kemahiran pemikiran sejarah dalam kurikulum pendidikan sejarah

Upload: kanjeng-nasuha-gumat

Post on 02-Jun-2018

253 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    1/17

    KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN

    SEJARAH.

    ABSTRAK

    Pemikiran Sejarah merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pendidikan

    Sejarah. Melalui kemahiran pemikiran Sejarah, pelajar-pelajar dirangsang untuk

    lebih berfikir secara kritis dan analitis. Hal ini secara tidak langsung dapat

    meningkatkan pencapaian intelek para pelajar dan menjadikan Sejarah sebagai satu

    mata pelajaran yang hidup dan tidak lagi membosankan. Oleh itu kertas kerja ini

    akan meninjau dari aspek permasalahan penerapan pemikiran Sejarah dalam

    pengajaran dan pembelajaran guru-guru Sejarah. Turut dibincangkan dalam kertas

    kerja ini ialah tentang jenis-jenis kemahiran yang terdapat dalam pemikiran Sejarah

    yang perlu didedahkan kepada para pelajar. Kertas kerja ini turut memfokuskan

    peranan yang perlu dimainkan oleh guru-guru Sejarah dalam menerapkan

    kemahiran pemikiran Sejarah ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Kata Kunci : Pemikiran Sejarah, Pendidikan Sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah

    ABSTRACTS

    The thoughts on History serve as one of the essential skills in the education of

    learning History. Through the Historical thinking skills, students are encouraged to

    think critically and analytically. This indirectly enhances the students' intellectual

    achievements and perceives History not only to be an undying subject but also an

    intriguing lesson to be learnt. Thus, this paperwork will indulge into the problems of

    instilling the perception of the subject-matter into the Teaching and Learning process

    of a History teacher. Moreover, this paper will also discussed on the types of skills

    that can be found in the subject of History that should be exposed to the students.

    The paperwork also focuses on the roles needed to be played by the History

    teachers in order to inculcate the thinking skills into their Teaching and Learningprocess.

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    2/17

    KEY WORDS :History Thinking, History Education, History Thinking Skills.

    PENGENALAN

    Pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran

    dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran

    Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memain peranan yang penting untuk

    menerapkan pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses pengajaran dan pembelajaran

    yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar (Maharom, 1998).

    Oleh sebab itu pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang

    hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd

    Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran

    Sejarah agar dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa

    Sejarah bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Malah ia dapat

    mendedahkan kepada para pelajar bagaimana seseorang ahli Sejarah itu bekerja

    melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel et all.

    1997).

    KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN

    Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kepentingan

    pelajaran sejarah ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Melalui sejarah seperti yang

    dinyatakan oleh Davies (1994) dapat memupuk integrasi nasional kerana ia

    mengajar tentang nilai-nilai politik dan kenegaraan. Pendidikan sejarah mampu

    mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar agar melibatkan diri

    dengan masyarakat yang lebih kompleks. Situasi ini secara tidak langsung dapat

    menanamkan semangat patriotik dalam kalanga geerasi muda.

    Kepentingan pendidikan sejarah dalam mewujudkan perpaduan kaum dan

    keharmonian di samping memperkasakan semangat patriotism dalam kalanga

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    3/17

    rakyat pelbagai kaum diberi penekanan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah (KPM:

    2003). Mata pelajaran ini digubal agar dapat

    memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai

    warganegara Malaysia dan warga dunia. Ia juga berhasrat untuk mewujudkan

    semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia dalam kalangan

    masyarakat pelbagai kaum (KPM:2003).

    MASALAH PENERAPAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

    Penerapan pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar akan berhadapan dengan

    masalah sekiranya guru kurang berpengetahuan dan pengajaran hanya bergantung

    kepada buku teks semata-mata. Wilson (1989) misalnya, mencadangkan

    pengetahuan yang mendalam tentang Sejarah bukan hanya melibatkan

    pengetahuan yang lebih banyak, iaitu keupayaan menyebutkan lebih banyak tahun,

    mengenal lebih banyak nama, dan mengingat semula lebih banyak peristiwa.

    Sebaliknya, ia melibatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang fenomena

    sejarah, termasuk pensejarahan atau bagaimana sejarah dihasilkan.

    Bagi pihak pelajar pula, penerapan kemahiran pemikiran sejarah ini akan mengalami

    kesukaran terutamanya di dalam kelas yang mempunyai pelbagai tahap pelajar.

