garis panduan pelaksanaan bantuan awal persekolahan rm100

Upload: sktb-sandakan

Post on 17-Jul-2015

168 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN), SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH SWASTA (PERSENDIRIAN) TAHUN 2012

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 2012 1. PENDAHULUAN YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan bajet bagi tahun 2012 pada 7 Oktober 2011. Dalam pembentangan tersebut, Kerajaan telah mencadangkan peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012. 2. OBJEKTIF Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2011 sebelum sesi persekolahan dibuka. 3. KRITERIA KELAYAKAN 3.1 3.2 Murid warganegara Malaysia Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2012.Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2

3.3

Bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta (tidak termasuk sekolahsekolah antarabangsa) yang berdaftar dengan Kerajaan.

4.

TEMPOH PELAKSANAAN Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja.

5.

KADAR Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.

6.

AGIHAN BANTUAN 6.1 Agihan bantuan akan dibuat oleh KPM terus ke akaun trustee/tunggal/syarikat/sekolah secara berperingkat seperti berikut:TARIKH AGIHAN BANTUAN TAHUN/TINGKATAN

Disember 2011 hingga Januari 2012

Tahun 2 hingga Tingkatan 5 sesi 2012 (Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi 2011) Tahun 1 sesi 2012

Januari hingga Februari 2012

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

3

6.2

Murid Tingkatan 1 sesi 2012 yang belum menerima bayaran semasa di Tahun 6 sesi 2011 layak menerima bantuan dengan pengesahan pihak sekolah semasa di Tahun 6.

7.

TANGGUNGJAWAB JABATAN 7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 7.1.1 Pembayaran bantuan dikredit ke akaun sekolah/trustee/ tunggal/syarikat sekolah-sekolah berkenaan. 7.1.2 Mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100. 7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Pendidikan Swasta)/ Jabatan Agama Islam Negeri/Majlis Agama Islam Negeri/Yayasan Islam Negeri (YIN) 7.2.1 Menyediakan maklumat sekolah yang telah disahkan seperti di Lampiran 1. 7.2.2 Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai

pelaksanaan bantuan ini. 7.2.3 Melaporkan rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan

Bantuan di Lampiran 2 kepada KPM mengikut tarikh seperti Jadual 1 berikut:Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 4

Jadual 1TARIKH SERAHAN AKUAN PENERIMAAN/ PENOLAKAN BAYARAN

TAHUN / TINGKATAN

TINDAKAN

15 Mac 2012

Tahun 2 hingga Tingkatan 5 sesi 2012 Tahun 1 dan Tingkatan 1 sesi 2012

JPN/JAIN/MAIN/ YIN kepada KPM

31 Mac 2012

JPN/JAIN/MAIN/ YIN kepada KPM

7.2.4 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan. 7.3 Sekolah 7.3.1 Menyediakan senarai murid yang layak seperti di Lampiran 2. 7.3.2 Resit Rasmi Pejabat hendaklah dikeluarkan oleh

sekolah/trustee/tunggal/syarikat atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

5

7.3.3 Mengeluarkan wang bantuan dari bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/penjaga murid. Bantuan hendaklah diserahkan kepada murid yang layak sebelum 29 Februari 2012. 7.3.4 Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah TIDAK dibenarkan. 7.3.5 Sekolah hendaklah membayar secara tunai sepenuhnya kepada murid. Sebarang pemotongan TIDAK dibenarkan. 7.3.6 Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan. 7.3.7 Menghantar berikut: Jadual 2TARIKH SERAHAN AKUAN PENERIMAAN/ PENOLAKAN BAYARAN TAHUN / TINGKATAN TINDAKAN

rumusan

Akuan

Penerimaan/Penolakan

Bantuan kepada JPN/JAIN/MAIN/YIN seperti Jadual 2

15 Februari 2012

Tahun 2 hingga Tingkatan 5 sesi 2012 Tahun 1 sesi 2012

Sekolah YIN Sekolah YIN

kepada

JPN/JAIN/MAIN/ kepada

29 Februari 2012

JPN/JAIN/MAIN/

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

6

8.

TATACARA PENGELUARAN WANG Tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut : 8.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau

8.2

Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan polis.

9.

MURID BERPINDAH SEKOLAH Bagi sekolah yang telah membuat pembayaran bantuan khas ini kepada murid yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop TELAH BAYAR BANTUAN KHAS RM100 pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan pembayaran bantuan di sekolah baru nanti.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

7

10.

KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN 10.1 Kekurangan Peruntukan Sekiranya berlaku kekurangan peruntukan, pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada KPM melalui JPN/JAIN/MAIN/YIN bersama rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN/JAIN/MAIN/YIN kemukakan kepada KPM adalah pada 15 Mac 2012 bagi murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5 dan 31 Mac 2012 bagi murid Tahun 1. 10.2 Lebihan Peruntukan Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar WAJIB mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac 2012.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

8

11.

PERINGATAN Semua pihak yang terlibat di dalam pengurusan bantuan ini hendaklah bertanggungjawab supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bagi memastikan bantuan ini diagihkan kepada murid yang layak sahaja.

12.

PENUTUP 12.1 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan Khas hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan. 12.2 Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan ini, boleh dikemukakan kepada JPN/JAIN/MAIN/YIN di negeri masing-masing.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

9

SENARAI NAMA SEKOLAH UNTUK BANTUAN RM100.00 NEGERI : .. JABATAN : .. ALAMAT JABATAN : .. NO. TELEFON/FAKS JABATAN : .

LAMPIRAN 1

BIL

NAMA SEKOLAH

NO.PENDAFTARAN SEKOLAH KPM JAIN/MAIN/ YIN

BILANGAN MURID

NOMBOR AKAUN SEKOLAH/ TRUSTEE/ SYARIKAT/ TUNGGAL

PENAMA AKAUN

NAMA BANK & ALAMAT BANK

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

10

BIL

NAMA SEKOLAH

NO.PENDAFTARAN SEKOLAH KPM JAIN/MAIN/ YIN

BILANGAN MURID

NOMBOR AKAUN SEKOLAH/ TRUSTEE/ SYARIKAT/ TUNGGAL

PENAMA AKAUN

NAMA BANK & ALAMAT BANK

Tandatangan Penyedia Nama :

Tandatangan Pengesah .... Nama : No. K/P : Tarikh:

No. K/P : Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

11

LAMPIRAN 2

SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN RM100.00 NAMA SEKOLAH : .. NO. PENDAFTARAN SEKOLAH: .. ALAMAT SEKOLAH : . NO. TELEFON/FAKS : . NO. AKAUN BANK : .. NAMA BANK :.. ALAMAT BANK: .. PERUNTUKAN DITERIMA : RM.. PERUNTUKAN DIAGIH : RM.. LEBIHAN/ KURANGAN : RM . MENERIMA () / MENOLAK(X) NO. KAD PENGENALAN PENERIMA TANDATANGAN PENERIMA

BIL

NAMA MURID

NAMA PENERIMA

TARIKH

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

12

BIL

NAMA MURID

MENERIMA () / MENOLAK(X)

NAMA PENERIMA

NO. KAD PENGENALAN PENERIMA

TARIKH

TANDATANGAN PENERIMA

Tandatangan Guru Pembayar Nama :

Tandatangan Saksi (Guru) Nama : No. K/P : Cop Sekolah: Tarikh: .

Disahkan Oleh Pengetua / Guru Besar .. Nama : No. K/P : Cop Sekolah: Tarikh:

No. K/P : Cop Sekolah: .. Tarikh:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid

13