pengaplikasian kemahiran interpersonal di … · interpersonal dan kemahiran berkomunikasi adalah...

23
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL DI KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI. AZDA AZLIN BT ROS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongdiep

Post on 02-Mar-2019

271 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL DI KALANGAN

PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI

PENDIDIKAN, UTM SKUDAI.

AZDA AZLIN BT ROS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN INREPERSONAL DI KALANGAN

PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI

PENDIDIKAN, UTM.

AZDA AZLIN BT ROS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

iii

DEDIKASI

Untuk mama, Norasmah Muhamad dan abah, Ros Md. Isa

Terima kasih diatas doa, pengorbanan dan restumu…

Doa restu kalian sentiasa menjadi pendorong buat Angah.

Buat along (Asrul), terima kasih tak terhingga di atas pengorbanan, nasihat, dan

sokongan yang di berikan selama ni.

Ingatan kasih sayang buat adik-adikku Ashrib dan Farhan,

Teruskan perjuanganmu dan semoga apa jua yang kalian lakukan

mendapat kejayaan yang cemerlang.

Doaku semoga kita sekeluarga sentiasa di cucuri rahmat Ilahi,

dan ketahuilah, tiada yang lebih bermakna daripada

kasih dan sayang sesama kita...

Istimewa buat sahabatku, terutama kepada

Zul, Ayon, Ayie, Ati, Ita, Jame dan Farah,

terima kasih di atas jasa baik kalian selama ini...

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Bersyukur ke hadrat Allah S. W. T berkat limpah dan Kurnia NYA dan kepada

NYA jugalah saya memohon taufik dan hidayah dalam menempuh liku-liku kehidupan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A.W.

Salam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penyelia Projek Saya,

En.Kamalularifin Bin Subari di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan nasihat

yang berterusan sehingga laporan kajian ini berjaya disiapkan.

Ucapan terima kasih dan bersyukur juga ingin saya ucapkan kepada Bahagian

Jabatan Teknik dan Vokasional, UTM kerana memberi kerjasama dalam menyiapkan

projek ini.

Tidak lupa juga, kalungan terima kasih dihulurkan buat para pensyarah, tutor dan

tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional di atas segala ilmu dan

kemahiran yang dicurahkan selama saya menuntut di sini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah di atas segala

dorongan yang diberikan dan kepada semua insan yang mendoakan kejayaan dan

kebahagiaan saya.

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan ke atas kemahiran interpersonal Pelajar

Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, UTM. Skudai. Tujuan

kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti sejauhmanakah tahap pengaplikasian

kemahiran intereprsonal pelajar di dalam kehidupan mereka seharian. Responden di

dalam kajian ini terdiri daripada 180 orang pelajar Pendidikan Teknik dan

Vokasional. Penyelidik telah menyediakan satu set soal selidik sebagai instrumen

kajian untuk mengumpul data daripada responden. Data-data yang diperolehi

dianalisis dengan menggunakan perisisan Statistic Package for Social Science

(SPSS) version 10.0 for Windows. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati

bahawa tahap pengaplikasian kemahiran interpersonal komunikasi lisan pelajar

Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan berada di tahap yang

menggalakkan. Manakala tahap kemahiran komunikasi bukan lisan pelajar hanya

berada di tahap yang memuaskan sahaja. Oleh itu, penyelidik turut mengemukakan

beberapa cadangan yang relavan bagi mengatasi masalah pelajar di dalam

menguasai kemahiran interpersonal. Semoga tindakan sewajarnya dapat diambil

oleh pihak-pihak yang terlibat dalam usaha membentuk komunikasi interpersonal

yang cemerlang.

vi

ABSTRACTS

This study is to observe the Interpersonal skills among Pendidikan Teknik

and Vocational students in Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. The objective of this

study is to identify hoe far students have applied the Interpersonal skills in their

daily life. Our respondents were 180 of Pendidikan Teknik dan Vocational students.

