kenali sifat 20 wajib bagi allah

20
KENALI SIFAT 20 WAJIB BAGI ALLAH Oleh IbnuNafiz (jarumemas.blogspot.com) Allah itu Wujud. Allah itu wujud (ada). ALlah ada dengan tiada yang menjadikanNya. Allah ada tidak kerana sesuatu yang lain. ALlah ada bersama zatNya. ALlah tidak akan mati, tidak akan hilang. Semua orang mengakui akan adanya ALlah termasuklah orang kafir. Bezanya cuma 0rang Islam mengakui ALlah ta'ala ada. Tetapi orang kafir mengakui ALLah ada dengan mempersekutukan (mengatakan ada kuasa lain yang lebih tinggi dari ALlah atau sama denganNya), tidak beribadah kepadaNya. Firman ALlah yang bererti : "Dan jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (Orang-prang yang syirik) siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Pasti sekali mereka akan menjawab : ALlah. (Surah az Zumar : 38) Akal sendiri membuktikan akan adanya ALlah. Akal yang sihat akan membenarkan sendiri akan adanya ALLah. Setiap sesuatu pasti ada yang menjadikan dan tidak terjadi dengan sendiri. Alam yang terbentang luas, dari sebesar gajah sehingga sekecil kuman ada yang menjadikan. Takkan kerusi akan jadi dengan sendirinya? Tentulah ia mustahil. Firman ALlah yang bererti : Amat Suci Dia, Dialah Tuhan yang Esa lagi gagah ( Surah az Zumar:4) Firman ALlah lagi yang bererti : "Yang bersifat demikian ialah ALLah, Tuhan kamu yang mencipta tiap-tiap sesuatu daripada tiada kepada ada; tiada Tuan yang berhak disembah melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan daripada menyembahNya? " (Surah Ghafir: 62) Allah itu Qidam. Qidam ertinya sedia iaitu sedia dari segi zatNya yang menafikan ada permulaan bagi ada ALlah ta'ala. Sedia ALlah ta'ala bukan diukur dari segi masa (Zamani) dan bukan didahului oleh tiada. ALlah menjadikan tiap-tiap yang ada dan tiada permulaan. Berlainan

Upload: shamsul-kamal-hj-maamor

Post on 12-Jun-2015

6.604 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

KENALI SIFAT 20 WAJIB BAGI ALLAHOleh IbnuNafiz (jarumemas.blogspot.com)

Allah itu Wujud.

Allah itu wujud (ada). ALlah ada dengan tiada yang menjadikanNya. Allah ada tidak kerana sesuatu yang lain.

ALlah ada bersama zatNya. ALlah tidak akan mati, tidak akan hilang. Semua orang mengakui akan adanya ALlah termasuklah orang kafir. Bezanya cuma 0rang Islam mengakui ALlah ta'ala ada. Tetapi orang kafir mengakui ALLah ada dengan mempersekutukan (mengatakan ada kuasa lain yang lebih tinggi dari ALlah atau sama denganNya), tidak beribadah kepadaNya.

Firman ALlah yang bererti : "Dan jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (Orang-prang yang syirik) siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Pasti sekali mereka akan menjawab : ALlah. (Surah az Zumar : 38)

Akal sendiri membuktikan akan adanya ALlah.

Akal yang sihat akan membenarkan sendiri akan adanya ALLah. Setiap sesuatu pasti ada yang menjadikan dan tidak terjadi dengan sendiri. Alam yang terbentang luas, dari sebesar gajah sehingga sekecil kuman ada yang menjadikan. Takkan kerusi akan jadi dengan sendirinya? Tentulah ia mustahil.

Firman ALlah yang bererti :

Amat Suci Dia, Dialah Tuhan yang Esa lagi gagah ( Surah az Zumar:4)

Firman ALlah lagi yang bererti :

"Yang bersifat demikian ialah ALLah, Tuhan kamu yang mencipta tiap-tiap sesuatu daripada tiada kepada ada; tiada Tuan yang berhak disembah melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan daripada menyembahNya? " (Surah Ghafir: 62)

Allah itu Qidam.

