bab2 sistempembesardichina-121216105318-phpapp02 (1)

65

Upload: hamdan-raggae

Post on 13-Jul-2015

274 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Institusi pemerintahan di China & Rusia

memperlihatkan raja atau maharaja

melaksanakan pemerintahan dengan

bantuan atau sokongan institusi

pembesar.

Golongan pembesar – pegawai-pegawai

kerajaan yang dilantik oleh raja atau

maharaja.

Bertugas – melaksanakan segala urusan

pemerintahan dan pentadbiran yang

diarahkan oleh raja/maharaja. (tugasanya

menjadi kayu ukur)

Kamus Dewan mentakrifkan – pembesarbermakna orang yang berpangkat tinggi.

Kedudukan pembesar amat penting & berada pada aras kedua selepaskedudukan raja atau maharaja.

Para pembesar dibahagi mengikut kelastertentu berdasarkan kepentinganpemerintahan jabatannya.

• Pembesar paling kanan & rapat denganraja/maharaja.

Pembesar di peringkat pusat

• Mentadbir wilayah/daerah yang ditentukanoleh raja/maharaja.

Pembesar di peringkat wilayah & daerah

• Mempunyai kuasa & tanggungjawab penuhkepada raja atau maharaja di pusat.

Para pembesar wilayah & daerah

Kedudukan pembesar terancam-

keingkaran & keengganan menjalankan

tugas & perintah raja/maharaja.

Raja/maharaja mempunyai badan yang

memantau segala tindakan pembesar bagi

memastikan ketaatsetiaan pembesar tidak

berbelah bahagi.

Raja/maharaja China membahagikan 3

fasa pentadbiran di bawah badan

pengawas untuk memastikan keamanan &

ketenteraman negara:

Pentadbiran awam

Pentadbiran ketenteraan

Pentadbiran tempatan

Pentadbiran diChina

a) SekretariatAgung

b) Majlis Tertinggi(Enam Badan

Menteri)

c) Censorate(LembagaPenapis)

Terdiri daripada 3 hingga 6 orang setiausahaagung.

Ciri-ciri:

Membantu maharaja dalam menyelia & menyelaras 6 badan kementerian dalampentadbiran pusat.

Memaklumkan kepada maharaja segalaperjalanan dalam 6 badan kementarian.

Menjadi badan penasihat yang pentingkepada raja/maharaja.

Ciri-ciri:

Dibahagikan kepada 6 kementerian.

Setiap kementerian dikawal oleh seorangpegawai kanan/Shangschu. (Shangschu-dibantu oleh beberapa pegawai rendahdalam setiap urusan berdasarkankementeriannya.)

Kementerian

Kementerian Personal (Ministry of Personal)

KementerianKewangan

Kementerian Adat

Kementerian Perang

Kementerian Keadilan

Kementerian KerjaRaya

KementerianPersonal

Lembaga Personal

Lembaga Kewangan

Lembaga Adat

Lembaga Perang

Lembaga Hukuman

Lembaga Kerja-kerjaAwam

Terdapat 4 jabatan utama yang

bertanggungjawab terhadap

pelantikan, penganugerahan, rekod

perkhidmatan, dan penilaian prestasi.

Terdiri daripada 13 org pegawai & setiap

org dipertanggungjawabkan untuk

mengawal salah satu dpd 13 provinsi &

mewakili 4 bhgn yg khusus.

Menyimpan kewangan negara,

memastikan kekayaan maharaja,

menguruskan perbelanjaan negara

dengan baik.

Dibahagikan kpd 4 jabatan yang

bertanggungjawab kpd adat

istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu

dan barangan.

Menguruskan hal ehwal agama Buddha &

Taoisme.

Anggota terdiri dpd golongan

cendiakawan.

Mengendalikan Sistem Peperiksaan

Kerajaan& melaporkan kepada maharaja

sama ada pelajar tersebut layak

memegang jawatan atau tidak.