Questionnaire used as the method of study and the data obtained were analyzed

using Statistic Package for Social Science (SPSS) version 10.0 for Windows. From

the studies, we can conclude that the level of application of Interpersonal oral

communication skills among the students were encouragable While the non oral

communication skills is just moderate. Thus, a few relevant suggestions were

proposed to overcome the students problem in order to achieve good Interpersonal

skills. May this be the guide line for those who want to apply Interpersonal skills in

their life.

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Am Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Mahasiswa 7

1.6.2 Fakulti Pendidikan 8

1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 9

viii

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Terminologi 10

1.8.1 Pengaplikasian 10

1.8.2 Kemahiran Interpersonal 11

1.8.3 Mahasiswa 11

1.8.4 Komunikasi 11

1.8.5 Sosial 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Meninjau kemahiran mendengar

Pelajar PTV 15

2.2.1 Pendengar yang aktif dan pasif 16

2.2.2 Mendengar secara berkesan 17

2.2.3 Konflik dan halangan dalam

membina Interpersonal yang

berkesan 21

2.2.4 Halangan bagi mendapatkan

Keberkesanan Interpersonal 22

2.3 Meninjau kemahiran bertanya

Pelajar PTV 23

2.3.1 Strategi bertanya di dalam kemahiran

Interpersonal 25

2.4 Menunjau kemahiran pelajar PTV memahami

Komuniaksi bukan lisan 27

2.4.1 Fungsi bahasa bukan lisan 28

2.4.2 Klasifikasi komunikasi tanpa lisan 30

2.5 Meninjau kemahiran bertutur pelajar

PTV fakulti pendidikan 35

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 39

3.4 Instrumen Kajian 39

3.4.1 Bahagian A : Latar belakang pelajar 40

3.4.2 Bahagian B : Soalan soal selidik 40

3.5 Prosedur Kajian 42

3.6 Analisis Data 43

3.7 Kajian Rintis 45

3.8 Penutup 45

BAB IV ANALISA DATA 4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Data Bahagian A 47

4.2.1 Taburan responden mengikut

negeri kelahiran dan jantina 47

4.2.2 Taburan responden mengikut

kursus dan umur 49

4.2.3 Taburan responden mengikut

status dan pernah bekerja 51

4.2.4 Taburan responden mengikut

bangsa dan agama 52

4.3 Analisis Data Bahagian B 53

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Satu 53

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Dua 56

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Tiga 60

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Empat 63

x

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 67

5.3 Perbincangan 70

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian Satu 70

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian Dua 72

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian Tiga 73

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Empat 76

5.4 Cadangan 79

5.5 Kajian Lanjutan 80

5.6 Kesimpulan 80

RUJUKAN 81 LAMPIRAN 86

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai pelajar Pendidikan Teknik dan

Vokasional 38

3.2 Taburan item mengikut setiap persoalan

kajian 40

3.3 Jadual skor mengikut Skala Likert 41

3.4 Skala Likert 43

3.5 Tahap analisis min 44 3.6 Statistik persoalan kajian 44 4.1 Taburan responden mengikut

negeri kelahiran dan jantina 47 4.2 Taburan responden mengikut kursus dan umur 49 4.3 Taburan responden mengikut

status dan pernah bekerja 51 4.4 Taburan responden mengikut

bangsa dan agama 52 4.5 Taburan responden mengikut pengaplikasian

kemahiran mendengar 53

4.6 Taburan responden mengikut pengaplikasian

kemahiran bertanya 56

xii

4.7 Taburan responden mengikut pengaplikasian

kemahiran bertutur 60

4.8 Taburan responden memahami komunikasi

bukan lisan 63

xvi

SENARAI SINGKATAN PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

SPSS Statistical Package For Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

BIL Bilangan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

`Interpersonal` ialah kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap

mahasiswa. Interpersonal di sini membawa maksud kebolehan seseorang bekerja secara

kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan komunikasi secara verbal dan non-

verbal, dapat membezakan individu dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat,

mempunyai perasaan empati serta dapat ketahui kepercayaan, ketakutan dan harapan

individu lain iaitu sensitif terhadap perasaan dan emosi orang lain (Gardner,H 1983).

Malah kebolehan ini sangat mustahak kepada kaunselor, guru, ahli terapi, ahli politik

dan ahli agama.