Qidam ertinya sedia iaitu sedia dari segi zatNya yang menafikan ada permulaan bagi ada ALlah ta'ala. Sedia ALlah ta'ala bukan diukur dari segi masa (Zamani) dan bukan didahului oleh tiada.

Page 2: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

ALlah menjadikan tiap-tiap yang ada dan tiada permulaan. Berlainan dengan makhluk yang dicipta oleh ALlah, makhluk adalah terbatas dengan masa dan ada permulaan. ALlah menjadikan makhluk daripada tiada kepada ada.

Setiap yang baharu (yang akan binasa, hancur, punah, mati) ALlah yang menjadikan. Mustahil bagi ALlah ada permulaan.

Jika ALlah tidak bersifat qidam tentulah Ia baharu, setiap yang baharu tentu ada yang menjadikannya dan membaharukannya. Oleh itu, ia adalah mustahil bagi ALlah.

Dalil dari firman ALlah dari surah al Hadid ayat 3 :

ر� خ� أ�� ل� أ�ٱ ر� � أ أ�� ل� ٱ أ� ر�

Ertinya : Dialah (ALLah) yang awal (tiada permulaan) dan Dialah (ALlah) yang akhir (tiada kesudahan).

Sebagai penambah rencah kepada isi artikel.

Jika ALlah tidak bersifat qidam tentulah Ia baharu, setiap yang baharu tentu ada yang

menjadikannya dan membaharukannya. Oleh itu, ia adalah mustahil bagi ALlah.

Allah itu baharu adalah bercanggahan dengan akal yang sihat. Sekiranya Allah itu baharu maka

tentulah ada Tuhan yang menjadikan dan membaharukan. Hal ini mustahil menurut akal.

Contoh pertama:

Tuhan A adalah baharu. Apabila Tuhan A baharu, pastinya Tuhan B yang menciptakan Tuhan A.

Dan pasti ada Tuhan C yang menciptakan Tuhan B. Rantaian ini akan berterusan sehingga

infiniti (mutasalsil). Hal ini menurut akal adalah mustahil kerana pada akhirnya kita tidak tahu

siapa Tuhan yang sebenar.

Contoh 2:

Tuhan A adalah baharu. Tuhan B mencipta Tuhan A. Tuhan C mencipta Tuhan B. Tuhan A

mencipta Tuhan C. Hal yang berpusingan (mudawwar) ini mustahil menurut akal. Sekiranya

Page 3: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

Allah adalah baharu, siapakah yang mula-mula menciptakan Allah?

Justeru, dengan berdalilkan akal maka benarlah Allah itu bersifat qadim.

Allah itu Baqa

Kita selalu mengimpikan apa yang ada pada diri, yang kita miliki agar dapat selalu bersama. Jika boleh dapat kekal selama-lamanya. Lalu apabila apa yang ada di dalam genggaman akhirnya hilang, terlepas, hancur binasa - kita sukar hendak menerima kenyataan. Ada yang hilang pedoman. Emosinya terganggu dan fikirannya bercelaru.

Bila kita mengenal ALlah, barulah kita sedar bahawa segala yang ada di hadapan mata kita ini akan fana' (hancur binasa, akan mati).

Baqa' ertinya kekal, sentiasa ada, tiada akhir. ALlah adalah kekal wujudnya tanpa kesudahan. Kekal yang hakiki yang tidak akan fana' buat selama-lamanya. Dan bukan kekal ardhi seperti perkara yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan al Quran dan Hadith.

Seperti :

1. Nikmat syurga 2. azab neraka

3. jasad sekalian nabi

4. jasad orang yang mati syahid

5. ruh

6. arasy

7. kursi

8. Luh mahfuz

Page 4: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

9. Qalam

Dalil Aqli (Akal) :

Jika ALlah tidak bersifat baqa' tentulah ALlah akan binasa (fana'). Sedangkan fana' itu sifat baharu.

Akal menerima bahawa ALlah bersifat qidam (sedia). Andainya ALlah tiada bersifat baqa' maka tentulah ALlah juga tidak bersifat qidam. Hakikat ini tidak dapat diterima oleh logik akal.

Dalil Naqli (bukti daripada al Quran dan Sunnah) :

8ل6 ء� ك ل� ك� أ� خ� ا >ال: أ� � ل�و?جه?هAA8 إ ۥ‌Ertinya : Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali zatNya (zat ALlah) : Surah al Qasas : 88

Allah

ALLah Tidak Sama Dengan Segala Yang Baharu (Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith)

Allah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu pada sifatNya :

1. Sifat ALlah ta'ala memang sudah sedia ada bersamaNya.

2. Ta'aluq sifat ALlah menyeluruh, tetapi makhlukNya adalah terbatas pada setengah-setengah perkara.

ALlah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu(makhlukNya) pada perbuatan :

1. Perbuatan ALlah ta'ala memberi kesan, manakala perbuatan

Page 5: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

makhluk tidak memberi apa-apa kesan ia adalah sekadar usaha sahaja.

2. Perbuatan ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) apa-apa perantaraan atau alat atau sebagainya.

3. Perbuatan ALlah ta'ala tidak memerlukan pembantu.

4. ALlah ta'ala tidak mengambil faedah daripada perbuatanNya.

5. Perbuatan ALlah Ta'ala tidak sia-sia.

Dalil aqli

Sekiranya ALlah sama atau serupa dengan yang baharu, maka ALlah ta'ala juga baharu. Logik akal tidak dapat menerima hakikat ini kerana ALlah ta'ala bersifat dengan sifat qidam (sedia) dan baqa' (kekal). Oleh itu, ALlah ta'ala tetap bersifat dengan Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith.

Dalil Naqli

Firman ALLah :

‌ �أ �ل خ�ۦ أ� خ ل! خ" ك� أ# ء ل� أ�"Tiada sesuatupun yang sama (zat, sifat dan perbuatan) denganNya. (Surah As Syura :11)

ALlah tidaklah sama dengan segala makhlukNya bahkan dengan apa yang kita fikirkan samada dari segi sifat, zat dan perbuatan.

ALLah tidak sama dengan makhlukNya dari segi zat :

1. Zat ALlah bukan Jauhar - Benda yang halus yang boleh dibahagi seperti ruh dan angin

Page 6: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

2. Zat ALlah bukan Jirim - Benda yang memerlukan ruang seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

3. Zat ALlah bukanlah Aradh - Iaitu sifat makhluk seperti besar dan kecil

4. Zat ALlah bukan berbentuk Juz'iyyah - Bahagian-bahagian yang membentuk sesuatu benda. Contohnya : Manusia mempunyai anggota badan seperti tangan, kaki, mata, tubuh badan yang membentuk diri

mereka.

5. Zat ALlah tidak berjisim - iaitu benda nyata dan berbentuk seperti benda hidup dan benda mati.

6. Zat ALlah tidak berpihak - tidak berarah seperti hadapan, belakang, kiri dan kanan.

7. ALlah tidak bertempat - tidak memerlukan ruang tempat (jirim dan aradh)

8. Zat ALlah tidak bermasa - tidak memerlukan masa (jirim dan aradh)

ALlah berdiri dengan sendirinya (Qiyamuhu Ta'ala bi nafsihi)

ALlah ta'ala Maha Hebat, Maha Berkuasa. ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) kepada zat yang lain.

ALlah tidak memerlukan kepada apapun. Hanya makhlukNya (yang bersifat baharu) memerlukan kepada ALlah.

Dalil Aqli :

Jika ALlah tidak berdiri dengan sendirinya, tentulah Ia memerlukan zat

Page 7: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

yang lain. Maka ia adalah mustahil bagi ALlah. Jika ALlah memerlukan kepada yang menjadikanNya, ini membawa erti ALlah adalah baharu. Tentulah ia tidak dapat diterima oleh akal. Maha Suci ALlah daripada perkara tersebut.

Dalil Naqli :

Firman ALlah :

ه� �� ل ه� ل�ٱل ن ل� لل ه� ٱ ه� ل��ن ه� ل� ا� ل� ل� ه� لل ٱ

Ertinya : ALlah Maha Kaya (tidak berhajat kepada yang lain) dan kamu faqir. (Surah Muhammad : 38)

dan Firman ALlah lagi :

ل�� ل� ن�� �� ل ى� ٱل ن ل� ن� لل �ل� ل ن�ي ل� ـ� ل! لل (٦) ٱ

Ertinya : Sesungguhnya ALlah Maha Kaya (tidak berhajat apa-apa pun) daripada sekalian alam. (Surah al Ankabut: 6)

Wahdaniyah (Esa atau Tunggal)

ALlah ta'ala esa pada zat, sifat dan perbuatan. Hakikat ini menafikan berbilang-bilang

ALlah ta'ala pada zat, sifat dan perbuatan-Nya.

Keterangan yang berikut dapat dimanfaatkan untuk menolak segala kepercayaan yang

membawa kepada menyekutukan ALlah ta'ala (syirik) yang menyamakan sesetengah

sifat dan perbuatan manusia dengan sifat dan perbuatan ALlah ta'ala yang akhirnya

membawa kepada kerosakan iman.

Huraian

ALlah Maha Esa pada zat

Page 8: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

1. Zat ALlah ta'ala tidak tersusun secara organik sperti ada tulang, daging, darah dan

sebagainya yang disebut kam muttasil pada zat.

2. Tidak ada zat yang lain sama atau serupa dengan zat ALlah ta'ala yang disebut kam

munfasil pada zat.

ALlah Maha Esa pada sifat

1. Sifat ALlah ta'ala tidak berbilang pada satu-satu jenis seperti dua qudrah (dua kuasa)

yang disebut kam muttasil pada sifat.

2. Tidak ada sifat yang lain sama dengan sifat ALlah ta'ala yang disebut kam munfasil

pada sifat.

ALlah Maha Esa pada Perbuatan

1. Tidak ada perbuatan lain yang sama atau serupa dengan perbuatan ALlah ta'ala

disebut kam munfasil pada perbuatan.

Dalil Aqli.

Jika ALLah ta'ala tidak esa, maka perbuatan ALLah juga tidak esa; iaitu ada kalanya

bekerjasama dan adakalanya tidak bekerjasama. Jika bekerjasama umpamanya tuhan

pertama membuat langit dan tuhan kedua membaut bumi. Maka nyatalah sifat lemah

pada tuhan sebab perlu saling tolong menolong. Jika tidak bekerjasama tentu ketika itu

ada tuhan berkuasa dan ada tuhan yang lemah.

Maka logik akal tidak dapat menerima tuhan yang lemah, dan jelaslah ALlah Maha Esa

pada zat, sifat dan perbuatan-Nya. Kewujudan alam ini menjadi bukti keesaan ALlah

ta'ala.

Dalil Naqli

Firman ALlah :

Page 9: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

ل% ر& ر' ـ) أ� خ+* ك� أ� ء ـ) أ� � خ+* ك-‌ ء خ. ا� أ�ٲ � أ� أ ـ) أ� >ال: خ+* أ� إ ر1 ر� ـ) أ" ل. � أ ر% ٱ� �خ. � أ )١٦٣( ٱ�

Ertinya : Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Esa, tiada tuhan selain Dia yang Maha

Pemurah lagi Maha Mengasihani. (Surah al Baqarah : 163)

ل� أ2 أ� ف>ي>م?اAAA أ#ا ك4 خ3 أ' خ� >ال: أ�* ر� إ أ � ٱ� أ5ا‌ أ- أ6 أ7 أ1 أ� ـ) أ8 ل9 ر6 خ� أ: أ ب; ٱ� خ< أ= ل� أ? ل� أ2 ع?م:ا ٱ ر�7 خ@ A٢٢( أ(

Ertinya : Jika ada kedua-duanya (langit dan bumi) tuhan selain ALlah, nescaya rosaklah

kedua-duanya. Maha Suci ALlah, Tuhan yang mempunyai arasyh daripada apa yang

mereka sifatkan. (Surah al Anbia' :22)

Sifat Qudrah (Berkuasa)

Qudrah ertinya berkuasa. Sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. Sifat ini memberi erti bahawa ALlah Robbul Jalil mempunyai kuasa untuk mengadakan atau meniadakan sesuatu yang mumkin (berkemungkinan) dengan berkesan, selaras dengan iradah-Nya (kehendak ALLah).

Kekuasaan ALlah memerintah dan mentadbir sekalian makhluk-Nya dengan sendirinya. ALLah berkuasa untuk menentukan dan mengubah perjalanan alam dan seluruh makhluk tanpa kecuali. Dan ALlah jualah yang menentukan dan mengubah nasib manusia.

Perbezaan di antara qudrah (kuasa) ALlah ta'ala dengan qudrah manusia.

Qudrah ALLah ta'ala

1. Qadim lagi azali (memang sudah ada pada zat ALLah ta'ala)2. Hakiki (berkuasa mutlaq)3. Memberi kesan dan bekas4. Bersendiri (Tidak dikongsi dengan apa juapun)5. Tiada batasan

Page 10: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

Qudrah manusia

1. Baharu (akan hancur, binasa, tidak kekal)2. Ikhtiyari (manusia hanya mampu berusaha memilih dan tetap tertakluk pada kekuasaan ALlah)3. Tidak memberi bekas atau kesan atas apa yang dibuatnya. - contoh : perbuatan manusia makan nasi tidak akan memberi kekenyangan kecuali atas kekuasaan ALlah yang memberi kenyang.4. Berharap pada yang lain. - contoh : Manusia memerlukan pertolongan, alat bantuan, pancaindera, dan amat bergantung kepada ALlah.5. Ada batasan.

***

Qudrah ALlah ta'ala yang menentukan keberkesanan usaha dan ikhtiyar manusia. Walaupun manusia mempunyai daya akal dan daya tenaga dengan berbagai-bagai penciptaan. Namun daya manusia tidak dapat memastikan keberkesanannya.

Belum tentu apa yang dibuat oleh manusia berjaya, memberi kesan, dapat mengubah sesuatu. Bahkan banyak yang dilihat adalah kegagalan dan akhirnya hancur binasa. Sekiranya berjaya ia adalah dengan izin ALlah. Ini kerana manusia adalah amat lemah. Kita kenyang kerana ALLah yang memberi kita kenyang, kita sakit dan memerlukan ubat sedangkan ubat dan apa jua tidaklah memberi kesembuhan melainkan kekuasaan ALlah yang memberi kesembuhan. Lihatlah berapa ramai yang tidak sembuh dari sakitnya. Ada manusia yang ingin mengubah wajahnya agar menjadi cantik, tetapi cantiknya itu akan pudar juga dan pasti akan hancur bila berada di dalam kubur. Sedang kecantikan itu tiada manfaat pada dirinya di alam kubur.

Manusia berusaha mencari jalan agar berumur panjang, bahkan ada juga yang tidak mahu memikirkan kematian kerana terlalu disibukkan dengan dunia. Malangnya kematian sentiasa berlaku tanpa mengira

Page 11: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

masa, kerana kekuasaan-Nya yang mencabut segala kelazatan yang ada pada diri kita.

Oleh itu, yang menentukan kejayaan hidup manusia bukanlah manusia atau alat-alat ciptaannya, tetapi ALlah ta'ala. Sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh, dengan bersungguh-sungguh kita berdoa dan bertawakal kepada ALLah ta'ala.

ALlah Berkehendak (Iradah)

Iradah ertinya berkehendak, berkemahuan, berkeinginan.

Sifat iradah suatu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. Dengan sifat ini ALlah ta'ala menghendaki pada menentukan segala yang mumkin (sesuatu yang mungkin ada atau tiada, yang hidup atau mati) .

ALlah yang menghendaki samada telah berlaku sedang berlaku atau akan berlaku. Jelasnya iradah adalah kemahuan untuk menentukan sesuatu perkara.

Manakala Qudrah (kuasa) yang menentukan iradah (kehendak atau kemahuan) berlaku atau terjadi.

Manusia juga mempunyai kehendak (kemahuan dan keinginan), namun tidak semua kehendak tercapai. Hanya apabila kehendak itu diizinkan ALlah dengan iradah-Nya barulah kehendak manusia itu menjadi kenyataan.

Dalil naqli :

ب.ك, ر, ا ل"ي,خل2ق��2 و, اء2 م, خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 خر2 و,ي,خت,ار2 ���� ي,ش,

Ertinya : Dan Tuhanmu menjadikan apa yang ia mahu dan yang ia kehendaki (Surah al Qasas : 68)

Page 12: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

ALlah Maha Mengetahui (Ilmu)

Ilmu ertinya mengetahui. Iaitu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. ALlah ta'ala mengetahui dengan nyata dan terang akan tiap-tiap sesuatu. Samada yang maujud (ada) atau yang ma'dum (tiada).

ALLahu ALlah... Dialah yang mengetahui apa yang tersembunyi, yang tersirat di dalam jiwa manusia, jin dan segala makhluk-Nya. Tiada satupun yang terlepas dari pengetahuan ALlah. Tentunya jika manusia menyedari kehebatan ALlah yang Maha Mengetahui ini, makin dekat diri dengan ALlah. Semakin banyak berfikir sebelum berbuat sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kerosakan di mukabumi.

Apa yang belum ada atau yang telah ada, yang nyata atau tidak nyata, walau bagaimana halus atau besar sekalipun. Dari sekecil-kecil atom (itu yang baru diketahui manusia) bahkan lebih dari itu ALlah amat mengetahui tentangnya.

Ilmu manusia - amatlah terbatas. Kita tidak boleh berbangga dengan ilmu yang sedikit kerana ia adalah kepunyaan ALlah. Semua ilmu yang kita tahu selama ini rupa-rupanya adalah berpunca dari ALlah. Siapalah kita dibanding dengan ALlah sehingga boleh menjadi seorang yang bongkak dan takbur.

Tentulah mereka yang menyedari sifat ALlah ini akan sedar dirinya adalah terlalu kerdil dan hamba.

Firman ALlah ta'ala yang bererti :

Dan Dia (Tuhan) yang mengetahui segala sesuatu (Al Baqarah:29)

Page 13: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

ALlah bersifat hayat (Hidup)

Hayat ertinya hidup. Sifat hayat adalah suatu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala.

ALlah hidup tanpa nyawa, nafas. Tidak juga dengan bertubuh badan dan tidak makan serta minum.

Sifat Hayat (Hidup) menjadi punca atau asas bagi sifat-sifat ALlah yang lain iaitu Qudrah, Iradah, Ilmu, Sama', Basor dan Kalam (Sifat Idrak). Tanpa Hayat maka sifat-sifat lain juga tiada.

Perbezaan hayat (hidup) ALlah ta'ala dengan hayat (hidup) manusia :

Hayat ALlah Ta'ala

1. Qadim lagi azali2. Tiada tempoh masa (kekal)3. Tidak bernyawa4. Tidak bernafas5. Tidak bertubuh badan6. Tidak makan dan minum7. ALlah menghidupkan makhluk yang lain

Hayat Manusia

1. Bersifat baharu (pasti hancur, musnah, mati)2. Ada tempoh masa3. Bernyawa4. Bernafas5. Bertubuh Badan6. Makan dan Minum7. Dihidupkan

Page 14: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

Dalil Aqli

Jika ALlah ta'ala tidak bersifat dengan sifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat. Maka tentulah tidak ada alam ini dan segala yang baharu (makhluk). Hendak mengatakan tiada alam ini adalah mustahil kerana alam ini telah ada. Maka pastilah dengan logik akal ALlah ta'ala bersifat dengan keempat-empat sifat tersebut. Kerana dengan qudrah, iradah. ilmu dan hayatnya ALlah ta'ala dapat mencipta alam ini.

Dalil Naqli

1. Dalil Sifat Qudrah (berkuasa) ALlah ta'ala :

>ن: :ه? إ 8ل_ ع?ل?ى[ ٱلل ك� ىءىء`ىء`ىء`ىء`ىء`ىء`ىء`ىء`ىء`ىء`ىء`ىء`ىء`ش?ىء` ك ء A-خ B٢٠( أ(

Ertinya : Sesungguhnya ALLah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al Baqarah :20)

2. Dalil sifat Iradah (berkehendak) Allah Ta'ala :

اا أ" C أ رD خ+* ر� Eل >ذ?ا ۥ أ�* أG إ أ=* ghاAA أ�* ـ ي أ� أ�*2 لHش? �Iر Aأ �ر ر2 ر#1 ۥ أ� ر&� �أ )٨٢( أ:

Ertinya : Hanyasanya Segala urusan apabila Ia (ALLah) menghendaki sesuatu, bahawa berkata Ia jadilah, maka jadilah ia. (Surah Yaasin :82)

3. Dalil Sifat Ilmu (mengetahui) ALlah ta'ala :

أ� ر� ر� أ خKى ٱ� � أ أ� ال? ٱ ـ) أ� >ال: خ+* � إ أ�‌ ر% ر� خ ـ) Lأ Mخ �ل Nأ ل� � ٱ ‌Oخ أ- ـ) أ' P أ أ� أ�ٱ� ر1 ر� ـ) أ" ل. � أ ر% ٱ� �خ. � أ )٢٢( ٱ�

Ertinya : Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (surah al Hasyr : 22)

4. Dalil sifat hayat (Hidup) ALlah ta'ala :

Page 15: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

" ر� أ أ� ال? ٱ� ـ) أ� >ال: خ+* أ� إ ر � ر� أ8 ل� � ٱ ‌Qر �� ر Iأ ل� ٱ

Ertinya : ALlah, tiada Tuhan selain Dia yang tetap Hidup yang kekal selama-lamanya. (surah al Baqarah : 255)

ALlah Maha Mendengar dan Maha Melihat (Sifat Sama' dan Basar)

Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat (sama’ dan Basar)

Sama’ = ertinya mendengar

Basar = ertinya melihat.

Sifat sama’ dan basar ialah sifat yang qadim lagi azali berdiri pada zat Allah ta’ala. Dengan sifat

ini, Allah mendengar tanpa telinga dan melihat tanpa mata dengan jelas dan nyata segala yang

ada.

Tidak ada yang dapat menghalang pendengaran penglihatan ALLah ta’ala, tidak ada batasan jauh

atau dekat pendengaran dan penglihatan dan tidak ditentukan bunyi atau objek dan tidak

ditentukan oleh cuaca terang atau gelap.

Semuanya dapat dilihat dan didengar oleh ALah ta’ala.

Manusia juga dapat mendengar dan melihat, tetapi pendengaran dan penglihatan manusia

ditentukan oleh berbagai-bagai alat bantuan dan terbatas.

Perbezaan pendengaran dan penglihatan di antara Allah dan manusia :

Pendengaran dan Penglihatan ALLah :

1. tidak dengan telinga dan mata 2. tidak dengan suara atau objek

3. tanpa halangan

4. tanpa batasan

Page 16: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

5. tidak terpengaruh dengan keadaan dan suasana

6. tanpa alat Bantu.

Pendengaran dan Penglihatan manusia :

1. dengan telinga dan mata 2. dengan suara dan objek

3. ada halangan

4. ada batasan

5. dipengaruhi oleh keadaan dan suasana

6. memerlukan alat bantu

Dalil Naqli :

Firman Allah yang bererti :

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah al Haj : 61)

ALLah Bersifat Kalam (Maha Berkata-berkata)

Kalam ertinya berkata-kata.

Sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat Allah ta’ala. Dengan sifat Kalam, ALah ta’ala

berkata-kata tanpa mulut dan alat pertuturan, tanpa suara atau alat Bantu untuk bertutur atau

bersuara.

Perbezaan Kalam ALLah dan Kalam manusia

1. Kata-kata ALLah sentiasa benar dan tidak ada yang sia-sia. Sebab itu al Quran disebut

KalamuLlah yang mengandungi ilmu Allah.

Page 17: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

2. Kalam ALlah pada hakikatnya satu dan tidak berbilang-bilang, tetapi Kalam itu ada berbagai-

bagai bergantung kepada perkara yang dinyatakan samada perintah (amr) tegahan (nahy), cerita

atau berita (Khobar), janji balasan baik (wa’d) dan janji balasan buruk (wa’id)

3. Manusia juga dapat berkata-kata tetapi berbeza daripada kata-kata ALLah ta’ala. Kemampuan

manusia berkata-kata disebabkan oleh adanya mulut dan suara. Ada kalanya kata-kata itu benar

dan ada kalanya dusta, ada kalanya kata-kata itu berguna dan ada kalanya kata-kata itu sia-sia.

Allah ta’ala melarang kita berkata-kata sesuatu yang kita tidak ketahui atau sia-sia.

Dalil Aqli

Jika ALLah tidak bersifat dengan sifat sama’, basar dan kalam tentulah ALLah ta’ala bersifat

dengan lawannya iaitu Somam (Tuli), Ummi (Buta), dan Bukm (kelu/bisu). Hakikat ini tentulah

tidak dapat diterima oleh akal, sebab sifat-sifat kekurangan ini sifat makhluk. ALLah ta’ala tidak

bersifat dengan sifat-sifat kekurangan, oleh itu, tetaplah ALLah ta’ala bersifat dengan sifat

sama’, basar dan kalam.

Dalil Naqli

Firman ALLah ta’ala bererti :

Dan ALLah telah berkata-kata kepada Musa dengan kata-kata secara langsung, tanpa

perantaraannya (Surah an Nisa’ : 164)

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi ALlah (Akhir)

14. Kaunuhu Qadiran (keadaan ALlah yang Maha Berkuasa)

ALLah bersifat Kaunuhu Qadiran. Ertinya ALlah tetap selalu berada di dalam keadaan Berkuasa dan mustahil Dia berada di dalam keadaan lemah. Dalilnya sama dengan sifat Qudrat yang telah dijelaskan.

15. Kaunuhu Muridan (keadaan ALlah yang menghendaki)

ALLah bersifat Kaunuhu Muridan. Ertinya ALLah selalu dalam keadaan menghendaki dan mustahil Dia dalam keadaan yang tidak menghendaki. Dalilnya sama dengan sifat Iradah yang telah dijelaskan.

16. Kaunuhu 'Aliman (keadaan ALlah yang mengetahui)

Ertinya ALlah selalu dalam keadaan mengetahui dan mustahil Dia tidak mengetahui.

Page 18: Kenali Sifat 20 Wajib Bagi Allah

Dalilnya sama dengan sifat Ilmu yang telah dijelaskan.

17. Kaunuhu Hayyan (keadaan ALlah yang Hidup)

Ertinya ALLah tetap selalu dalam keadaan Hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati. Dalilnya sama dengan sifat Hayat yang telah dijelaskan.

18. Kaunuhu Sami'an (keadaan ALlah yang mendengar)

Ertinya ALLah selalu dalam keadaan mendengar dan mustahil Dia tidak dalam keadaan mendengar. Dalilnya sama dengan sifat Sama' yang telah dijelaskan.

19. Kaunuhu Basiran (keadaan ALlah yang Maha Melihat)

Ertinya ALLah tetap selalu dalam keadaan melihat dan mustahil Dia dalam keadaan buta. Dalilnya adalah sama dengan sifat Basar yang telah dijelaskan.

20. Kaunuhu Mutakalliman (keadaan ALlah yang Berkata-kata)

Ertinya ALlah tetap selalu dalam keadaan berkata-kata, mustahil Dia bisu. Oleh kerana ALLah mempunyai sifat Kalam, maka Dia tetap selalu berkata-kata. Dalilnya sama dengan dalil Sifat Kalam.

Sumber Rujukan :

1. Jabatan Agama Johor, Pendidikan Tauhid Darjah 4, Cetakan Kelapan 2004, Synergy Mate Sdn Bhd2. K.H Sirajuddin Abbas, I'itiqad Ahlussunnah Wal Jama'ah , Cet Kesembilan 2006, Pustaka Aman Press Sdn Bhd, Kelantan3. Muhammad Ramzi Omar, Ilmu Sifat 20 & Perbahasan Rukun Iman, 2008, Sinar Media Services, Kuala Lumpur