kelestarian bumi

2
2. Bumi yang lestari hanya impian kerana kerakusan manusia mengeksploitasi alam sekitar. Bincangkan. Bumi yang lestari merupakan amanah dan anugerah Tuhan kepada manusia yang harus dipelihara sebagai warisan generasi yang berpanjangan. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah. Walaupun tanggungjawab menjaga alam sekitar sangat penting namun ianya seringkali diabaikan dalam keghairahan mengejar kemajuan dan kemewahan demi kepentingan diri sendiri. Warisan ini sebenarnya terlalu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia. Adakah arus modensasi ini mempengaruhi kerakusan manusia yang mengeksloitasi alam sekitar yang tidak terhingganya.? Tepuk dada Tanya selera? Pada pendapat saya, bumi yang lestari hanya impian keranan kerakusan manusia mengeksploitasi alam sekitar sehingga hari ini terus berlaku disebabkan pelbagai faktor dan projek sosioekonomi giat dijalankan. Faktor pertama merujuk kepada minda manusia berjiwa rakus terutamamanya golongan pemaju perumahan merupakan penyumbang utama kepada pencemeran alam sekitar. Golongan inilah yang hanya mementingkan diri dan sanggup mengaut keuntungan yang lebih sehingga mengalpakan kelestarian bumi. Pemaju perumahan asyik meneroka hutan yang tidak terkawal untuk membina perumahan baru. Hai ini akan menyebabkan reka bentuk perbandaran yang tidak bersistematik akan menyumbang kepada banjir kilat dan tanah runtuh. Mengikut kajian yang dibuat, banyak pemaju perumahan terbabit dalam meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh di sesuatu kawasan, khusunya di hilir tadahan hujan. Kebanyakan penyediakan tapak binaan memusnahkan bentuk muka bumi asal dan kelestarian bumi yang menghijaukan. Anggota masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri dan organisasi yang tidak bertanggungjawab merupakan penyumbang kepada pencemaran alam sekitar berlaku. Ini dapat dibuktikan dengan sikap anggota masyarakat yang tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar sehingga menjadikan sungai atau tali air sebagai tempat untuk membung sampah sarap. Hai ini bertambah buruh apabila sesetengah kilang membuang sisa toksik dari kilang ke dalam sungai atau laut. Tindakan sedemikan akan mengancam kehidupan akuatik di dalam sungai atau laut kerana mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Pencemaran air akan memudaratkan kesihatan manusia, memusnahkan hidupan air dan memburukkan keindahan alam. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini disifatkan seperti “ enau di dalam berlukar yang hendak melepaskan pucuk masing-masing ” , tetapi kesannya akan dirasai oleh orang lain juga. Tambahan pula, isu pencemaran diperkasakan lagi dengan pencemaran udara. Penggunaan kenderaan bermotor yang semakin meningkat dan juga aktiviti pembakaran terbuka serta pembebasan asap – asap tanpa tapisan terus ke udara berpunca dari industri perkilangan menyebakan pencemaran udara berlaku. Hal yang demikian menyebabkan pemanasan global berlaku kerana kandungan karbon

Upload: lim-cheeleong

Post on 24-Jan-2018

1.109 views

Category:

Art & Photos


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelestarian bumi

2. Bumi yang lestari hanya impian kerana kerakusan manusia mengeksploitasi alam sekitar.

Bincangkan.

Bumi yang lestari merupakan amanah dan anugerah Tuhan kepada manusia yang harus

dipelihara sebagai warisan generasi yang berpanjangan. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan

organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

Walaupun tanggungjawab menjaga alam sekitar sangat penting namun ianya seringkali diabaikan dalam

keghairahan mengejar kemajuan dan kemewahan demi kepentingan diri sendiri. Warisan ini sebenarnya

terlalu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia. Adakah arus modensasi ini mempengaruhi kerakusan

manusia yang mengeksloitasi alam sekitar yang tidak terhingganya.? Tepuk dada Tanya selera?

