kenyataan akhbar penyebaran maklumat menerusi aplikasi media sosial institut pencegahan kanser...

Upload: abu-laila

Post on 08-Jul-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Kenyataan Akhbar Penyebaran Maklumat Menerusi Aplikasi Media Sosial Institut Pencegahan Kanser Mengumumk…

    1/1

    1

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

     MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

    KENYATAAN AKHBAR 

    PENYEBARAN MAKLUMAT MENERUSI APLIKASI MEDIA SOSIAL

    “INSTITUT PENCEGAHAN KANSER MENGUMUMKAN RANKING DAUN

    KETUM ANTI KANSER” 

    Satu penyebaran maklumat menerusi aplikasi media sosial iaituwhatsapp berhubung isu ranking daun ketum sebagai pencegahan anti

    kanser dikesan telah berlaku. Maklumat yang disebarkan adalah tidak

    diketahui kesahihannya kerana tiada sumber rujukan yang dinyatakan.

    Maklumat turut merujuk “Institut  Pencegahan Kanser” sebagai  pihak

    yang mengumumkan maklumat tersebut.

    Sehubungan itu, pihak Institut Kanser Negara (IKN) dengan ini

    mengesahkan penyebaran maklumat tersebut tiada kaitan dengan IKN

    dan kandungan maklumat tersebut jelas tidak melibatkan aktiviti serta

    perkhidmatan di IKN.

    PENGARAHINSTITUT KANSER NEGARA

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

    16 MAC 2015

    Kementerian Kesihatan MalaysiAras 12, Blok E7, Parcel E,Pusat Pentadbiran KerajaanPersekutuan,

    62590 Putrajaya

    Tel : 603-8883 2545Faks : 603-8889 5542