Oleh kerana kemahiran interpersonal mempunyai banyak maksud, pengkaji telah

memilih komunikasi sebagai asas atau tunjang di dalam pengkajian ini. Ini juga

berikutan daripada satu tajuk utama yang dimuatkan di dalam Mingguan Malaysia yang

bertarikh 4 Mei 2003, “ Komunikasi yang lemah adalah masalah utama mahasiswa di

Malaysia menganggur”. Kenyatan ini di keluarkan berikutan masalah mahasiswa

menganggur yang semakin ketara dewasa kini. Menurut Abdullah dan Ainon (2002)

komunikasi yang dimaksudkan di dalam kemahiran interpersonal ialah, kemahiran

mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran berucap, kemahiran memberi maklum balas,

unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan komunikasi bukan

lisan. Malah pernyatan ini turut disokong di dalam laporan Pembangunan Sumber

2

Manusia (2003) yang menyatakan masalah mahasiswa dewasa kini, ialah kurang

berinteraksi walaupun telah memasuki ke alam pekerjaan.

Setiap mahasiswa perlu menguasai kemahiran interpersonal dengan baik kerana,

Interpersonal dan kemahiran berkomunikasi adalah salah satu ciri yang terdapat di dalam

kemahiran generik. Dewasa kini, negara bukan sahaja memerlukan kemahiran teknikal

semata-mata, malah kemahiran generik turut dititikberatkan bagi membangun dan

memajukan sesuatu pentadbiran yang diterajui. Tambahan lagi, bakal-bakal guru ini

memerlukan pengetahuan dan kemahiran mengggunakan teknik-teknik berkomunikasi

yang penting bagi membantu mereka menjadi guru yang lebih profesional dan berkesan

di dalam profesion perguruan (Abdullah dan Ainon, 2001).

Menurut Lauglin (1995) di dalam “ The conference Board of Canada`s,

perhubungan, kemahiran berkomunikasi (mendengar, membaca dan menulis), berfikir

secara kritikal, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan kebolehan

menguruskan pelajaran adalah kemahiran yang perlu ada di dalam akademik. Geedele

dan Tootelian (1989), turut menyokong kepentingan kemahiran interpersonal dan

berkomunikasi dikuasai dengan baik malah ianya turut terkandung di dalam National

Association Of Colleges & Employers (1997).

1.2 Latar belakang Masalah

Kemahiran Interpersonal adalah lebih sinonim dengan kemahiran berkomunikasi

(Abdullah dan Ainon 2000). Malah kemahiran interpersonal juga turut dikenali sebagai

kemahiran individu itu bersosial, bergaul atau berhubung. Antara kebolehan yang

terdapat dalam kemahiran interpersonal ialah kebolehan mementingkan nilai murni,

berpendirian, dan berminat dalam falsafah (Gardner,H 1983). Sebagai seorang

mahasiswa, pelajar itu perlulah pandai dan dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang

di sekeliling. Pergaulan tersebut merangkumi perhubungan di kalangan warga kampus,

3

kawan-kawan, pensyarah, dan masyarakat sekeliling. Timbalan Perdana Menteri,

Abdullah Ahmad Badawi (2001) juga turut menyuarakan pendapatnya bahawa adalah

sangat penting dan bermakna sekali jika ada pergaulan antara golongan muda dan

mengenali antara satu sama lain.

Muhammad Abdul Rahman (Persatuan Pendidikan Malaysia 2002), menyatakan

bahawa kehidupan sebagai pelajar yang bergelar mahasiswa adalah sangat mencabar.

