kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi

2
KEMAHIRAN MENERANGKAN DENGAN CONTOH, ILUSTRASI DANSUMBER PENGAJARAN-PEMBELAJARAN Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikan. Kemahiran ini di gunakan diperingkat perkembangan (mengembangkan isi-isi panduan luar daripada buku teks), sama ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid. Dalam kemahiran ini guru-guru disarankan supaya menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran. OBJEKTIF PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANGKAN 1. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. 2. Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. 3. Menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah. 4. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan peristiwa tertentu. PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN MENERANGKAN 1. Rancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. 2. Contoh-contoh, ilustrasi atau sumber pengejaran hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu. 3. Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana akan menimbulkan kebosanan kepada murid-murid. 4. Jika penerangan memakan masa yang lama, gunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat dan perhatian murid. 5. Perkataan dan istilah yang digunakan dalam penerangan hendaklah berdasarkan pengetahuan murid supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna. 6. Alat bantu mengajar digunakan semasa menerangkan hendaklah sesuai serta digunakan dengan teknik yang berkesan. 7. Selepas aktiviti menerangkan, galakan murid bertanya perkara-perkara yang mereka tidak faham.

Upload: sohib-alquran

Post on 07-Jul-2015

3.636 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi

KEMAHIRAN MENERANGKAN DENGAN CONTOH, ILUSTRASI DANSUMBER PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya bergantung kepada

kebijaksanaan guru mengendalikan.

Kemahiran ini di gunakan diperingkat perkembangan (mengembangkan isi-isi panduan luar daripada buku teks),

sama ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid.

Dalam kemahiran ini guru-guru disarankan supaya menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran.

OBJEKTIF PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANGKAN

1. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat.

2. Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.

3. Menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah.

4. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan peristiwa tertentu.

PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN MENERANGKAN

1. Rancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai.

2. Contoh-contoh, ilustrasi atau sumber pengejaran hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu.

3. Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana akan menimbulkan kebosanan kepada murid-murid.

4. Jika penerangan memakan masa yang lama, gunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat

dan perhatian murid.

5. Perkataan dan istilah yang digunakan dalam penerangan hendaklah berdasarkan pengetahuan murid supaya

mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.

6. Alat bantu mengajar digunakan semasa menerangkan hendaklah sesuai serta digunakan dengan teknik yang

berkesan.

7. Selepas aktiviti menerangkan, galakan murid bertanya perkara-perkara yang mereka tidak faham.

Page 2: Kemahiran menerangkan dengan contoh, ilustrasi

KESAN KEMAHIRAN MENERANGKAN KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANi

1. Murid-murid dapat memehami konsep atau isi pelajaran dengan cepat, mudah dan tepat.

2. Murid dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur.

3. Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

4. Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar akan dapat merangsang pelabagi deria murid, selain

memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan.

5. Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah aktiviti pembelajaran lain.

KOMPENAN-KOMPONEN KEMAHIRAN MENERANGKAN

1 ARAS PERMULAAN

Penerangan guru Menarik dan mengekalkan perhatian murid.

Membangkitkan kesediaan murid untuk

belajar.

Jelas, ringkas dan tepat.

2 KEMAHIRAN ILUSTRASI

Penggunaan contoh.sumber pelajaran Contoh/ sumber mencukupi.

Contoh/sumber sesuai.

Contoh/sumber jelas dan menarik.

3 PENYUSUNAN IDEA

Pengurusan kemahiran menerangkan

Idea dikembangkan secara teratur. Variasi rangsangan berjaya digunakan.

Penerangan lisan jelas dan tepat.

4 PENUTUP

Rumusan/kesimpulan

Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis. Isi-isi disusun secara teratur. Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas.

i 29hb januari 2011, sabtu- kuliah