jun

    2017 (Jumaat).

    3. Pelajar boleh membuat bayaran bagi Yuran Pengajian dan Yuran Kolej Kediaman

    (Asrama) menggunakan mana-mana satu kaedah seperti berikut:

    a. Cash Deposit Machine (CDM)

    Pilih menu Yuran IPT/Bill Presentment

    Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

    Pilih yuran yang hendak dibayar. Contoh "POLITEKNIK KPT 01000251RM200"

    untuk bayaran Yuran pengajian RM200

    Sahkan data dan masukkan wang

    Sahkan jumlah kemasukan wang

    Transaksi selesai dan ambil resit

    Ulangi langkah yang sama untuk membayar yuran lain

    b. Auto Teller Machine (ATM)

    Pilih menu LAIN-LAIN

    Pilih menu Pembayaran Bil/Yuran IPT

    Pilih akaun pembayar

    Masukkan No Kad pengenalan Pelajar

    Pilih bil yang hendak dibayar

    Sahkan amaun yang hendak dibayar

    Transaksi selesai dan ambil resit

    Ulangi langkah yang sama untuk membayar yuran lain

    BAHAGIAN D : MAKLUMAT BAYARAN

  • c. Perbankan Internet dari BIMB ke BIMB sahaja. Pelajar tidak boleh membuat pembayaran

    melalui bank lain (interbank)

    Layari www.bankislam.biz

    Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan

    Pilih Payment / Service

    Pilih Bill Presentment

    Pilih New IC Number dan masukkan No IC pelajar

    Klik Submit dan pilih yuran yang hendak dibayar

    Klik confirm untuk meneruskan bayaran

    Cetak slip / resit transaksi

    Ulangi langkah yang sama untuk membayar yuran lain

    4. Bayaran Pendaftaran pula HANYA boleh dibuat menerusi KAUNTER dengan menggunakan

    Slip Pembayaran BIMB (Slip Deposit Tunai BIMB) mulai 25 Mei 2017 (Khamis) sehingga

    9 Jun 2017 (Jumaat) di mana-mana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB).

    5. Proses kemaskini maklumat pembayaran menerusi Sistem Pangkalan Maklumat Pelajar

    (SPMP) dibuat setiap jam 10.00 pagi pada hari bekerja berikutnya.

  • 6. Berikut adalah maklumat pembayaran :-

    Bil Jenis Bayaran Kadar Bayaran

    1 Yuran Pengajian

    RM 200.00

    2 Yuran Kolej Kediaman (Asrama)

    - Pelajar Lelaki RM 60.00

    - Pelajar Perempuan

    RM 630.00

    3 Bayaran Pendaftaran RM 600.00

    - Sukan & Kebudayaan

    - Keusahawanan

    - Perkhidmatan Psikologi Dan Kerjaya

    - Hal Ehwal Pelajar (termasuk kelengkapan Program Haluan Siswa)

    - Akademik

    - Unit Peperiksaan

    Jenis Pembayaran Bank Butiran Pembayaran Kaedah

    Pembayaran

    Yuran Pengajian

    Yuran Kolej Kediaman

    (Asrama)

    Bank Islam

    Malaysia Berhad

    (BIMB)

    POLITEKNIK KPT

    No Akaun :

    1601 8010 0175 - 41

    ATM / CDM /

    Perbankan Internet

    BIMB ke BIMB

    sahaja

    Bayaran Pendaftaran

    Bank Islam

    Malaysia Berhad

    (BIMB)

    Koperasi Politeknik

    Ibrahim Sultan Johor

    Bahru Berhad

    No Akaun :

    0108 7010 0314 - 99

    Slip Deposit Tunai

    BIMB (Urusan di

    kaunter BIMB)

    sahaja.

  • Semak dan tandakan () pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda

    sebelum hadir mendaftar di Politeknik Ibrahim Sultan pada tarikh yang telah ditetapan.

    1. 3 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

    2. 3 salinan Slip Pendaftaran Online (SPMP)

    3. 3 salinan Resit Bank Islam YURAN PENGAJIAN

    4. 3 salinan Resit Bank Islam YURAN KOLEJ KEDIAMAN (ASRAMA)

    5. 3 salinan Slip Bank Islam BAYARAN PENDAFTARAN

    6. Borang-borang Pendaftaran (BHEP 1 hingga BHEP 6) yang telah LENGKAP diisi

    dan semua dikepilkan (staple) sekali mengikut tertib/aturan.

