mudahnyamenulis( ayatpower! - copyclancoach · pdf...

21
Mudahnya Menulis AYAT POWER! www.CopyClanCoach.com Oleh Haszoor Muaidi

Upload: ngotuyen

Post on 31-Jan-2018

269 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Oleh

Haszoor Muaidi

Page 2: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Anda Cuma Ada Kurang 3 Saat Untuk

Tarik Perhatian Prospek & Tukar Mereka Jadi Pembeli Seterusnya Maksimakan Jualan Anda!

Adakah anda mahu strategi untuk tarik perhatian prospek anda, buat mereka beli produk anda tanpa berlengah, buat mereka merayu untuk dapatkan produk anda dan seterusnya maksimakan jualan produk anda dalam tempoh masa 30 hari daripada sekarang? Kebanyakan usahawan pada masa kini mempunyai ‘common problem’. Apa masalah tersebut?

1. Sukar dapat jualan 2. Sukar untuk buat jualan secara konsisten setiap bulan

Tahukah anda, semua masalah tersebut boleh diselesaikan sekiranya anda mahir tentang copywriting! Alhamdulillah saya didedahkan dengan Copywriting seawal umur 12 tahun. Ketika itu saya cukup rajin membeli akhbar mingguan seperti Bacaria atau Mingguan Perdana. Mungkin anda pernah dengar mengenai akhbar mingguan tersebut. Ketika itu niat saya bukanlah untuk belajar mengenai copywriting, tetapi sekadar berminat dengan bahan cerita yang terdapat dalam akhbar tersebut. Tetapi entah bagaimana, saya begitu tertarik di bahagian atau ruangan iklan. Ada banyak iklan yang menawarkan peluang buat duit dari rumah melalui Mail Order. Maksudnya buat duit dari rumah hanya dengan mengepos produk atau apa sahaja dan anda menerima bayaran melalui Wang Pos. Ketika itu tiada lagi Internet Banking. Ketika itu tidak ramai orang memiliki komputer. Internet pun rasanya baru sahaja mula diperkenalkan di negara kita. Jauh sekali smartphone. Handphone berharga beratus – ringgit. Orang yang berada dan buat bisnes sahaja ada handphone. Jadi, ketika membaca akhbar tersebut, saya begitu tertarik dengan peluang buat duit dari rumah yang ditawarkan. Antara puncanya ialah… Copywriting!

Page 3: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Ya, selain sebab utama iaitu mahu cuba buat duit dari rumah, saya tertarik kerana apa yang saya lihat dan baca! Ayat yang digunakan buat saya tertanya-tanya. Seterusnya saya ikut setiap langkah yang diberikan dalam iklan tersebut. Iklan tersebut ditulis begini…

NOTA PENTING: Ini ialah contoh iklan 20 tahun lalu. Saya terus pergi ke kedai, beli 2 sampul surat. Terus ke bandar untuk pergi ke pejabat pos, beli setem 60 sen. Saya lekatkan setem 30 sen pada sampul surat tadi, tulis alamat mereka. Saya lekatkan setem 30 sen pada sampul surat 1 lagi, tulis alamat saya sendiri. Saya lipat sampu surat saya, saya masukkan kedalam sampul surat 1 lagi dan kemudian pos! Ya, semudah itu! Lihat bagaimana kuasa copywriting… Tarik perhatian prospek iaitu saya. Cipta minat saya, seterusnya buat saya bertindak dengan serta merta! Itulah yang saya mahu kongsikan dengan anda. Buat prospek tertarik, tertawan, beli produk anda, beli lagi, beli lagi, beli lagi dan terus membeli daripada anda. Jadi, adakah anda mahu tahu rahsianya?

RAHSIA  BUAT  DUIT  DARI  RUMAH!  Mahukah  anda  menjana  pendapatan  RM50  –  RM100  setiap  hari  TANPA  keluar  dari  rumah?  Maklumat  lengkap,  hantarkan  kepada  kami  sampul  surat  berukuran  4  x  9  lengkap  dengan  alamat  anda  sendiri  beserta  setem  30  sen.  Alamat  kami:  DROPBOX  Enterprise,  No  9  Jalan  Hang  Lipo,  Temasik  Jaya,  58200  Kuala  Lumpur.    