    Misalnya adalah sukar untuk menerapkan kemahiran pemikiran sejarah ini terhadap

    pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, kerana sukar bagi pelajar

    kumpulan ini untuk memahami dan berfikir isu-isu yang kompleks seperti bukti

    sejarah, bias dan sumber-sumber sejarah (http://teachinghistory.org/issues-and-

    research/research-brief/22961)

    Kemahiran pemikiran sejarah memerlukan pelajar-pelajar serba boleh. Mereka perlu

    meneroka, menyelidiki, menganalisis dan menginterpretasi sumber. Juga

    memerlukan mereka untuk membuat perkaitan tentang sebab dan akibatberdasarkan peristiwa sejarah. Ini bermakna pelajar-pelajar itu perlu memiliki

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    4/17

    pemikiran yang kritis dan kreatif, serta memenuhi kriteria-kriteria pemikiran sejarah.

    Bersesuaian dengan mata pelajaran ini yang merupakan satu mata pelajaran yang

    kompleks, abstrak dan empirikal.

    Namun tidak semua pelajar dapat mencapai tahap seperti yang diperlukan dalam

    pemikiran sejarah. Justeru itu akan berlaku masalah sekiranya pelajar yang masih

    belum mencapai kriteria pemikiran sejarah terpaksa untuk membuat interpretasi

    sumber-sumber sejarah. Mungkin apa yang ditafsirkan tidak mencapai tahap yang

    dikehendaki dan keputusan atau tafsiran itu tersasar jauh daripada apa yang

    diharapkan.

    Kemahiran pemikiran sejarah ini sukar dilaksanakan sekiranya kita masih berada

    dalam sistem pendidikan yang sama seperti hari ini, iaitu sistem pendidikan di

    negara kita yang terlalu menumpukan kepada peperiksaan semata-mata tanpa

    menghiraukan aspek-aspek yang lain. Abdul Rahim (1989) menyatakan isi

    kandungan yang terlalu banyak dan padat, ditambah pula dengan kesuntukan masa

    kerana perlu menghabiskan sukatan pelajaran sebelum waktu peperiksaan.

    Keadaan ini menjadikan Sejarah kurang menarik dan tidak dapat mencapai objektif

    untuk menguasai kemahiran pemikiran sejarah.

    Malah menurut Khoo Kay Kim (2000) pembelajaran sejarah yang hanya

    menekankan aspek hafalan fakta, tarikh serta pergolakan dunia yang berlaku beribu-

    ribu tahun yang lampau menyebabkan pelajar mempunyai pandangan yang sempit

    tentang proses dan perkembangan negara dan menanggap pelajaran sejarah

    sebagai menjemukan dan tidak merangsang untuk berfikir.

    Pandangan Khoo Kay Kim turut disokong oleh Subadrah Nair (2005) ,penumpuan

    kepada hafalan ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada pemikiran

    kritis dan kreatif. Pengajaran Sejarah juga terlalu bersifat tradisional yang hanyaberpusatkan kepada guru dan bersifat satu hala mewujudkan keadaan pelajar-

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    5/17

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    6/17

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    7/17

    merupakan bentuk yang paling mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan

    perkembangan psikologi. Beliau turut menyatakan pemikiran Sejarah ialah goes

    against the grain of how we ordinally think..

    Pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada usaha

    mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan

    pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang

    diberi penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994).

    KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

    Antara kemahiran pemikiran Sejarah yang digariskan dalam Huraian Sukatan

    Pelajaran Sekolah Menengah (2002) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan

    Kurikulum untuk diterapkan oleh guru-guru Sejrah kepada para pelajar ialah:-

    i. Memahami kronologi.

    Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang

    mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh pelajar

    tingkatan satu yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta

    masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik

    dan Logam. Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan

    antara masa lalu dengan masa kini.

    ii. Meneroka bukti

    Kemahiran ini mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta membuat

    perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat

    daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan

    kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka

    bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai.

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    8/17

    iii. Membuat interpretasi

    Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan

    dan kupasan. Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta

    Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga

    bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang

    sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul

    & Elder, 2006). Sebagai contoh pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang

    konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan Islam. Dengan membandingkan

    kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat tafsiran dan ulasan serta

    perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan Islam.

    iv. Membuat imaginasi

    Merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan

    pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran

    imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada

    seseorang yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah

    yang terlibat, contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman

    mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada

    tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh

    menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil.

    v. Membuat rasionalisasi

    Melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam

    menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran

    mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat

    inferens daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat

    pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing

    kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder,

    2006). Contoh yang boleh diambil untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    9/17

    pelajar untuk membincangkan tentang Perang Dunia Kedua yang membawa banyak

    kemusnahan atau mengapa Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan.

    Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat

    melibatkan proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para

    guru akan membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan

    masa kini, menganalisis, menyelidik dan memproses bukti-bukti,membuat hipotesis,

    memahami dan memberi penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia

    pula akan terlaksana apabila para guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif

    dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu, secara tidak langsung para pelajar

    akan memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan (Zahara & Nik Azleena,

    2007).

    Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenalpasti enam elemen spesifik

    dalam disiplin Sejarah bagi membentuk satu rangka kerja tentang pemikiran Sejarah

    yang perlu diterapkan kepada para pelajar.

    i. Kepentingan (Significance)

    Dalam unsur kepentingan sejarah ini, pelajar-pelajar perlu mempunyai kemahiran

    membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting. Dalam hal ini pemilihan

    kepentingan sejarah bergantung kepada minat dan nilai yang terdapat dalam

    masyarakat tersebut. Oleh itu pelajar-pelajar disarankan untuk mengkaji sejarah

    tentang masyarakat, kehidupan dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan

    kepada mereka. Misalnya dalam kajian yang dilakukan oleh Barton dan Levstik

    (2004) dan oleh Yeager, Foster dan Greer (2002) mendapati pelajar amat

    dipengaruhi oleh identiti nasional mereka dalam membuat pemilihan tentang

    peristiwa yang penting.

    ii. Epistemologi dan bukti (Epistemology and evidence)

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    10/17

    Ia melibatkan pemahaman bagaimana kita mengetahui masa lampau. Apakah bukti

    yang kita ada ? Sejauhmana bukti tersebut boleh dipercayai? Bagaimana kita boleh

    menjelaskan tentang kewujudan tafsiran sejarah yang berbeza dan bertentangan.

    Sebagai contoh kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan dengan pandangan bahawa

    hanya ada satu kisah benar sahaja pada masa lampau. Sedangkan pada hakikatnya

    sejarawan membuat pelbagai inferens berdasarkan bukti, justeru itu wujud pelbagai

    tafsiran tentang sesuatu peristiwa masa lalu.

    iii. Kesinambungan dan perubahan (Continuity and Change)

    Unsur ini menekan pemahaman tentang perubahan masa lalu yang merupakanpusat pemikiran Sejarah. Umur merupakan faktor untuk memahami keadaan ini; iaitu

    seseorang yang berumur dikatakan lebih memahami perubahan yang berlaku pada

    masa lalu misalnya perubahan dari segi teknologi dan nilai berbanding dengan

    mereka yang lebih muda. Namun begitu terdapat juga pengkaji yang menolak

    pendapat ini. Menurut mereka umur bukanlah satu faktor utama dalam memahami

    perubahan masa lalu. Menurut pengkaji-pengkaji ini pengalaman hidup turut menjadi

    faktor iaitu golongan muda yang mengalami pengalaman perang, pelarian, imigrandan mereka yang kehilangan ibu bapa atau yang berpindah randah dari satu

    kawasan ke kawasan lain mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang

    perubahan Sejarah berbanding dengan mereka yang hidup dalam suasana yang

    aman.

    iv. Perkembangan dan kemerosotan (Progress and decline)

    Berdasarkan unsur ini pelajar perlu memahami bahawa dalam kehidupan akan

    mengalami peringkat perkembangan dan kemerosotan. Dalam peringkat

    perkembangan hidup seseorang mengalami kejayaan, manakala kemerosotan

    mereka mengalami satu keadaan yang sukar. Oleh itu dalam konsep pemikiran

    Sejarah mereka seharusnya dapat mengenalpasti atau membezakan kewujudan dua

    keadaan ini. Ini adalah penting agar mereka dapat memahami proses yang berlaku

    dalam peristiwa Sejarah.

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    11/17

    v. Empati dan penilaian moral (empathy and moral judgement)

    Pemikiran sejarah memerlukan seseorang mempunyai daya imaginasi dan empati.

