1
KENYATAAN AKHBAR
MENGENAI STATUS KUALITI UDARA PADA 13 JULAI 2011
JAM 7:00 PAGI
____________________________________________________________
Putrajaya - Sepanjang tempoh 24 jam lalu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52
buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada
jam 7.00 pagi, 13 Julai 2011 mencatatkan 18 kawasan berada pada tahap baik dan 33
kawasan berada pada tahap sederhana. 1 stesen berada pada tahap tidak sihat iaitu Jalan
Tasek, Ipoh dengan IPU 134 (maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen
pengawasan adalah seperti yang dilampirkan).
Menurut ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi (JMM) terdapat negeri-negeri sebelah
pantai barat Semenanjung tidak menerima hujan selama 5 hari berturut-turut. Kemerosotan
kualiti udara mula dikesan semenjak 3 Julai 2011 di sekitar jam 7 pagi dan berterusan
sehingga hari ini di beberapa kawasan seperti di Ipoh dan Sri Manjung, Perak, di sekitar
kawasan Lembah Klang, Bukit Rambai, Melaka, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Laporan satelit yang dikeluarkan oleh “ASEAN Specialised Meteorological Centre” pada 12
Julai 2011 menunjukkan imej satelit NOAA-18 hanya dapat mengesan 42 bilangan titik panas
di Sumatera disebabkan lindungan awan. Bilangan titik panas yang dikesan dalam negara
adalah sebanyak 20 pada 12 Julai 2011 dan 17 titik panas pada 11 Julai 2011.
Walau bagaimanapun, imej satelit tersebut menunjukkan asap jerebu dibawa oleh angin barat
daya yang bertiup dari kawasan-kawasan titik panas di Bengkalis, Wilayah Riau, Sumatera
menghala ke arah pantai barat Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, keadaan
berjerebu yang dialami terutamanya di sekitar kawasan pantai barat Perak, Lembah Klang,
Selangor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan adalah disebabkan pencemaran jerebu merentas
sempadan dari Sumatera, Indonesia.
2
Laporan ASMC pada 12 Julai 2011 juga telah menunjukkan peta jerebu serantau peringkat
sederhana telah meliputi sebahagian Wilayah Riau, Sumatera dan sebahagian pantai barat
Semenanjung Malaysia terutamanya di di pantai barat negeri Perak, di Lembah Kelang dan
pantai barat Melaka serta Negeri Sembilan.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah pun mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran
Terbuka di semua negeri dan menggerakkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP)
Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar pada 7 Julai 2011
bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada
kemerosotan kualiti udara. Di samping itu, penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari
kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri-industri dipertingkatkan.
Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran
terbuka. Orang ramai juga diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil
dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba
dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
JABATAN ALAM SEKITAR 13 JULAI 2011
3
KAWASAN Masa/Time
AREA 7:00am
Kangar, PERLIS 37*
Langkawi, KEDAH 26*
Alor Setar, KEDAH 28*
Bakar Arang, Sg. Petani, KEDAH 54*
USM, P. PINANG 41*
Perai, P. PINANG 53*
Seberang Jaya 2, Perai, P. PINANG 59*
JalanTasek, Ipoh, PERAK 134*
S K Jalan Pegoh, Ipoh, PERAK 97*
Kg. Air Putih, Taiping, PERAK 64*
Seri Manjung, PERAK 91*
Tanjung Malim, PERAK 68*
Pelabuhan Kelang, SELANGOR 75*
Petaling Jaya, SELANGOR 72*
Banting, SELANGOR 64*
Shah Alam, SELANGOR 69*
Kuala Selangor, SELANGOR 92*
Batu Muda, KL W.PERSEKUTUAN 70*
Cheras, KL W. PERSEKUTUAN 65*
PutraJaya, W. PERSEKUTUAN 60*
Labuan, W. PERSEKUTUAN 51*
Nilai, N. SEMBILAN 69*
Seremban, N. SEMBILAN 67*
Port Dickson, N. SEMBILAN 62*
Bukit Rambai, MELAKA 64*
Bandaraya MELAKA 48*
Pasir Gudang, JOHOR 39*
Larkin, JOHOR 50a
Muar, JOHOR 40*
Kota Tinggi, JOHOR 40*
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU), JABATAN ALAM SEKITAR
MALAYSIA PADA 13 JULAI 2011,
JAM 7.00 PAGI
14 Julai 2009, jam 11.00 pagi
LAMPIRAN
4
Tanah Merah, KELANTAN 61*
M. Sult. Ismail, K. Bharu, KELANTAN 53*
Kemaman, TERENGGANU 60*
Paka, TERENGGANU 55*
Kuala Terengganu, TERENGGANU 66*
Jerantut, PAHANG 67*
Indera Mahkota, Kuantan, PAHANG 62*
Balok Baru, Kuantan, PAHANG 71*
Kuching, SARAWAK 58*
Sibu, SARAWAK 62*
Bintulu, SARAWAK 71*
Miri, SARAWAK 46*
ILP Miri, SARAWAK 41*
Sarikei, SARAWAK 61*
Limbang, SARAWAK 47*
Samarahan, SARAWAK 56*
Sri Aman, SARAWAK 26*
Kapit, SARAWAK 49*
Kota Kinabalu, SABAH 44*
Tawau, SABAH 32*
Keningau, SABAH 48*
Sandakan, SABAH 36*
Keterangan/Explanation
Taksiran IPU Bilangan Kawasan
API Indication Number of Areas
0-50 Baik/Good 18
51-100 Sederhana/Moderate 33
101-200 Tidak Sihat/Unhealthy 1
201-300 Sangat Tidak Sihat/Very Unhealthy 0
>301 Berbahaya/Hazardous 0
# Masalah Teknikal/Technical Problem 0
Nota/Note: * = Habuk Halus (PM10) c = Ozon (O3)
a = Sulfur Dioksida (SO2) d = Karbon Monoksida (CO)
b = Nitrogen Dioksida (NO2) & = Lebih daripada satu pencemar