kelemahan pengurusan maklumat menyebabkan …fazliptd.tripod.com/hlp/sampelpelanhlpfazli.pdf ·...

4
Pengurusan Sistem Maklumat (Management Information System) Cadangan Pelan Pengajian (Sarjana secara Mod Pengajian- Kerja Kursus) Research Proposal (Masters by Coursework) Bagi Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan- Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2012 Kelemahan Pengurusan Maklumat Menyebabkan Kesukaran Perkongsian Maklumat dalam Perkhidmatan Awam FAZLI BIN ABDUL HAMID 770926-03-5911 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Pembangunan Modal Insan 23 Mei 2011

Upload: dolien

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelemahan Pengurusan Maklumat Menyebabkan …fazliptd.tripod.com/hlp/sampelpelanHLPfazli.pdf · Pengajian daripada kerja kursus ini akan membantu pegawai untuk mengkaji lebih mendalam

Pengurusan Sistem Maklumat (Management Information System)

Cadangan Pelan Pengajian (Sarjana secara Mod Pengajian- Kerja Kursus) Research Proposal (Masters by Coursework)

Bagi Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan-

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2012

Kelemahan Pengurusan Maklumat Menyebabkan Kesukaran Perkongsian Maklumat

dalam Perkhidmatan Awam

FAZLI BIN ABDUL HAMID 770926-03-5911

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Pembangunan Modal Insan

23 Mei 2011

Page 2: Kelemahan Pengurusan Maklumat Menyebabkan …fazliptd.tripod.com/hlp/sampelpelanHLPfazli.pdf · Pengajian daripada kerja kursus ini akan membantu pegawai untuk mengkaji lebih mendalam

770926-03-5911

2

PENYATAAN MASALAH

Perkongsian maklumat adalah sangat berguna untuk pengetahuan dan

rujukan terutama kepada pegawai baru dalam Perkhidmatan Awam. Usaha

membudayakan perkongsian maklumat ini kurang mendapat sambutan

kerana kurangnya usaha untuk memperkenalkan mekanisme atau kaedah

yang boleh diharapkan, dipercayai dan diyakini untuk menguruskan maklumat

bagi tujuan perkongsian maklumat dalam Perkhidmatan Awam.

Pelbagai mekanisme atau kaedah yang boleh ditinjau terutamanya

dalam penggunaan Teknologi Maklumat bagi urusan pelaksanaan perkongsian

maklumat. Kajian ini perlu mengenal pasti kelemahan dalam sistem

pengurusan maklumat sedia ada dan ianya diharapkan dapat memberi

cadangan kepada peningkatan usaha penambahbaikan dalam sistem

pengurusan maklumat dalam Perkhidmatan Awam.

Permohonan untuk mengikuti program Pengajian Sistem Maklumat di

Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dapat memberi pengetahuan dan

meningkatkan kemahiran dari segi pengurusan maklumat, sistem maklumat,

dan penyebaran maklumat dengan memastikan keberkesanan sumbangan

pengetahuan dan kemahiran dalam organisasi dan masyarakat. Oleh itu,

program ini diharapkan dapat menyediakan pegawai dengan ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang diharapkan dapat mengatasi kelemahan

sistem pengurusan maklumat supaya perkongsian maklumat dapat

dipertingkatkan dalam sistem penyampaian dalam Perkhidmatan Awam.

Page 3: Kelemahan Pengurusan Maklumat Menyebabkan …fazliptd.tripod.com/hlp/sampelpelanHLPfazli.pdf · Pengajian daripada kerja kursus ini akan membantu pegawai untuk mengkaji lebih mendalam

770926-03-5911

3

PELAN PENGAJIAN

Semester 1

SMM 710 Issues in Information Society

SMM 730 Information Sources and Management

Semester 2

SMM 740 Database Management for Information Work

SMM 750 Management of Electronic Records

ONE ELECTIVE PAPER

Semester 3

SMM 830 Strategic Planning and Human Resource Management

SMM 840 Project Management for Information Work

ONE ELECTIVE PAPER

Semester 4

SMM 860 Information Systems: Analysis, Design and Management

SMM 870 Information Storage and Retrieval Systems

SMM 880 Independent Studies

Page 4: Kelemahan Pengurusan Maklumat Menyebabkan …fazliptd.tripod.com/hlp/sampelpelanHLPfazli.pdf · Pengajian daripada kerja kursus ini akan membantu pegawai untuk mengkaji lebih mendalam

770926-03-5911

4

POTENSI KEPENTINGAN KERJA KURSUS KEPADA PERKHIDMATAN

AWAM

Program pengajian yang ditawarkan ini dapat memberi peningkatan

pengetahuan dan kemahiran kepada pegawai secara formal dan sistematik

supaya dapat menyumbang dan menambahbaik pengurusan perkongsian

maklumat dalam Perkhidmatan Awam. Perkongsian maklumat ini merupakan

proses yang dapat mengumpulkan maklumat secara berpusat atau tidak

berpusat dan berlaku proses pemindahan maklumat tersebut kepada pegawai

yang berkenaan. Perkongsian maklumat juga berlaku antara sesama pegawai

yang berlaku tanpa kawalan dan tindakan penyeragaman oleh Jabatan. Ini

akan menyebabkan berlakunya proses perkongsian maklumat yang tidak

teratur dan kurang efisen.

Pengajian daripada kerja kursus ini akan membantu pegawai untuk

mengkaji lebih mendalam tentang punca-punca masalah kepada kelemahan

sistem pengurusan maklumat dan memberi ilmu pengetahuan serta idea

untuk menambahbaik sistem sedia ada. Peningkatan kualiti dalam sistem

pengurusan perkongsian maklumat akan memberi peluang kepada pegawai

menggunakannya dalam melaksanakan tugas-tugas Jabatan. Maklumat yang

disediakan akan dapat menjadi rujukan kepada pegawai yang berkenaan

untuk membuat keputusan yang betul dan tepat agar ianya tidak berlaku

kesilapan yang akan merugikan organisasi, masyarakat dan Negara amnya.