Page 4: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Apakah sebenarnya KopiWriting? KopiWriting adalah JENAMA yang saya hasilkan untuk membantu usahawan meningkatkan jualan mereka melalui penulisan berkualiti atau bahasa mudahnya. Tulis AYAT POWER supaya boleh bantu ANDA: Tarik Perhatian Prospek Tukar Prospek Jadi Pelanggan Maksimakan Jualan Perkataan KopiWriting di ambil daripada Copywriting itu sendiri. Copywriting pula bermaksud, seni penulisan untuk mempersembahkan produk atau servis dalam bisnes anda. Objektinya cukup mudah. Buat pelanggan faham tentang apa sebenarnya produk anda. Copywriting yang saya bakal kongsikan dengan anda adalah… Menyampaikan maklumat yang betul dengan… Menggunakan media atau medium yang betul… Kepada audien yang betul. Supaya: Prospek Mudah Faham Prospek Mudah Bertindak Prospek Berminat dengan Produk Prospek Beli Produk Prospek Rekomen Produk Kepada Orang Lain Prospek Beli dan Beli dan Beli

Page 5: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Kenapa Copywriting Begitu Penting? Adakah anda sedar, hampir semua dalam dunia di monopoli oleh copywriting. Boleh di anggarkan 70% - 90% dalam dunia adalah copywriting. Sekitar anda, penuh dengan papan iklan. Surat khabar, majalah, buku semuanya dalam bentuk copywriting. Papan tanda jalan, ubat gigi, pasaraya dan banyak lagi. Semuanya menggunakan copywriting untuk buat kita sebagai pengguna faham apa yang mereka cuba sampaikan. Bayangkan… Anda mahu ke Johor. Tiada papan tanda jalan, tiada waze, tiada google map. Anda pula tidak tahu selok belok jalan. Jadi bagaimana anda mahu pergi ke destinasi anda. Bayangkan… Jika tiada copywriting pada susu soya dengan susu biasa. Bagaimana anda mahu bezakan 2 produk tersebut? Jadi, adakah anda nampak betapa pentingnya copywriting? Ada terlalu banyak jenis copywriting… Tetapi jangan risau, kita bukan mahu belajar semua itu. Kita hanya fokus kepada Copywriting yang berbentuk Marketing atau Pemasaran. Kita hanya mahu fokus pada mencipta lebih banyak jualan untuk bisnes kita. Jadi adakah anda telah bersedia untuk belajar? Maaf saya tidak dengar, adakah anda telah bersedia? Jom kita mula!

Page 6: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Copywriting Penting… Untuk anda hasilkan Facebook Ads yang baik. 70% - 90% Facebook Ads menggunakan copywriting untuk tarik perhatian prospek, cipta minat prospek, tukar mereka jadi pelanggan anda. Copywriting Penting… Untuk anda hasilkan penulisan yang baik dalam Laman Web Produk Anda. Hampir 100% penulisan laman web bergantung pada corak penulisan anda. Sehebat mana pun produk anda, jika anda tidak berjaya sampaikan mesej tersebut kepada audien, produk anda akan dipandang sepi. Copywriting Penting… Untuk anda hasilkan penulisan yang baik apabila mahu balas pertanyaan prospek melalui WhatsApp, SMS atau Call. Kalau anda tidak ada skrip jualan yang memukau dan ayat power, tiada siapa yang mahu beli produk anda! Bahasa mudahnya TIDAK LAKU! Jadi, tokei-tokei bisnes, mari kita sama-sama bongkarkan bagaimana menulis AYAT POWER untuk pemasaran produk anda supaya sebaik sahaja sesi pembelajaran ini tamat… Anda boleh terus bermula! Dalam ebook KopiWriting ini saya akan dedahkan anda kepada 2 modul. Modul 1: Kenal Pasti Produk Anda Ianya adalah sesi kenal pasti kelebihan, kekuatan dan keunikan produk anda. Apabila anda sudah tahu ketiga-tiga point penting ini… Mudahlah untuk anda menulis AYAT POWER pemasaran anda. Modul 2: Pendedahan PERKATAAN POWER Kita kongsi perkataan-perkataan mudah yang menukar 100% ayat pemasaran anda menjadi lebih baik. Ini adalah modul paling penting. Disini anda akan didedahkan dengan 3 perkara atau 3 faktor penting mengenai jualan. Di sini anda belajar cara tarik pehatian prospek. Di sini anda belajar tukar prospek jadi pelanggan. Di sini anda belajar maksimakan jualan dengan perkataan. Jom mula dengan modul pertama!

