keluarga cemerlang generasi gemilang

7
KELUARGA CEMERLANG - GENERASI GEMILANG MUQADDIMAH Institusi Keluarga merupakan satu institusi yang begitu dominan dan penting bagi setiap bangsa dalam sesebuah negara. Keutuhan ,rasa kekitaan dan persefahaman sesebuah institusi kekeluargaan akan membawa kepada keutuhan, kemantapan, kemajuan dan keharmonian sesebuah negara. Perkembangan gejala sosial yang berlaku secara drastik saban hari di seluruh dunia amnya dan di negara Malaysia khususnya pada hari ini sebenarnya banyak berpunca daripada kelemahan dan kerapuhan sistem kekeluargaan . Rata-rata ibu bapa pada hari ini lebih mengutamakan bidang kerjaya masing-masing dan kurang menumpukan perhatian atau mengambil berat ke atas sejarah harian perkembangan anak-anak sebermula daripada peringkat usia muda mereka lagi . Selain daripada itu, peningkatan Sistem Keluarga Nuklear ( Nuclear Family System ) telah menjadikan institusi keluarga mengalami kehilangan sokongan dan jagaan daripada ahli-ahli keluarga luas ( Extended Family ), seperti datuk, nenek dan saudara mara. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai implikasi dan cabaran antaranya peranan keluarga sebagai agen sosialisasi dan agen kawalan semakin lemah, keperluan kepada penjagaan anak dan warga tua semakin meningkat, anak-anak khususnya golongan remaja semakin terdedah kepada budaya bebas. Tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak telah diserahkan secara terus kepada pengasuh dan guru-guru sekolah. Ibu bapa merasakan bahawa tugas mereka yang utama ialah cukup dengan hanya menyediakan kemudahan dan keperluan harian anak-anak seperti contohnya makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, persekolahan dan seumpamanya. Terdapat juga kalangan ibu bapa yang tidak pernah mengambil berat soal emosi dan rohani anak- anak. Dewasa ini, senario sebegini telah menyebabkan ibu bapa terpisah jauh daripada anak-anak mereka sendiri walaupun hakikatnya mereka masih duduk di bawah bumbung yang sama. Keberantakan institusi keluarga ini jelas bakal meletakkan masa

Upload: lan

Post on 20-Jul-2016

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KELUARGA

TRANSCRIPT

Page 1: Keluarga Cemerlang Generasi Gemilang

KELUARGA CEMERLANG - GENERASI GEMILANG

MUQADDIMAH

Institusi Keluarga merupakan satu institusi yang begitu dominan dan penting bagi setiap bangsa dalam sesebuah negara. Keutuhan ,rasa kekitaan dan persefahaman sesebuah institusi kekeluargaan akan membawa kepada keutuhan, kemantapan, kemajuan dan keharmonian sesebuah negara. Perkembangan gejala sosial yang berlaku secara drastik saban hari di seluruh dunia amnya dan di negara Malaysia khususnya pada hari ini sebenarnya banyak berpunca daripada kelemahan dan kerapuhan sistem kekeluargaan . Rata-rata ibu bapa pada hari ini lebih mengutamakan bidang kerjaya masing-masing dan kurang menumpukan perhatian atau mengambil berat ke atas sejarah harian perkembangan anak-anak sebermula daripada peringkat usia muda mereka lagi .

Selain daripada itu, peningkatan Sistem Keluarga Nuklear ( Nuclear Family System ) telah menjadikan institusi keluarga mengalami kehilangan sokongan dan jagaan daripada ahli-ahli keluarga luas ( Extended Family ), seperti datuk, nenek dan saudara mara. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai implikasi dan cabaran antaranya peranan keluarga sebagai agen sosialisasi dan agen kawalan semakin lemah, keperluan kepada penjagaan anak dan warga tua semakin meningkat, anak-anak khususnya golongan remaja semakin terdedah kepada budaya bebas.

Tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak telah diserahkan secara terus kepada pengasuh dan guru-guru sekolah. Ibu bapa merasakan bahawa tugas mereka yang utama ialah cukup dengan hanya menyediakan kemudahan dan keperluan harian anak-anak seperti contohnya makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, persekolahan dan seumpamanya. Terdapat juga kalangan ibu bapa yang tidak pernah mengambil berat soal emosi dan rohani anak-anak. Dewasa ini, senario sebegini telah menyebabkan ibu bapa terpisah jauh daripada anak-anak mereka sendiri walaupun hakikatnya mereka masih duduk di bawah bumbung yang sama. Keberantakan institusi keluarga ini jelas bakal meletakkan masa depan negara di ambang keruntuhan seandainya tiada usaha untuk menanganinya daripada semua pihak khususnya ibu bapa itu sendiri.