Mempunyai 4 jabatan yang

bertanggungjawab terhadap pelantikan

pegawai, pengawasan

operasi, perlatan, dan pembekalan

kelengkapan tentera.

Menjamin keamanan & ketenteraman

negara China.

Terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan

prinsip setiap satu di setiap provinsi.

Dibahagikan kepada 4 jabatan & berfungsimengawal beberapa gudang & kilang.

Bertanggungjawab dalam kerjapembinaan, mendapatkan guna tenagauntuk perkhidmatan awam, pembuatanbarang untuk kerajaan, komunikasi laut & darat, penyelarasan timbangan & mengawalpengeluaran barangan tertentu dari kawasanpergunungan dan tasik di China.

Maharaja menubuhkan Lembaga Penapis

bagi menjadi mata dan telinga maharaja.

Lembaga Penapis menjamin taat setia

pembesar terhadap maharaja China.

a) Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa

timbalan, dan 4 pegawai rendah yang

bertanggungjawab dalam menguruskan

surat-menyurat Censorate dan urusan

pentadbiran.

b) Kuasa utama Censorate terletak pada 110

pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk

membendung amalan

korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan

ketidakcekapan.

c) Pada zaman Dinasti Ching, maharaja

menempatkan 24 orang Censorate di

Peking atau ibu kota dan lebih 56 orang

Censorate di wilayah.

d) Censorate mempunyai kuasa untuk

mengkritik tindakan pegawai kanan

kerajaan dan maharaja.

e) Memaklumkan segala aktiviti pembesar

China kepada maharaja untuk maharaja

mengambil tindakan yang sewajarnya.

f) Menjadi pengintip kepada maharaja

dan membolehkan maharaja memberi

pengurniaan kepada mereka yang

setia dan menghukum mereka yang

ingkar.

Pada akhir abad ke-19:

Seorg pegawa Censorate telah

menghantar sepucuk surat kpd balu

maharaja yang menegur baginda kerana

tidak membuat persediaan yang

sewajarnya bagi melantik seorg bakal

raja untuk menjalankan upacara

sembahyang terhadap mendiang

maharaja.

Semasa surat itu dihantar, pegawai

Censorate tersebut telah membunuh diri

sebagai memperkukuhkan kritikannya

terhadap balu maharaja dan

mengelakkan kemurkaan baginda.

Kerajaan Ming membahagikan empayarnya

kepada 15 wilayah.

Setiap wilayah dibahagikan kpd unit-unit

tempatan yang lebih kecil :

Prefektur(fu) – tdpt 157 unit

Subprefektur(Chou/jabatan) – terdiri dpd

234 unit & hsien(daerah) berjumlah 1171

unit.

Pesuruhjaya

Hakim Komander tentera

wilayah

Maharaja Ming menyerahan urusan

pentadbiran pemerintahan daerah kpd

pegawai awam, tentera & pegawai

pengawas kerajaan.

Pentadbiran pegawai awam di daerah-daerah

diurus tadbir:

6 org menteri (Menteri Personal, Menteri

Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang,

Menteri Keadilan, Menteri Kerja-kerja Awam)

Menteri – dibantu oleh gabenor setiap

daerah(Grand Cordinators), penyelia

wilayah(Supreme Commanders) & pegawai-

pegawai tempatan.

Pentadbiran ketenteraan berada di bawah

5 ketua suruhanjaya tentera & setiap

seorang mempunyai kuasa kawalan ke

atas wilayah tertentu.

Pegawai pengawas kerajaan mengawasi

aktiviti pembesar dalam semua peringkat

pentadbiran bagi memperkukuhkan

kekuasaan maharaja & turut menguruskan

pentadbiran wilayah.

Tugas pegawai pengawas kerajaan:

Mengawasi aktiviti semua peringkatpentadbiran.

Mendakwa pegawai-pegawai yang menyeleweng serta mencadangkan perubahandalam operasi kerajaan.

Menjalankan tugas khas untuk maharaja –mengesan penyelewengan, menyingkirpegawai kerajaan yang kurang cekap, mengekalkan kerajaan yang sesuai denganidealisme China.

