kerja kursus kakak

Upload: musrifah-marhatip

Post on 13-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dsfdsf

TRANSCRIPT

961025-56-5466PENGHARGAANAlhamdulillah segala puji ke hadrat ilahi atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Pada kesempatan ini , saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajah Maznah binti Mazlan selaku pengetua SMK Desa Mahkota yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian luar dan banyak memberikan sokongan moral kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada guru mata pelajaran Pengajian Am, Puan Nor Maizatulakmar binti Haji Mamat yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan semasa menjalankan kajian ini.Di samping itu, terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mazzaimi bin Mat Dom dan Puan Mazni binti Mohd Saleh serta keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral mahupun kewangan kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan.Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih juga diucapkan kerana sudi membantu saya dengan memberi semangat dan idea sewaktu pengkaji ketandusan idea.Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan ditemu bual.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala budi dan jasa baik kalian hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

3.0 Lokasi kajianKajian ini telah dilakukan di kawasan perumahan Taman Beringin di daerah Kepong, Kuala Lumpur. Lokasi kajian ini terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat Bandar Kuala Lumpur.

Peta 1: Wilayah Persekutuan Kuala LumpurSumber: www. malaxi.comKuala Lumpuratau nama penuhnyaWilayah PersekutuanKuala Lumpur, ialah ibu negara.Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244km2(94btpersegi), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010.Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeriSelangor, iaituLembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.

2.0 Objektif KajianObjektif kajian ini adalah untuk:i) Mengkaji adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Taman Beringin.ii) Mengenal pasti pantang larang yang diamalkan sepanjang proses perkahwinan oleh masyarakat Melayu di Taman Beringin.

4.0 METODOLOGIPendahuluan Menurut Hornby (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kaedah ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrument kajian, dan prosedur analisis data bagi mejawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

Reka Bentuk KajianKajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dari analisis data. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Taman Beringin dan mengkaji pantang larang yang diamalkan sepanjang proses perkahwinan tersebut.

Instrument KajianInstrument ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temu bual, borang soal selidik, kaedah rujukan.

Kaedah Instrument Kajian

Kuantitatif Borang soal selidik

Kualitatif Borang temu bual, Rujukan

Jadual 4.1: Jenis-jenis kaedahCara Mendapatkan RespondenResponden kajian ini terdiri daripada 30 oang penduduk dari kawasan Taman Beringin. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada 10 orang lelaki dan 20 orang perempuan dari penduduk di kawasan Taman Beringin akan diambil sebagai responden. Responden terbatas kepada penduduk Melayu yang mendiami kawasan Taman Beringin dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada pada hari kajian dijalankan. Dalam kuanlitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk di temu bual. Cara Mendapatkan Maklumat/ Data daripada Responden Borang soal selidik yang sesuai telah saya buat untuk mendapat dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A,B, dan C.. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden manakala Bahagian B adalah soalan mengenai adat perkahwinan yang diamalkan dan pantang larang yang diamalkan sepanjang proses perkahwinan oleh masyarakat Melayu di Taman Beringin. Kajian ini menggunakan skala nominal iaitu Ya atau Tidak. Jadual 4.2: Skala NominalSoalanYa Tidak

Bahagian C pula adalah soalan tentang pantang larang yang diamalkan sepanjang proses perkahwinan oleh masyarakat Melayu di Taman Beringin. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert tiga mata yang mengandungi tiga aras iaitu 1= setuju, 2= kurang setuju, 3= tidak setuju.Jadual 4.3: Skala likert 3 aras digunakanMengamalkan 1

Kurang mengamalkan 2

Tidak menamalkan 3

Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Dalam pada itu, temu bual dijalankan kepada penduduk yang tinggal di kawasan Taman Beringin. Tujuan utama temu bual adalah untuk mengetahui pantang larang yang diamalkan sepanjang proses perkahwinan oleh masyarakat Melayu di Taman Beringin.

Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan adalah melalui kaedah rujukan. Buku rujukan, internet, dan Kamus Dewan Edisi ke-4 daripada Perpustakaan Negara telah digunakan sebagai sumber rujukan. Saya telah mencari banyak perkataan dengan maknanya daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja.

Memproses dan Mempersembahkan DataKaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skala likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala likert akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.3Jadual 4.4: Pengkelasan Skala LikertKategori SetujuKategori Tidak Setuju

1Setuju2 3Kurang Setuju Tidak Setuju

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis. Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan jadual.

RumusanMetodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, kajian ini megikut tatacara kajian yang ketat dengan menepati prosedur kutipan data dan instrument yang telah dikenal pasti.