    Tujuannya agar pelajar-pelajar tidak merasa asing dan pelik tentang peristiwa masa

    lalu. Malah mereka seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan perasaan ingin

    tahu tentang peristiwa-peristiwa masa lepas. Penyelidik British Christopher

    Portal(1987), menegaskan bahawa empati merupakan satu cara pemikiran

    imaginative yang memerlukan kemahiran kognitif untuk melihat nilai-nilai

    kemanusiaan dalam peristiwa Sejarah.

    vi. Historical Agency

    Elemen terakhir pemikiran sejarah ini merujuk kepada bagaimana dan mengapa

    sesuatu perkara itu terjadi. Dalam elemen ini pelajar ditekankan supaya menghargai

    Sejarah dan memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan

    kepada rakyat pada masa kini. Seterusnya menyedari bahawa tindakan-tindakan

    yang dilakukan oleh mereka pada masa kini akan memberi kesan kepada generasiyang akan datang. Mempunyai pemikiran Sejarah bukan sahaja memikirkan tentang

    masa lampau , malah ia melibatkan melihat diri sendiri sebagai waris daripada masa

    lampau dan sebagai pelaku pada masa kini.

    PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN SEJARAH.

    Ramai yang berpendapat mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau just tell

    stories. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh. Sesuatu

    cerita jika diceritakan dengan baik boleh menarik minat pelajar untuk belajar sejarah.

    Para sejarawan sependapat bahawa fakta tidak boleh bercakap, jadi menjadi tugas

    sejarawan untuk membentuk persoalan, membentuk inferens, membuat penilaian

    sekiranya perlu dan membuat kesimpulan tentang fakta sejarah tersebut (Crabtree

    et all., 1993).

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    12/17

    Oleh itu pelajar-pelajar perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran

    pemikiran Sejarah. Keadaan ini selaras dengan Orientasi pendidikan sejarah

    peringkat Sekolah Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi pemahaman ilmu

    dan memupuk pemikiran sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran

    pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar-pelajar bukanlah satu perkara yang

    mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu subjek yang paling sukar untuk diajar di

    sekolah menengah (Sizer, 1984). Ini dapat dibuktikan dengan kaedah pengajaran

    guru sejarah yang tidak sesuai dan kurang menarik. Malah ramai yang tidak

    mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran Sejarah yang paling baik atau sesuai

    (Howard & Mendenhall, 1982).

    Walaubagaimana pun, kajian yang dilakukan oleh Wineburg dan Wilson (1992),

    mendapati antara cara untuk memberi kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan

    pelajar ialah, guru Sejarah perlu melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta

    menggunakan pelbagai teknik dan kaedah seperti debat, main peranan,

    demonstrasi, analogi dan lain-lain. Kaedah pengajaran yang aktif ini berkesan

    kerana ia menyebabkan pelajar-pelajar berkomunikasi dengan mata pelajaran

    tersebut dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat pelajar.

    Bagi menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik darjah, proses

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran pelajar. Ini

    boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses

    mencari bukti, membuat pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi

    dengan bimbingan guru. Oleh itu para guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman

    dan pengetahuan mengenai kemahiran pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam

    pengajaran mereka.

    Bersesuaian dengan pendapat Antonio (2008) yang menyatakan, pengajaran

    Sejarah dalam bilik darjah perlu menggunakan kaedah pengajaran aktif. Menurutnya

    lagi Sejarah adalah satu proses menyiasat tentang sumber primer dan sumbersekunder . Sejarawan kebiasaannya akan menyoal dengan pertanyaan seperti

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    13/17

    mengapa dan bagaimana ketika menjalani proses Sejarah. Malah guru juga turut

    menggunakan kaedah menyoal ketika mengajar tetapi tujuan menyoal seorang guru

    Sejarah berbeza dengan seorang sejarawan. Tujuan seorang sejarawan menyoal

    adalah untuk memberi makna kepada fakta-fakta yang diperolehi. Manakala guru

    Sejarah pula menyoal untuk menggalakkan pelajar agar berfikir mengikut

    pendekatan Sejarah.

    Selain daripada itu salah satu cara untuk membentuk kemahiran pemikiran sejarah

    ialah dengan menggunakan kaedah inkuiri terhadap sesuatu bahan atau sumber

    (bukti) sejarah. Kaedah inkuiri ini yang mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar

    untuk melakukan proses pencarian dan penemuan. Keadaan ini secara tidak

    langsung dapat melatih pelajar untuk berhjah secara logik, bernas dan disokong oleh

    fakta-fakta sejarah (Antonio, 2008)

    Bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah, ia

    memerlukan bukan sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga

    perlu mempunyai kemahiran menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta

    yang lain. Justeru itu, pelajar-pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luasbagi menyokong hipotesis serta sebab dan akibat.