Page 7: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Modul Utama

IDEA Penulisan Berkualiti Masalah utama kenapa ramai orang gagal menulis dengan baik adalah kerana TIADA IDEA langsung untuk menulis. Pendek kata… Nak tulis apa? Nak tulis tentang apa? Berikut saya kongsikan salah satu idea bagaimana untuk mula menulis. Paling penting, penulisan berkualiti yang mampu menarik perhatian prospek, tukar mereka jadi pelanggan anda seterusnya maksimakan jualan dalam bisnes anda.

1. Kuasa AIDA 2. Kuasa PREVE

A = Attention (Perhatian) Tarikh perhatian prospek dengan menggunakan perkataan atau ayat power. Ini langkap pertama dalam penulisan berkualiti. Jika gagal langkah ini, anda pasti gagal langkah yang seterusnya. I = Interest (Minat) Cipta minat prospek untuk lebih tahu mengenai produk anda. Prospek perlu rasa teruja dengan penulisan anda. Berkongsi tentang masalah dan jalan penyelesaian antara point penting dalam meningkatkan minat prospek untuk mendapatkan produk anda. D = Desire (Keinginan) Cipta keinginan yang tinggi dalam diri prospek iaitu keinginan untuk memiliki produk anda. Ini bahagian paling penting dalam penulisan. A = Action (Tindakan) Buat satu arahan atau panduan kepada prospek untuk mendapatkan produk anda. Ada banyak cara untuk beri arahan pada prospek untuk mendapatkan produk anda. P = Powerful (Berkuasa) Setiap perkataan atau ayat anda mestilah powerful ataupun berkuasa. Bila sebut berkuasa, ayat atau perkataan yang digunakan mesti menarik perhatian prospek untuk terus membaca. Umpama memberi maklumat yang menarik kepada prospek. R = Result (Hasil) Tunjuk hasil yang bagus menggunakan produk anda. Jika anda ada testimoni atau bukti kejayaan tentang produk anda, sila kongsi dengan prospek. E = Emotional (Emosi)

Page 8: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Cipta satu bentuk perasaan luarbiasa dalam diri prospek apabila mereka guna produk anda. Terdapat beberapa faktor yang buat prospek membeli. Anda hanya perlu tahu apa yang prospek mahu. V = Viral (Sebaran Mudah) Cipta perkataan atau ayat power yang buat prospek ingat dan mudah faham. Setengah penjual produk suka menggunakan ayat-ayat yang terlalu canggih. Dalam dunia copywriting sebenar, buat pelanggan faham lebih penting daripada anda syok sendiri. Bercakap bahasa pelanggan, buat mereka faham dan pasti mereka akan beli. E = Engagement (Hubungan Dua Hala) Pastikan setiap penulisan adalah berbentuk 2 hala. Bukan hanya sampaikan fakta seperti pembaca berita. Perlu ada ayat-ayat berbentuk pertanyaan dalam copywriting anda. 2 idea atau konsep ini cukup hebat untuk anda gunakan dalam copywriting atau pun penulisan anda. Dengan 2 idea ini, anda mampu jual apa sahaja produk di dalam dunia ini J in sha Allah. Jadikan 2 idea dan konsep ini sebagai panduan untuk anda menulis.

Page 9: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Modul 1 Kenal Pasti Produk ANDA.