A : DEFINISI KELUARGA CEMERLANG – GENERASI GEMILANG

Sesebuah keluarga yang boleh dikatakan sebagai Keluarga Cemerlang mestilah

mencakupi beberapa aspek kecemerlangan hidup . Manakala Generasi Gemilang pula

Page 2: Keluarga Cemerlang Generasi Gemilang

merupakan sebuah generasi contoh yang saling lengkap melengkapi dan terdidik

mengikut ‘SibghatuLlah’ serta juga merupakan generasi al Qur’an yang unik yang turut

pernah disentuh dan diperjuangkan oleh As syahid Syed Qutb, salah seorang pejuang

Ikhwanul Muslim Mesir menerusi bukunya yang bertajuk ‘Petunjuk Sepanjang Jalan’. Generasi yang mampu membawa negara Malaysia menjadi sebuah negara yang

dipenuhi barokah dan redha ALlah. Generasi yang mantap aqidahnya dan tidak mudah

goyah dengan apa jua mehnah dan tribulasi yang dihadapkan ALlah swt. Generasi yang

mampu membawa agama Tauhid ini ke mercu jaya dan mengembalikan hak

keTuhanan kepada Yang Maha Berhak serta hak perundangan kepada syariat ALlah

yang termaktub di dalam Al Qur’an, As Sunnah, Qias dan Ijmak para ulama’ .

Beberapa kriteria kecemerlangan termasuklah……

1. Cemerlang di sudut hidup beragama – ‘ihya ulumudden’ ;

2. Cemerlang di sudut ilmu pendidikan, penghayatan dan peng’amalan ;

3. Cemerlang di sudut ukhuwwah dan persefahaman ;

4. Cemerlang di sudut ekonomi dan pembangunan ;

5. Cemerlang di sudut sosio-budaya ;

6. Cemerlang di sudut politik ; dan

7. Cemerlang di sudut kesihatan.

B : HAMBATAN & PERSIAPAN AWAL MUSLIMAT KE ARAH MELAHIRKAN KELUARGA CEMERLANG – GENERASI GEMILANG

Dalam kita memperkatakan tentang isu kekeluargaan dan seterusnya berusaha

melahirkan sebuah keluarga yang cemerlang, kita tidak dapat lari daripada

membicarakan soal tanggungjawab dan prioriti peranan muslimah sebagai agen

pemangkin utama untuk membina masyarakat berakhlaq dalam semua bidang

kehidupan . Seterusnya menjadi pendokong kuat kepada ajaran Islam yang sebenar.

Penyertaan muslimah di dalam PAS adalah merupakan tuntutan syara’ dan bukan

hanya sekadar menjadi golongan ‘mutafajjirin’ ( melihat sambil berpeluk tubuh ).

Penyertaan ini merupakan antara persiapan dasar muslimat ke arah melahirkan

Keluarga Cemerlang – Generasi Gemilang yang mencakupi pelbagai aspek kecerlangan

itu tadi.

Page 3: Keluarga Cemerlang Generasi Gemilang

Muslimat sebenarnya terlibat secara langsung untuk membangkitkan kesedaran

keIslaman di kalangan semua individu muslim sekaligus entiti penting bagi sesebuah

negara termasuklah institusi kekeluargaan. Bagi mempastikan sebuah institusi

keluarga itu terjana dengan sempurna maka usaha awal pembentukan peribadi

muslimah yang unggul perlu diutamakan. Ini kerana, golongan inilah yang amat hampir

dengan semua ahli keluarganya khususnya anak-anak iaitu bermula daripada mereka

berada di dalam kandungan dan seterusnya kepada tahap dan peringkat pertumbuhan

yang selanjutnya.

Lantaran kepentingan inilah maka Dewan Muslimat PAS telah menetapkan misi

penubuhannya ialah untuk membina masyarakat berakhlak dalam semua bidang

kehidupan dan menjadi pendokong kepada ajaran Islam yang sebenar. Manakala

visinya pula ialah untuk menegakkan Daulah Islamiyyah di bumi ini menerusi tenaga

muslimah. Oleh yang demikian, bagi mencapai hasrat dan matlamat ini maka muslimat

perlu bekerja keras dan memperlengkapkan diri untuk menjadi pembentuk anak-anak

dan seterusnya terjun ke gelanggang masyarakat dalam setiap lapangan kehidupan.

Termasuklah sama ada kita pergi kepada masyarakat petani, ahli perniagaan,

kakitangan awam ataupun swasta.

Uslub dakwah yang kita gunakan pula hendaklah bersesuaian dengan situasi

dan kondisi golongan sasar kita. Sehubungan dengan itu juga maka para muslimah

hendaklah juga mempastikan diri mereka siaga daripada segi ilmu, penghayatan dan

peng’amalan. Menjadi role model kepada imej wanita Islam yang beriman dan bertaqwa.

