kenyataan tawaran sebut harga lembaga · pdf filemembersih dan menyelenggara seluruh kawasan...
TRANSCRIPT
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
1. Sebut Harga adalah dipelawa secara terbuka kepada Penyebut Harga-Penyebut Harga
tempatan (keutamaan kepada petender Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan di bawah Kod Bidang pendaftaran Kementerian Kewangan 221002 yang
masih sah untuk menyertai SEBUT HARGA LHDNM BIL.6/2013: PERKHIDMATAN
MEMBERSIH DAN MENYELENGGARA SELURUH KAWASAN DAN SENI TAMAN DI
AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA KUCHING, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA.
2. Penyebut Harga-Penyebut Harga yang layak dan berminat boleh membuat semakan
Dokumen Meja Sebut Harga mulai 18 November 2013 (Isnin). Iklan sebut harga ini juga
boleh dirujuk di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di
http://www.hasil.gov.my dan Dokumen Sebut Harga boleh dibeli seperti tarikh, masa dan
tempat seperti berikut:
Tempoh Penjualan Dokumen : 18 November 2013 (Isnin) – 25 November 2013 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Isnin hingga Jumaat (Kecuali Cuti Umum)
Tempat : Unit Perolehan, Aras 2
Akademi Percukaian Malaysia, Kuching
Jalan Tabuan
93200 Kuching,SARAWAK
3. CD Dokumen Sebut Harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 kepada syarikat yang
berminat menyertai Sebut Harga ini bagi tujuan memudahkan penyediaan dokumen
tawaran Sebut Harga.
4. Penyebut Harga yang berminat menyertai Sebut Harga ini hendaklah mengemukakan surat
wakil syarikat semasa berurusan mendapatkan Dokumen Sebut Harga. Dokumen Sebut
Harga akan diberikan kepada Penyebut Harga yang mempunyai kod bidang berkaitan dan
masih sah pendaftarannya selepas semakan sijil virtual dibuat.
5. LHDNM akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan taraf pendaftaran syarikat
dengan Kementerian Kewangan. Sekiranya didapati terdapat perbezaan berhubung status
pendaftaran syarikat yang disemak daripada status yang diisytiharkan oleh syarikat,
LHDNM berhak untuk membatalkan penyertaan syarikat di dalam Sebut Harga ini.
Sekiranya Sebut Harga telah ditutup, LHDNM berhak untuk tidak mempertimbangkan apa-
apa cadangan oleh syarikat dan dianggap terlucut hak sekiranya sebut harga tersebut
dipertimbangkan untuk pentauliahan.
6. Penyebut Harga yang berminat dijemput menghadiri taklimat pada tarikh, masa dan tempat
yang telah ditetapkan seperti berikut:
Tarikh : 25 November 2013 (Isnin)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Auditorium Jelutong, Aras 1
Akademi Percukaian Malaysia Kuching
Jalan Tabuan, 93200 Kuching, SARAWAK
7. Dokumen Sebut Harga yang telah siap diisi, hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat
berlakri/bermetri dan ditulis Tajuk Sebut Harga di ruang atas sebelah kiri sampul surat.
Dokumen Sebut Harga ini mestilah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Aras 3
Kanan, Akademi Percukaian Malaysia, Kuching, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
sebelum atau pada 2 Disember 2013, hari Isnin, jam 12.00 tengah hari.
t.t.
[ZAKARIA BIN ISMAIL]
Pendaftar
Akademi Percukaian Malaysia, Kuching
b.p. Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri
MALAYSIA
8 November 2013