kelulusan pembayaran di bawah arahan … ap9… · v) senarai penerima bayaran melalui akaun...

2
Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-5.Jld 9 (40) Tarikh : 5 Januari 2017 Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, KELULUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN 96 (AP96) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia rujukan ANM(T) 81/10/6/10 (17) bertarikh 17 Disember 2014 dan buletin eSPKB yang dikeluarkan pada 18 Mac 2016 telah menetapkan bahawa PTJ perlu mendapatkan kelulusan Pejabat Perakaunan sebelum menyediakan baucar bagi bayaran melalui AP 96(a). Permohonan AP 96(a) ke JANM Perak adalah termasuk bagi program pemberian dan bantuan masyarakat yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan kerajaan sebagai contoh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 3. Sehubungan itu, permohonan bayaran di bawah AP 96(a) hendaklah dikemukakan kepada JANM Perak selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh agihan wang dilakukan. Permohonan perlulah mengandungi maklumat seperti tujuan bayaran, tarikh program, tarikh pembayaran tunai, kelulusan ketua jabatan, senarai nama penerima bayaran dan anggaran bayaran kepada setiap penerima. Dokumen ini perlulah disahkan oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diberikuasa bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar. Sila gunakan Borang Lampiran B bagi agihan wang tunai dan Lampiran D bagi agihan melalui akaun transit). Sebarang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak oleh JANM Perak. 4. Bagi pembayaran wang tunai kepada pemenang atau juri sesuatu pertandingan, jabatan/PTJ perlu melampirkan surat kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia mengenai kadar pemenang dan saguhati juri kecuali pertandingan inovasi atau KIK di peringkat negeri atau kementerian yang telah dinyatakan di dalam 1PP. Bersama-sama surat ini dilampirkan: i) Tatacara Bayaran Di Bawah AP 96(a) Rujuk Lampiran A ii) Permohonan Pembayaran Di Bawah AP 96(a) Agihan Wang Tunai Rujuk Lampiran B iii) Penyata Penerimaan Wang Tunai bagi Agihan Wang Tunai Rujuk Lampiran C iv) Permohonan Pembayaran Di Bawah AP 96(a) Melalui Akaun Transit Rujuk Lampiran D

Upload: dinhhuong

Post on 07-Feb-2018

309 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KELULUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH ARAHAN … AP9… · v) Senarai Penerima Bayaran Melalui Akaun Transit – Rujuk Lampiran E vi) Pengesahan Bayaran Telah dikreditkan ke Akaun Penerima

Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-5.Jld 9 (40) Tarikh : 5 Januari 2017

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

KELULUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN 96 (AP96) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia rujukan ANM(T)

81/10/6/10 (17) bertarikh 17 Disember 2014 dan buletin eSPKB yang dikeluarkan pada 18 Mac

2016 telah menetapkan bahawa PTJ perlu mendapatkan kelulusan Pejabat Perakaunan

sebelum menyediakan baucar bagi bayaran melalui AP 96(a). Permohonan AP 96(a) ke JANM

Perak adalah termasuk bagi program pemberian dan bantuan masyarakat yang dikendalikan

oleh jabatan-jabatan kerajaan sebagai contoh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Hal

Ehwal Orang Asli.

3. Sehubungan itu, permohonan bayaran di bawah AP 96(a) hendaklah dikemukakan

kepada JANM Perak selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh agihan wang dilakukan.

Permohonan perlulah mengandungi maklumat seperti tujuan bayaran, tarikh program, tarikh

pembayaran tunai, kelulusan ketua jabatan, senarai nama penerima bayaran dan anggaran

bayaran kepada setiap penerima. Dokumen ini perlulah disahkan oleh Ketua Jabatan atau

pegawai yang diberikuasa bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar.

Sila gunakan Borang Lampiran B – bagi agihan wang tunai dan Lampiran D – bagi agihan

melalui akaun transit). Sebarang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak oleh JANM

Perak.

4. Bagi pembayaran wang tunai kepada pemenang atau juri sesuatu pertandingan,

jabatan/PTJ perlu melampirkan surat kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia mengenai

kadar pemenang dan saguhati juri kecuali pertandingan inovasi atau KIK di peringkat negeri

atau kementerian yang telah dinyatakan di dalam 1PP. Bersama-sama surat ini dilampirkan:

i) Tatacara Bayaran Di Bawah AP 96(a) – Rujuk Lampiran A

ii) Permohonan Pembayaran Di Bawah AP 96(a) – Agihan Wang Tunai – Rujuk

Lampiran B

iii) Penyata Penerimaan Wang Tunai bagi Agihan Wang Tunai – Rujuk Lampiran C

iv) Permohonan Pembayaran Di Bawah AP 96(a) – Melalui Akaun Transit – Rujuk

Lampiran D

Page 2: KELULUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH ARAHAN … AP9… · v) Senarai Penerima Bayaran Melalui Akaun Transit – Rujuk Lampiran E vi) Pengesahan Bayaran Telah dikreditkan ke Akaun Penerima

v) Senarai Penerima Bayaran Melalui Akaun Transit – Rujuk Lampiran E

vi) Pengesahan Bayaran Telah dikreditkan ke Akaun Penerima – Rujuk Lampiran F

vii) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 17 Tahun 2014 dan

viii) Contoh Borang AK 52.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai di Unit Bayaran JANM Perak seperti di bawah di talian 05-2547304.

5.1 Puan Nur Iqwa Jamal Binti Datuk Wira Jamaludin

5.2 Puan Rozilawati Binti Abu

5.3 Puan Normala Binti Yang Ghazali

6. Arahan ini berkuatkuasa dari tarikh Buletin ini dikeluarkan. Segala kerjasama YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. UNIT BAYARAN JANM NEGERI PERAK 5 JANUARI 2017