kenyataan akhbar ybhg. tan sri dr. ali hamsa ketua ... 2018 ksn_0.pdf · menghubungkan...

4
1 KENYATAAN AKHBAR YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA MENGENAI BAJET 2018 1. “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50. Tema ini bertepatan dengan Bajet 2018 yang paling inklusif dan komprehensif dengan menepati keperluan rakyat secara keseluruhan. Ia mengimbangi usaha-usaha transformasi nasional dengan keprihatinan Kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat. Hasil pertumbuhan ekonomi negara dikongsi dengan rakyat dan diterjemahkan kepada insentif dan program yang memberikan impak tinggi secara langsung kepada kumpulan sasar. 2. Dasar Transformasi Nasional ternyata memberikan impak positif dengan unjuran kadar pertumbuhan ekonomi negara di antara 5.2% ke 5.7%. Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri amat komited terhadap konsolidasi fiskal dengan menyasarkan kadar defisit fiskal Kerajaan pada 3.0% untuk tahun 2017 dan 2.8% untuk tahun 2018. Bajet 2018 juga menyediakan insentif dan program- program yang meletakkan asas ke arah merealisasikan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan persediaan menghadapi Revolusi Industri 4.0, Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT) dan Ekonomi Digital. BAJET 2018 PALING INKLUSIF DAN KOMPREHENSIF UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA 3. Sepertimana dimaklumkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Bajet 2018 memastikan semua golongan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dan memperolehi faedah daripada hasil janaan ekonomi negara yang kukuh. Dasar, insentif dan program-program khusus disediakan untuk golongan usahawan, sektor pertanian dan korporat, wanita, kanak-kanak,

Upload: lynhan

Post on 06-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN AKHBAR YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA KETUA ... 2018 KSN_0.pdf · menghubungkan negeri-negeri Kelantan, ... Polis Diraja Malaysia manakala lebih banyak ... saya ingin merakamkan

1

KENYATAAN AKHBAR YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MENGENAI BAJET 2018

1. “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan

Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50”. Tema ini

bertepatan dengan Bajet 2018 yang paling inklusif dan komprehensif dengan

menepati keperluan rakyat secara keseluruhan. Ia mengimbangi usaha-usaha

transformasi nasional dengan keprihatinan Kerajaan terhadap kesejahteraan

rakyat. Hasil pertumbuhan ekonomi negara dikongsi dengan rakyat dan

diterjemahkan kepada insentif dan program yang memberikan impak tinggi secara

langsung kepada kumpulan sasar.

2. Dasar Transformasi Nasional ternyata memberikan impak positif dengan

unjuran kadar pertumbuhan ekonomi negara di antara 5.2% ke 5.7%. Kerajaan

pimpinan YAB Perdana Menteri amat komited terhadap konsolidasi fiskal dengan

menyasarkan kadar defisit fiskal Kerajaan pada 3.0% untuk tahun 2017 dan

2.8% untuk tahun 2018. Bajet 2018 juga menyediakan insentif dan program-

program yang meletakkan asas ke arah merealisasikan aspirasi Transformasi

Nasional 2050 (TN50) dan persediaan menghadapi Revolusi Industri 4.0,

Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT) dan Ekonomi Digital.

BAJET 2018 PALING INKLUSIF DAN KOMPREHENSIF UNTUK SEMUA

LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA

3. Sepertimana dimaklumkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin

Tun Haji Abdul Razak, Bajet 2018 memastikan semua golongan rakyat Malaysia

tidak ketinggalan dan memperolehi faedah daripada hasil janaan ekonomi negara

yang kukuh. Dasar, insentif dan program-program khusus disediakan untuk

golongan usahawan, sektor pertanian dan korporat, wanita, kanak-kanak,

Page 2: KENYATAAN AKHBAR YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA KETUA ... 2018 KSN_0.pdf · menghubungkan negeri-negeri Kelantan, ... Polis Diraja Malaysia manakala lebih banyak ... saya ingin merakamkan

2

warga emas, OKU, golongan berpendapatan M40 serta B40, orang asli,

penduduk bandar mahupun luar bandar, di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

4. Di kala rancak mengorak langkah menuju status negara maju berpendapatan

tinggi, Kerajaan tidak lupa kepada pelaburan untuk keperluan asas rakyat seperti

pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan perumahan mampu milik.