Saya ada seorang sahabat yang fokus pada membantu orang lain melalui takaful. Beliau cukup arif mengenai produk beliau. Hanya dalam tempoh beberapa tahun sahaja beliau sudah ‘naik pangkat’ dalam bisnes tersebut. Beliau hanya fokus kepada 3 perkara:

1. Kelebihan Produk 2. Kekuatan Produk 3. Keunikan Produk

3 perkara ini hampir sama…jadi saya mahu anda senaraikan sebanyak mungkin mengenai kelebihan, kekuatan dan keunikan produk anda. Saya beri contoh produk kecantikan. Kenapa…sebab ada ramai yang menjual produk kecantikan di Facebook. Kita ambil produk skincare. Berikut adalah senarai betapa bagusnya produk skincare tersebut: Buat kulit cantik Buat kulit putih Buat kulit berseri-seri Mampu hilangkan jerawat Mampu hilangkan parut Wajah tampak muda Hilangkan kedut Buat kulit anjal Hilangkan minyak di muka Hilangkan garis halus Buat warna kulit sekata Dan banyak lagi… Sekarang saya mahu anda senaraikan seperti contoh yang telah diberi. Buatlah sebanyak mungkin. Saya akan terus ke modul kedua…

Page 10: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Modul 2 Pendedahan Perkataan Ajaib - Ayat POWER

Apa yang dikatakan dengan perkataan ajaib? Bahasa mudahnya, perkataan ajaib digunakan dalam setiap ayat power pemasaran. Saya berikan beberapa contoh perkataan ajaib yang mampu memberikan impak yang baik dalam ayat power pemasaran anda. - Siapa - Apakah - Adakah - Mahukah - Bagaimana - Rahsia - Mengapa - Pendedahan - Terbongkar - Cipta - PERCUMA - Eksklusif - New / Baru - Penting - Jalan Pintas - Ketahui - Bukti Kukuh - Formula - Terbukti - Berkesan - Automatik - Langkah Demi Langkah - Ledakkan - Letupkan - Limpahan - Terhad - Peluang - Luar biasa - Laris - Habis / Sold Out - Bonus - Hadiah - Sulit - Rahsia Dalaman - Strategi - Tips - Teknik

Page 11: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

- Pakej - Terkini - Laporan lengkap - Hak eksklusif - Khas - Ajaib / Magic - Sistem - Kuasai - Amaran - Kemuncak - Serta Merta - Sekarang - Perhatian - Tanpa - Lumayan - Luangkan - Penyelesaian - Fakta - Percaya - Mustahil - Blue print - Langkah demi langkah - Sebab - Mudah - Cepat - Senang - Pantas - Lubuk - Bocor - Segera - Cara - Jimat - Jaminan - Kuasa - Bayangkan - Syarat - 3 dalam 1 - Beli 1 percuma 1 NOTE: Kombinasi 2-3 perkataan!

- Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit! - Rahsia Sulit Terbongkar! - PENTING! Ketahui Rahsia…

Page 12: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Langkah 1 Sekarang mari kita buat sedikit latihan… Langkah 1: Study 3 perkara tentang produk atau servis anda. Tanpa mengetahui tentang produk. Sukar untuk anda menjual. Ingat semula ya… Kelebihan, Kekuatan, Keunikan (Manfaat Produk) Semasa menggunakan produk anda! Selepas menggunakan produk anda! Saya mahu anda senarai sekurang-kurangnya 7 point penting produk anda. Contohnya produk kecantikan seperti krim untuk jerawat. 7 point penting:

1. Hilangkan jerawat 2. Kulit lebih licin 3. Parut muka hilang 4. Hilangkan jeragat hitam 5. Kulit lebih putih dan cerah 6. Kulit semakin gebu 7. Hindari kulit berminyak

Page 13: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Langkah 2 Langkah 2: Sekarang sudah ada 7 point yang betul-betul membantu anda. Saya mahu anda tambah beberapa perkataan ‘ajaib’ yang mampu menjual. Saya berikan 7 perkataan ajaib yang anda boleh jadikan AYAT lengkap untuk menjual.

