kemudahan akses orang kurang upaya (oku)...

3
KEMUDAHAN AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) WAN HANANI BINTI WAN HASSAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia MEI 2008

Upload: nguyennhan

Post on 07-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMUDAHAN AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) …fab.utm.my/wp-content/uploads/2012/08/ThesisQS200851.pdf · KEMUDAHAN AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMUDAHAN AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 2: KEMUDAHAN AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) …fab.utm.my/wp-content/uploads/2012/08/ThesisQS200851.pdf · KEMUDAHAN AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK

Kini semakin ramai pelajar OKU diterima masuk ke institusi-institusi pengajian tinggi awam. Ia adalah salah satu usaha kerajaan bagi mengintegrasikan golongan OKU ke persekitaran biasa supaya tiada jurang perbezaan atau sebarang diskriminasi terhadap golongan ini serta tetap dan terus diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan. Oleh itu bagi benar-benar mencapai matlamat mewujudkan persekitaran bebas halangan, pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat pindaan terhadap Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) iaitu dengan menambah undang-undang kecil 34A untuk mewajibkan semua bangunan awam yang boleh dikunjungi disediakan dengan kemudahan akses OKU. Garis panduan dan piawaian juga dihasilkan bagi kegunaan semua pihak terutama pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam merancang dan membantu agensi pelaksana menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh OKU yang secukupnya dalam sesuatu kawasan pembangunan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga tidak terkecuali dalam mempersiapkan persekitaran bebas halangan untuk golongan OKU di kampus. Banyak juga kemudahan akses OKU yang telah disediakan namun yang menjadi persoalannya adakah kemudahan akses tersebut benar-benar memenuhi keperluan OKU?. Melalui pemerhatian ke atas bangunan-bangunan di sekitar kampus UTM, penulis mendapati terdapat kemudahan-kemudahan akses OKU yang disediakan masih tidak memenuhi piawaian. Oleh sebab itu kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti kemudahankemudahan akses OKU di UTM yang tidak memenuhi piawaian dan juga untuk mengenalpasti sebab-sebab mengapa piawaian tersebut tidak dipenuhi. Kajian ini adalah hanya merangkumi peruntukan dalam piawaian SIRIM MS 1184 dan MS 1331. Hasil daripada kajian ini dapatlah dikenalpasti kemudahan-kemudahan akses OKU yang tidak memenuhi piawaian. Antaranya adalah kecerunan lerengan/ramp yang tinggi, lif, tiada tempat letak kereta dan sebagainya. Sebab-sebab mengapa kemudahan akses OKU tidak memenuhi piawaian juga telah dikenalpasti antaranya seperti tiada polisi yang jelas, tiada penguatkuasaan terhadap undang-undang, ruang bangunan yang terhad, tiada peruntukan kos dan sebagainya.

Page 3: KEMUDAHAN AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) …fab.utm.my/wp-content/uploads/2012/08/ThesisQS200851.pdf · KEMUDAHAN AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT

Today, more and more disabled people are accepted to further their studies at higher learning education. In Fact the government are trying to give effort to integrate disabled people into normal environment and efface gap or discrimination of disabled. For that purpose, the government through Ministry of Housing and Local Authority had done amendment to Uniform Building By Law (UBBL) in addition of 34A act which to make the disabled facilities is compulsory to public building. The Malaysian Standard also published as a guided to persons involved or to local authority in providing disabled person facilities and to ensure their need are fulfill. University Technology of Malaysia (UTM) is also not excepted to prepared the freebarrier environment in campus. Even though the facilities had been prepared but not all the facilities had comply the Malaysian Standard. This study focusing on identifying the disabled persons facilities that not comply the Malaysian Standard and also to identify the cause why the standard are not complying. Five blocks included faculties, cafeteria and library had choose to be the research buildings. These study just focused on Malaysian Standard MS1184:2002 and MS 133:2003. From observation and interview with persons whose are involved in preparing the disabled facilities in UTM campus, it can be concluded that a few of the facilities is still not complying the Malaysian Standard such as not provided the railing together with ramp. The cause why the facilities is not comply he Malaysian standard also had been identify, for example did not have a clear policy about disabled, free enough space and lack of awareness.