Penguasaan bahasa Inggeris samada semasa membaca atau berkomunikasi juga

merupakan cabaran kepada mahasiswa. Malah, mahasiswa turut mengahadapi masalah

dalam perhubungan interpersonal, iaitu tidak suka bersosial, seperti tidak suka bergaul

atau tidak bersedia berkongsi masalah dengan rakan-rakan pelajar. Fenomena ini

tentulah menyebabkan sukar dalam membuat perancangan ilmiah. Ekoran daripada itu,

pengetahuan dan pendedahan mereka adalah terhad. Cabaran yang seterusnya ialah

masalah kejutan budaya pelajar di universiti. Salah satu masalah yang berkaitan dengan

kemahiran interpersonal di sini ialah, masalah pergaulan antara pelajar di bilik darjah

atau dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Beliau turut memberi contoh

pelajar yang datang daripada keluarga yang susah dan taraf hidup yang rendah

terutamanya di luar bandar seringkali tidak dapat menyesuaikan diri kerana merasa

rendah diri. Tambah beliau lagi, komunikasi yang lemah turut menjadi cabaran dan

masalah kepada mahasiswa-mahasiswa di universiti tempatan. Oleh itu, satu lagi aspek

umum yang perlu diambil perhatian adalah daya komunikasi yang bijak dan ilmiah yang

perlu ada di kalangan pelajar-pelajar universiti.

Wong Meng Seng, Naib Pengerusi 2 Majlis Perwakilan Mahasiswa UM

(1999/2000), masalah pergaulan di kalangan mahasiswa sememangnya wujud

terutamanya dari aspek perkauman. Namun sebagai seorang mahasiswa, adalah sangat

penting akan pergaulan di antara satu sama lain, khususnya pergaulan sesama

mahasiswa itu sendiri. Pergaulan ini juga tidak terbatas, yakni bergaul atau berkenalan

tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan negeri asal seseorang pelajar itu.

4

Bagi pelajar yang peramah, mungkin tidak menjadi masalah di dalam

pengaplikasian kemahiran interpersonal. Tetapi, sebaliknya berlaku kepada mereka

yang bersikap pemalu dan kurang bergaul dengan orang lain. Menurut Muhamad

Hassan (2001), masalah ini mungkin timbul kerana perbezaan latar balakang keluarga,

cara hidup serta taraf hidup. Contohnya, pelajar yang datang daripada keluarga yang

susah dan taraf hidup yang rendah terutamanya di luar bandar sering kali menghadapi

masalah di dalam pergaulan.

Sebagai seorang bakal guru, adalah besar tanggungjawab pelajar di bawah

Fakulti Pendidikan UTM mengaplikasikan kemahiran interpersonal di dalam kehidupan

sebagai seorang mahasiswa. Ini kerana, perguruan ialah satu profesion yang

matlamatnya ialah untuk “membentuk insan dan ikhsan manusia” yang sempurna dari

segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ( Sufean, 1993 : 440 ). Peranan yang

dimainkan oleh guru adalah penting dalam usaha membentuk dan mencorak generasi

akan datang sebagaimana yang dicita-citakan oleh negara. Sebagai penyalur maklumat

dan penyampai visi dan misi kerajan guru haruslah mempunyai kemahiran profesional,

cekap dan dedikasi di dalam menjalankan tugas mereka ( Mak Soon Sang, 1996 ).

Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi

pengalaman dengan muridnya, dan begitu juga sebaliknya. Apabila mereka

berkomunikasi, mereka saling menyatakan pengetahuan dan pengalaman masing-masing

dan dengan cara itu, mereka mendapat manfaat daripada pertukaran tersebut. Menurut

Hybels dan Weaver II ( 1995 ), komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia

berkongsi maklumat, idea dan perasaan. Sementara itu, menurut Mohd Yusof (1990),

menyatakan bahawa komunikasi dari perspektif Islam ialah proses menyampaikan atau

bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan kaedah dan prinsip komunikasi

yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.

Menurut Maimunah (2003), dalam pendidikan pula, komunikasi ialah satu cara

bagaimana manusia dapat dididik tentang sesuatu perkara. Komunikasi interpersonal

5

tidak akan berkesan tanpa menggunakan deria manusia dengan bijaksana. Ini akan

membantu seseorang itu bercakap dengan berkesan, melihat dengan nyata, mendengar

secara aktif dan merasa dengan hati akan apa yang didengar atau disampaikan. Deria

akan digunakan dengan semaksimumnya hanya setelah manusia kehilangan salah satu

daripadanya. Oleh itu, kita dapati orang yang tidak boleh melihat, mempunyai

keupayaan hampir serupa dengan yang boleh melihat dengan menggunakan kudrat yang

ada.