1. Bagaimana 2. Siapa 3. Rahsia 4. Bongkar 5. Ketahui 6. Mahukah 7. Terbukti

Jom kita gunakan perkataan ajaib. Gabungkan dengan benefit produk. Bagaimana Hilangkan Jerawat? Siapa Mahu Kulit Lebih Licin? Rahsia Hilangkan Parut Muka! Bongkar Cara Hilangkan Jeragat Hitam! Ketahui Cara Untuk Kulit Kelihatan Lebih Putih & Cerah! Mahukah Kulit Anda Kelihatan Gebu? Terbukti Mampu Hindari Kulit Berminyak! Lihat…ianya sudah jadi satu ayat yang mampu menarik perhatian prospek yang berminat J

Page 14: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Langkah 3 Langkah 3: Sekarang mari kita letak…’kunci’ pelaris dan penarik pelanggan! Prospek akan betul-betul teruja jika anda gunakan konsep ‘TIMING’ dalam ayat power anda. Timing = masa. Salah satu konsep yang sangat berjaya! Masa yang bagaimana? Saya tunjukkan contoh: Bagaimana Hilangkan Jerawat Dalam 7 Hari? Siapa Mahu Kulit Lebih Licin Dalam 14 Hari? Rahsia Hilangkan Parut Muka Dalam 3 Hari! Bongkar Cara Hilangkan Jeragat Hitam Dalam 12 Hari! Ketahui Cara Untuk Kulit Kelihatan Lebih Putih & Cerah Dalam 30 Minit! Mahukah Kulit Anda Kelihatan Gebu Dalam 30 Hari! Terbukti Mampu Kurangkan Kulit Berminyak Dalam 60 Saat! Masa yang anda boleh gunakan… Saat, Jam, Hari, Bulan, Tahun, Abad Selain itu anda juga boleh gunakan 1 lagi konsep. Konsep Tempoh Masa atau Tarikh! Bagaimana? Contohnya… Bagaimana Hilangkan Jerawat Sebelum Hujung Bulan Ini! Siapa Mahu Kulit Lebih Licin Sebelum Puasa? Rahsia Hilangkan Parut Muka Sebelum Raya! Bongkar Cara Hilangkan Jeragat Hitam Sebelum 30 May! Ketahui Cara Untuk Kulit Kelihatan Lebih Putih & Cerah Sebelum Hujung Tahun! Mahukah Kulit Anda Kelihatan Gebu Sebelum 12 Tengah Malam Ini! Terbukti Mampu Kurangkan Kulit Berminyak Sebelum 1 Jun 2013! Walau bagaimanapun, penggunaannya ada sedikit kelemahan. Ianya hanya sesuai digunakan untuk waktu / masa / tarikh tertentu sahaja. Contohnya anda buat promosi sempena raya ke, sempena hujung tahun ke, sempena hujung bulan ke… Atau promosi singkat. Promosi selama 1 jam sahaja atau promosi sehari sahaja J

Page 15: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Jadi bagaimana? Dapat belajar sesuatu? Mari kita kaji lagi…

Langkah 4 Antara beberapa konsep yang biasa saya gunakan ialah… Penambahan perkataan ‘ajaib yang kedua’. Oh…ada perkataan ajaib kedua pula J Antara perkataan ajaib kedua: 1. Cara 2. Teknik 3. Sebab 4. Tips 5. Kaedah 6. Rahsia Mari kita gunakan perkataan ajaib kedua ini dengan gabungan… Konsep dan Elemen NOMBOR! 7 Cara Hilangkan jerawat 3 Teknik Mudah Licinkan Kulit 4 Kaedah Hilangkan Parut Muka 8 Sebab Kenapa Perlu Hilangkan Jeragat Hitam 8 Tips Untuk Kulit Kelihatan Lebih Putih & Cerah 6 Rahsia Untuk Kulit Semakin Gebu 2 Cara Hilangkan Kulit Berminyak Jadi macam mana? Belajar sesuatu?

Page 16: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Modul Bonus Format Asas Ayat Power

Saya kongsikan dengan anda struktur ayat power yang simple dan boleh anda gunakan dalam mana – mana channel pemasaran. Anda boleh guna di: Facebook Ads Laman Web Jualan Whats App Instagram Dan banyak lagi… Berikut adalah struktur atau format ayat power yang anda boleh gunakan…

 Headline  Sub-­‐Headline  

 Pengenalan  Produk    Body  Copy  /  Content  Descriptions  (Kelebihan, Kekuatan, Keunikan)    

ü Content  1  ü Content  2  ü Content  3  ü Content  4  ü Content  5  ü Content  6  ü Content  7  

 Closing  

 *Offer  Bonus  Discount  Price  

Call  to  Action!      