Sebagai contoh, Kerajaan menyediakan RM2.5 bilion untuk pembinaan sekolah-

sekolah daif iaitu sebanyak RM1 bilion masing-masing untuk Sabah dan Sarawak

serta RM500 juta bagi Semenanjung. Peruntukan besar juga disediakan bagi

memastikan rakyat Malaysia dapat terus mampu memperolehi kemudahan

kesihatan kerajaan yang diakui sebagai antara terbaik di dunia. Industri

pelancongan kesihatan (medical tourism) terus mendapat perhatian Kerajaan

sebagai sektor pertumbuhan ekonomi baru negara.

5. Pembangunan prasarana lebuhraya seperti Pan Borneo di Sabah dan

Sarawak; rangkaian keretapi berkelajuan tinggi East Coast Rail Link (ECRL) yang

menghubungkan negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan High Speed Rail

Malaysia-Singapore (HSR) bermula dari Bandar Malaysia merentasi Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Dengan berjayanya projek MRT1 (Sungai

Buloh-Kajang) pembangunan pengangkutan rel bandar akan dipesatkan lagi dengan

pembinaan MRT 2, MRT3 (circle line) serta LRT3 untuk memudahkan mobiliti rakyat

dalam urusan kehidupan harian.

6. Pembinaan perumahan mampu milik juga dipergiatkan lagi. Untuk penjawat

awam, hampir 128,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

telah diluluskan untuk pembinaan. Projek ini sekarang dalam pelbagai

peringkat pembinaan. Sebanyak 25,064 unit dijangka akan siap dibina pada tahun

2018. Sebanyak 10,000 unit PPA1M tambahan akan dikhususkan untuk anggota

Polis Diraja Malaysia manakala lebih banyak Perumahan Angkatan Tentera

Malaysia akan dibina. Kemudahan pembiayaan menerusi Lembaga Pembiayaan

Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ditambahbaik dimana yuran guaman

dimasukkan sebagai sebahagian daripada skop pinjaman serta pembiayaan

bersama (joint-loan) antara suami dan isteri atau anak-anak, adalah

dibenarkan.

Page 3: KENYATAAN AKHBAR YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA KETUA ... 2018 KSN_0.pdf · menghubungkan negeri-negeri Kelantan, ... Polis Diraja Malaysia manakala lebih banyak ... saya ingin merakamkan

3

7. Kualiti kehidupan adalah dipengaruhi oleh pendapatan individu. Untuk

menambahkan pendapatan boleh guna (disposable income) golongan

berpendapatan pertengahan atau M40, kadar cukai pendapatan individu

pemastautin dikurangkan sebanyak 2 mata peratusan berdasarkan kepada

banjaran pendapatan bercukai yang ditetapkan.

PENGHARGAAN KERAJAAN TERHADAP PENAMBAHBAIKAN SKIM

PERKHIDMATAN DAN KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM

8. Bagi pihak rakyat Malaysia amnya dan bagi pihak penjawat awam

khususnya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan

kepada Kerajaan di atas pemberian insentif dan penambahbaikan skim

perkhidmatan awam, antara lain seperti kenaikan pangkat secara time-based

kali kedua untuk Kumpulan Pelaksana, Waktu Kerja Fleksi bagi pakar

perubatan, penambahan Waktu Kerja Berperingkat, pemberian Cuti Tanpa

Rekod untuk menunaikan umrah dan peningkatan pencen terendah ke

RM1,000 untuk mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

9. Penghargaan juga dirakamkan kepada Kerajaan di atas keputusan

pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 bagi penjawat awam

yang akan dibayar pada Januari 2018 sebanyak RM1,000 dan RM500 sempena

dengan Hari Raya Aidil Fitri. Pesara pula akan menikmati sebanyak RM750,

dimana RM500 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya

Aidil Fitri.

KOMITMEN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

10. Perkhidmatan Awam Malaysia memberikan komitmen sepenuhnya untuk

melaksanakan Bajet 2018 dengan segera berdasarkan prinsip Strategi Lautan

Biru Kebangsaan (NBOS) supaya rakyat dapat terus menikmati dan memperolehi

faedah seperti yang diumumkan Kerajaan.

11. Perkhidmatan Awam Malaysia akan terus berdiri teguh bersama-sama

dengan Kerajaan berasaskan prinsip wala’ dan setia bagi merealisasikan

aspirasi pembangunan Negara dan jaminan kesejahteraan rakyat.

Page 4: KENYATAAN AKHBAR YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA KETUA ... 2018 KSN_0.pdf · menghubungkan negeri-negeri Kelantan, ... Polis Diraja Malaysia manakala lebih banyak ... saya ingin merakamkan

4

TAN SRI DR. ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara 27 OKTOBER 2017