Pada pendapat saya, bumi yang lestari hanya impian keranan kerakusan manusia

mengeksploitasi alam sekitar sehingga hari ini terus berlaku disebabkan pelbagai faktor dan projek

sosioekonomi giat dijalankan. Faktor pertama merujuk kepada minda manusia berjiwa rakus

terutamamanya golongan pemaju perumahan merupakan penyumbang utama kepada pencemeran

alam sekitar. Golongan inilah yang hanya mementingkan diri dan sanggup mengaut keuntungan yang

lebih sehingga mengalpakan kelestarian bumi. Pemaju perumahan asyik meneroka hutan yang tidak

terkawal untuk membina perumahan baru. Hai ini akan menyebabkan reka bentuk perbandaran yang

tidak bersistematik akan menyumbang kepada banjir kilat dan tanah runtuh. Mengikut kajian yang

dibuat, banyak pemaju perumahan terbabit dalam meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh di

sesuatu kawasan, khusunya di hilir tadahan hujan. Kebanyakan penyediakan tapak binaan

memusnahkan bentuk muka bumi asal dan kelestarian bumi yang menghijaukan.

Anggota masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri dan organisasi yang tidak

bertanggungjawab merupakan penyumbang kepada pencemaran alam sekitar berlaku. Ini dapat

dibuktikan dengan sikap anggota masyarakat yang tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk

menjaga alam sekitar sehingga menjadikan sungai atau tali air sebagai tempat untuk membung

sampah sarap. Hai ini bertambah buruh apabila sesetengah kilang membuang sisa toksik dari kilang ke

dalam sungai atau laut. Tindakan sedemikan akan mengancam kehidupan akuatik di dalam sungai atau

laut kerana mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Pencemaran air akan memudaratkan kesihatan

manusia, memusnahkan hidupan air dan memburukkan keindahan alam. Pihak yang tidak

bertanggungjawab ini disifatkan seperti “ enau di dalam berlukar yang hendak melepaskan pucuk

masing-masing ” , tetapi kesannya akan dirasai oleh orang lain juga.

Tambahan pula, isu pencemaran diperkasakan lagi dengan pencemaran udara. Penggunaan

kenderaan bermotor yang semakin meningkat dan juga aktiviti pembakaran terbuka serta pembebasan

asap – asap tanpa tapisan terus ke udara berpunca dari industri perkilangan menyebakan pencemaran

udara berlaku. Hal yang demikian menyebabkan pemanasan global berlaku kerana kandungan karbon

Page 2: Kelestarian bumi

monoksida, metana, dan sebahagian karbon lain meningkat di ruang bumi. Tumbuh-tumbuhan yang

semakin berkurangan kerana ditebang untuk pembangunan dan pertanian tidak manpu membekalkan

oksigen. Disebaliknya pertambahan karbon monosida menyebabkan kesan rumah hijau yang teruk.

Dengan itu, kecairan salji di kutub utara dan di kutub selatan menyebabkan punca kanaikan paras air

laut di dunia yang akan membawa kesan buruk jika kawasan daratan yang sedia ada ditenggelami air.

Nahtijahnya, kehidupan manusia serta hidupan-hidupan lain akan terancam.

Kesimpulannya, semua pihak perlu serius dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar

yang boleh menggugat kelestarian alam sekitar. Usaha-usaha yang lebih proaktif dan drastik perlu

diambil dengan segera untuk melestarikan bumi semula. Cogan kata “ Cegah Sebelum Parah ” wajar

dijadikan pegangan supaya kita dikatakan sudah terantuk baru nak terngadah. Sekiranya pencemaran

alam dapat dikawal dengan berkesan, masyarakat akan hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Dengan itu, keindahan dan kehijauan bumi yang lestari dapat diwarisi turun-temurun kepada generasi

baharu.