1.0 Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaum dan hidup dalam suasana aman dan harmoni. Setiap kaum mempunyai adat dan kepercayaan yang berbeza. Antara yang terdapat di Malaysia ialah kaum Melayu. Kaum Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan seharian sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun serta zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka . biarpun arus pemodenan terus berlaku namun sebahagian masyarakat Melayu termasuklah mereka yang tinggal di kawasan bandar masih berpegang kepada banyak adat-adat lama mahupun kepercayaan tertentu. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlibat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak , jangan mati adat. Peribahasa ini merujuk betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat Melayu.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adat resam bermaksud adat (aturan) yang biasa. Manakala menurut internet http://amma190.blogspot.com/2010/08/adat-resam.html , adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Sehubungan dengan itu , antara adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah adat perkahwinan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang begitu berpegang teguh dengan adat resam. Hal ini kerana mereka percaya bahawa adat resam mempunyai kesan yang akan mempengaruhi kehidupan sesorang. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Penerapan unsur adat resam ini dapat dilihat jelas dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009), perkahwinan ialah amanah untuk memikul tanggungjawab memebentuk keluarga yang lebih besar manakala menurut Halimah Abd. Rahman (2010) perkahwinan merupakan satu proses yang mesti dilalui oleh semua orang baik lelaki mahupun perempuan tanpa mengira darjat atau taraf. Setiap masyarakat mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya masing-masing. Begitu juga di dalam upacara perkahwinan. Dalam kalangan masyarakat Melayu. Perkahwinan merupakan satu perkara penting dalam kehidupan mereka. Ia merupakan satu tahap sejarah dalam hidup seseorang. Oleh sebab itu, perkahwinan perlu dirancang dengan lebih teliti supaya segala upacara dapat dijalankan sebaik-baiknya tanpa menghadapi sebarang kesulitan. Namun dalam konteks tradisi perkahwinan masyarakat Melayu, idea dan amalan yang dapat dikenal pasti adalah menurut pengertian budaya dan kepercayaan yang dijunjungi oleh individu tersebut.

Adat Perkahwinan yang Diamalkan oleh Masyarakat Melayu.Antara adat-adat yang masih diamalkan sehingga ke hari ini ialah merisik,meminang, bertunang, menghantar kad atau belanjadan upacara akad. Dari segi persiapan pengantin pula terdapat beberapa adat seperti berandam, berasah gigi, mandi limau dan berinai. Kemuncak di dalam adat perkahwinan ini adalah pasangan pengantin akan bersanding diatas pelamin yang dihias indah dan diraikan bagai raja sehari. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi memastikan bahawa adakah adat-adat ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Pantang Larang yang Diamalkan olehMasyarakat Melayu Sepanjang Proses Perkahwinan Masyarakat Melayu.

Menurut Arni Binti Johan dalam Aktivis Jurnal Akademik Jilid V1 2006 Budaya dan Ilmu (hlm. 49), pantang larang lebih merupakan khazanah budaya dunia terbina daripada pengalaman hidup yang lalu. Manakala menurut Sheikh Othman bin Seikh Salim (eds.) dalam Kamus Dewan Edisi Yang Ketiga (hlm. 975), pantang larang secara ringkasnya bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya meninggal dunia.Pantang larang diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu juga bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-niali murni dalam kehidupan mereka. Ia juga diamalkan kerana pantang larang adalah seperti harta pusaka nenek moyang mereka dan bagi mereka mereka bertanggungjawab untuk mengamalkannya dan menurunkan tradisi itu kepada anak-anak atau cucu-cucu mereka.Di dalam sebuah pantang larang mempunyai erti sendiri yang akan memberi manfaat dalam hidup masing-masing.Pantang larang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pantang larang untuk wanita hamil, pantang larang keatas lelaki, wanita dan kanak-kanak serta bayi dan juga ketika berada ditempat-tempat-tempat tertentu seperti hutan dan sungai. Tidak lupa juga pantang larang sepanjang proses perkahwinan yang terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas perkahwinan.Justeru itu, rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana pantang larang ini masih relevan untuk diamalkan oleh masyarakat Melayu zaman millennium ini.

Peta 3: Taman Beringin, Kepong.Sumber: http://maps.google.comLokasi kajian terletak di kawasan Kepong. Lokasi kajian terletak kira-kira 3 kilometer berhampiran dengan Taman Layang- Layang. Selain itu, terdapat beberapa institusi pendidikan di kawasan berhampiran seperti SMK Jinjang dan SK La Salle. Penduduk yang tinggal di lokasi ini kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu manakala kaum Cina dan India merupakan penduduk minoriti yang mendiami kawasan ini. Penduduk Taman Beringin rata-rata menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak melakukan aktiviti seharian antaranya ialah kereta, mpv, van dan motorsikal.

Peta 2: Kepong, Kuala Lumpur.Sumber: http://maps.google.comKepongmerupakan sebuah kawasan diKuala Lumpurdi bawah ZonSentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utaraBukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan,Bandar Sri DamansaradanSungai Buloh, ke timurSelayang, dan ke selatanJalan Duta,Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerahGombak. Jalan raya utama ke Kepong ialahLebuhraya Damansara-Puchong(LDP), Jalan Kuching,MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.