kemahiranberfikirarastinggidalampentaksiranmatematik 131207101436 phpapp02 (1)

9
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENTAKSIRAN MATEMATIK PENGENALAN Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak kepada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Oleh itu, sistem pendidikan diberi mandat besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Sehubungan dengan itu Malaysia telah mengalami tranformasi dalam bidang pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk melahirkan pelajar yang dapat berdaya saing menjelang abad ke 21. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan ia merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif.. Kemahiran berfikir aras tinggi itu berlaku apabila seseorang itu mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Definisi BERFIKIR Menurut kamus dewan edisi keempat, berfikir ialah menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu . Kamus dewan edisi kedua pula menyatakan berfikir ialah bekerja dengan otak untuk membuat sesuatu keputusan. Beyer (1991) mendefinisikan berfikir sebagai kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat

Upload: raamakrishnan-manokheran

Post on 26-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

professional work for students

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiranberfikirarastinggidalampentaksiranmatematik 131207101436 Phpapp02 (1)

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENTAKSIRAN MATEMATIK

PENGENALAN

Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak kepada tahap ilmu dan

kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Oleh itu, sistem pendidikan diberi

mandat besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Sehubungan

dengan itu Malaysia telah mengalami tranformasi dalam bidang pendidikan. Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran

berfikir aras tinggi (KBAT) untuk melahirkan pelajar yang dapat berdaya saing menjelang

abad ke 21.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan ia merupakan aras yang paling tinggi dalam

hierarki proses kognitif.. Kemahiran berfikir aras tinggi itu berlaku apabila seseorang itu

mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan pengetahuan

sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau

penyelesaian situasi rumit.

Definisi BERFIKIR

Menurut kamus dewan edisi keempat, berfikir ialah menggunakan akal untuk

menyelesaikan sesuatu . Kamus dewan edisi kedua pula menyatakan berfikir ialah bekerja

dengan otak untuk membuat sesuatu keputusan.

Beyer (1991) mendefinisikan berfikir sebagai kebolehan manusia untuk membentuk

konsep, memberi sebab, atau membuat penentuan. Menurut, Beyer (1995) berfikir ialah satu

koleksi kemahiran atau operasi mental yang digunakan oleh seseorang individu. Fraenkel,

J.R, 1980 pula menyatakan bahawa berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan

semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Berfikir ialah satu

proses yang melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau

system kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. George (1970) pula

mentakrifkan pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi

yang kompleks. Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir berkait dengan

pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, ia juga

berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai pendapat untuk menyelesaikan masalah.

Page 2: Kemahiranberfikirarastinggidalampentaksiranmatematik 131207101436 Phpapp02 (1)

Perlukah kita mengajar pelajar untuk berfikir? Menurut Confucius, seorang ahli

falsafah Cina, belajar tanpa berfikir adalah sesuatu yang sia-sia manakala belajar tanpa

berfikir merupakan satu perkara yang sangat berbahaya. Dewey, 1944 juga menyatakan

bahawa berfikir merupakan kaedah pembelajaran pintar dan pembelajaran yang

menggunakan minda. Berfikir dan belajar merupakan dua aspek yang sangat berkait rapat

Penting bagi seorang guru untuk menerapkan kemahiran berfikir di kalangan pelajarnya agar

sesuatu tugasan atau masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah kemahiran berfikir yang tidak

menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa

maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu

masalah. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapai masalah dengan mempunyai

lebih dari satu penyelesaian. Ia merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu

mengaplikasi, menganalisis, menganalisa, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran

kritial, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta-kognitif.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin iaitu maslah

yang tidak jelas.

Pemikiran Aras Tinggi merupakan salah satu komponen utama dalam

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). KBAT juga merupakan aras yang paling

tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat

baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada

dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi

rumit. Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran

berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai

dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Manakala Onosko dan Newmann (1994) pula mendefinasikan Pemikiran Aras Tinggi

(higher order thinking) sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-

cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir,

menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan

masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh

lebih awal untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin

tidak akan membuahkan hasil. Zevin (1995) pula berpendapat, Pemikiran Aras Tinggi

1

Page 3: Kemahiranberfikirarastinggidalampentaksiranmatematik 131207101436 Phpapp02 (1)

merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatau

yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian

merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

KENAPA PERLUNYA PENEKANAN TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS

TINGGI (KBAT)

Menurut kajian yang yang dilakukan oleh UN Education Index, Malaysia muncul

ditempat ketiga terakhir daripada 181 buah Negara. Manakala kajian “Programme for

International Student Assesment”(PISA) pula meletakkan Malaysia di tangga 55 daripada 74

buah Negara. Laporan TIMSS 2011 juga mendedahkan kejatuhan kedudukan Malaysia dalam

mata pelajaran Matematik iaitu pada kedudukan 16(1999), 10(2003), 20(2007) dan 26(2011).

Begitu juga dengan kejatuhan markah purata iaitu 519(1999), 508(2003), 474(2007) ke

440(2011). Kedudukan Malaysia dalam PROGRAMME FOR INTERNATIONAL

STUDENT ASSESSMENT (PISA) pula ialah di tempat ke 57 daripada 74 buah negara yang

menyertai.

Dalam PPPM 2013-2025, ada menetapkan sasaran, Malaysia perlu mencapai skor

purata 500 di TIMSS menjelang 2015 dan menjelang 2025, Malaysia perlu mencapai 1/3

tempat teratas dalam TIMSS dan Pisa. Oleh itu kemahiran berfikir aras tinggi perlu

diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia umumnya dan pendidikan Matematik

khasnya kerana murid perlu ada keupayaan penaakulan, membuat unjuran dan mengaplikasi

pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang berlainan. Murid juga memerlukan ciri-ciri

kepimpinan untuk bersaing di peringkat global. Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA

menunjukkan murid di Malaysia sukar mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian

tinjauan ke atas syarikat Malaysia dan syarikat antarabangsa juga melaporkan bahawa murid

Malaysia gagal menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ada menyatakan bahawa, untuk

meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, rombakan semula peperiksaan dan

pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (higher

2

Page 4: Kemahiranberfikirarastinggidalampentaksiranmatematik 131207101436 Phpapp02 (1)

order thinking skills) adalah perlu untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan

inovatif bagi memenuhi cabaran abad 21 agar Negara mampu bersaing di persada dunia.

Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan

ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam

pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran

teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka bentuk

peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan

diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik terhadap

topik tertentu.Sebaliknya murid dilatih berfkir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang

dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga memberikan

tumpuan untuk kemahiran berfikir aras tinggi.

TUJUAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DIPERKENALKAN

Sistem pendidikan Malaysia yang berlandaskan sistem peperiksaan , telah memaksa

guru menggunakan konsep hafalan terhadap para pelajar. Pengajaran disediakan sepenuhnya

untuk peperiksaan. Maka dengan mudah pelajar dapat menggarap markah sepenuhnya

melalui soalan-soalan awal yang memerlukan penghafalan fakta dan sebagainya. Justeru itu

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) diperkenalkan untuk mengubah amalan tersebut

kepada konsep kefahaman sejajar dengan hasrat hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia

Negara maju menjelang abad 21. Di samping itu, tujuan lain kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT) diperkenalkan adalah untuk:

1. meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan

2. mewajarkan penyelesaian dan penemuan(lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)

3. diperlukan untuk penyiasatan saintifik

4. konsep matematik dapat dipelajari dengan lebih berkesan menggunakan KBAT

5. meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka idea Matematik

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

1. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dan memeri,

menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan

memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi

rumit. Bereiter & Scardamalia (1987) menyatakan bahawa dalam Kemahiran Berfikir

3

Page 5: Kemahiranberfikirarastinggidalampentaksiranmatematik 131207101436 Phpapp02 (1)

Aras Tinggi, pelajar perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif,

mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang

dinamakan ‘literasi tinggi’ (highliteracy).

2. Kemahiran berfikir aras tinggi ialah

i. Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi cabaran

ii. Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat

iii. Bersifat kritikal terhadap maklumat, idea, dan pendapat.

iv. Membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi.

v. Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalah, menilai

idea, memberikan pendapat, dan membuat pemilihan, dan keputusan

3. Dalam Model Taksonomi Bloom , kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan

empat aras yang tertinggi iaitu :

i. Aplikasi- Penggunaan maklumat di dalam situasi yang relevan

ii. Analisis- Memecahkan maklumat kepada beberapa bahagian kecil supaya

boleh memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas.

iii. Sintesis- Maklumat dikumpul dan membina struktur baru yang berbeza

daripada keadaan yang asal.

iv. Penilaian- Menilai kembali apa yang telah dilaksanakan

4. Pendekatakan mengajar KBAT ialah:

i. Mengajar KBAT – dalam konteks secara langsung di luar kurikulum.

ii. Mengajar berfikir – menggunakan kaedah yang menggalakkan berfikir dalam

konteks kurikulum

iii. Penyebatian – menyusun semula pengajaran untuk mengajar KBAT secara

eksplisit

5. Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT ialah seperti:

i. Soalan terbuka

ii. Teknik Penyoalan

iii. Perbincangan

iv. Metakognisi

v. Pengurusan Grafik

vi. Kaedah Penyelesaian masalah

4

Page 6: Kemahiranberfikirarastinggidalampentaksiranmatematik 131207101436 Phpapp02 (1)

JENIS-JENIS PENYELESAIAN MASALAH DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR

ARAS TINGGI (KBAT)

Terdapat lima ciri utama dalam item KBAT iaitu:

(a) Stimulus: Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar

rajah, graf) untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis

(b) Pelbagai tahap / aras pemikiran: Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain

kognitif untuk memberi impak yang lebih besar

(c) Konteks yang baharu: Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim

kepada murid. Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan

semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah

(d) Situasi sebenar dalam kehidupan harian: Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu

masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai

disiplin

(e) Item tidak berulang: Item pelbagai / berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks

untuk mengujudkan situasi yang baharu

RUJUKAN

Beyer, B.K, (1991) Practical strategies for the direct teaching of thinking skills. New York:

Garland Publishing, Inc

Fraenkel, Jack R. (1980). Helping Students Think and Value: Strategies for Teaching the

Social Studies.2ded. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall.

5