Wilayah-wilayah terbahagi kpd daerah(fu)

yang disatukan menjadi lingkungan-

lingkungan(tao).

Terdapat 18 buah wilayah, 184 buah

daerah & 95 buah lingkungan.

Tiap-tiap daerah mengandungi beberapa

buah mukim(hsien) yang berjumlah 1477

buah mukim.

Pemerintahan semasa Dinasti Ch’ing:

Wilayah – Gabenor.

Daerah – Bendahari & Hakim.

Lingkungan – Tao-tai.

Jajahan – Ketua jajahan.

Gabenor – pentadbir wilayah

Tugas – menjaga urusan pentadbiran

wilayah, menjaga keamanan &

ketenteraan, mengutip cukai untuk dihantar

kepada pemerintahan pusat.

Kuasa – tertakluk kepada adat istiadat & tradisi

wilayah yang telah ditetapkan dalam dikri

diraja.

Dibantu – pegawai-pegawai daerah yang

dilantik oleh maharaja(Bendahari & Hakim).

Bendahari – sebagai bendahari amal di

wilayahnya.

Hakim – mengawal undang-undang jenayah

& bidang kuasa rayuan dalam perkara-

perkara jenayah, menjadi Pengawal Garam &

Pegawai Bijiran.

Tao-tai – pegawai, bertugas dalam

pentadbiran khas dalam lingkungan.

Ketua jajahan – mengawal jajahan.

Pembesar China dilantik secara rasmi olehmaharaja atas nasihat pegawai dariKementerian Adat.

Melantik mereka yang mempunyai latarbelakang peperiksaan awam kerajaan.

Sebab – ajaran Confucius menjadipegangan dalam pemerintahan China & mjd asas kpd kebudayaan orang China.

Sistem peperiksaan awam menjadikan

ajaran klasik Confucius sbg elemen utama

& bermula dpd peperiksaan tempatan.

Fungsi peperiksaan – membolehkan

maharaja memilih golongan sarjana yang

layak memegang jawatan pegawai dalam

perkhidmatan kerajaan.

Gologan terpelajar(sarjana)

Mempunyai darjat paling tinggi dalam

kalangan pembesar di China.

Ditempatkan di kementerian-kementerian

penting yang melibatkan penggubalan

dasar iaitu menganggotai Imperial

Secratariat(membuat dasar negara) &

Imperial Cancelory(meminda sesuatu

dasar).

Dasar-dasar yang digubal – dilaksanakan

di peringkat wilayah oleh pembesar

bawahan dalam Jabatan Hal Ehwal

Negara (mereka berperanan mengikut

fungsi 6 jabatan yang di bawahnya –

Jabatan Kakitangan, Jabatan

Upacara, Jabatan Tentera, Jabatan

Kehakiman & Jabatan Kerja Awam).

Golongan tentera tetap menjadi pendukungkepada kewujudan dan kedudukanseseorang maharaja.

Dalam melaksanakan tugasnya memegang amanah “mandat dari syurga”, maharaja amat bergantung kepada kekuatan angkatan tentera.

Kesan – jawatan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

Pasukan tentera – bertindak sebagaisebahagian daripada sistem pentadbiran & pemerintahan maharaja China.

Golongan tentera sering dilantik sbgpembesar dalam usaha untuk memastikanwilayah itu berada dalam keadaan aman & tenteram serta mematuhi segala arahandaripada kerajaan pusat.

Pembesar wilayah dilantik dalam

kalangan bijak pandai (gentry) yang telah

lulus pendidikan Confucius.

Keistimewaan pembesar wilayah:

Dibenarkan mengubah dasar yang

dibentuk oleh pemerintah pusat dengan

kebenaran adat istiadat dan keadaan

setempat.

Diberi kebebasan bertindak dalam hal-

hal yang berkaitan dengan adat istiadat

tempatan dan menjalankan perintah

mahajara.

Dianggap sebagai pemerintah separuh

merdeka.