Pintu jihad bagi para muslimah masih tetap terbuka. Apalagi di zaman yang

dipenuhi kehidupan yang serba mencabar kini. Muslimah menempati posisi-posisi yang

strategik untuk menjadi benteng . Di sa’at para suami sibuk mencari kehidupan nafkah

untuk keluarga, mereka mempunyai tanggungjawab mendidik mental dan anak-anaknya

agar tidak turut terseret arus deras yang terus mengheretnya ke tubir kehancuran. Inilah

bentuk tanggungjawab kaum ibu

yang tidak ringan. Bentuk tanggungjawab ini tidak jauh beratnya dengan para pasukan

yang harus menghadapi musuh secara langsung di medan peperangan. Bila kehadiran

Page 4: Keluarga Cemerlang Generasi Gemilang

pasukan musuh dan hiruk pikuk gelombang kedatangannya mampu menggelorakan jiwa

untuk melawan, pada situasi sebegitu kita bisa menumbuhkan semangat perjuangan

sehebat-hebatnya. Akan tetapi dewasa ini, musuh-musuh sudah ‘ dibungkus kemas ’

dengan topeng-topeng yang menarik. Mereka masuk ke dalam sela-sela kehidupan

rumah tangga dengan senjata yang menggoda dan menawan. Televisyen, video, laser

disc dan seumpamanya yang pastinya meninggalkan kesan negatif yang jauh lebih

banyak berbanding kesan positif. Inilah satu cabaran utama dan besar yang harus

ditangani dengan bijak oleh para muslimah dalam mempastikan pertumbuhan sesebuah

institusi kekeluargaan itu tidak tercemar dan diracuni tanpa sedar.

Pendek kata, apa jua ibtila’ sama ada bersifat kecil atau besar yang menyentuh

soal manusia dan masyarakat , merupakan lumrah kehidupan yang akan dan perlu

dilalui oleh para muslimah. Justeru itu, semua hambatan ini meletakkan mereka secara

langsung sebagai faktor utama dalam menjayakan sebuah keluarga yang cemerlang

dalam erti kata yang menyeluruh.

C : BEBERAPA KES CONTOH YANG MENUNJUKKAN WUJUDNYA PERMASALAHAN & KEGAGALAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

1. GEJALA SOSIAL :-

1. Sumbang muhram…. 423 kes ( tahun 96 dan 97 )

2. Penghidap HIV seramai 21 000 orang ( Mei 1996 )

3. Pembakaran sekolah di Kulai Besar oleh pelajar……68 remaja ditangkap.

Baik pulih

sekolah menelan belanja RM 300 000

4. 27 % remaja perempuan telah menggugurkan anak haram

5. 11 522 pelajar Sek. Ren. Dan 15 543 pelajar menengah terlibat dengan kes

Juvana

( 1994 )

6. 1 338 pelajar di Lembah Kelang terlibat menonton video lucah ( 1994 )

7. 350 000 remaja Melayu terlibat dengan dadah

8. 17 000 penagih dadah baru dikesan oleh Agensi Dadah Kebangsaan pada

25 Jun

Page 5: Keluarga Cemerlang Generasi Gemilang

1998

9. Kes rogol antara ahli keluarga sebanyak 200 kes pada tahun 1996

( Sumber :

Jabatan Kebajikan Masyarakat )

10. Malaysia mempunyai 33 saluran TV (penduduk >22 juta orang ), Indonesia

ada 6

saluran ( penduduk >202 juta orang ) manakala Thailand ada 5 saluran

( penduduk

>62 juta orang )

11. Penganiyaan terhadap wanita mulai tahun 1989 – 1995 ialah sebanyak 2 700

kes

yang telah dilaporkan .

12. Hanya 10 % daripada >13 juta Muslim di Malaysia yang solat 5 waktu

( kaitkan

dengan kes – kes murtad )

2. PROGRAM KEMENTERIAN PENERANGAN – RANCANGAN TV ( Berdasarkan

Beberapa Rangkaian Pilihan ):-

1. 82.0 % Berunsur tahyul

2. 80.7 % Berunsur adegan ganas

3. 72.8 % Berunsur adegan seks

D : RUMUSAN/ KESIMPULAN

Berdasarkan apa yang telah dibentangkan di atas, rumusan yang dapat kita buat ialah tentang peri pentingnya sebuah institusi kekeluargaan yang mantap dan cemerlang dalam segala aspek untuk memastikan kemajuan dan kejayaan negara pada masa hadapan . Impian ini pula tidak mungkin tercapai seandainya tiada penglibatan dan kesedaran yang sungguh-sungguh daripada kaum Hawa. Golongan Hawa merupakan golongan yang paling berpengaruh dalam memastikan wujudnya sebuah keluarga yang harmoni, beriman dan bertaqwa. Oleh yang demikian, pendidikan yang sistematik dan berkesan kepada golongan Hawa terhadap persoalan ini haruslah diambil perhatian yang serius untuk kepentingan negara dan generasi akan datang.

Page 6: Keluarga Cemerlang Generasi Gemilang

Disediakan Untuk,

________________________________________( YB. SENATOR USTAZAH JAMILAH IBRAHIM )KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT