kenaikan harga barangan

2
Isu kenaikan harga barang Kebelakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barangan sekaligus dapat mengurangkan kenaikan harga barang. Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contoh, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya. Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang- barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap sperti

Upload: irsyad-khir

Post on 08-Jul-2016

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

anjang

TRANSCRIPT

Page 1: Kenaikan harga barangan

Isu kenaikan harga barang 

Kebelakangan   ini,   kenaikan   harga   barang   telah   melanda   negara   kita.   Kenaikan   ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia  perlulah mengamalkan amalan berjimat  cermat.  Amalan  ini dapat  dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran  wang  di  pasaran  dan  seterusnya  dapat  mengurangkan  permintaan   terhadap  sesuatu barangan sekaligus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan  hendaklah  dibuat  berdasarkan keperluan.  Hal   ini  bermaksud barang-barang yang   tidak   diperlukan   hendaklah   diketepikan.   Sebagai   contoh,   setiap   ahli   keluarga   hendaklah menangguhkan   pembelian   pakaian   yang   berjenama  mahal,   peralatan   perabot,   dan   sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

Di   samping   itu,   semua   ahli  masyarakat   hendaklah  memboikot   barang-barang   di   pasaran   yang harganya naik  secara mendadak.  Dalam hal   ini,  masyarakat  hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, bersatu teguh bercerai  roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli  memboikot   pembelian   terhadap   ayam   tersebut   dalam   tempoh   tertentu,   harga   ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan   tegas   terhadap  mana-mana   pihak   yang  menaikkan   harga   barangan   tanpa  mendapat kelulusan   daripada   pihak   kerajaan.   Pegawai   yang   bertanggungjawab   hendaklah   mengadakan lawatan mengejut  dari   semasa ke  semasa untuk  memastikan penjual  mematuhi  peraturan  yang telah ditetapkan dan tidak bersikap sperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan sesuka hati hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan tegas seperti ini akan   menyebabkan  mereka   tiak   berani   untuk   mengambil   kesempatan   dalam   suasana   negara menghadapi kemelut kenaikan harga barang.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak terutamanya pengguna. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebig untuk menangani masalah ini. Bagi   sesetengah  pihak  pula,   janganlah  bersikap   seperti   enau  dalam belukar  melepaskan  pucuk masing-masing tetapi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin hendaklah bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang. Sebagai pengguna yang bijak, berhemahlah ketika berbelanja, beli mana yang perlu sahaja. Jimat cermat amalan mulia, sedangkan membazir itu amalan syaitan.