Terdapat pelbagai kemahiran di dalam komunikasi interpersonal. Namun, apa

yang ingin difokuskan oleh pengkaji di sini ialah pengaplikasian komunikasi lisan iaitu

kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran bertutur dan komunikasi bukan

lisan (non-verbal) di kalangan pelajar PTV Fakulti Pendidikan UTM. Bagi melihat

penguasaan kemahiran mendengar, pengkaji turut menyelitkan kemahiran mencerap

supaya dapat meneguhkan lagi kajian yang dijalankan.

Sebagai bakal guru, adalah menjadi tanggungjawab pelajar di bawah Fakulti

Pendidikan berkemampuan mendiskriminasi antara petanda interpersonal dan kebolehan

untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.

Malah, terdapat pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran interpersonal yang

boleh dipraktikkan iaitu komunikasi antara individu, latihan empati, latihan kolaboratif,

memberi maklum balas, menguasai strategi pembelajaran kooperatif dan sedia

bekerjasama di antara satu dengan lain. Walaubagaimanapun dapat diringkaskan

kemahiran interpersonal di sini ialah, bagaimana seseorang itu berinteraksi dan

berkomunikasi dengan individu lain yang berbeza latarbelakang dan pengalaman

tersendiri.

Namun sejauhmanakah tahap penguasaan kemahiran interpersonal di kalangan

pelajar PTV Fakulti Pendidikan UTM? Ini berikutan para pelajar ini bakal keluar

sebagai seorang guru berijazah di dalam bidang pendidikan. Jika kemahiran

interpersonal ini tidak dapat di kuasai dengan baik semasa bergelar mahasiswa,

6

bagaimanakah nanti bakal pendidik ini dapat menjalani kehidupan yang bermakna

terhadap diri sendiri dan individu lain, serta dapat menyampaikan pengajaran dengan

baik, berkesan dan berkualiti?

1.3 Penyataan Masalah

Kemahiran interpersonal adalah kemahiran seseorang untuk berhubungan di

antara satu sama lain. Malah terdapat pelbagai aktiviti yang boleh diaplikasikan di

dalam hubungan interpersonal. Namun, apa yang ingin dikaji disini ialah, kajian

mengenai kemahiran interpersonal yang sangat berkait rapat dengan kemahiran

berkomunikasi atau secara tepatnya pengkaji mengkaji komunikasi di dalam kemahiran

interpersonal di kalangan pelajar PTV Fakulti Pendidikan UTM. Ini kerana,

`komunikasi` amat berkait rapat dalam sesuatu hubungan interpersonal. Malah,

komunikasi sendiri membawa maksud proses penyampaian atau pemindahan mesej dari

seorang kepada yang lain dan ianya merupakan asas kepada proses perhubungan

interpersonal, iaitu perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Justeru itu kajian ini perlu dilakukan bagi melihat kemahiran interpersonal yang

diaplikasikan di kalangan pelajar PTV di bawah Fakulti Pendidikan UTM di dalam

menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan yang bakal keluar sebagai

pendidik suatu hari kelak.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau:

1.4.1 Kemahiran mendengar pelajar PTV Fakulti Pendidikan UTM.

1.4.2 Kemahiran bertanya pelajar PTV Fakulti Pendidikan UTM.

7

1.4.3 Kemahiran bertutur pelajar PTV Fakulti Pendidikan UTM.

1.4.4 Kemahiran pelajar PTV Fakulti Pendidikan UTM memahami komunikasi bukan

lisan.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah pelajar mempunyai kemahiran mendengar yang baik di dalam kehidupan

seharian?

1.5.2 Adakah pelajar mempunyai kemahiran bertanya yang baik di dalam kehidupan

seharian?

1.5.3 Adakah pelajar mempunyai kemahiran bertutur yang baik di dalam kehidupan

seharian?

1.5.4 Adakah pelajar mempunyai kemahiran memahami komunikasi bukan lisan yang

baik?