kenyataan media kementerian pendidikan malaysia isu ... · pdf filekementerian pendidikan...

Download KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ISU ... · PDF fileKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ISU PERTUKARAN GURU ... 3.1 Mewujudkan Jawatankuasa Khas Pertukaran Guru yang dipengerusikan

If you can't read please download the document

Upload: phungduong

Post on 08-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KENYATAAN MEDIA

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    ISU PERTUKARAN GURU

    1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjelaskan bahawa pertukaran dan

    penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada Kepentingan-

    kepentingan Perkhidmatan. Prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses

    Penempatan dan Pertukaran guru adalah berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan

    pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri.

    1.1 Lebihan Guru bermaksud terdapat lebihan pengisian guru di sesebuah negeri

    jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.

    1.2 Kekurangan Pengisian Perjawatan Guru bermaksud adanya sejumlah

    perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah

    perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.

    1.3 Keperluan Opsyen bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang

    pengkhususan mereka.

    2. Bagi meningkatan kecekapan pengurusan tersebut, KPM telah berusaha mewujudkan sistem

    Traffic Light yang dapat membantu dan mengenalpasti dengan lebih tepat berkaitan ketiga-

    tiga perkara di atas. Sistem ini juga boleh membantu guru-guru yang ingin bertukar melihat

    tentang kekosongan jawatan dan keperluan opsyen sehingga ke peringkat daerah di seluruh

    negara.

    3. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan tersebut juga, pihak KPM telah membuat

    penambahbaikan pengoperasian khususnya berkaitan pasangan yang terpisah seperti yang

    sering diwar-warkan ketika ini. Sehubungan itu, bermula tahun 2016, KPM telah megambil

    tindakan-tindakan seperti berikut;

    3.1 Mewujudkan Jawatankuasa Khas Pertukaran Guru yang dipengerusikan oleh

    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa ini akan meneliti kes-kes khas

    rayuan guru yang berpisah pasangan untuk diberi pertimbangan oleh Ketua

    Perkhidmatan. Kes-kes Khas yang diberi pertimbangan ini termasuklah;

    a. KPM boleh menawarkan kepada pasangan tersebut untuk ditempatkan

    bersama pasangannya di negeri atau daerah yang mempunyai kekosongan

    perjawatan.

  • b. Kes sakit kronik (Diri sendiri, Pasangan suami/isteri, anak dan ibu/bapa), KPM

    boleh menawarkan untuk ditempatkan di negeri atau daerah yang mempunyai

    kekosongan perjawatan dan mempunyai kemudahan perubatan yang sesuai.

    c. Ancaman keselamatan (Diri sendiri, Pasangan suami/isteri). Dalam hal ini,

    KPM tidak akan mempertimbangkan kes-kes kecuaian dan kesalahan yang

    dilakukan sendiri oleh guru tersebut.

    3.2 Pada dasarnya KPM melaksanakan operasi pertukaran guru dua kali setahun.

    Bermula tahun 2016, KPM akan melaksanakan operasi pertukaran guru sebanyak

    tiga kali setahun. Operasi ini dilaksanakan pada bulan Januari, April dan

    September. Walau bagaimanapun, bagi guru-guru yang sedang mengajar kelas-

    kelas peperiksaan di Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5, permohonan tersebut

    tidak akan dipertimbangkan bagi sesi Januari dan April.

    4. Menerusi tindakan-tindakan seperti tersebut di atas, Pada Januari 2016 KPM telah

    meluluskan permohonan termasuk rayuan kepada seramai 1,848 guru yang terpisah

    pasangan. Ia melibatkan sejumlah 51.36 peratus berbanding alasan-alasan yang lain.

    Keputusan Keseluruhan Permohonan Pertukaran Dan Rayuan Pertukaran Sesi Jan 2016

    Bil. Asas Pertimbangan

    Kelulusan Men Ren Jum %

    1 Ikut Pasangan 886 962 1848 51.36

    2 Sakit Kronik 77 97 174 4.84

    3 Permohonan Bersama 120 226 346 9.62

    4 Ancaman Keselamatan 22 20 42 1.17

    5 Tempoh Perkhidmatan 181 310 491 13.65

    6 Lain-lain Alasan 279 418 697 19.37

    JUMLAH 1565 2033 3598

    5. Pada masa ini juga, KPM sedang mengkaji dan meneliti akan syor berkaitan guru-guru

    sebagai generalist teacher. Sekiranya perkara ini boleh dilaksanakan, maka ini dijangka

    akan memberi lebih ruang untuk guru-guru bertukar.

    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 13 Januari 2016