*  Setiap  Offer,  Bonus,  Discount,  Price  &  Call  to  Action  adalah  mengikut  kesesuaian  produk  anda.  

Page 17: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Penerangan Maksud & Kegunaan Format Headline Headline adalah ayat pertama yang prospek baca. Jadi kegunaan headline adalah sangat penting. Jika anda perhatikan, headline adalah pencetus utama audien atau prospek terus membeli setrusnya membuat pembelian produk anda. Sub-Headline Sub-headline biasanya digunakan untuk membantu headline. Sesetengah produk perlukan lebih penerangan, disinilah fungsi sub-headline. Menekankan lagi maksud utama pada headline. Contohnya: Headline: KURUS DALAM TEMPOH 7 HARI! Sub-headline: Tanpa Perlu Berdiet, Tanpa Perlu Berlapar & Tanpa Perlu Sebarang Ubat! Body Copy / Content Iaitu isi kandungan penting dalam menyampaikan info tentang produk anda. Kebanyakan copywriting yang digunakan memfokuskan tentang… Masalah & Penyelesaiannya! Closing Ini adalah antara bahagian penting. Selepas anda menerangkan banyak perkara tentang produk anda, penting untuk anda buat jualan. Disinilah fungsi closing. Antara point penting yang biasa digunakan ialah.. Membuat tawaran produk Menawarkan harga terbaik Menawarkan diskaun atau bonus Kemudian membuat 1 arahan yang jelas bagaimana untuk mendapatkan produk anda.

Page 18: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Contoh #1: Penulisan AYAT POWER Headline (Produk Kecantikan) Rahsia Hilangkan Parut Muka Dalam 3 Hari Sub-Headline Kami Dedahkan Rahsia Kulit Lebih Licin & Gebu TANPA Perlu Sebarang Make Up! Body Copy / Content Product Descriptions (Kelebihan, Kekuatan, Keunikan) Adakah Kulit Anda Bermasalah?

ü Kulit muka berjerawat ü Kulit kering dan merekah ü Kulit muka penuh parut ü Kulit berjeragat hitam ü Kulit gelap dan warna tidak sekata ü Kulit muka nampak kusam ü Kulit berminyak

Sekarang bayangkan… Dengan Produk ___(nama produk anda)_____! Kulit Anda akan:

ü Jerawat hilang dalam 3 hari ü Kulit kembali licin ü Parut hilang setelah 7 hari ü Jeragat hitam beransur hilang ü Kulit menjadi cerah dan lebih gebu ü Kulit muka nampak berseri-seri ü Tiada lagi masalah kulit berminyak

Closing

- Testimoni Boleh letakkan sebarang testimoni pengguna produk. Jika tidak ada, abaikan bahagian tersebut.

- Bonus @ Discount Beri sebarang bonus atau diskaun jika ada

- Call to Action: Beberapa cara yang sesuai. Boleh call, sms, whatsapp atau apa-apa cara yang sesuai. NOTA PENTING: Ikut kesesuaian bisnes dan produk anda!

Page 19: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

Contoh #2: Penulisan AYAT POWER Headline (Produk Kuruskan Badan) TERBUKTI BERKESAN! Kini Anda Boleh Kelihatan Sado Dalam Tempoh 30 Hari Tanpa Perlu Berlapar! Sub-Headline Rahsia Sulit Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berdiet atau Bersenam. Body Copy / Content Product Descriptions (Kelebihan, Kekuatan, Keunikan) Adakah Anda Mempunyai Masalah:

ü Badan berlemak? ü Seluar dan baju sentiasa ketat? ü Kawan asyik ejek anda gemuk? ü Sukar berdiet dan tidak mampu menahan nafsu makan? ü Sukar mendapat awek? ü Sukar bergerak kerana badan terlalu besar? ü Mudah penat?

