kenyataan media perkhidmatan mybas ipoh · pdf filedan seremban. peruntukan rm100 ......

3
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia T: +603 2726 7000 F: +603 2726 7100 http://www.spad.gov.my KENYATAAN MEDIA PERKHIDMATAN myBAS IPOH BEROPERASI SECARA SEPENUHNYA DENGAN PELAKSANAAN FASA KEDUA Ipoh, 2 September 2016 – Perkhidmatan myBAS Ipoh di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), telah dilaksanakan secara sepenuhnya pada 1 September, 2016. myBAS Ipoh menawarkan kepada pengguna sistem pengangkutan yang lebih bersepadu dan jaringan bas yang lebih menyeluruh merentasi 19 laluan yang meliputi 314km. Berikutan pelaksanaan fasa pertama pada bulan Jun 2016 yang telah memperkenalkan 6 laluan baru, jumlah penumpang bagi myBAS Ipoh sehingga Julai 2016 telah mencapai seramai 47,147 orang. Ipoh merupakan bandar raya ketiga di Semenanjung Malaysia yang telah menerima manfaat daripada peruntukan Kerajaan bagi perkhidmatan myBAS selepas Kangar dan Seremban. Peruntukan RM100 juta bagi program myBAS akan turut dilaburkan bagi pelaksanaan seterusnya di Johor Bahru dan Kuala Terengganu untuk meningkatkan mobiliti dan akses rakyat. Pendirian Kerajaan untuk terus menaik taraf sistem pengangkutan awam darat membuktikan komitmen bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Selaras dengan penambahbaikan pengangkutan awam darat di bandar untuk menampung peningkatan jumlah penduduk di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang, Kerajaan tetap memberikan tumpuan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan bas di bandar-bandar lain, di mana bas berhenti-henti masih kekal sebagai mod pengangkutan yang utama. SBST yang diperkenalkan pada Ogos 2015, bertujuan untuk menambah baik serta meningkatkan standard perkhidmatan dengan membenarkan mereka untuk menumpukan perhatian kepada penyediaan perkhidmatan perjalanan yang terbaik; tanpa perlu bergantung kepada kutipan tambang. Selain daripada itu terdapat faktor insentif bagi menggalakkan pengendali bas terlibat untuk menjana pendapatan yang lebih dengan mengembangkan asas pelanggan mereka. Sebagai satu langkah penambahbaikan, SPAD turut mengenakan KPI terhadap pengendali termasuk ke atas ketepatan masa, kebolehpercayaan, spesifikasi kenderaan dan kepuasan pengguna. Pengendali perlu mematuhi KPI tersebut dan akan dikenakan penalti sekiranya gagal memenuhi sasaran. SPAD juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan masyarakat tempatan di dalam merancang dan memperbaiki mutu perkhidmatan myBAS dengan mengambil kira masa perjalanan, kesalinghubungan, bilangan penumpang serta rangkaian laluan bas, bagi memastikan manfaat daripada perkhidmatan ini dapat dinikmati oleh rakyat.

Upload: trinhkhue

Post on 04-Mar-2018

242 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN MEDIA PERKHIDMATAN myBAS IPOH · PDF filedan Seremban. Peruntukan RM100 ... penambahbaikan pengangkutan awam darat di bandar untuk menampung ... Jalan Gopeng - Jalan Baharu

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

T: +603 2726 7000 F: +603 2726 7100 http://www.spad.gov.my

KENYATAAN MEDIA PERKHIDMATAN myBAS IPOH BEROPERASI SECARA SEPENUHNYA

DENGAN PELAKSANAAN FASA KEDUA

Ipoh, 2 September 2016 – Perkhidmatan myBAS Ipoh di bawah program Transformasi

Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

(SPAD), telah dilaksanakan secara sepenuhnya pada 1 September, 2016. myBAS Ipoh

menawarkan kepada pengguna sistem pengangkutan yang lebih bersepadu dan

jaringan bas yang lebih menyeluruh merentasi 19 laluan yang meliputi 314km.

Berikutan pelaksanaan fasa pertama pada bulan Jun 2016 yang telah

memperkenalkan 6 laluan baru, jumlah penumpang bagi myBAS Ipoh sehingga Julai

2016 telah mencapai seramai 47,147 orang.

Ipoh merupakan bandar raya ketiga di Semenanjung Malaysia yang telah menerima

manfaat daripada peruntukan Kerajaan bagi perkhidmatan myBAS selepas Kangar

dan Seremban. Peruntukan RM100 juta bagi program myBAS akan turut dilaburkan

bagi pelaksanaan seterusnya di Johor Bahru dan Kuala Terengganu untuk

meningkatkan mobiliti dan akses rakyat.

Pendirian Kerajaan untuk terus menaik taraf sistem pengangkutan awam darat

membuktikan komitmen bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Selaras dengan

penambahbaikan pengangkutan awam darat di bandar untuk menampung

peningkatan jumlah penduduk di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang, Kerajaan

tetap memberikan tumpuan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan bas di

bandar-bandar lain, di mana bas berhenti-henti masih kekal sebagai mod

pengangkutan yang utama.

SBST yang diperkenalkan pada Ogos 2015, bertujuan untuk menambah baik serta

meningkatkan standard perkhidmatan dengan membenarkan mereka untuk

menumpukan perhatian kepada penyediaan perkhidmatan perjalanan yang terbaik;

tanpa perlu bergantung kepada kutipan tambang. Selain daripada itu terdapat faktor

insentif bagi menggalakkan pengendali bas terlibat untuk menjana pendapatan yang

lebih dengan mengembangkan asas pelanggan mereka.

Sebagai satu langkah penambahbaikan, SPAD turut mengenakan KPI terhadap

pengendali termasuk ke atas ketepatan masa, kebolehpercayaan, spesifikasi

kenderaan dan kepuasan pengguna. Pengendali perlu mematuhi KPI tersebut dan

akan dikenakan penalti sekiranya gagal memenuhi sasaran.

SPAD juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan masyarakat tempatan

di dalam merancang dan memperbaiki mutu perkhidmatan myBAS dengan mengambil

kira masa perjalanan, kesalinghubungan, bilangan penumpang serta rangkaian laluan

bas, bagi memastikan manfaat daripada perkhidmatan ini dapat dinikmati oleh

rakyat.

Page 2: KENYATAAN MEDIA PERKHIDMATAN myBAS IPOH · PDF filedan Seremban. Peruntukan RM100 ... penambahbaikan pengangkutan awam darat di bandar untuk menampung ... Jalan Gopeng - Jalan Baharu

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

T: +603 2726 7000 F: +603 2726 7100 http://www.spad.gov.my

Nota kepada Pengarang

Fasa kedua dan terakhir myBAS Ipoh, yang bermula pada 1 September telah

memperkenalkan 8 laluan utama dan 5 laluan perantara seperti berikut:

T31 : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang

- Jalan Kuala Kangsar - Jalan Chemor-Tanjung Rambutan – Chemor

T32 : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang

- Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr Nazrin

Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Sultan Azlan Shah Utara - Jalan

Bercham - Jalan Tambun – Tanjung Rambutan

T33a : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit

Gantang - Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr

Nazrin Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Tambun - Jalan Chemor -

Tanjung Rambutan – Chemor

T33b : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit

Gantang - Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr

Nazrin Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Tambun – Tanjung Rambutan

T35a : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Leong Boon Swee -

Jalan Pasir Puteh - Jalan Pengkalan Barat 32 - Medan Stesen 18/18 - Jalan

Pasir Puteh - Jalan Perindustrian Pengkalan - Jalan Lembah Permai Utama -

Jalan Gopeng -Jalan Baharu – Batu Gajah

T35b : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Leong Boon Swee -

Jalan Pasir Puteh - Jalan Pengkalan Barat 32 - Medan Stesen 18/18 – Station

18

T36 : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Lahat - Jalan Lee Ming

Hin - Jalan Lahat - Jalan Bukit Merah - Lebuhraya Ipoh-Lumut - Jalan Bemban

- Jalan Changkat - Jalan Gopeng - Jalan Baharu – Batu Gajah

T38 : Medan Gopeng - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Persiaran Lapangan Siber

- Jalan Seri Botani Utama - Jalan Simpang Pulai - Medan Stesen 18/18 – Station

18

F300 (Loop): Jusco Kinta - Persiaran Medan Ipoh - Jalan Burung Belibis - Jalan

Perajurit - Lebuh Bandar Baru Tambun - Jalan Tambun Permai - Jalan Tambun

– Jalan Tambun Lama - Tingkat Perpaduan 12 - Jalan Perpaduan - Persiaran

Bercham Timur 10 - Lorong Bercham 14 - Jalan Bercham – Jalan Lorong

Bercham 19 - Hala Tasek Timur 26 - Laluan Tasek Timur 16 - Regat Tasek

Timur 16 - Jalan Bercham - Jalan Sultan Azlan Shah Utara - Persiaran Medan

Ipoh

Page 3: KENYATAAN MEDIA PERKHIDMATAN myBAS IPOH · PDF filedan Seremban. Peruntukan RM100 ... penambahbaikan pengangkutan awam darat di bandar untuk menampung ... Jalan Gopeng - Jalan Baharu

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

T: +603 2726 7000 F: +603 2726 7100 http://www.spad.gov.my

F301 (Loop) : Lebuh Wirajaya - Lintasan Hillview - Jalan Raja Musa Mahadi -

Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Jalan Gunung Rapat - Jalan Raja Musa Mahadi -

Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Raja Musa Mahadi – Jalan Sri Cempaka - Jalan

Ampang Baru 7 - Persiaran Wira Jaya Barat 32

F302 (Loop) : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Tun Perak -

Jalan Sungai Pari - Jalan Ng Song Teik - Jalan Ng Weng Hup - Jalan Silibin -

Jalan Raja Perempuan Mazwin - Jalan Kledang Utara - Lebuhraya Ipoh-Lumut

- Hala Perusahaan Menglembu 13 - Persiaraan Kledang Utara - Jalan Kledang

Utara - Laluan Sungai Pari -Jalan Sungai Pari - Jalan Tun Perak - Jalan Tun

Abdul Razak

F305 (Loop) : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit

Gantang Wahab - Jalan Dato Sagor - Jalan Sultan Yusuf - Jalan Sultan Idris

Shah - Jalan Dato' Onn Jaafar - Jalan Raja Musa Aziz - Jalan Hospital - Jalan

Dato Seri Ahmad Said - Jalan Raja Musa Aziz - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan

Sultan Iskandar - Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab - Jalan Tun Abdul

Razak

F306 (Loop) : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit

Gantang Wahab - Jalan S.P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan

Raja Di Hilir - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Kelab Golf - Lorong Tun Dr

Ismail - Persiaran Brash - Jalan Brash - Jalan Kelab Golf - Jalan Raja Di Hilir -

Jalan Sultan Iskandar - Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab - Jalan Tun Abdul

Razak

-Tamat-

Untuk pertanyaan media : Bahagian Komunikasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tel : 03-2726 7000 / Fax : 03-2726 7300 Emel : [email protected]