Bebas ditukarkan dari satu tempat ke

satu tempat yang lain di seluruh empayar

atas arahan maharaja.

Menjaga keamanan dan ketenteraman

di wilayah-wilayah masing-masing.

Menghantar hasil, cukai atau wang

kepada kerajaan pusat.

Kesan keseimbangan dalam pemerintahan

maharaja:

Membolehkan China bertahan dpd sebarang

ancaman luar sehingga abad ke-19.

Dasar pemerintahan maharaja dapat

mengekalkan keamanan & ketenteraman di

China ialah keseimbangan dlm pemilihan

jawatan pembesar antara org Manchu & org

China.

Keseimbangan pemilihan ini

membolehkan hampir tiada persaingan

dalam jawatan kerajaan. (Maharaja

K’ang-shi(1662-1722) telah menambah

bilangan orang China dalam memegang

jawatan penting dalam kerajaan.)

• Kemerosotan nilai etika & moral Confucius.

• Konsep taat setia ditukar ganti denganmaterial.

• Perbendaharaan negara China merosot.

• Rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.

• Pembesar yang dilantik tidak melalui saringanyang ketat.

• Kandungan sistem peperiksaan awam yang berteraskan ajaran Confucius kurang relevandengan dunia realiti.

Setiap tugas yang diarahkan oleh

maharaja bukan lagi untuk menjaga

kebajikan penduduk tempatan atau

wilayah yang diperintah oleh pegawai

kerajaan.

Setiap tugasan yang mereka lakukan

harus diberi hadiah.

Gabenor yang ditugaskan memerintah

wilayah akan menguti cukai dan

menyerahkan kutipan tersebut kepada

perbendaharaan negara.

Lebihan kutipan akan digunakan oleh

Gabenor untuk dibahagi-bahagikan antara

pegawai-pegawai di bawahnya.

Pembahagian hasil kutipan dirasakan tidak

mencukupi oleh pegawai-pegawai

wilayah, maka mereka mengambil peluang

yang ada dengan menambah kutipan

sendiri.

Pegawai menyelewengkan wang

kerajaan(menyebabkan kehidupan

masyarakat & petani bangkit

memberontak).

China membuka pintu negaranya kepada

perdagangan luar.

Perdagangan dengan Barat yang

dijalankan di Canton telah membolehkan

pegawai mengutip cukai ke atas barangan

import & eksport dan pedangan asing

dikenakan cukai yang tinggi.

Hasil kutipan akan masuk ke kocek pegawai

tersebut.

Keadaan perbendaharaan negara China

merosot disebabkan bayaran ganti rugi

kepada Barat, keperluan menambahkan

persenjataan negara, & pemberhentian

sumbangan dari wilayah-wilayah yang

mengalami kebuluran & pemberontakan.

Kesan – maharaja China meningkatkan

kadar pungutan cukai dalam perdagangan

& hasil pertanian.

Rasuah menyebabkan masalah

kewangan semakin meruncing pada akhir

pemerintahan Dinasti Ch’ing.

Pembesar-pembesar yang dilantik

berdasarkan sistem peperiksaan awam

tidak diuji kebolehan mentadbir negara.

Ajaran Confucius klasik hanya berkenaan

dengan hal-hal yang berkaitan dengan

perkara-perkara klasik sahaja.

Pembesar-pembesar harus menghadapi

dunia realiti bukan seperti yang

terkandung dalam ajaran klasik sahaja.

Menyebabkan pembesar cenderung

memberi nasihat yang salah/kurang tepat

kepada maharaja.

Revolusi 1911 :

menamatkan pemerintahan Dinasti

Ch’ing, kejatuhan kuasa maharaja &

menamatkan kerajaan feudal yang telah

memerintah selama 267 tahun di China.

Turut menghapuskan sistem pembesar di

China.

Pemerintahan telah diganti dengan sistem

pemerintahan bercorak republik &

kemudiannya komunis.

TERIMA KASIH…

Disediakan oleh Allan N.