kenali vandalisme

6
ISU SOSIAL : KENALI VANDALISME Apakah itu vandalisme? Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang. Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak. Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan. Mengapa vandalisme terjadi ? Sebab-sebabnya adalah: Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah

Upload: armandajinggo

Post on 25-Jul-2015

139 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenali Vandalisme

ISU SOSIAL : KENALI VANDALISME

Apakah itu vandalisme?

Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan

awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-

undang.

Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian

kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan

barang-barang yang rosak.

Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.

Mengapa vandalisme terjadi ?

Sebab-sebabnya adalah:

Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam

Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam

rumah

Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan

Page 2: Kenali Vandalisme

Untuk membalas dendam

Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah

organisasi

Untuk keseronokan dan kepuasan diri

Untuk diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan

Mengapa remaja terlibat dalam geng ( kumpulan vandalisme)?

Remaja terlibat dalam geng (kumpulan vandalisme) kerana pelbagai sebab

seperti:

Keseronokan

Rasa megah / status

Perlindungan

Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan

Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging)

Dipaksa (jarang berlaku)

Apakah ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan dengan vandalisme?

Remaja yang terlibat dengan vandalisme biasanya menghadapi masalah

peribadi sejak kecil dan tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.

Masalah peribadi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan tingkah laku anti

sosial

Page 3: Kenali Vandalisme

Masalah-masalah ini mungkin melibatkan aspek emosi, mental, sosial dan

fizikal.

Contoh-contoh masalah yang boleh menjuruskan kepada kelakuan

vandalisme adalah :

o Ponteng kelas atau sekolah

o Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah

o Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam

o Kemahiran sosial yang lemah

o Mencari perhatian dengan cara yang negatif

o Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan

o Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain

o Masalah keluarga

o Masalah dalam persahabatan

o Masalah di sekolah

o Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang

o Penyalahgunaan dadah

Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam vandalisme?

Remaja yang aktif melakukan vandalisme akan mudah menjadi penjenayah

apabila dewasa kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan.

Remaja yang melakukan vandalisme biasanya terlibat dalam lain-lain

salahlaku seperti gangguan seksual, pencerobohan, kecurian dan

pencemaran alam persekitaran (contohnya pembuangan sampah sarap di

tempat yang tidak sesuai).

Page 4: Kenali Vandalisme

Remaja yang melakukan vandalisme selalunya menghadapi masalah

dengan pihak sekolah.

Remaja yang melakukan vandalisme selalunya mendapat laporan buruk

dari pihak sekolah, keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk

mereka berjaya dalam hidup.

Ini akan menimbulkan lebih banyak masalah ketika mereka sudah dewasa

kerana ianya menjuruskan mereka kepada aktiviti jenayah mereka akan

menjalani kehidupan yang kurang sihat.

Vandalisme akan mengakibatkan kerugian besar dan menyusahkan

masyarakat terutamanya apabila kemudahan awam (contohnya telefon

awam) tidak dapat digunakan di waktu kecemasan.

Vandalisme terhadap harta benda dan perkhidmatan awam mungkin

mengakibatkan kehilangan nyawa pada waktu kecemasan yang kritikal

Gangguan fizikal dan emosi boleh membawa kepada masalah peribadi dan

sosial seperti tekanan, tingkahlaku agresif serta putus hubungan

persahabatan.

Bagaimanakah seseorang itu boleh mengelakkan diri dari terlibat dalam

Vandalisme?

Memahami bahawa vandalisme adalah satu kesalahan jenayah.

Tanya diri anda :

o Bagaimanakah kemusnahan harta benda boleh membantu saya?

o Apakah kesannya pada saya setelah merosakkan harta benda ini?

o Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan bantuan?

o Siapa yang boleh membantu saya?

Page 5: Kenali Vandalisme

Mengawal kemarahan yang mendorong anda untuk melakukan vandalisme.

Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat dan wajar.

Mencari cara yang terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah untuk

mengelakkan vandalisme.

Meminta pertolongan dari orang lain ketika menghadapi masalah

Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sihat dan aktiviti kurang berisiko

seperti senaman, bersukan, hobi dan kerja-kerja sukarela yang boleh

membantu anda mengatasi tekanan hidup

Jauhi rakan-rakan yang melakukan vandalisme

Sentiasa mengawal kelakuan anda sedikit demi sedikit dan

mencatatkannya di atas kertas

Untuk bantuan dalam hal ini, dapatkan nasihat kaunselor atau pakar

psikologi

Sumber daripada : http://abihulwa.blogspot.com/2011/01/isu-sosial-kenali-vandalisme.html