kenyataan akhbar mengenai status kualiti … media/terkini- je… · ilp miri, sarawak 41* sarikei,...

4
1 KENYATAAN AKHBAR MENGENAI STATUS KUALITI UDARA PADA 13 JULAI 2011 JAM 7:00 PAGI ____________________________________________________________ Putrajaya - Sepanjang tempoh 24 jam lalu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 7.00 pagi, 13 Julai 2011 mencatatkan 18 kawasan berada pada tahap baik dan 33 kawasan berada pada tahap sederhana. 1 stesen berada pada tahap tidak sihat iaitu Jalan Tasek, Ipoh dengan IPU 134 (maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen pengawasan adalah seperti yang dilampirkan). Menurut ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi (JMM) terdapat negeri-negeri sebelah pantai barat Semenanjung tidak menerima hujan selama 5 hari berturut-turut. Kemerosotan kualiti udara mula dikesan semenjak 3 Julai 2011 di sekitar jam 7 pagi dan berterusan sehingga hari ini di beberapa kawasan seperti di Ipoh dan Sri Manjung, Perak, di sekitar kawasan Lembah Klang, Bukit Rambai, Melaka, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Laporan satelit yang dikeluarkan oleh “ASEAN Specialised Meteorological Centre” pada 12 Julai 2011 menunjukkan imej satelit NOAA-18 hanya dapat mengesan 42 bilangan titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan. Bilangan titik panas yang dikesan dalam negara adalah sebanyak 20 pada 12 Julai 2011 dan 17 titik panas pada 11 Julai 2011. Walau bagaimanapun, imej satelit tersebut menunjukkan asap jerebu dibawa oleh angin barat daya yang bertiup dari kawasan-kawasan titik panas di Bengkalis, Wilayah Riau, Sumatera menghala ke arah pantai barat Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, keadaan berjerebu yang dialami terutamanya di sekitar kawasan pantai barat Perak, Lembah Klang, Selangor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan adalah disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Upload: lamnhu

Post on 06-Mar-2018

249 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI STATUS KUALITI … Media/TERKINI- JE… · ILP Miri, SARAWAK 41* Sarikei, SARAWAK 61* Limbang, SARAWAK 47* ... Sandakan, SABAH 36* Keterangan/Explanation

1

KENYATAAN AKHBAR

MENGENAI STATUS KUALITI UDARA PADA 13 JULAI 2011

JAM 7:00 PAGI

____________________________________________________________

Putrajaya - Sepanjang tempoh 24 jam lalu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52

buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada

jam 7.00 pagi, 13 Julai 2011 mencatatkan 18 kawasan berada pada tahap baik dan 33

kawasan berada pada tahap sederhana. 1 stesen berada pada tahap tidak sihat iaitu Jalan

Tasek, Ipoh dengan IPU 134 (maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen

pengawasan adalah seperti yang dilampirkan).

Menurut ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi (JMM) terdapat negeri-negeri sebelah

pantai barat Semenanjung tidak menerima hujan selama 5 hari berturut-turut. Kemerosotan

kualiti udara mula dikesan semenjak 3 Julai 2011 di sekitar jam 7 pagi dan berterusan

sehingga hari ini di beberapa kawasan seperti di Ipoh dan Sri Manjung, Perak, di sekitar

kawasan Lembah Klang, Bukit Rambai, Melaka, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Laporan satelit yang dikeluarkan oleh “ASEAN Specialised Meteorological Centre” pada 12

Julai 2011 menunjukkan imej satelit NOAA-18 hanya dapat mengesan 42 bilangan titik panas

di Sumatera disebabkan lindungan awan. Bilangan titik panas yang dikesan dalam negara

adalah sebanyak 20 pada 12 Julai 2011 dan 17 titik panas pada 11 Julai 2011.

Walau bagaimanapun, imej satelit tersebut menunjukkan asap jerebu dibawa oleh angin barat

daya yang bertiup dari kawasan-kawasan titik panas di Bengkalis, Wilayah Riau, Sumatera

menghala ke arah pantai barat Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, keadaan

berjerebu yang dialami terutamanya di sekitar kawasan pantai barat Perak, Lembah Klang,

Selangor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan adalah disebabkan pencemaran jerebu merentas

sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Page 2: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI STATUS KUALITI … Media/TERKINI- JE… · ILP Miri, SARAWAK 41* Sarikei, SARAWAK 61* Limbang, SARAWAK 47* ... Sandakan, SABAH 36* Keterangan/Explanation

2

Laporan ASMC pada 12 Julai 2011 juga telah menunjukkan peta jerebu serantau peringkat

sederhana telah meliputi sebahagian Wilayah Riau, Sumatera dan sebahagian pantai barat

Semenanjung Malaysia terutamanya di di pantai barat negeri Perak, di Lembah Kelang dan

pantai barat Melaka serta Negeri Sembilan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah pun mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran

Terbuka di semua negeri dan menggerakkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP)

Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar pada 7 Julai 2011

bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada

kemerosotan kualiti udara. Di samping itu, penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari

kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri-industri dipertingkatkan.

Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran

terbuka. Orang ramai juga diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil

dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba

dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

JABATAN ALAM SEKITAR 13 JULAI 2011

Page 3: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI STATUS KUALITI … Media/TERKINI- JE… · ILP Miri, SARAWAK 41* Sarikei, SARAWAK 61* Limbang, SARAWAK 47* ... Sandakan, SABAH 36* Keterangan/Explanation

3

KAWASAN Masa/Time

AREA 7:00am

Kangar, PERLIS 37*

Langkawi, KEDAH 26*

Alor Setar, KEDAH 28*

Bakar Arang, Sg. Petani, KEDAH 54*

USM, P. PINANG 41*

Perai, P. PINANG 53*

Seberang Jaya 2, Perai, P. PINANG 59*

JalanTasek, Ipoh, PERAK 134*

S K Jalan Pegoh, Ipoh, PERAK 97*

Kg. Air Putih, Taiping, PERAK 64*

Seri Manjung, PERAK 91*

Tanjung Malim, PERAK 68*

Pelabuhan Kelang, SELANGOR 75*

Petaling Jaya, SELANGOR 72*

Banting, SELANGOR 64*

Shah Alam, SELANGOR 69*

Kuala Selangor, SELANGOR 92*

Batu Muda, KL W.PERSEKUTUAN 70*

Cheras, KL W. PERSEKUTUAN 65*

PutraJaya, W. PERSEKUTUAN 60*

Labuan, W. PERSEKUTUAN 51*

Nilai, N. SEMBILAN 69*

Seremban, N. SEMBILAN 67*

Port Dickson, N. SEMBILAN 62*

Bukit Rambai, MELAKA 64*

Bandaraya MELAKA 48*

Pasir Gudang, JOHOR 39*

Larkin, JOHOR 50a

Muar, JOHOR 40*

Kota Tinggi, JOHOR 40*

INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU), JABATAN ALAM SEKITAR

MALAYSIA PADA 13 JULAI 2011,

JAM 7.00 PAGI

14 Julai 2009, jam 11.00 pagi

LAMPIRAN

Page 4: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI STATUS KUALITI … Media/TERKINI- JE… · ILP Miri, SARAWAK 41* Sarikei, SARAWAK 61* Limbang, SARAWAK 47* ... Sandakan, SABAH 36* Keterangan/Explanation

4

Tanah Merah, KELANTAN 61*

M. Sult. Ismail, K. Bharu, KELANTAN 53*

Kemaman, TERENGGANU 60*

Paka, TERENGGANU 55*

Kuala Terengganu, TERENGGANU 66*

Jerantut, PAHANG 67*

Indera Mahkota, Kuantan, PAHANG 62*

Balok Baru, Kuantan, PAHANG 71*

Kuching, SARAWAK 58*

Sibu, SARAWAK 62*

Bintulu, SARAWAK 71*

Miri, SARAWAK 46*

ILP Miri, SARAWAK 41*

Sarikei, SARAWAK 61*

Limbang, SARAWAK 47*

Samarahan, SARAWAK 56*

Sri Aman, SARAWAK 26*

Kapit, SARAWAK 49*

Kota Kinabalu, SABAH 44*

Tawau, SABAH 32*

Keningau, SABAH 48*

Sandakan, SABAH 36*

Keterangan/Explanation

Taksiran IPU Bilangan Kawasan

API Indication Number of Areas

0-50 Baik/Good 18

51-100 Sederhana/Moderate 33

101-200 Tidak Sihat/Unhealthy 1

201-300 Sangat Tidak Sihat/Very Unhealthy 0

>301 Berbahaya/Hazardous 0

# Masalah Teknikal/Technical Problem 0

Nota/Note: * = Habuk Halus (PM10) c = Ozon (O3)

a = Sulfur Dioksida (SO2) d = Karbon Monoksida (CO)

b = Nitrogen Dioksida (NO2) & = Lebih daripada satu pencemar