    Pemikiran sejarah sebenarnya, memerlukan persoalan, yang mana jawapan kepada

    persoalan-persoalan yang timbul tidak memerlukan satu jawapan yang benar atau

    salah. Apa yang penting dalam mendapatkan jawapan pelajar perlulah mencari

    hipotesis-hipotesis yang sesuai. Pelajar perlu menyusun bukti-bukti untuk

    menyokong hipotesis mereka. Malah berfikir secara sejarah juga memerlukan

    pelajar menganalisis sebab dan akibat (Holt, 1990). Keadaan ini juga memerlukan

    pelajar dapat membezakan anatara sebab segara dan sebab panjang sesuatu

    peristiwa itu berlaku. Berdasarkan penerangan dapatlah kita rumuskan bahawa

    pemikiran sejarah dapat melatih pelajar berfikir secara kritis.

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    14/17

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    15/17

    sejarah ini dapat difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan pelajar ia seterusnya

    dapat melahirkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara

    Malaysia.

    RUJUKAN

    Abd Rahim Abd Rashid .2000. Model dan pendekatan pengajaran Sejarah KBSM.

    Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

    Bruce A.VanSledright. 2004. What does it mean to think historically and how do you

    teach it?

    Cabtree, C.1989. Improving History in the schools. Edcational Leadership 47 (3): 25-28

    Furet, F.1983. Beyond the Annates. Journal of Modern History. Vol.55.

    Holt, T. 1990. Thinking historically: narrative, imagination and understanding. New

    York:College Entrance Examination Board

    Jenkins, J.1991. Issues in the teaching history-towards a skill concept-led approach.

    Journal of History Teaching. The Historical Association: Julai:17-21

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    16/17

    Marzano, R.J.Brandt , et all.1988. Dimension of thinking: A framework for curriculum

    and instruction. Virginia: Association for Supervision and curriculum development.

    Maharom Mahmood. 1998. Analisis Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam bahan

    kurikulum peringkat menengah rendah. Tesis Sarjana Universiti Malaya.

    Kamarudin Haji Husin. 1994. KBSM strategi pengajaran bahasa. Kuala Lumpur:

    Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM

    Tingkatan 1,2 , 3.

    Khoo Kay Kim. (2000). Falsafah sejarah: Ke arah mengembangkan unsur patriotism

    dan kenegaraan. Seminar Kebangsaan Falsafah Pendidikan Ke Arah Pemantapan

    Gagasan danWawasan Kenegaraan, 6-7 julai. Unversiti Malaya.

    Paul, R & Elder, L. 2006.Analytic Thinking: The Thinkers guide. The Foundation for

    Critical Thinking.

    Seefeldt, Carol. 1993. History for young children. Theory and Research in Social

    Education, 21 (2), 143-155.

    Seixas, Peter. 1996. Conceptualizing the growth of historical understanding. The

    Handbook of Education and Human Development. Olson, D.R. and Torrance, N.

    (eds.). Cambridge, MA: Blackwell Publishers Ltd., 765-783.

    Isabel, G.Gracia, J. & Valverde, L. 1997. A new glance at History: A proposal

    towards meaningful learning. Teaching History 86: 21-23

    William J.Warren, D.Antonio Cantu. 2008. History Education 101. Information Age

    Publishing.

    Wilson, S. M. (1989). Parades of facts, stories of the past: What do novice history

    teachers need to know. Competing visions of teacher knowledge: Proceedings from

    an NCRTE Seminar for Education Pollcymakers, Washington, DC.

  • 8/11/2019 Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah

    17/17

    Keith C.Barton & Linda S.Levstik. 2004. Teaching History for the common good,

    Lawrencer Erbaum Associates Publishers: New Jersey

    Wineburg, Sam .2001. Historical Thinking and on the Unnatural Acts: charting the

    future of teaching the past. Philadephia: Temple University Press

    Zahara Aziz & Nurliah Jair. (2009). Penggunaan peta konsep untuk meningkatkan

    pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Jurnal Pendidikan

    Malaysia, 34 (1): 3-5.

    Zahara Aziz & Nik Azleena. 2007. Kajian tinjauan kesediaan guru-guru sejarah

    menerapkan kemahiran pemikiran sejarah kepada para pelajar. Jurnal Pendidikan,

    32(2007), 119-137.

    http://www.nchs.ucla.edu/Standards/historical-thinking-standards-1/overview

    (http://teachinghistory.org/issues-and-research/research-brief/22961)