Sekarang bayangkan… Dengan Produk ___(nama produk anda)_____! Anda akan:

ü Kelihatan Sado dalam 30 hari ü Tidak perlu bersenam dan masuk gym ü Tidak perlu berlapar atau berdiet bagai nak rak ü Tidak perlu habis ribuan ringgit untuk kelihatan kurus ü Bakal dapat awek pujaan hati ü Sentiasa bertenaga & berkeyakinan tinggi ü Semua size baju bertukar dari XXL kepada saiz M

Closing

- Testimoni Boleh letakkan sebarang testimoni pengguna produk. Jika tidak ada, abaikan bahagian tersebut.

- Bonus @ Discount Beri sebarang bonus atau diskaun jika ada

- Call to Action: Beberapa cara yang sesuai. Boleh call, sms, whatsapp atau apa-apa cara yang sesuai. NOTA PENTING: Ikut kesesuaian bisnes dan produk anda!

Page 20: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

3 Strategi Maksimakan Jualan Rahsia Membuat Tawaran demi Tawaran!

Perkara yang jarang dilakukan oleh peniaga-peniaga online ialah… Membuat penawaran demi penawaran. Maksud mudahnya…jual seberapa banyak produk kepada pelanggan yang sama. Orang kita malu menjual! Betul, kita malu tawarkan sesuatu walaupun kita tahu produk kita sebenarnya dapat membantu pelanggan tersebut. Berikut saya kongsi dengan anda 3 strategi maksimakan jualan.

1. Add ON Maksudnya…jika anda jual produk kurus, juallah 2 3 pakej sekaligus. Atau tambah produk lain sebagai ‘value added’ – tambah nilai.

2. More Discount Prospek atau pelanggan memang suka diskaun. Oleh sebab itu, dengan memberi diskaun dapat membuatkan pelanggan suka. Beli 1 RM50, beli 2 diskaun RM20. Hanya RM70 sahaja. Beli 3 hanya RM100 sahaja. Jimat RM50!

3. Give more Ini strategi yang seronok saya lakukan dulu. Beri lebih kepada pelanggan anda. Jika mereka beli nasi lemak 3, berilah percuma 1 lagi. Jadi pelanggan dapat 4. Saya pasti pelanggan suka J

Sekarang, apakata anda terus praktikkan 3 strategi tersebut. Lihat hasilnya dalam masa 30 hari. Selamat berjaya!

Page 21: MudahnyaMenulis( AYATPOWER! - CopyClanCoach · PDF fileMahukah(anda(menjana(pendapatan(RM50$–$RM100$ setiap$hari$TANPA%keluar%darirumah? ... - Rahsia Terbongkar! - Pendedahan Sulit!

Mudahnya  Menulis  AYAT  POWER!  

www.CopyClanCoach.com  

70% - 90% Alat Pemasaran Perlukan Penulisan & AYAT POWER untuk Menjual!

Jika anda aktif mempromosikan produk menggunakan Facebook Ads.. Anda wajib belajar dan mantapkan ilmu copywriting anda. Jika anda aktif mempromosikan produk menggunakan Laman Web… Anda wajib belajar dan mantapkan ilmu copywriting anda. Jika anda aktif mempromosikan produk menggunakan Adwords… Anda wajib belajar dan mantapkan ilmu copywriting anda. Jika anda aktif mendapatkan jualan melalui WhatsApp… Anda wajib belajar dan mantapkan ilmu copywriting anda. Pendek kata apa sahaja anda buat, asalkan tujuannya adalah untuk memasarkan produk atau bisnes anda… Belajar dan mantapkan lagi skill Copywriting anda. Jika hari ini jualan anda RM1000 sehari. Mungkin apabila anda mahir menggunakan copywriting, jualan anda akan meningkat 10% - 300% hanya dalam tempoh 30 hari. Jika hari ini tiada siapa yang beli produk anda, mungkin ianya akan mengubah 100% perjalanan bisnes anda. Jika hari ini, cuma seorang dua sahaja yang beli produk anda, yakinlah jika anda perbaiki teknik penulisan anda, in sha Allah jualan akan terhasil dengan sendirinya. Saya ucapkan jutaan terima kasih untuk masa berharga anda J Ikhlas, Haszoor Muaidi CopyClan Coach