    7. Borang Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar PIS (sekiranya duduk Kolej Kediaman)

    8. Borang Keahlian KOPERASI

    9. Dokumen-dokumen ASAL(ORIGINAL) / Sijil-sijil Persekolahan (yang berkaitan terutamanya

    yang mewakili Negara dan Negeri)

    10. Dokumen-dokumen Pinjaman PTPTN

    11. Surat Tawaran yang telah disahkan.

    SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN

  • LAMPIRAN

  • KOPERASI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN BERHAD KM 10, JALAN KONG KONG, 81700 PASIR GUDANG (TEL: 07-2612060 / FAX: 07-2612963)

    BUTIRAN PERIBADI (diisi dengan huruf besar) NO AHLI: . NAMA PELAJAR: NO KAD PENGENALAN: NO PENDAFTARAN PELAJAR: JANTINA: JABATAN: ALAMAT TEMPAT TINGGAL: NO TELEFON: Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Bersama-sama ini saya sertakan bayaran seperti berikut:

    i. Saham : RM 10.00 ii. Pendaftaran : RM 5.00

    *Bayaran minimum saham adalah sebanyak RM 10.00 Tandatangan: .. Tarikh: .

    BORANG PERMOHONAN AHLI (PELAJAR) KOPERASI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN BERHAD

    Sila lekatkan

    gambar warna

    terkini

    berukuran

    pasport

    * Borang ini perlu diserahkan semasa pengagihan barangan koperasi di kabin koperasi (bersebelahan kafeteria Kolej Kediaman Pelajar) * Sila kepilkan 1 salinan SLIP BAYARAN PENDAFTARAN bersama borang

    Kegunaan Pejabat: Tarikh Terima: ..

    - -

    LELAKI

    PEREMPUAN

  • BORANG MAKLUMAT PERIBADI ASRAMA (diserahkan kepada Penyelia Asrama semasa pendaftaran)

    Dilengkapkan oleh staf bertugas semasa hari pendaftaran asrama. Tandakan pada petak yang berkenaan

    BLOK ASRAMA Tandakan ( ) ARAS Tandakan ( ) NO. BILIK (Nyatakan)

    HI-TECH 1 G (Bawah)

    HI-TECH 2 Satu

    HI-TECH 3 Dua

    INFO-TECH 1 Tiga

    INFO-TECH 2

    HI 10

    A. PERIBADI:

    Nama Umur

    No. K/P No. Pendaftaran

    Kursus Jantina

    Agama Bangsa

    Alamat Tetap

    No Tel Rumah No Tel Bimbit Semester

    B. PENJAGA: BAPA IBU

    Nama

    Pekerjaan

    Pendapatan

    No Telefon

    No H/P

    C. WARIS TERDEKAT (selain ibu bapa)

    Nama

    Pertalian No. Telefon/HP

    Alamat

    D. PENYAKIT KRONIK (JIKA ADA)

    GAMBAR

    TERKINI

    BERUKURAN

    PASSPORT

    PS-12(2) (20-09-16)

    LAMPIRAN 2

  • AKUAN MENERIMA TAWARAN PENEMPATAN ASRAMA

    (diserahkan kepada Penyelia Asrama semasa pendaftaran)

    Bahawa saya nombor kad pengenalan

    faham sepanjang masa saya menetap di ASRAMA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS), saya akan

    mematuhi segala Peraturan Asrama PIS khasnya dan AKTA 174 (Pindaan) seperti yang telah diperuntukkan

    kepada saya. Sepanjang tempoh itu, saya juga berjanji akan menjadi warga PIS yang mulia, berakhlak dan

    bijaksana di sisi Agama, Bangsa dan Negara. Sebagai seorang pelajar saya juga sedar bahawa mengikut

    INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976 PERINTAH INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN

    (PINDAAN 1988) JADUAL KEDUA, BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, PERENGGAN 3(a):

    Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan samada di dalam atau di luar

    kampus secara yang boleh memudaratkan kepada kepentingan,

    kesentosaan mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja institusi

    atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam disebabkan akhlak,

    kesopanan atau tatatertib.

    Dengan ini saya menerima TAWARAN PENEMPATAN ASRAMA PIS ini dengan rela hati dan bersedia

    menerima sebarang hukuman yang dikenakan terhadap saya termasuk mengeluarkan saya dari asrama

    secara serta merta sekiranya saya melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang

    bertulis kerajaan Malaysia, AKTA 174 dan Peraturan Asrama PIS. Saya akan akur dengan tindakan yang

    akan dikenakan terhadap saya sekiranya saya disabitkan kesalahan. Sehubungan itu sebarang masalah

    peribadi dan harta peribadi saya adalah tanggungjawab saya. Kehilangan atau kerosakan harta awam atau

    harta PIS disebabkan oleh saya, akan ditanggung oleh saya sendiri. SEPANJANG MINGGU SUAIKENAL,

    SEMUA PELAJAR BARU PERLU BERADA DAN MENGINAP DI DALAM ASRAMA SUPAYA DAPAT

    MENGIKUTI SEGALA PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG.

    Dengan ini kami yang menurunkan tandatangan di bawah ini faham akan apa yang kami lakukan.

    Tandatangan Pelajar: Tandatangan Saksi:

    Nama: .. Nama:

    No. Pendaftaran: No. Kad pengenalan: ..

    Tarikh: .. Tarikh: ...

  • SEBARANG PERTANYAAN ATAU MASALAH,

    BOLEH BERHUBUNG DENGAN

    JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

    POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    07-261 2060 / 1070 / 1032